You are on page 1of 25

1

HUBUNGAN ETNIK
1.0.

Pengenalan hubungan etnik di Malaysia secara umum


Kira-kira 1000 tahun lampau, Semenanjung Tanah Melayu berubah menjadi pusat

perdagangan di Asia Tenggara apabila China dan India memulakan perdagangan mereka
melalui Selat Melaka. Banyak kerajaan awal wujud pada abad ke-10 berasal daripada
bandar pelabuhan. Ini termasuk Langkasuka dan Lembah Bujang di Kedah,Beruas dan
Gangga Negara di Perak, serta Pan di Kelantan. Pada awal abad ke-15, Kesultanan Melaka
wujud dan kemakmuran ekonominya telah menarik minat penakluk daripada Portugis,
Belanda dan Britain untuk mewujudkan petempatan atau koloni di Selat Melaka.
Sejarah penempatan kolonial diraja Britain diwujudkan pada tahun 1826. Britain atau
dikenali sebagai British sedikit demi sedikit menyebarkan pengaruh dan kawalannya ke atas
seluruh Semenanjung Tanah Melayu. Penempatan awal colonial British ini bertapak di Pulau
Pinang, Singapura dan Melaka. Pada 1867, British menjadi semakin agresif dan mula
mendapatkan negeri-negeri Melayu yang lain. Terdapat banyak faktor-faktor yang
menjadikan colonial Britisnh ini berminat untuk mendapatkan Tanah Melayu antaranya untuk
mendapatkan bahan atau hasil mentah seperti biji besidan timah. Pada tahun 1810-an,
British mula mengambil peluang campur tangan dalam negeri-negeri Melayu. Disebabkan
perang saudara,dan gangguan kongsi gelap Cina,Britain telah dipilih untuk menyelesaikan
masalah penduduk di Negeri-Negeri Melayudan Negeri-Negeri Selat.
Akhirnya, Perjanjian Pangkor ditandatangani yang mengakibatkan perluasan kuasa
British ke atas tanah air bangsa Melayu (iaitu Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan
yang dikenali juga Negeri-negeri Melayu Bersekutu). Negeri-negeri lain yang dikenali
sebagai Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Perlis, Kedah,Kelantan dan Terengganu
berada di bawah kuasa Thailand.
Di Borneo pula, Borneo Utara British dahulunya berada di bawah pemerintahan
Kesultanan Sulu (sekarang Sabah) ditabalkan sebagai Koloni Diraja British, manakala
Sarawak menjadi milik keluarga Brooke (Raja berbangsa Inggeris). Akibat penaklukan Jepun
pada Perang Dunia II dan kebangkitan komunis, sokongan untuk kemerdekaan semakin
kuat. Apabila British mahu mewujudkan Malayan Union selepas perang berakhir,
masyarakat Melayu bangun menentang dan mahukan sistem yang pro-Melayu, menolak
kemasukan Singapura dan mahukan sistem kewarganegaraan tunggal (berbanding
dwiwarganegara, yang membolehkan kaum pendatang mendapat status warganegara
Malaya dan negara asal mereka). Kemerdekaan untuk Semenanjung Tanah Melayu
diperolehi pada 1957 di bawah nama Persekutuan Malaya, tanpa penyertaan Singapura.

HUBUNGAN ETNIK
Persekutuan yang baru diwujudkan di bawah nama Malaysia pada 16 September
1963 melalui penyatuan Persekutuan Malaya, Singapura, Borneo Utara (kemudian
dinamakan Sabah) dan Sarawak. Kesultanan Brunei yang pada mulanya menyatakan
hasrat untuk menyertai Malaysia menarik diri akibat tentangan sebahagian masyarakat
Brunei yang kecewa kerana sultan mereka tidak disenarai dalam bakal Yang Di-Pertuan
Agong. Pada awal penubuhan Malaysia, banyak perkara berlaku misalnya cubaan Indonesia
menakluk Malaysia, dan tuntutan Sabah oleh Filipina. Selain itu, pada 1965,Singapura
menarik diri daripada Malaysia dan rusuhan kaum terjadi pada bulan Mei1969.
Kini Malaysia berdiri di atas sejarahnya yang unik. Bermula dengan penaklukan
bangsa asing seperti Portugis, Belanda, British dan Jepun sehinggalah penubuhan sebuah
negara merdeka, Persekutuan Tanah Melayu yang kemudiannya pada tahun1963 dikenali
sebagai Persekutuan Malaysia. Pembabitan negara-negara asing tersebut meninggalkan
banyak kesan terhadap bangsa dan budaya masyarakat malah mengubah sosio-politik
negara.
2.0.

Konsep etnik
Istilah etnik berasal daripada perkataan Yunani iaitu ethnos yang bermakna orang.
Satu kumpulan etnik ditafsirkan secara sosial atas dasar ciri-ciri budayanya. Etnisiti
ialah rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Ini bererti wujudnya satu
kebudayaan atau sub-budaya yang jelas di mana anggotanya merasa disatukan
dengan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkahlaku yang sama.
Etnik sering berbeza dalam ciri-ciri budaya seperti adat resam, pola keluarga,
pakaian, pandnagan mengenai kecantikan, oreintasi politik, kegiatan ekonomi dan
hibuuran. Di Malaysia, orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Melanau, dan pelbagai
lagi boleh dianggap sebagai etnik. Etnik pada daasarnya bersikap etnosentrik iaitu
menganggap ciri-ciri budayanya sebagai wajar, betul dan lebih utama daripada
budaya etnik lain yang dipandang rendah dan anggil ganjil, berada ditahap rendah
atau tidak bermoral.
Penggunaan istilah ras dan etnik sering kali digunakan secara berulangan walaupun
ia membawa makna yang berbeza. Di Malaysia, kedua-dua istilah ras dan etnik
sering kali dicampuradukkan dan digunakan secara bertukar-tukar sehingga
maknanya menjadi lebih kurang sama. Orang Melayu, Cinaa dan India sepatutnya
dikenali sebagai etnik juga dipanggil ras dalam kehidupan seharian.
Ras ialah perbezaan dari segi ciri-ciri fizikal dalam kelompok manusia dan ciri yang
paling ketara serta sering digunakan untuk membezakan kumpulan manusia ialah

HUBUNGAN ETNIK
warna kulit. Etnik pula dari segi bahasa boleh didefinasikan sebagai kaum atau
bangsa. Dari segi istilah pula etnik boleh didefinasikan sebagai kelompok manusia
yang ditentukan melalui perbezaan ciri-ciri budaya seperti adat resam, pakaian,
bahasa, kegiatan ekonomi dan sebagainya.
Menurut Kamus Dewan, etnik ialah berkenaan bangsa manusia: ia juga tidak
memaksa perubahan terhadap kepercayaan agama atau membuang unsur sesuatu
kaum. Kumpulan etnik lazimnya bermula daripada satu konsep keterunan, iaitu
sesuatu generasi kumpulan etnik hari ini mempunyai nenek moyang yang sama, dan
turun-temurun daripada nenek moyang itu.
Etnik dapat dikelaskan melalui perbezaan budaya. Selain itu, etnik juga dapat
dikelaskan mengikut demografi iaitu mengikut kedudukan geografi dan sempadan
negeri. Contohnya di Sabah dan Sarawak terdapat pelbagai kumpulan etnik pada
kedudukan geografi yang berbeza.
2.1.

