You are on page 1of 1

Ikan hiasan ialah ikan yang dipelihara di dalam bekas atau kolam.

Tujuan ikan hiasan


dipelihara ialah untuk mencantikkan kawasan dan menjadi daya penarik bagi sesuatu
tempat atau bangunan. Memelihara ikan hiasan juga dijadikan sebagai satu hobi yang
menarik.
Pemeliharaan ikan hiasan menjadi satu kegiatan dan mampu memberi
pendapatan lumayan kepada pengusaha-pengusaha. Industri ini semakin berkembang
seiring dengan perkembangan ekonomi negara. Sehingga kini Malaysia telah
menjadi antara negara pengeksport ikan hiasan penting ke banyak negara di dunia. Negeri
di Malaysia yang banyak mengusahakanya ialah Pulau Pinang, Perak dan
Johor. Kebanyakkan ikan hiasan mempunyai sisik nipis berlendir yang berfungsi
sebagai pelindung daripada bakteria. Kulit ikan mengandungi chromatophoraes iaitu
pigmen sel-sel yang memberi warna-warna tertentu kepada ikan. Ciri-ciri istimewa
ikan hiasan dilihat pada warna sisik, saiz, bentuk badan, sirip, cara dan tabiat
makan , jantina dan gaya berenang.

TUJUAN MEMELIHARA IKAN HIASAN


Namun, tahukah kamu mengapakah ikan hiasan ini diperlihara? Apakah manfaat yang dapat kita perolehi?
Ikan hiasan dipelihara bagi menceriakan kawasan sudut rumah, pejabat atau kelas kamu sendiri.
Pemeliharaan ikan hiasan ini juga memberikan ketenangan kepada kita di samping menghayati kehidupan
alam akuatik.

Suasana sebegini mampu memberi ketenangan kepada penghuni


rumah yang baharu pulang letih bekerja / sekolah

Seronok bukan? Walau pun ikan bukanlah haiwan peliharaan yang boleh dibelai, kita masih boleh
menunjukkan kasih sayang dengan memastika ia sentiasa diberi makanan dan dibersihkan tempat tinggalnya
daripada kekotoran. Bagaimana pula caranya? Nantikan keluaran akan datang ya. Fahami segala
pembelajaran di atas. Sekiranya terdapat sebarang masalah atau tidak jelas, hantarkan mesej melalui
komen di bawah. Terima kasih! Jumpa lagi!
Terdapat berbagai jenis ikan hiasan yang menjadi kegemaran pengemar- penggemar ikan hiasan. Berikut
adalah slaid yang menunjukkan beberapa spesies ikan hiasan yang terdapat dalam pasaran di Malaysia yang
boleh dipelihara.

You might also like