Professional Documents
Culture Documents
Bidayuh Ass
Bidayuh Ass
BIDAYUH
Masyarakat Bidayuh merupakan masyarakat etnik Sarawak yang rata-ratanya
mendiami kawasan bukit di luar bandar Kuching. Terdapat pelbagai suku kaum di
kalangan masyarakat Bidayuh dan masing-masing mengamalkan pegangan serta
adat resam yang tersendiri. Kebudayaan dan adat resam ini banyak dipengaruhi
oleh unsur-unsur ritual dan kepercayaan yang mereka anuti. Berikut dipaparkan
adat resam masyarakat Bidayuh berkaitan kelahiran, perkahwinan dan kematian
secara ringkas dan menyeluruh.
Pengenalan
Bagi masyarakat Bidayuh, adat-adat tertentu perlu dipatuhi semasa sedang
mengandung. Adat-adat tersebut bertujuan untuk menjaga kesihatan ibu dan
kandungan dan bertujuan untuk mengelakkan daripada berlakunya sebarang
bencana. Berikut dipaparkan adat masyarakat Biadayuh berkaitan adat kelahiran
secara ringkas.
Sewaktu Mengandung
kedudukan anak di dalam perut songsang dan ini boleh menyulitkan kelahirannya.
Di samping itu terdapat banyak lagi pantang larang yang perlu diamalkan.
Persediaan Menyambut Kelahiran
Apabila si isteri sudah mengandung selama sembilan bulan, si suami perlu
memastikan bahawa kayu api yang kering ada secukupnya di rumah untuk
membuat unggun api bagi memanaskan badan si isteri semasa dan selepas
melahirkan anak. Dia juga perlu mendapatkan halia merah atau halia biasa
sekurang-kurangnya 10 kati, dua botol arak beras dan satu botol minyak daripada
sejenis buah untuk kegunaan isterinya semasa bersalin nanti. Dia juga perlu
membuka semula semua ikatan balutan dan penutup yang telah dibuat untuk
mengurangkan sakit semasa hendak bersalin dan mempercepatkan kelahiran.
Semasa Bersalin
Apabila si isteri sudah hampir tiba untuk bersalin, dia akan dibantu oleh
pembantunya. Orang yang diperlukan ketika ini ialah bidan, ibunya ataupun
suaminya sendiri untuk membantunya memasang pemegang sekiranya perlu atau
untuk memasukkan bara api ke dalam tempurung untuk mengasap wanita
berkenaan. Ini bertujuan untuk menghalau semangat jahat daripada mengganggu
proses kelahiran tersebut.
Bidan kampung akan membaca jampi serapah dengan memegang semangkuk air
sejuk dan semangkuk gaharu yang membara. Pada penghujung setiap bacaan
jampinya dia akan mengetuk bawah mangkuk tersebut dengan hujung jari tengah
tangan kanannya sebanyak tujuh kali. Kemudian dia akan meniup air di dalam
mangkuk itu dengan mulutnya. Proses ini diulangi sebanyak tujuh kali. Selepas itu
dia akan menyembur air itu dengan mulutnya ke atas badan si isteri tersebut dari
muka hingga ke penghujung kaki, manakala si isteri tersebut berbaring. Selesai
sahaja proses ini dilakukan, air tirusoh atau air selusuh diberikan kepada si isteri
tersebut untuk diminum, seboleh-bolehnya dalam sekali teguk. Andainya tidak ada
apa-apa reaksi dalam masa setengah jam selepas itu, maka sirih perlu disediakan
dan jampi serapah yang sama dibaca mengikut peraturan yang sama. Selepas itu
sirih tadi diberi kepada isteri tersebut untuk dikunyah, dan seterusnya menanti saat
untuk bersalin.
Memotong Tali Pusat
Sebaik sahaja anak tersebut dilahirkan, bidan akan menunggu urinya keluar dari
perut si ibu sebelum tali pusat dipotong untuk memisahkannya dari si anak. Jika uri
itu tidak keluar dalam masa lima minit maka bidan akan melakukan acara yang
serupa seperti yang dilakukannya untuk mengeluarkan anak dari dalam perut ibu.