Konsep budaya

Definisi: Budaya biasanya dikaitkan dengan aktiviti-aktiviti yang ada dalam persekitaran
manusia seperti kesenian, barangan, makanan, tarian dan sebagainya.
Budaya boleh dibahagikan kepada dua lapangan besar iaitu
Budaya kebendaan
Budaya bukan kebendaan
Budaya kebendaan ialah peralatan dan kelengkapan hidup seperti rumah, kereta,
perahu, senjata dan sebagainya, Contohnya, orang Melayu mempunyai rumah yang
berbeza dengan orang Inggeris atau orang Eskimo Budaya bukan kebendaan ialah
kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang. Contohnya, setiap masyarakat mempunyai
adat istiadat yang berbeza-beza dalam menjalani kehidupan seperti perkahwinan
masyarakat Melayu yang mana pihak lelaki yang memberi hantaran kepada pihak
perempuan manakala, bagi masyarakat India, hantaran(dowri) perkahwinan diberi oleh
pihak perempuan kepada pihak lelaki.
Dalam budaya Melayu, faktor agama paling penting kerana agamalah dasar
tanggapan terhadap alam sekitar dari segi sosial dan fizikal. Bahasa juga penting sebagai

HUBUNGAN ETNIK
alat komunikasi dan adat resam juga mustahak sebagai petunjuk jalan bagi seseorang
dalam mengendalikan hidupnya bermasyarakat dan berbudaya.
Dua peranan utama bagi pembentukan sesuatu budaya
Pertama, membina imej negara ke arah mewujudkan keperibadian dan
identiti
Kedua ialah pemupukan kesedaran kebangsaan dan kenegaraan berasaskan
ciri-ciri kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan mental.( Tamadun Melayu Dan
Pembinaan Bangsa Melayu, 1992).
Kalau sesuatu kelompok manusia hidup dalam lingkungan yang dikenali sebagai budaya
dan budaya ini memberikan identiti kepada kelompok itu dari segi cara ia mengendalikan
hidupnya. Budaya turut diwarisi dari satu keturunan kepada satu keturunan yang lain. Dari
itu, budaya boleh dikatakan sebagai satu himpunan kelengkapan intelektual dan kebendaan
yang dapat memenuhi kehendak biologi dan kemasyarakatan serta dapat menyesuaikannya
dengan keadaan sekeliling.
2.1.1. Ciri-Ciri Budaya
Kebudayaan mempunyai ciri-ciri tertentu yang menggambarkan budaya itu terbit
daripada tingkahlaku dan akal manusia :
*Dipelajari
Dalam proses mempelajari, banyak unsur terlibat seperti proses asimilasi, adaptasi, Budaya
tidak lahir secara langsung tetapi perlu dipelajari. Manusia perlu belajar untuk menguasai
ilmu. Untuk mencipta sesuatu, manusia perlu belajar. Sebagai contoh menunjukkan budaya
itu dipelajari, kanak-kanak perlu diajar oleh ibu bapanya untuk berbahasa dan berhubung.

Apakah bentuk dan jenis pembelajaran anggota masyarakat bergantung kepada


beberapa faktor iaitu:

HUBUNGAN ETNIK
a) Apakah agen-agen sosialisasi seperti keluarga, jiran, sekolah, institusi latihan dan
b)
c)
d)
e)

sebagainya.
Apakah nilai yang mendapat keutamaan dalam sesebuah masyarakat itu.
Umur seseorang.
Tahap pendidikan
Situasi sesuatu peristiwa itu berlaku.

*Dikongsi
Budaya itu dikongsi oleh manusia yang menjadi anggota masyarakat. Perkongsian ini
bermaksud yang setiap perlakuan itu diramal dan didokong oleh sekumpulan mansuia. Nasi
lemak dan roti canai menjadi budaya keranan masyaarakat menggemarinya bahasa Melayu
adalah kebudayaan rakyat Malaysia kerana dituturkan oleh mereka dalam kehidupan
seharian. Perlakuan yang tidak dikongsi oleh sekumpulan manusia tidak termasuk dalam
budaya seperti perlakuan mencuri walaupun ia wujud dalam masyarakat. Tanpa
perkongsian, ia hanya menjadi perlakuan individu dan bukannya perlakuan masyarakat.
*Sejagat
Budaya itu bersifat sejagat. Kesejagatan budaya ialah kebudayaan itu wujud dalam semua
kelompok

manusia.

Tidaak

ada

masyarakat

yang

tidak

memiliki

kebudayaan.

Walaubagaimanapun, budaya yang sejagat itu berbeza antara masyarakat kerana faktor
pengaruh alam, pengaruh luar dan tahap penyesuaian anggota.
Clyde Kluckhohn mengesan tujuh unsur yang terdapat dalam semua budaya iaitu:
I.
II.
III.
IV.
V.
VI.
VII.

peralatan dan kelengkapan hidup manusia.


mata pencarian hidup dan sistem ekonomi.
sistem sosial.
Bahasa
kesenian
sistem pengetahuan.
agama dan kepercayaan.

(Budaya dan tamadun sinonim terutama dalam tradisi keilmuan Barat; eg. Hutington etc.)
*Diwarisi
Budaya itu diwarisi dari satu generasi ke satu generasi berikutnya. Ini bermakna bahawa
budaya Melayu, cina dan India yang diamalkan hari ini adalah lanjutan daripada budaya

HUBUNGAN ETNIK
terdahulu. Peristiwa yang telah berlaku akan memberi kesan kepada hari ini. Budaya itu juga
diwarisi juga membawa maksud bersambung. Teknologi yang dihasilkan hari ini adalah hasil
teknologi awal manusia masa lampau.
*Berubah
Budaya sentiasa berubah dan tidak ada budaya yang wujud dari dahulu hingga sekarang
tidak mengamali perubahan. Perubahan ini dikaji daripada perubahan bentuk, ciri dan
proses yang berlaku.rumah beratap genting telah digantikan dengan rumah beratap rumbia.
Dalam sejarah tamadun manusia, perubahan budaya bukan kebendaan dapat dilihat
dengan jelas seperti perubahan sistem ekonomi sara diri kepada ekonomi kapitalis. Namun,
perubahan budaya kebendaan lebih cepat berubah.
Perubahan ini disebabkan beberapa faktor seperti:
I.
II.
III.
IV.
V.
VI.

pertambahan bilangan anggota masyarakat.


pertambahan keperluan dan keinginan manusia.
penemuan dan penciptaan teknologi baru.
pertembungan budaya.
konflik yang berlaku.
perubahan alam sekitar.

*Perlambanggan
Perlambangan ini ialah sebagai satu lambang dalam budaya yang memberikan makna
tertentu kepada pendokongnya seperti bendera, warna, logo, lambaian tangan dan
sebagainya. Perlambangan yang wujud turut membantu manusia berhubung dan
berkomunikasi sesama mereka seperti isyarat memanggil.

*Pandangan Semesta
Pandangan semesta ialah bagaimana manusia memberikan tafsiran terhadap keadaan alam
sekeliling ke dalam kehidupan seharian. Pandnagan semesta ini timbul kerana manusia
mempunyai pertalian yang rapat dengan alam sekitarnya. Pertalian yang erat ini pula
diterjemahkan dalam kehidupan seharian seperti simpulan bahasa (seperti aur dengan
tebing, ukuran (sehasta, sepelaung), tempoh masa (setanak nasi) dan sebagainya.

HUBUNGAN ETNIK
2.1.2. Fungsi Budaya Dalam Kehidupan
Budaya dalam pengertian biasa ialah satu cara hidup manusia dan membawa makna yang
sangat luas. Dengan prinsip bahawa budaya itu dicipta manusia, maka budaya itu diperlu
dan dihasilkan oleh manusia itu sendiri bagi keperluan hidup.
1.

Memenuhi dan Menyediakan Keperluan

Semua manusia memerlukan keperluan asasi untuk terus hidup. Oleh yang demikian,
manusia menggunakan air untuk kegunaan pertanian, kayu-kayan untuk pembinaan rumah
dan sebagainya. Keutamaan pengeluaran produk bergantung kepada keutamaan keperluan
dan aktiviti oleh masyarakat. Sebagai contoh, jika masyarakat itu mewrisi ilmu pelayaran,
maka akan dibina kapal
2.

Sebagai Panduan kepada Anggota Masyarakat dalam Bertingkahlaku

Kepercayaan adalah unsur sejagat budaya yang sebati dengan kehidupan manusia.
Manusia memperolehi keperluannya hasil dari tuntutan daripada agama. Budaya
mempunyai

peranan

memberikan

panduan

kepada

anggota

masyarakat

dalam

bertingkahlaku dalam memberikan panduan, meliputi:


I.
II.
III.

perlakuan yang diboleh dan tidak dibolehkan.


perlakuan yang patut dan tidak patut.
perlakuan yang digalakkan dan tidak digalakkan.

Mengatur Hubungan Sesama Manusia

Dalam masyarakat Malaysia, budaya mendidik kita agar menghormati jiran, tetamu dan
sahabat. Dalam masa yang sama kita dilarang menyakitkan hati rakan sesuai dengan ajaran
Islam. Ini bermakna dalam menjalani kehidupan seharian, kebudayaan memainkan peranan
mengatur hubungan sesama manusia.
4.

Sebagai Penggalak Kepada Manusia Untuk Mencipta

HUBUNGAN ETNIK
Alam fizikal yang berbeza menghasilkan keperluan manusia yang berbeza. Orang Eskimo
memerlukan baju tebal. Maka, dengan adanya budaya ini, ia sebagai pendorong kepada
penciptaan
5.

bagi

memenuhi

keperluan

harian

dan

memudahkan

segala

urusan.

