You are on page 1of 10

39

BAB IV

PEMGUMPULAN DATA DAN KAEDAH ANALISIS

4.1

Pendahuluan
Perbincangan tentang masalah penggunaan loji kaedah kawalan loji dan

polisi penyenggaraan loji telah diterangkan dalam Bab II dan III. Perbincangan
tersebut dibuat berdasarkan kajian literatur yang diperolehi dari pelbagai sumber
seperti buku-buku rujukan, majalah-majalah, jurnal-jurnal, tesis-tesis yang lepas,
internet dan bahan-bahan penulisan yang berkaitan. Kajian literatur ini telah
mendalamkan lagi pengetahuan tentang penyelidikan yang dibuat. Segala
pemahaman dan keputusan yang diperolehi adalah berdasarkan teori sahaja.
Dalamm bab ini, perbincangan yang akan diteruskan adalah berkisarkan
tentang kaedah-kaedah yang digunakan semasa menjalankan kajian iaitu proses
pengumpulan data yang telah dibuat sebelum ini. Kajian yang dibuat adalah
melibatkan pihak syarikat ataupun kontraktor yang terlibat secara langsung dalam
penggunaan loji semasa pembinaan berjalan. Kaji selidik ini dilakukan dengan
menggunakan dua kaedah iaitu melalui pengedaran borang selidik dan temuramah
kepada pihak syarikat atau kontraktor. Kaedah kajian ini akan dibincangkan dalam
bab ini, manakala analisis

40
terhadap data yang diperolehi akan dibincangkan dalam bab yang seterusnya iaitu
Bab V.

4.2

Rekabentuk Borang Soal Selidik

Bagi melaksanakan penyelidikan ini, satu set borang soal selidik yang
lengkap perlu disedakan terlebih dahulu. Tujuan borang soal selidik ini dibuat adalah
untuk membuat pengumpulan data yang diperlukan. Borang ini direkabentuk
berdasarkan isu-isu penyelidikan yang diperolehi daripada kajian literature dan juga
berdasarkan kepada objektif kajian. Sebelum mnyiapkan soalan soal selidik ini iaitu
semasa proses membuat borang selidik, pandangan daripada pelbagai pihak adalah
sangat penting terutamanya penyelia supaya data dan maklumat yang diperolehi
dapat membantu dalam memfokus bidang kajian dibuat. Selain itu, pandangan yang
diberikan juga akan dapat mengurangkan kesilapan yang mungkin berlaku dalam
borang soal selidik.

Secara umumnya, jenis soalan yang dibuat adalah berbentuk objektif sahaja.
Ini bertujuan untuk memudahkan pihak respondan untuk menjawap semua soalan
dengan tepat dan baik. Terdapat dua belas soalan kesemuanya dan soalan-soalan ini
dibahagikan kepada empat bahagian. Tujuan untuk kajian ini dibuat juga turut
disertakan dalam borang soal selidik tersebut bagi memudahkan pihak respondan
mandapat gambaran kasar tentang jawapan yang hendak ditanda berdasarkan soalansoalan yang telah disediakan. Soalan-soalan tersebut telah dibahagikan kepada empat
bahagian seperti berikut :

41
4.2.1

Bahagian A

Dalam bahagian ini, respondan ditanya soalan berkenaan masalah-masalah


dalam penggunaan loji yang berlaku sebelum, semasa dan selepas pembinaan dibuat.
Ia bertujuan untuk mengetahui dan mengkaji tahap atau paras keseriusan dan
kekerapan masalah-masalah tersebut terhadap pihak syarikat atau kontraktor yang
terlibat.Selain itu, pihak respondan ditanya lagi soalan tentang jenis kerosakan loji
dan tempoh penangguhan projek pembinaan sekiranya loji tersebut mengalami
kerosakan.

4.2.2

Bahagian B

Bahagian ini pula, soalan-soalan yang terlibat ialah kaedah atau langkah
kawalan loji bagi memastikan keberkesanan dan mengelakkan loji daripada
mengalami kerosakan. Ianya bertujuan untuk mengenalpasti cara atau kaedah
kawalan yang digunapakai oleh pihak syarikat atau kontraktor yang terlibat dalam
mengatasi masalah kerosakan yang berlaku.