Anak yang baru lahir itu diletakkan di atas tikar selepas badannya dibalut dengan
kain bersih untuk memanaskannya. Pada masa yang sama sebilah sembilu yang
bersih dan tajam perlu disediakan untuk memotong tali pusat bayi tadi sebaik
sahaja uri sudah keluar.
Seterusnya bidan akan mengikat dengan ketat tali pusat bayi tadi. Ikatan yang
pertama dibuat 8sm. jauhnya dari bahagian perut dan ikatan kedua 2sm. dari
ikatan pertama tadi dengan menggunakan benang kapas. Selepas ini tali pusat itu
dipotong di tengah-tengah ikatan dengan sembilu. Bekas potongan itu kemudian
disapu dengan campuran hitam yang dibuat daripada minyak kelapa dan jelaga
yang diambil daripada belakang periuk. setiap kali selepas mandi, bekas potongan
tali pusat bayi itu dibersihkan dengan air suam dan dilap dengan kapas untuk
mengeringkannya sebelum dilumur balik dengan campuran jelaga hitam tadi.
Apabila sudah cukup kering, bekas tali pusat itu akan tanggal dengan sendirinya.
Selepas Lahir
Selepas kelahiran, terdapat beberapa adat dan pantang larang tertentu yang
dijalankan.
Kenduri Selepas Bersalin
Sebagai tanda penghargaan atas khidmat bidan dan pembantunya, keluarga
berkenaan akan menyembelih dan memasak ayam untuk dimakan bersama bagi
menandakan kelahiran anak tadi. Selepas makan, bidan akan diberi pinggan tanah
berisi beras, sedikit kunyit dan kelapa kering serta wang tunai sekurang-kurangnya
lima ringgit. Pembantunya juga diberi upah yang sama kecuali wang tunai yang
hanya sebanyak tiga ringgit. Selepas itu pantang pun dijalankan selama tujuh hari
tujuh malam. Sepanjang tempoh ini hanya bidan dan pembantunya tadi dibenarkan
memasuki bilik untuk merawat si ibu dan anaknya.
Menyimpan dan Menanam Uri
Uri bayi tersebut dimasukkan ke dalam kendi tanah yang kecil dan ditutup dengan
abu dapur dan ditinggalkan di sudut tempat memasang api dalam bilik keluarga
berkenaan sehingga bayi itu sudah boleh duduk dan berjalan sendiri. Mengikut adat
masyarakat Bidayuh, kendi yang mengandungi uri tadi akan dipecahkan apabila si
anak sudah mula belajar berjalan. Jika anak perempuan, kendi dipecahkan dengan
kayu api dan sekiranya anak lelaki, kapak akan digunakan. Uri tadi juga akan
ditanam ke dalam tanah dan masyarakat Bidayuh percaya perbuatan ini boleh
menyebabkan si anak perempuan tadi pandai membuat kerja-kerja rumah dan
anak lelaki pula pandai membuat kerja-kerja di sawah.
http://malaysiana.pnm.my/01/010403swkbidayuh_pengenalan.htm
Kaum Bidayuh adalah masyarakat yang mendiami kawasan barat daya Sarawak,
terutamanya Bahagian Serian, Kuching dan di barat Kalimantan. Mereka terdiri
daripada empat pecahan etnik iaitu:
1. Selakau/Lara (Daerah Lundu)
2. Jagoi/Singai ( Daerah Bau)
3. Biatah (Daerah Kecil Padawan)
4. Bukar/Sadong (Daerah Serian)
Mereka kebanyakannya beragama Kristian. Hanya sebahagian sahaja yang
menganut agama Islam dan animisme.
Pada zaman dahulukala suku kaum bidayuh tinggal di rumah panjang. Lazimnya
penempatan rumah panjang suku kaum Bidayuh terletak jauh di kawasan
pendalaman dan tanah tinggi. Ini adalah bagi tujuan keselamatan iaitu sukar untuk
dikesan oleh musuh.Struktur rumah panjang kaum Bidayuh tidak jauh bezanya
dengan struktur rumah panjang masyarakat Iban di Sarawak. Atap rumah panjang
kaum Bidayuh diperbuat daripada atap rumbia atau sagu, manakala dindingnya
pula daripada buluh. Pelantar atau lantai rumah panjang pula diperbuat daripada
papan atau buluh manakala tiangnya pula diperbuat daripada kayu belian.