Sebagai Alat Penyatuan dan Pengenalan Identiti

Budaya berperanan sebagai alat penyatuan dan pengenaalan identiti. Sesuatu bangsa
dikenali bukan sahaja dari segi fizikalnya, lebih lagi dari budayanya. Kita mengenali Jepun
bukan sahaja dari segi fizikalnya, tetapi mereka adalah bangsa yang berjaya dalam ekonomi
dan perindustrian. manusia juga akan bersatu apabila anggota masyarakat mengamalkan
semangat kekitaan dan saling bekerja sama bagi mencapai sesuatu.
III.1.

Cabaran-cabaran yang dihadapi dalam menangani dan menguruskan


perpaduan kaum di Malaysia

Selepas peristiwa 13 Mei 1969, kunci keamanan, keteguhan, kestabilan, dan


kemajuan pembangunan negara banyak bergantung kepada perpaduan dan kerjasama
masyarakat Malaysia itu sendiri untuk mencapai perpaduan dan bukanlah satu perkara yang
mudah. Ini adalah kerana memandangkan penduduknya yang terdiri daripada pelbagai
kaum, berbeza dari segi agama, budaya, aktiviti, ekonomi, lokasi tempattinggal, dan
sebagainya. Usaha-usaha untuk menerapkan semangat perpaduan atau kekitaan di
kalangan masyarakat sering menghadapi cabaran serta masalahnya.Menurut Tan Sri
Ghazali Shafie (1985) ....the road to a cohesive and proggressivesociety is a long and
ardous one which to use the Malay phrase, is full of onak danduri.
Kenyataan di atas ternyata dapat kita simpulkan bahawa pelbagai cabaran yang
perlu kita tempuhi bagi membina negara Malaysia yang unggul di mata dunia. Terdapat
pelbagai cabaran yang di antaranya adalah cabaran sulung atau yang utama iaitu dimana
cabaran kepentingan etnik dari aspek sosial. Aspek sosial ini dapat lihat melalui empat
paradigma yang berlainan iaitu dari sudut pemisahan fizikal, sistem pendidikan yang
berasingan, polarisasi dalam kalangan pelajar dan kontrak sosial. Dari sudut pemisahan
fizikal ianya berlaku dalam masyarakat negara ini yang timbul akibat daripada kesan dasar
pecah dan perintah yang diamalkan oleh British sejurus mennjajah Malaysia. Ketiga-ketiga
kumpulan kaum ini bukan sahaja terasing daripada segi lokasi tempat tinggal, malahan
mereka menjalankan jenis pekerjaan yang berbeza.Keadaan ini juga menyebabkan sesuatu

HUBUNGAN ETNIK
golongan etnik itu tidak mengenal atau berpeluang berinteraksi dengan lebih kerap di antara
sesama mereka khususnya mereka yang tinggal dalam wilayah yang berbeza. Hal ini
berlaku akibat pemisahan fizikal yang disebabkan keadaan geografi di Sabah dan Sarawak
yang

terpisah

oleh

Laut

China

Selatan.

Implikasinya

terhadap

hubungan

etnik

memperlihatkan perbezaan dari aspek lokasi yang berbeza merupakan perkembangan yang
kurang sihat dalam pemupukan hubungan etnik di Malaysia. Selain itu, ia hanya
meningkatkan lagi perasaan kekitaan atau etnosentrisme yang bermaksud pandangan atau
perseptif yang melihatkan kelompok etnik lain melalui kaca mata etnik itu sendiri. Keadaan
sebegini hanya akan menimbulkan prasangka, stereotaip dan mengekalkan kejahilan di
dalam kalangan ahli bagi sesuatu golongan etnik terhadap golongan etnik yang lain. Contoh
yang boleh kita nyatakan di sini adalah, kejahilan ilmu masyarakat Semanjung Malaysia
dalam memahami cara hidup masyarakat Sabah dan Sarawak yang sedikit berbeza dari
aspek budaya, keagamaan mahupun adat resam. Perkara sebegini mungkin akan berlaku
jika semua etnik hanya mengambil berat tentang etniknya yang tersendiri sahaja. Maka,
pastinya amat sukar sekali Malaysia untuk menjadi negara yang lebih maju sekiranya
masyarakatnya terpisah dari sudut fizikal dan terasing dari arus pemodenan negara.
Seterusnya, adalah dari sudut sistem pendidikan yang terasing. Setiap golongan etnik
mempunyai sistem pendidikan yang tersendiri. Maksudnya di sini adalah, pelajar Melayu
menuntut di sekolah Melayu dan menggunakan bahasa perantaraan bahasa Melayu, pelajar
Cina menuntut di sekolah Cina dan juga menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa
perantaraan, manakala, pelajar India menuntut di sekolah Tamil dan menggunakan bahasa
Tamil. Sistem persekolahan yang memisahkan pelajar mengikut bahasa ibunda dan
perbezaan etnik kurang memainkan peranan yang berkesan bagi memupuk integrasi dan
persefahaman dalam kalangan pelajar. Situasi hanya akan menyebabkan interaksi mereka
hanya terhad di antara etnik yang sama sahaja. Implikasi bagi hubungan etnik ini hanya
memberikan kesan yang negatif kepada negara Malaysia. Semua etnik masing-masing
mempertahankan bahasa ibunda mereka dan tidak akan menerima bahasa ibunda kaum
yang lain. Ini adalah mereka akan menganggap adalah tidak wajar dan tidak penting untuk
mempelajari bahasa kaum yang lain. Selain itu, adalah menjadi satu kemestian di mana
setiap sekolah mengamalkan sistem pendidikan yang berbeza. Ianya akan memberikan
impakyang kurang elok kepada penstrukturan negara kerana mempunyai corak pendidikan
yang berbeza-beza. Tidak juga dilupakan bahawa golongan yang menuntut di sekolah itu
juga akan terlahirnya para pemimpin untuk mentadbir negara Malaysia pada satu hari kelak.
Sekiranya pemikiran mereka hanya disogok dengan etnik mereka sahaja, sudah pasti
Malaysia tidak akan berada dalam keadaan yang aman. Bakal pemimpin negara ini juga
mengalami kesukaran untuk mendapatkan kata sepakat daripada rakyatnya yang terdiri

10

HUBUNGAN ETNIK
daripada etnik yang berbeza. Pastinya, amat sukar untuk kita memupuk masyarakat yang
majmuk jika cabaran ini dianggap enteng oleh pihak yang berwajib.Dari sudut polarisasi
dalam kalangan pelajar yang dapat kita lihat adalah masih lagi terdapat keterasingan pada
peringkat sekolah rendah, kerenggangan pada peringkatsekolah menegah dan institut
pengajian tinggi awam (IPTA) serta institut pengajian tinggi swasta (IPTS) masih wujud.
Keadaan sebegini menyukarkan lagi proses hubungan etnik di Malaysia. Implikasinya di sini
adalah nilai-nilai bagi memupuk semangat kekitaan pada negara Malaysia tidak dapat
diterapkan dengan berkesan kerana masih lagi terdapat jurang di antara semua kaum. Jika
kita lihat, pada masa kini, masih ada lagi para ibu bapa yang kurang mempercayai untuk
menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Kebangsaan. Mereka lebih mudah menghantar
anak-anak mereka ke Sekolah Jenis Kebangsaan kerana merasakan struktur pendidikan di
sekolah tersebut dapat menjamin kecemerlangan akademik anak mereka. Sukar sekali
untuk kita memaksa ibu bapa ini kerana mereka mempunyai satu perspektif yang perlu kita
hormati. Walau bagaimanapun, tidak semua ibu bapa yang bertindak sedemikian.
Cabaran yang kedua adalah cabaran kepentingan etnik dari aspek ekonomi. Melalui
aspek ekonomi terdapat dua perkara yang perlu ditekankan adalah penguasaan ekonomi
dan perbezaan pekerjaan berdasarkan sektor ekonomi. Pertama, penguasaan ekonomi
memperlihatkan jurang yang luas bagi setiap etnik. Majoriti kaum Melayu menguasai sektor
pertanian yang memerlukan banyak tenaga sumber manusia dan berteknologi rendah. Bagi
kaum Cina, yang umumnya menguasai sektor yang lebihmaju seperti perniagaan,
perdagagan dan menggunakan teknologi moden. Manakala, kaum India pula banyak terlibat
dengan perladangan di estet getah dan kelapa sawit.Kenyataan di sini sudah membolehkan
kita membuat satu kesimpulan iaitu terdapatnya jurang pendapatan yang begitu ketara dan
tidak seimbang dalam ekonomi Negara Malaysia. Semua golongan etnik sentiasa mencuba
untuk bersaing dalam ekonomi iniuntuk berusaha mendapatkan hak dan keuntungan yang
lebih besar. Penguasaan ekonomi yang berbeza serta jurang pendapatan yang tidak
seimbang

mengakibatkanketidakstabilan

dalam

masyarakat

majmuk.

