You are on page 1of 2

Komunikasi Untuk Guru (Siri 1)

APA ITU KOMUNIKASI ?


Dalam konteks sekolah, berkomunikasi ialah proses bagaimana guru berkongsi
pengalaman dengan murid-muridnya dan begitu juga sebaliknya. Setiap guru
mempunyai pengalaman dan pengetahuan. Apabila guru menyampaikan
pengalaman dan pengetahuannya kepada murid-muridnya, itu namanya
berkomunikasi. Dalam proses guru dan murid-murid bertukar-tukar pengalaman dan
pengetahuan, mereka mencipta makna antara satu sama lain. Di dalam komunikasi
di sekolah, baik pihak guru mahupun pihak murid, masing-masing mempunyai
pengalaman dan pengetahuan. Apabila mereka berkomunikasi, mereka saling
menyatakan pengalaman dan pengetahuan masing-masing dan dengan cara itu
mereka mendapat makna daripada pertukaran tersebut.
Apabila seseorang itu ingin menjadi guru yang berkesan, popular, disukai ramai dan
disanjung oleh anak-anak muridnya, salah satu kemahiran yang mesti ada pada diri
guru itu ialah kemahiran berkomunikasi. Ramai orang fasih dan petah bercakap.
Tetapi makin banyak mereka bercakap, makin banyak mereka menyakitkan orangorang yang mendengar apa yang mereka percakapkan. Ramai orang menyangka,
asal mereka pandai bercakap, mereka tentu sudah berkomunikasi. Ini tidak benar.
Bercakap ialah sejenis bakat. Ada orang dari kecil-kecil sudah petah bercakap.
Tetapi komunikasi bukan setakat bercakap. Tanpa bercakap pun kita boleh
berkomunikasi. Sebagai contoh, perbuatan diam ialah sejenis komunikasi. Pakaian
yang kita pakai pun adalah salah satu cara kita berkomunikasi.

Mesej

Mesej ialah istilah lain untuk isi atau kandungan komunikasi. Ada mesej lisan dan
mesej yang bukan lisan. Mesej lisan ialah apa-apa komunikasi yang diucapkan
dengan menggunakan kata-kata. Mesej bukan lisan ialah apa-apa komunikasi yang
kita buat tapi tidak melalui kata-kata. Sebagai contoh, komunikasi bukan lisan ialah
cara kita berdiri, roman muka, gerak-geri tangan, pakaian dan lain-lain lagi yang
semuanya membawa makna.

Saluran

Saluran komunikasi ialah apa-apa cara yang kita gunakan untuk menghantar mesej
seperti suara, telefon, tulisan dan lain-lain. Apabila kita berkomunikasi satu dengan
satu, iaitu secara bertentangan mata, saluran yang kita gunakan ialah suara, telinga,
mata dan deria sentuh.

Gangguan

Gangguan komunikasi ialah apa-apa yang merosakkan maklumat yang kita


sampaikan apabila berkomunikasi. Antara gangguan-gangguan itu ialah kebisingan,
bau yang kuat, suhu yang tinggi, pertuturan yang tidak jelas, kehadiran orang-orang
lain dan macam-macam lagi.

Mendengar

Apabila berkomunikasi secara lisan, baik penutur mahupun pendengar, mereka


sama-sama mendengar. Apabila mendengar, kita melakukan empat aktiviti iaitu
memberi tumpuan, mendengar, memahami dan mengingat.

Umpan balik

Istilah umpan balik ialah feedback iaitu apa yang kita dapat balik akibat apa yang
kita buat. Umpan balik mempunyai peranan membuat kita meneruskan apa yang kita
buat ataupun menamatkannya.

Masa

Faktor variabel yang paling besar pengaruhnya pada komunikasi ialah masa.
Komunikasi sentiasa berlaku pada masa yang tertentu dan masa itu mempengaruhi
cara-cara bagaimana kita berkomunikasi.

You might also like