4.2.3

Bahagian C

Bahagian ini bertanyakan soalan-soalan mengenai polisi penyenggaraan loji,


kaedah penyenggaraan yang digunakan dan lain-lain lagi. Soalan ini diperlukan
untuk mengetahui jenis polisi serta kaedah yang digunapakai oleh pihak syarikat atau
kontraktor dalam sistem penyenggaraan loji.

42
4.2.4

Bahagian D

Bahagian ini merupakan bahagian yang terakhir sekali dalam borang soal
selidik. Bahagian ini dibuat untuk mendapatkan pandangan daripada pihak responden
tentang masalah yang berkaitan dengan kerosakan loji dalam sektor pembinaan pada
masa kini. Selain itu, soalan berkaitan dengan cadangan untuk mengatasi masalahmasalah kerosakan tersebut juga ditanya kepada respondan dalam bahagian ini.

4.3

Pengumpulan Data

Pengumpulan data merupakan peringkat yang perlu dilaksanakan oleh


penyelidik dalam memastikan kajian yang dibuat dapat disiapkan dengan sempurna
dan berkesan. Maklumat yang diperolehi daripada pengumpulan data dianalisis untuk
mendapatkan gambaran tentang kajian yang dibuat. Pelbagai masalah yang timbul
semasa proses pengumpulan data dibuat. Oleh itu, pelbagai kaedah dan cara
digunakan untuk memastikan data yang dikehendaki diperolehi. Selain itu, cara yang
digunakan ini dapat memberikan data-data yang berkualiti dan mencukupi.
Dalam kajian ini, penyelidik telah menggunakan dua kaedah iaitu dengan
kaedah soal selidik dan kaedah temuramah. Semasa kajin ini dibuat terdapat pelbagai
maklum balas yang diterima daripada pihak responden. Maklum balas yang
diberikan adalah sangat bermakna untuk penyelidik mengumpul data bagi tujuan
analisis dan seterusnya menyiapkan kajin ini.

43
4.3.1

Kaedah Soal Selidik

Proses pengedaran borang soal selidik dilakukan setelah ianya lengkap dan
disemak oleh penyelia. Pengedaran dibuat di sekitar negeri Johor yang melibatkan
pihak syarikat ataupun kontraktor yang menggunakan loji. Pihak syarikat atau
kontraktor yang terlibat dipilih secara rawak melalui alamat-alamat yang diperolehi
daripada surat khabar dan buku alamat syarikat di Fakulti Kejuruteraan Awam.
Pemilihan responden pula ialah daripada golongan professional seperti pengurus
projek, jurutera, penyelia tapak dan pihak pengurusan yang berpengalaman dalam
bidangan kajian ini.
Penyelidik telah menghantar borang soal selidik melalui kiriman pos ke
alamat syarikat atau kontraktor yang dipilih tadi. Selain itu, untuk memastikan
kaedah ini lebih berjaya, penyelidik juga menghantar borang tersebut dengan kaedah
serahan tangan bagi memastikan borang itu betul-betul sampai ke pihak syarikat atau
kontraktor. Melalui kaedah serahan tangan, penyelidik terpaksa menunggu selama
seminggu untuk mendapatkan semula borang tersebut. Manakala melalui kaedah
kiriman pos, penyelidik terpaksa menunggu selama berminggu-minggu. Perkara
sedemikian berlaku mungkin kerana pihak respondan mempunyai urusan lain yang
lebih penting dan agak sibuk.
Penyelidik berasa puas hati dengan kaedah ini kerana pihak respondan
memberi kerjasama dan maklum balas seperti yang diharapkan. Sebanyak dua puluh
empat borang soal selidik yang telah diperolehi semula daripada tiga puluh borang
soal selidik yang diedarkan. Walaupun sedemikian, borang soal selidik yang telah
diperolehi sudah mencukupi untuk penyelidik membuat analisi terhadap data-data
tersebut.