Justeru

itu,

implikasinya mengakibatkan ketidakpuasan hati bagi semua golongan etnik. Bagi kaum
Melayu yang terlibat dalam sektor pertanian mendapat pendapatan yang sedikit dan
berkemungkinan akan menghadapi dengan kemiskinan. Situasi yang sama juga akan
berlaku terhadap kaum India yang di mana harga getah dan kelapa sawit adalah
berlandaskan kepada keadaan ekonomi di dunia. Jika harga meningkat, maka, pulangannya
tentu baik dan sebaliknya juga akan berlaku. Golongan etnik Cina pula akan terus mencari
peluang-peluang keemasan dalam perniagaan dan mereka dapat hidup dalam hidup yang
cukup mewah. Akan tetapi, mereka pasti berasa tidak puas hati yang di mana kebanyakan

11

HUBUNGAN ETNIK
lubang perniagaan banyak diutamakan kepada kaum Bumiputera atau Melayu. Sudah tentu
timbulnya persoalan di lubuk pemikiran mereka di mana hak mereka sedangkan selama ini
mereka banyak menyumbang kepada ekonomi negara. Isu-isu sebegini merupakan perkara
yang boleh menyebabkan negara kita bergolak. Selain itu, dalam Rancangan Malaysia
Kedua ada menyatakan perpaduan negara tida boleh dicapai tanpa kesaksamaan dan
keseimbangan yang lebih besar dalam kalangan kumpulan sosial dan etnik Malaysia melalui
penyertaan mereka dalam pembangunan negara dan dalam perkongsian manfaat daripada
permodenan dan pertumbuhan ekonomi. Sesungguhnya, perpaduan negara tidak boleh
dipupuk seandainya sebahagian besarnya penduduk kekal miskik dan peluang pekerjaan
produktif yang tidak mencukupi. Fenomena kemiskinan bukan sahaja terdapat di kawasan
luar bandar tetapi juga di kawasan bandar. Keadaan ini boleh mengugat perpaduan negara
kerana masalah kemiskinan hanya menonjol dalam kalangan kelompok etnik yang tertentu
sahaja.
Cabaran yang ketiga adalah cabaran kepentingan etnik dari aspek politik iaitu
dimana politik perkauman boleh menimbulkan perasaan kurang senang hati dan
mengukuhkan semangat perkauman jika sesuatu tindakan diambil tanpa mendapat kata
sepakat

oleh

semua

pihak.

Isu-isu

perkauman

seperti

bahasa,

kebudayaan,

pendidikan,agama, kerakyatan, dan ekonomi jika dipergunakan untuk tujuan berpolitik,


pastinya, iatidak akan menyumbang ke arah masyarakat yang bersatu padu. Implikasinya
mengakibatkan semua etnik akan saling berusaha untuk mengekalkan identiti kaumnya
sendiri tidak kira dari aspek bahasa dan budaya, mereka akan cuba untuk mempertahankan
agar mereka juga mendapatkan hak yang sama rata. Selain itu,semangat taat setia pada
negara Malaysia juga tidak wujud di kalangan etnik kerana masing-masing pasti ingin
menaburkan bakti pada negara mereka sendiri. Lambang bendara Malaysia akan tinggal
sebagai lambang sahaja jika semua etnik hanya mementingkan hak etnik masing-masing.
Cabaran yang keempat adalah cabaran nilai antara etnik yang menyatakan
perbezaan dari segi agama, bahasa, dan kebudayaan lebih ketara dalam masyarakat
majmuk. Kaum Melayu, Cina dan India mempunyai agama, bahasa dan kebudayaan yang
berlainan. Perbezaan ini bertambah sukar apabila setiap kaum terus menebal dengan
bahasa dan kebudayaan mereka sendiri. Implikasi di sini mengakibatkan anggota etnik lebih
mengutamakan anggota daripada etnik yang sama dalam memilih sahabat, mendapatkan
perkerjaan. Perkara ini seolah-olah sudah menjadi tegal atau taboo kerana ia memang
sukar untuk diubah walaupun menggunakan ubatan atau teknologi yang moden sekali pun.
Setiap etnik tidak mempunyai perasaan hormat menghormati dengan agama dan budaya

12

HUBUNGAN ETNIK
etnik-etnik yang lain. Kesukaran untuk hidup dalam satu masyarakat yang sama pasti akan
menimbulkan kekecohan di kawasan tersebut. Ini adalah berdasarkan mereka mempunyai
masalah untuk berkomunikasi dalam bahasa yang difahami oleh semua etnik. Masalah ini
pasti mewujudkan ketidak selesaan juga mereka melihat budaya yang sebelum ini belum
pernah disaksikan oleh mereka. golongan etnik-etnik ini tentunya sukar untuk menerimanya
dan tidak mungkin akan menerima apa-apa perubahan walhal ianya memberikan banyak
faedah dalam kehidupan seharian mereka.
Cabaran yang kelima adalah cabaran globalisasi yang menunjukkan proses
globalisasi serta pembaratan corak hidup berasaskan ekonomi dan politik barat merupakan
cabaran yang perlu dihadapi oleh rakyat Malaysia pada masa kini. Implikasi daripada
cabaran ini, jika dilihat dari sudut positif, kita dapat bergerak maju melalui pendedahan
menggunakan teknologi yang tinggi serta pentadbiran yang sistematik menyebabkan
Malaysia menjadi seperti yang dapat kita rasai perbezaannya kini. Namun demikian,
pengaruh Barat ini juga mewujudkan pelbagai unsur-unsur yang negatif dari segi, budaya
hedonisme atau budaya kuning yang telah berjaya menyesatkan para remaja yang bisa
menjadi bakal pemimpin negara lenyap dek kerana budaya kuning yang songsang ini.
Budaya kuning ini banyak memberikan nilai-nilai yang negatif seperti terlibat dalam kancah
jenayah, pemakaian yang kurang sopan serta pergaulan yang melampaui batas. Dari segi
sains dan teknologi yang memusnahkan kebanyakan golongan remaja terdedah dengan
pornografi-pornografi yang menyongsangkan jiwa dan akidah remaja itu sendiri. Bermacammacam keburukan yang memusnahkan alam sekitar, budaya hiburan dan penyalahgunaan
sumber manusia dan bahan mentah juga datangnya daripada pengaruh Barat. Jelasnya di
sini dapat dilihat, kehalusan dan ketimuran rakyat Malaysia semakin terhapus dek pengaruh
Barat bagi merealisasikan wawasan negara. Tradisi dan adat resam kita pasti akan hilang
juga kerana tiada nyainsan yang ingin menjaganya daripada lupus dek arus pemodenan
zaman.
Merujuk kepada hasil tulisan Hasnah Hussin dan Mardiana Nordin dalam buku
Pengajian Malaysia, terbitan Oxford Fajar Sdn Bhd pada tahun 2007, usaha kerajaan kearah
pemupukan hubungan etnik bermula setelah tahun 1957, iaitu selepas TanahMelayu
mencapai kemerdekaan bagi mengatasi cabaran-cabaran yang telah dikemukakan sebelum
ini. Kerajaan merancang dan menyediakan pelbagai dasar danpelan tindakan untuk
mencapai perpaduan dari pelbagai aspek. Kerajaan telah merangka Dasar Pendidikan
Kebangsaan sebagai landasan mewujudkan masyarakat

yang bersatu padu. Penyata

Razak dan Ordinan Pelajaran yang telah termaktub sebelum merdeka telah disemak semula
menghasilkan Laporan Rahman Talib dan seterusnya dimaktubkan dalam Akta Pelajaran,

13

HUBUNGAN ETNIK
1961 merupakan antara usaha awalkerajaan dalam sektor Pendidikan. Matlamat Dasar
Pendidikan Kebangsaan diharapkan dapat memenuhi keperluan tenaga rakyat negara ini
dalam jangka pendekdan panjang demi melahirkan masyarakat yang bersatu padu,
berdisiplin dan terlatih. Antara strategi yang dirancang untuk mencapai matlamat Dasar
Pendidikan Kebangsaan ialah menjadikan Bahasa Kebangsaan bahasa pengantar yang
utama,mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis
sekolah, mewujudkan sistem peperiksaan yang sama dan sebagainya.
Kerajaan berusaha dengan lebih keras lagi dalam mencapai perpaduan berikutan
berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 yang melibatkan rusuhan kaum yang amat dahsyat.
Rentetan peristiwa tersebut telah terbentuknya MAGERAN pada 17 Mei 1969 yang
berfungsi sebagai pengembali keamanan dan undang-undang negara; penentu pentadbiran
yang licin dan sempurna; dan pengembali keharmonian dan kepercayaan antara kaum.
MAGERAN didapati berjaya mengembalikan keamanan kepada Negara selepas dua tahun
ditubuhkan. Seterusnya, pada tahun 1969 juga, Jabatan Perpaduan Negara(JPN) dan Majlis
Muhibah Negara(MMN) telah dibentuk. JPN yang diketuai Tan Sri Mohd Ghazali Shafie telah
ditubuhkan untuk membantu kerajaan menggerakkan dan membimbing rakyat ke arah
perpaduan negara. MMN pula ditubuhkan pada 18 Julai1969 bertujuan memulihkan
kepercayaan dan keyakinan antara kaum, mengkaji dan mengatasi masalah untuk
menghapuskan perselisihan faham, membantu dan menyusun kerja-kerja sukarela. MMN
dan JPN telah digabungkan pada 1Januari 1972 menjadi Kementerian Perpaduan Negara
yang kini bergelar Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat yang
ditugaskan untuk mengendalikan aktiviti-aktiviti bercorak muhibah untuk masyarakat yang
berbilang kaum. Selain itu, pada 29Januari 1970 juga telah tertubuhnya Majlis Perundingan
Negara (MAPEN) yang bertanggungjawab untuk mengadakan garis panduan bagi
kerjasama antara kaum dan integrasi nasional untuk memupuk identiti kebangsaan di
kalangan rakyat Malaysia serta bertanggungjawab dalam pembentukan ideologi negara,
iaitu Rukun Negara dan perubahan perlembagaan. Majlis ini dianggotai oleh pelbagai
lapisan masyarakat seperti wakil-wakil dari MAGERAN, wakil dari kerajaan negeri, wakil dari
parti politik,wakil dari Sabah dan Sarawak, wakil dari kumpulan agama, wakil dari badan
profesional,

wakil

dari

perkhidmatan

awam,

wakil

dari

kesatuan

sekerja

dan

persatuanmajikan, wakil dari akhbar, wakil guru-guru dan wakil dari kelompok minoriti bagi
membolehkan mereka membuat perbincangan secara berterus-terang. Kemuncak usaha
kerajaan ekoran peristiwa 13 Mei ialah terciptanya satu ideologi negara iaitu Rukun Negara
yang dihasilkan berasaskan kepercayaan, keyakinan dan iltizam untukmembentuk satu jati
diri rakyat Malaysia yang unggul serta bertujuan menyemai danmemupuk integrasi nasional

14

HUBUNGAN ETNIK
serta semangat perpaduan antara kaum. Rukun Negara dengan prinsip-prinsip berdasarkan
semangat Perlembagaan diharapkan dapat membentuk jati diri rakyat negara ini sebagai
satu bangsa Malaysia dan dijadikan sebagai pedoman dan hala tuju dalam merancang
program pembangunan negara.Secara khususnya, ia merupakan ikrar yang menjadi acuan
bagi integrasi nasional, pembentukan Bangsa Malaysia dan ideologi negara.
Usaha kerajaan diteruskan lagi dengan Dasar-Dasar Pembangunan Negara yang
dirancang selaras dengan nilai-nilai sosio ekonomi, politik, sumber kekayaan,aspirasi
masyarakat serta persekitaran global. Dalam konsep hubungan etnik, dasar-dasar
pembangunan negara merujuk kepada usaha kerajaan bersama rakyat untuk melakukan
perubahan dalam aspek sosial, kebudayaan, politik dan ekonomi secara seimbang dan adil
bagi semua kaum. Terdapat tiga pelan pembangunan negara yang utama iaitu Era Dasar
Ekonomi Baru (1971-1990), Era Dasar Pembangunan Nasional (1991-2000) dan Era Dasar
Pembangunan Negara. Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan salah satu usaha dasar
ekonomi untuk mengubah masyarakat dan Negara daripada keadaan mundur kepada maju
dalam pelbagai aspek kehidupan (kebendaan dan bukan kebendaan). DEB dilancarkan oleh
kerajaan

Malaysia

melalui

Rangka

Rancangan

Jangka

Panjang

(RRJP)

yang

bermatlamatkan untuk mengurangkan dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan


menambah pendapatan dan memperbanyakkan peluang pekerjaan kepada semua rakyat
tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat untuk mengurang dan
menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. Antara usaha yang
dijalankan untuk membasmi kemiskinan melalui DEB ialah mewujudkan peluang pekerjaan
untuk semua golongan, menambahkan daya pengeluaran dan pendapatan, memberi
peluang kepada orang yang bekerja di sektor yang rendah daya pengeluarannya berpindah
ke sektor yag lebih lumayan, mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum
dan antara kawasan (bandar dan luar bandar), memodenkan kehidupan di luar bandar dan
memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan, kemudahan
infrastruktur dan lain-lain.
Seterusnya, Dasar Pembangunan Nasional (DPN) telah dilancarkan pada tahun1991
yang bermatlamat untuk mencapai pembangunan seimbang bagi mewujudkan masyarakat
yang bersatu padu dan adil. DPN merupakan pemangkin negara ke arah menjadikan
Malaysia sebagai negara maju dan digerakkan di atas landasan yang kukuhke arah
membentuk pembangunan seimbang yang meliputi aspek keadilan sosial, nilai,etika dan
moral mengikut acuan tempatan. Strategi DPN masih lagi berlandaskan strategi yang telah
dibina oleh DEB iaitu serampang dua mata dan diperkasakan pendekatannya dengan

15

HUBUNGAN ETNIK
memasukkan beberapa dimensi baharu dalam pelan tindakan,iaitu penegasan terhadap
pembasmian kemiskinan dengan dua tumpuan utama, iaitu menghapuskan kemiskinan
tegar dan mengurangkan kemiskinan relatif; menumpukan perhatian kepada pembangunan
sebuah Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) sebagai satu
strategi ke arah meningkatkan dan seterusnya mengekalkan penyertaan Bumiputera dalam
kegiatan ekonomi; meningkatkan penglibatan sektor swasta dalam proses penyusunan
semula masyarakat dan memebri lebih tumpuan kepada pembangunan sumber manusia
termasuk sistem nilai dan etikabagi mencapai matlamat pertumbuhan ekonomi dan
pengagihan yang saksama.
Usaha kerajaan diteruskan lagi dengan Dasar Wawasan Negara (2001-2010) atau
dikenali sebagai Wawasan 2020. ia merupakan respons kepada perkembangan ekonomi,
sosial dan politik yang berlaku pada peringkat nasional dan antarabangsa serta
menitikberatkan pembangunan menyeluruh dan bukan sahaja pembangunan ekonomi tetapi
dari segi politik, ekonomi, sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan. Menjelang tahun
2020, Malaysia dijangka mampu menjadi sebuah negara yang bersatupadu dengan
masyarakat Malaysia mempunyai nilai moral dan etika yang utuh, penyayang, adil dan
saksama, berkeyakinan serta mampu bersaing. Dalam kertas kerja berjudul Malaysia
Melangkah ke Hadpan(1991) yang dibentangkan pada siding pertama Majlis Perdagangan
Malaysia di Kuala Lumpur pada 28 Februari 1991 menyatakan terdapat sembilan cabaran
yang dikenalpasti untuk merealisasikan Wawasan 2020. Sememangnya, negara Malaysia
telah berusaha untuk mencapai kesembilan matlamat itu. Walaupun banayak matlamat itu
menumpukan kepada pembangunan ekonomi, pembangunan keseluruhannya tidak boleh
diketepikan. Hal ini disebabkan pembangunan keseluruhan dari aspek politik, sosial dan
ekonomi yang mampu menyatukan rakyat. Pembangunan yang seimbang dari setiap sudut
itu mampu menggerakkan pelbagai kaum di Malaysia untuk hidup secara harmoni dan
sejahtera.
Pelan Tindakan Perpaduan & Integrasi Nasional telah dirancang oleh Jabatan
Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Ia merupakan rancangan lima tahun iaitu dari
2005-2010 yang merancang pelbagai usaha untuk memupuk dan mempertingkatkan
perpaduan dan integrasi nasional. Pelan ini mengandungi pelbagai strategi yang dirancang
dari pelbagai aspek seperti strategi politik, ekonomi,pendidikan, penggunaan Bahasa
Kebangsaan,