4.3.2

Kaedah Temuramah

Melalui kaedah temuramah ini, penyelidik telah melakukannya semasa

44
menyerahkan borang soal selidik kepada pihak respondan atau semasa mengambil
semula borang soal selidik. Ini dilakukan bagi mengelak penyelidik terpaksa
berulang-alik ke syarikat sekiranya pihak respondan yang ingin ditemuramah tidak
berada di pejabat pada ketika itu. Selain itu, kaedah ini juga dilakukan mengikut
kelapangan pihak respondan. Penyelidik telah menetapkan satu tarikh terlebih dahulu
yang dipersetujui oleh pihak responden untuk melakukan sesi temuramah. Ini
disebabkan pihak respondan sibuk dengan tugas-tugas sewaktu penyelidik datang
buat kali pertama untuk menghantar borang soal selidik tersebut.
Sebelum sesi temuramah dilakukan, penyelidik telah menyediakan beberapa
soalan untuk diajukan kepada pihak respondan. Soalan-soalan yang disediakan
bertujuan untuk menambahkan lagi pemahaman tentang permasalahan yang dikaji.
Kaedah ini memberi maklumat secara langsung dan jelas tentang masalah
penggunaan loji di tapak pembinaan.

4.4

Masalah Yang Dihadapi

Dalam menyiapkan kajian ini, banyak pengalaman yang dilalui oleh


penyelidik dari mula hingg ke akhir kajian. Ini memberi satu pengalaman yang baru
kepada penyelidik. Terdapat banyak rintangan yang telah ditempuhi terutama sekali
semasa dalam proses pengumpulan data dibuat. Penyelidik terpaksa bersabar
menunggu untuk mendapatkan data-data yang diperlukan dalam kajian. Walaupun
perancangan telah dibuat namun masih terdapat beberapa masalah yang timbul.
Antara masalah-masalah tersebut adalah seperti berikut:

45
4.4.1

Pemahaman respondan terhadap borang soal selidik

Masalah ini adalah satu perkara yang kerap berlaku sekiranya ingin membuat
penyelidikan. Pihak respondan kurang memahami beberapa soalan yang telah
disediakan dalam borang soal selidik. Meraka mengosongkan dan tidak menanda
jawapan yang sepatutnya ditanda. Ini berkemungkinan pihak respondan tidak
memahami betul-betul kehendak penyelidik dalam borang soal selidik yang telah
diberikan.
Oleh itu, bagi mengatasi masalah ini pihak penyelidik terpaksa bertemu
dengan pihak respondan berkenaan dan duduk semeja untuk menerangkan beberapa
soalan yang mereka tidak faham. Dengan cara sedemikian barulah masalah ini dapat
diatasi dan ianya baik kerana penyelidik memperolehi maklumat atau jawapan yang
lebih tepat.

4.4.2

Penerimaan borang soal selidik

Borang soal selidik yang diedarkan kepada pihak respondan lambat


dikembalikan semula kepada penyelidik. Masalah ini mungkin disebabkan pihak
respondan terpaksa mengambil masa yang lama untuk mengisi borang tersebut
kerana sibuk dengan tugas-tugas lain yang lebih penting. Selain itu, masalah
penghantaran borang soal selidik melalui kiriman pos diketahui mengambil masa
beberapa hari untuk sampai ke pihak respondan. Oleh itu, ini melewatkan lagi proses
penerimaan semula borang tersebut sekiranya pihak respondan turut menghantar
borang yang telah dipenuhkan dangan cara kiriman pos.
Masalah ini juga berlaku apabila borang soal selidik tersebut terpaksa melalui
beberapa peringkat atau tangan pihak tertentu sebelum ianya betul-betul sampai ke
pihak respondan yang akan mengisi borang tersebut. Maslah-masalah ini memberi
kesan kepada penyelidik bagi meneruskan kerja penganalisaan soalan dengan cepat.
Bagi mengatasi masalah ini, penyelidik telah melakukan beberapa langkah iaitu

46
dengan menelefon pihak respondan yang berkenaan dengan mengingatkan mereka
untuk mengisi dan menhantar semula borang tersebut secepat mungkin. Selain itu,
penyelidik juga membuat temujanji dengan pihak respondan untuk mengambil
semula borang tersebut.