Agama,

Kebudayaan,

Integrasi

Wilayah,Keselamatan,

Pembangunan

Kawasan, Penggunaan Tenaga Manusia, Media Massa,Kesukanan, Pemasyarakatan


Perpaduan,

Pertubuhan

Sukarela,

Penyelidikan

Dan

Penerbitan

Bahan

Bacaan,

16

HUBUNGAN ETNIK
Pemantauan Isu-isu Semasa dan Konflik, Penubuhan PanelPenasihat Perpaduan Negara
(PANEL) dan Jawatankuasa Penasihat Perpaduan Peringkat Negeri (JKPPN), program dan
aktiviti perpaduan, Sekolah Wawasan dan Program Latihan Khidmat Negara. Kesemua
program, pelan dan aktiviti yang dirancang telah dijalankan dengan bertujuan supaya
masyarakat dapat melibatkan diri dan memupuk hubungan etnik yang erat antara rakyat di
negara ini.
Melalui pembacaan beberapa karya Fatimah Azzahra & Yusri Ab. Malik. Siri
Perpaduan Negara-Perpaduan Antara Kaum, terbitan Penerbit Setiamas pada tahun1995.
Masyarakat Malaysia merupakan sebuah masyarakat majmuk yang mempunyai pegangan
agama, bahasa dan adat istiadat tersendiri. Perhubungan politik dan ekonomi dengan dunia
luar, proses penjajahan barat dan kemasukan orang asing merupakan faktor utama yang
bertanggungjawab mewujudkan masyarakat berbilang kaum di negara ini. Malaysia terdiri
daripada masyarakat yang multiracial dan multiculture yang mempunyai asas-asas kukuh
untuk mewujudkan masyarakat yang lebih berbudaya,berilmu, bermoral, dan mendokong
cita-cita murni bangsa Malaysia berteraskan konsep negara bangsa. Melalui konsep negara
bangsa ini, semua masyarakat mendukung satu bangsa dan satu negara yang tegak di atas
satu identiti negara yang sama yang dimenifestasikan oleh pemikiran, nilai-nilai sosiobudaya, lambang-lambang dan sentiasa berpegang kepada jiwa kemanusiaan dan
kerohanian yang tinggi. Bangsa yang bertamadun mempunyai identiti peradabannya yang
tersendiri.
Masyarakat berperanan dalam pemupukan hubungan etnik agar negara kita
malaysia sentiasa dalam keadaan aman dan selesa. Salah satu contoh peranan masyarakat
adalah dalam penerimaan budaya. Secara amnya, memang ada kesamaan unsur
kebudayaan antara ketiga- tiga golongan rakyat di negara ini. Ciri- ciri hindu telah meresap
masuk ke dalam kebudayaan masyarakat melayu. Dari kepelbagaian budaya ini akan
menyatukan nilai pelbagai bangsa. Orang cina yang datang ke negara ini untuk bekerja di
lombong- lombong bijih timah diterima menjadi warganegara Malaysia akhirnya.
Persesuaian yang kelihatan antara tiga golongan utama iaitu melayu, cina,dan india
berasaskan ciri budaya yang sama. Antaranya ialah mementingkan kekeluargaan dengan
menghormati ibu bapa dan adik beradik. Disamping itu kepentingan agama didahulukan.
Satu daripada cara mencapai perpaduan di antara kaum ialah menjaga budi bahasa
serta akhlak dalam pergaulan. Perbezaan agama serta kepercayaan tidak mengurangkan
kepentingan pemupukan budi bahasa. Adat istiadat adalah peraturan yang sentiasa dlpatuhl

17

HUBUNGAN ETNIK
dan diamalkan dalam masyarakat Malaysia terutamanya pada hari perayaan. Adat istiadat
ini mencirikan Kebudayaan Kebangsaan. Antara hari-hari perayaan yang sama-sama
dihormati ialah Hari Kebangsaan Malaysia pada 31 Ogos,Hari Deepavali, Tahun Baru Cina,
Hari Raya, Sambutan Maulud Nabi Muhammad s.a.w,Hari Keputeraan rasmi DYMM Yang
di-Pertuan Agong Malaysia
Malaysia sememangnya terkenal sebagai sebuah negara yang mempunyai
masyarakat majmuk dan kukuh dengan warisan budaya dan budi bahasa yang tinggi.
Kesemua adat resam ini sama-sama saling difahami dan dihormati oleh semua lapisan
masyarakat agar perhubungan kaum dapat dijalinkan dengan erat. Bagi masyarakat Melayu
terdapat beberapa adat-adat kunjung mengunjung dalam masyarakat. Bagi pengunjung
beragama Islam hendaklah memmberi salam 'Assalamu'alaikum'. Pengunjung bukan Islam
memadai mengucap selamat sahaja. Setiap pengunjung yang hendak masuk ke dalam
rumah orang Melayu perlu menanggalkan kasut. Bagi masyarakat India pula terdapat
kepelbagaian adat bergantung kepada keturunannya sama ada Tamil, Punjabi atau India
Utara. Antaranya secara umum ialah semasa memberi hormat, kaum India terdapat
berbagai-bagai

cara

dan

kebiasaannya

dengan

merapatkan

tapak

tangan

dan

mengangkatnya hingga ke dada sambiI mengucapkan kata-kata yang bermaksud selamat.


Semasa

berkunjung,

tetamu

mestilah

membuka

kasut

kecuali

jika

tuan

rumah

membenarkannya. Kunjungan pula seeloknya dibuat pada hari dan masa yang dikira sesuai.
Kunjungan ke rumah orang yang baru berpindah tidak sesuai dibuat pada hari Ahad, Selasa
dan Khamis. Apabila hendak pulang tetamu hendaklah terlebih dahulu meminta diri daripada
tuan rumah dengan mengatakan 'sayaakan datang lagi' serta berjabat tangan. Masyarakat
Cina pula mempunyai adat tersendiri di dalam menerima tetamu. Semasa berkunjung ke
rumah orang dna, tetamu seelok-eloknya duduk di sebelah kiri tuan rumah. Ini menunjukkan
tetamu itu menghormati tuan rumah. Tetamu hanya dilihat sopan apabila minum setelah
dipersilakan oleh tuan rumah berulang kali. Adalah dianggap tidak sopan jika mengunjung
rumah keluarga Cina sewaktu mereka sedang makan kecuali kunjungan itu khusus
menghadiri jamuan. Adat-adat ini banyak membantu dalam menggeratkan perpaduan di
antara kaum. Orang Melayu, Cina dan India sama-sama saling memahami adat dan
kebudayaan masing-masing. Dengan ini tidak timbullah persoalan ketidaksefahaman antara
kaum.
Kesimpulannya, perpaduan kaum adalah perkara utama yang harus diberiperhatian
kerana pemupukan hubungan etnik antara masyarakat adalah amat penting bagi negara
Malaysia yang bermasyarakat majmuk serta menjamin kestabilan politik dan ekonomi

18

HUBUNGAN ETNIK
negara. Kerajaan sentiasa prihatin dan mengambil berat terhadap isu perpaduan ini supaya
dapat mengekalkan keharmonian kehidupan di negara kita selain menjaga kemerdekaan
yang telah dicapai melalui perpaduan nenek moyang kita. Olehyang demikian, setiap kaum,
golongan masyarakat dan semua pihak adalah terlibat bekerjasama dalam mencapai usaha
yang murni ini bagi menjamin kehidupan sejahtera yang berpanjangan.
4.0.

Terangkan konsep 1 Malaysia yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia


pada 3 April 2009
Konsep Satu Malaysia merupakan satu gagasan yang telah diperkenalkan oleh

Perdana Menteri Ke-6, Dato Sri Najib Razak sebaik sahaja beliau memulakan tugasnya
sebagai Perdana Menteri pada 3 April 2009. Konsep ini diutarakan oleh beliau dalam
ucapan sulungnya sebaik sahaja mengambil alih tugas Perdana Menteri daripada Tun
Abdullah Ahmad Badawi di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya.
Dalam ucapan sulungnya ini beliau merasa terpanggil untuk meneruskan agenda
besar kerajaan untuk membasmi kemiskinan, menstrukturkan semula masyarakat Malaysia,
meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti untuk semua, serta meniupkan semangat
sebuah generasi baru untuk menumpah khidmat kepada Malaysia. Maka dengan itu, pada
hari pertama pelantikannya sebagai Perdana Menteri, Dato Sri Najib telah berikrar untuk
bekerja tanpa mengenal erti jemu atau penat lelah, berkhidmat dan membela untung nasib
rakyat.
Iltizamnya untuk berkhidmat dan membela untung nasib rakyat ini telah digagaskan
olehnya menerusi satu transformasi besar buat negara dengan semangat : Satu MalaysiaRakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
Ketika berucap di Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) pada 28
April 2009 di PICC, Putrajaya, Dato Sri Najib memperjelaskan bahawa konsep ini bukanlah
sesuatu yang baru. Ia sebenarnya adalah kesinambungan kepada apa yang diperjuangkan
semenjak Almarhum Tunku Abdul Rahman. Tunku Abdul Rahman telahpun berjaya
menyatukan Malaysia menerusi kemasukan Singapura, Sabah dan Sarawak ke dalam
Persekutuan Tanah Melayu menerusi pembentukan Malaysia pada tahun 1963. Maka kini,
Satu Malaysia bukan bermakna penyatuan dari segi fizikal sahaja tetapi lebih ke arah
penyatuan fikiran, semangat perjuangan, kebudayaan dan juga taraf kehidupan tanpa
mengira etnik, bangsa, agama dan juga kawasan ataupun wilayah.

19

HUBUNGAN ETNIK
Konsep Satu Malaysia: Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan, adalah satu
falsafah yang memayungi pentadbiran negara di bawah kepimpinan Dato Sri Najib. Ia akan
menekankan apa yang harus dilakukan sekarang bagi memacu negara ke arah mencapai
hasrat dan visi yang ditetapkan oleh dua Perdana Menteri sebelumnya iaitu Tun Dr. Mahathir
Mohamad, supaya Malaysia menjadi negara maju menerusi Wawasan 2020 dan Tun
Abdullah Ahmad Badawi agar rakyat Malaysia menjadi bangsa Cemerlang, Gemilang dan
Terbilang.
Untuk menjayakan kedua-dua visi yang telah ditetapkan oleh kedua-dua mantan Perdana
Menteri ini maka Dato Sri Najib selaku Perdana Menteri yang baru perlu menekankan pula
soal kesatuan dan perpaduan rakyat pelbagai kaum dan etnik di negara ini. Beliau
menekankan bahawa hasratnya adalah menjadi Perdana Menteri untuk semua rakyat dan
berlaku adil , tidak dilihat sebagai Perdana Menteri yang memihak kepada mana-mana suku
kaum. Konsep Satu Malaysia ini menekankan rasa saling hormat dan percaya antara
semua kumpulan etnik di Malaysia yang beliau sifatkan sebagai tiang seri kepada proses
perpaduan nasional.
4.1.

Maksud konsep Satu Malaysia


Apa yang dimaksudkan dengan slogan Satu Malaysia ini ialah kerajaan

akan mengutamakan rakyat dan merentasi seluruh lapisan masyarakat serta kumpulan etnik
di setiap pelusuk tanah air. Dalam menghuraikan slogan ini juga Dato Sri Najib telah
menjelaskan bahawa tidak ada sesiapa yang patut merasakan diri mereka tercicir atau
terpinggir daripada wacana nasional.
Dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang pertama pada 15 April 2009, Perdana
Menteri memberi jaminan bahawa pelaksanaan konsep Satu Malaysia ini tidak akan
menyebabkan kerajaan mengenepikan dasar afirmatif untuk menolong bumiputera. Dasar
itu tetap dilaksanakan dengan adil iaitu dengan memberi pertimbangan kepada golongan
yang layak untuk mendapatkan sesuatu pertolongan kerajaan.
Konsep Satu Malaysia ini juga sama sekali berbeza dengan konsep Malaysian
Malaysia seperti yang diperjuangkan oleh DAP yang cuba dikelirukan oleh segelintir pihak
terutama parti pembangkang. Di bawah konsep Satu Malaysia bererti kita berdiri, kita
berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia (one people). Sebagai contoh katanya,
kalau kita buat program untuk membina rumah-rumah PPRT, kita jangan lupa rakyat
bumiputera Sabah dan Sarawak yang hidup di rumah-rumah panjang. Mereka juga mesti

20

HUBUNGAN ETNIK
dibekalkan dengan program untuk membina semula rumah-rumah panjang. Dan kalau kita
memperjuangkan soal kemiskinan, kita mesti melihat kemiskinan yang merentasi semua
kaum sama ada di bandar, luar bandar, ladang, kampung baru atau kumpulan orang asli.
Perdana Menteri seterusnya menjelaskan bahawa tiada asas rigid bagi menentukan
prinsip asas Satu Malaysia. Apa yang penting katanya, ialah sikap toleransi , saling hormat
menghormati dan saling percaya di kalangan masyarakat pelbagai kaum.
4.2.

Ciri-ciri khusus Satu Malaysia

Ciri-Ciri khusus yang mendasari gagasan Satu Malaysia ini adalah seperti yang berikut:
a) Menjadikan kemajmukan rakyat yang ada sebagai sumber kekuatan. Walaupun kita
telah menyaksikan banyak negara di dunia telah hancur oleh faktor kemajmukan,
namun Malaysia telah berjaya menjadi negara yang aman dan stabil hasil daripada
faktor kemajmukan ini.

Maka yang demikian, suka atau tidak suka, kita mesti

mengakui kemajmukan yang wujud adalah realiti yang harus di terima. Inilah
merupakan teras kepada konsep Satu Malaysia, mengakui realiti yang ada dan
menjadikannya sebagai platform untuk mencapai kejayaan demi kejayaan.
b) Konsep ini tidak sekali-kali lari daripada apa yang telah termaktub dan
dimuafakatkan melalui undang-undang tertinggi negara iaitu Perlembagaan
Persekutuan dan prinsip-prinsip Rukun Negara. Di bawah konsep Satu Malaysia ini
setiap rakyat Malaysia yang berkelayakan dan memerlukan bantuan serta
pertolongan akan dibantu dengan sewajarnya dan tidak akan ada mana-mana pihak
yang akan dicicirkan.
c) Tidak ada konsep warganegara kelas kedua dan setiap anak Malaysia adalah
potensi modal insan yang penting kepada negara untuk dimanfaatkan sebaikbaiknya.
d) Setiap warganegara mempunyai hak dan tanggungjawab masing-masing seperti
mana yang telah digariskan oleh Perlembagaan Persekutuan. Kewarganegaraan
bukan sahaja menggariskan hak tetapi juga menuntut tanggungjawab mana-mana
pihak

tidak

boleh

terlalu

taksub

terhadap

tuntutan

hak

dan

melupakan

tanggungjawab mereka sebagai warganegara.


e) Memastikan tiada rakyat Malaysia yang terpinggir daripada mendapat perhatian
kerajaan. Bantuan dan juga perhatian kerajaan kepada rakyat akan berasaskan
kepada meritokrasi dan juga kesaksamaan -malah kesaksamaan bermaksud
meletakkan sesuatu pada tempatnya yang hak.

21

HUBUNGAN ETNIK
f)

Mengamalkan prinsip-prinsip kebersamaan (togetherness) dan kekitaan (sense of


belonging) dalam satu keluarga besar dalam konteks realiti kemajmukan kaum dan
agama di Malaysia.
4.3.

Nilai-nilai utama Satu Malaysia

Dato Sri Najib Razak di dalam laman web peribadinya, telah memberi penjelasan
mengenai beberapa nilai penting yang perlu diterapkan di kalangan jentera kerajaan dan
pihak awam bagi mencapai matlamat Satu Malaysia. Beliau telah mengenalpasti serta
menguraikan sebanyak LAPAN NILAI yang saling berkait dan memperteguhkan antara satu
sama lain untuk dihayati oleh semua lapisan rakyat. Lapan Nilai yang dimaksudkan itu ialah
Budaya Kecemerlangan, Ketabahan, Rendah Hati, Penerimaan, Kesetiaan, Meritokrasi,
Pendidikan dan Integriti. Penjelasan lanjut bagi setiap nilai tersebut adalah seperti berikut :
1.