4.4.3

Kerjasama daripada respondan

Bagi menyiapkan kajian ini dengan berkesan kerjasama daripada kedua-dua


belah pihak adalah sangat penting. Semasa proses pengumpulan data dibuat
penyelidik telah berdepan dengan situasi di mana segelintir pihak respondan yang
enggan memberi kerjasama kepada penyelidik. Walaubagaimanapun bilangan
mereka adalah sedikit. Mereka telah memberi pelbagai alasan untuk tidak
bekerjasama dengan penyelidik.

4.5

Kaedah Analisis Data

Untuk meneruskan kajian ini, penyelidik telah menganalisis data yang


diperolehi dengan menggunakan kaedah purata nilai mata.. Purata nilai mata ini
digunakan adalah untuk memberikan ketepatan dan maklumat dengan lebih
berkesan. Kaedah ini akan digunakan untuk meneliti punca-punca kerosakan loji dan
langkah kawalan loji pembinaan. Penggunaan 5 skil untuk menggambarkan
keutamaan dalam soalan-soalan yang dibuat memudahkan lagi analisis kekerapan
dan kaedah Ranking. Kaedah Ranking ini diperolehi dengan mengambil kira purata
indeks bagi setiap punca kerosakan loji yang dibuat. Kategori skil yang dijelaskan
adalah seperti berikut :

47
Punca Kerosakan Loji Pembinaan
Sangat Serius

Serius

Sederhana

Tidak Serius

Sangat Tidak serius

Purata indeks boleh dianalisis dengan formula

Purata indeks =

aixi
xi

Di mana :
ai = konstant yang melambangkan pemberat bagi i
xi = pembolehubah yang melambangkan kekerapan respondan
bagi i
i = 0,1,2,3 .

X1 = untuk frekuensi bagi maklumbalas Sangat Serius untuk a1


X2 = untuk frekuensi bagi maklumbalas Serius untuk a2
X3 = untuk frekuensi bagi maklumbalas Sederhana untuk a3
X4 = untuk frekuensi bagi maklumbalas Tidak Serius untuk a4
X5 = untuk frekuensi bagi maklumbalas Sangat Tidak Serius untuk a5
Klasifikasi untuk skil purata indek dinyatakan oleh Mc Caffer dan Muhd.
Zaimi Abd. Majid (1997) adalah seperti berikut :

i. Sangat Serius

0.00 < Purata Nilai Mata < 1.50

ii. Serius

1.50 < Purata Nilai Mata < 2.50

48
iii. Sederhana

2.50 < Purata Nilai Mata < 3.50

iv. Tidak Serius

3.50 < Purata Nilai Mata < 4.50

v. Sangat Tidak Serius

4.50 < Purata Nilai Mata < 5.00

Kaedah yang digunakan ini hanya untuk soalan tertentu sahaja. Contohnya
soalan tentang polisi penyenggaraan loji tidak menggunakan kaedah ini untuk
dianalisis kerana soalan tersebut tidak menggunakan skil seperti yang telah
dinyatakan. Justeru itu, penggunaan kaedah ini hanya terhad kepada soalan-soalan
yang bersesuaian sahaja.

4.6

Kesimpulan

Kajian ini telah dilakukan dengan menggunakan sumber utama iaitu borang
soal selidik yang diedarkan kepada pihak syarikat atau kontraktor yang berkenaan.
Walaupun terdapat beberapa masalah semasa dalam proses pengumpulan data kajian,
namun segala masalah tersebut dapat diatasi dengan baik tanpa mengganggu
kelancaran penyelidik dalam menyiapkan kajian ini.
Dalam mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan kajian ini, penyelidik
telah memilih pihak responden daripada pelbagai kelas syarikat atau kontraktor. Ini
adalah bertujuan untuk mengetahui secara rawak dan menyeluruh tentang masalah
penggunaan loji, langkah kawalan loji, dan polisi penyenggaraan yang digunapakai
oleh pihak syarikat atau kontraktor di Johor amnya. Segala maklumat mengenai
latarbelakang respondan akan dirahsiakan.
Semua data yang diperolehi dari borang soal selidik dan temuramah dianalisis
secara terperinci dalam bab seterusnya iaitu Bab V. Analisis tersebut merangkumi
perkara-perkara yang akan membincangkan objektif utama kajian iaitu masalah
penggunaan loji, langkah kawalan dan juga polisi penyenggaraan loji.

You might also like