Nilai Pertama Budaya Kecemerlangan


Menurut Dato Sri Najib, beliau benar-benar percaya bahawa demi mengubah

Malaysia dan membawa Malaysia ke tahap kejayaan dan pencapaian yang lebih tinggi, satu
nilai yang merangkumi nilai-nilai lain yang akan memastikan Malaysia menuju trajektori yang
betul ialah untuk kita menanamkan Budaya Kecemerlangan. Ini kerana jika kita mempunyai
satu set nilai-nilai yang menandakan kita mempraktikkan Budaya Kecemerlangan,
segalanya akan berkembang dan beralir dari Budaya tersebut.
Pada prinsipnya Budaya Kecemerlangan ini perlu diterapkan secara berterusan di kalangan
orang ramai untuk menjana semangat dan juga kesedaran di kalangan mereka betapa
pentingnya Semangat Kecemerlangan tersebut. Sebagai contoh, dengan memperkenalkan
dengan lebih banyak prinsip meritokrasi, maka ianya akan menyedarkan semua pihak
tentang kepentingan

prestasi, dan prestasi itu banyak berpaut kepada Budaya

Kecemerlangan.
Di sini juga Dato Sri Najib telah memperincikan beberapa aspek Budaya Kecemerlangan
yang dimaksudkannya, iaitu:
Pertama: Percaya kepada Prinsip Ketepatan. Ketepatan dari segi pengukuran, dari segi
jadual penyampaian dan juga dari segi kualiti. Jika Malaysia dikenali sebagai sebuah negara
yang menekankan kualiti dan kecemerlangan, maka setiap produk yang datang dari
Malaysia, setiap perkhidmatan yang berasal dari Malaysia akan dilihat seperti mempunyai
kualiti dan nilai cemerlang yang diinginkan oleh dunia.

22

HUBUNGAN ETNIK
Kedua: Kepimpinan Berasaskan Prestasi. Dalam erti kata lain, jika kita mahu mengubah
Malaysia, perubahan mestilah berteraskan kepimpinan yang berasaskan prestasi. Ini
bermakna kita mempunyai matlamat-matlamat khusus, yang mana prestasi itu boleh diukur.
Menerusi pengukuran prestasi ini, maka dengannya kita boleh membuat pengawasan,
pemantauan dan juga boleh mengambil tindakan pembetulan. Di samping itu juga,
kepimpinan berasaskan prestasi ini memungkinkan kita untuk membuat sebarang
perubahan jika perlu.
Ketiga : Ketepatan Masa dan Waktu. Pengertian waktu, waktu Malaysia, yang sering
dijadikan bahan jenaka orang ramai. Tentang menjaga masa, ketepatan masa dalam apa jua
yang kita lakukan. Ianya satu perkara yang perlu difahami oleh semua orang dan dilihat
dalam gaya hidup semua rakyat Malaysia. Perlu melakukan perubahan di mana perlu,
contohnya, pernyataan seperti lebih kurang ia sepatutnya tidak wujud lagi dalam leksikon
perkataan-perkataan yang kita gunapakai seharian. Kita perlu lebih tepat dalam setiap
perbuatan, pertuturan dan dalam apa sahaja yang ingin dicapai.

2.

Nilai kedua - Ketabahan

Setiap perjuangan atau perlaksanaan kerja memerlukan ketabahan dan ketekunan.


Perjuangan untuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan negara amat memerlukan
pemimpin dan rakyatnya yang tabah menghadapi segala rintangan dan dugaan.
Penggemblengan semangat bekerjakeras, dedikasi serta tabah dalam menghadapi segala
rintangan dan dugaan adalah ramuan yang terbaik untuk mencapai sesuatu matlamat. Sikap
mudah mengalah, kecewa dan menyerah kepada takdir perlu dikikis jika ingin maju dan
berjaya.

Kejatuhan

atau

kemerosotan

yang

dialami

perlu

dikaji

dan

hendaklah

memperbaikinya secara positif. Pendekatan yang berbeza dan kreatif perlu diambil bagi
menangani segala kegagalan
3.

Nilai ketiga - rendah hati

Rasa rendah hati adalah satu sifat yang penting untuk dimiliki. Sifat berhemah dan berbudi
bahasa perlu dijadikan amalan hidup kita. Masyarakat Malaysia amat menghormati serta
menyukai seseorang yang mengamalkan sifat merendah diri yang mempunyai kekuatan
dalaman dan pendirian yang teguh terhadap sesuatu prinsip. Selain itu, segala kemampuan

23

HUBUNGAN ETNIK
dan kebolehan yang dimiliki tidak perlu ditunjuk dan dibanggakan dengan cara yang tidak
digemari oleh masyarakat Malaysia
4.

Nilai keempat - Penerimaan

Malaysia memerlukan rakyat yang dapat menerima apa jua perkara baik dan mendapat
persetujuan secara bersama. Penerimaan semua kaum untuk mendapatkan yang terbaik
amat diperlukan bagi membina sebuah negara bangsa. Perkara-perkara yang terbaik
daripada kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain kaum perlu diterima pakai serta mendapat
penerimaan daripada masyarakat di negara ini.
5.

Nilai kelima - Kesetiaan

Prinsip kesetiaan amat diperlukan dalam apa jua keadaan. Semua kaum perlu
mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara yang mengatasi kesetiaan
kepada kaum dan kelompok sendiri. Kesetiaan kepada pemimpin atau ketua di dalam
sesuatu

organisasi

adalah

teras

kepada

kewibawaan,

keteguhan,

kejayaan

dan

kecemerlangan. Kesetiaan ini seterusnya akan membina kepercayaan dan menjalin satu
ikatan antara dua pihak. Nilai atau ganjaran kepada kesetiaan perlu berasaskan kepada
keupayaan, pencapaian dan kemajuan yang dilaksanakan dalam setiap perhubungan.
Perhubungan yang berasaskan kepada cara mengampu perlu dihindari agar tidak disalah
gunakan oleh pihak yang sering mengambil kesempatan.
6.

Nilai keenam Meritokrasi

Meritokrasi merupakan hala tuju yang perlu diamalkan dalam negara demokrasi bagi
memastikan mereka yang layak dan memenuhi kriteria diberi peluang untuk memacu
pembangunan negara. Meritokrasi menekankan persaingan secara terbuka berasaskan
kriteria yang ditetapkan dan sesiapa yang berjaya memenuhi kriteria tersebut berhak dipilih.
Dalam melaksanakan prinsip meritokrasi, pemilihan berasaskan kepada prestasi dan
budaya cemerlang akan memaksimumkan potensi Malaysia dalam semua bidang. Prinsip
meritokrasi membudayakan masyarakat Malaysia dalam menghadapi cabaran globalisasi.
7.

Nilai ketujuh - Pendidikan

24

HUBUNGAN ETNIK
Pendidikan dan pengetahuan adalah prasyarat penting untuk negara mencapai kejayaan.
Negara perlu memiliki masyarakat yang mengutamakan pendidikan dan pengetahuan dari
semua aspek.
8.

Nilai kelapan - Integriti

Integriti penting bagi sesebuah kerajaan untuk mendapat kepercayaan dan keyakinan
rakyat. Nilai ini perlu diamalkan oleh semua pihak tanpa mengira kedudukan.
Masyarakatperlu bersikap jujur dan amanah terhadap sesuatu tindakan dan percakapan dan
sentiasa berusaha memperbaiki kesilapan untuk mendapatkan hasil yang sempurna.
Nilai ini menekankan bahawa kelayakan dan kemampuan perlu diberi keutamaan tanpa
sebarang kepentingan atau melalui saluran yang tidak sah. Budaya berprestasi tinggi adalah
asas utama integriti dalam semua aspek dan perkhidmatan yang diberi.

5.0.

Rumusan
Malaysia

sebagai

sebuah

negara

yang

terdiri

daripada

pelbagai

etnik,

perpaduanadalah penting untuk menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya


setiapanggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama SERTA
perasaancinta dan banggakan.Oleh itu, hubungan etnik amat penting dipupuk dan
dipeliharauntuk mewujudkan hubungan harmonis di Malaysia.

Akhir kata, perpaduan kaum adalah paling penting untuk diberi penekanankerana
pemupukan hubungan etnik antara masyarakat sangat penting bagi negaraMalaysia untuk
menjamin kestabilan politik dan ekonomi negara. Justeru itu, kerajaanmemainkan peranan
yang penting dalam mengambil berat terhadap isu perpaduan inisupaya keharmonian
kehidupan di negara kita dapat dikekalkan.

25

HUBUNGAN ETNIK

You might also like