Rumah panjang Masyarakat Bidayuh terbahagi kepada 3 bahagian iaitu bilik
utama, awah dan tanju. Bilik utama dapat kita samakan dengan ruang utama
kediaman pada masa sekarang. Di dalam bilik ini masyarakat Bidayuh lazimnya
meletakkan barang-barang peribadi milik keluarga dan keturunan mereka seperti
Gong, tempayan, tembikar dan sebagainya. Ruang ini juga berfungsi sebagai
tempat tidur di kala malam hari. Awah pula adalah bahagian pelantar di luar rumah
panjang Masyarakat Bidayuh dan lazimnya ia bertutup dan beratap. Ia dapatlah
disamakan dengan berandah rumah pada dewasa ini. Di "awah" masyarakat
Bidayuh menjalankan aktiviti aktiviti harian mereka seperti menganyam, berbual,
membuat peralatan bertani dan sebagainya. Ruangan Awah juga akan digunakan
untuk sebarang upacara keagamaan seperti perkahwinan, pantang larang dan pestapesta tertentu seperti pesta gawai dan sebagainya. "tanju" pulaadalah bahagian
terluar di dalam rumah panjang masyarakat bidayuh. Bahagian Tanju agag
terdedah dan lazimnya ia tidak bertup mahupun beratap. Tanju lazimnya digunakan
untuk Menjemur hasil tuaian masyarakat Bidayuh seperti padi, lada, jagung dan
sebaginya.
BAHASA BIDAYUH
Bahasa Bidayuh agak unik berbanding bahasa bahasa lain yang terdapat di
Sarawak. Keunikan ini adalah berdasarkan sebutan,pertuturan, gerak gaya dan
alunan yang dipertuturkan. Lazimnya bahasa Bidayuh akan berubah intonasi dan
bahasa mengikut kampung dan daerah tertentu. Ini menyebabkan suku kaum ini
sukar untuk berkomunikasi antara satu sama lain sekiranya mereka dari suku dan
daerah yang belainan. Sebagai contoh suku Bidayuh dari Kawasan serian
menyebut "makan" ialah "ma-an" manakala suku Bidayuh dari kawasan padawan
pula menyebut "makan" sebagai "man".
PAKAIAN TRADISIONAL MASYARAKAT BIDAYUH
Warna hitam adalah warna utama dalam pemakaian masyarakat Bidayuh. Bagi
Kaum wanita masyarakat Bidayuh, pakaian lengkap adalah termasuk baju
berlengan pendek atau separuh lengan dan sepasang kain sarung berwarna hitam
paras lutut yang dihiasi dengan manik manik halus pelbagai warna disulami
dengan kombinasi warna utama iaitu putih, kuning dan merah. Tudung kecil
separuh tinggi dengan corak anyaman yang indah atau penutup kepala daripada
kain berwarna warni dengan sulaman manik halus adalah pelengkap hiasan kepala
wanita masyarakat Bidayuh.Kaum Lelaki masyarakat Bidayuh pula lazimnya
mengenakan sepasang persalinan berbentuk baju hitam separa lengan atau
berlengan pendek dengan sedikit corak berunsur flora dan seluar hitam atau cawat
yang berwarna asas seperti biru, merah dan putih. Kain lilit kepala pula adalah
pelengkap hiasan kepala kaum lelaki masyarakat ini.
MUZIK MASYARAKAT BIDAYUH
Bagi masyarakat Bidayuh, muzik memainkanperanan yang penting dalam setiap
upacara keagamaan yang mereka jalankan. Muzik ini berperanan menaikan
semangat, mengusir roh jahat dan sebagai pententeram kepada semangat roh.
Muzik juga memainkan peranan dalam pemberitahuan motif sesuatu upacara yang
dijalankan. Umumnya muzik tradisional masyarakat Bidayuh terdiri daripada
sepasang gong besar, Canang, Gendang dan Tawak (sejenis gong kecil. Terdapat
juga alat muzik tradisional yang lain seperti serunai/seruling dan gitar buluh.
Namun alat muzik seumpama ini amat kurang dimainkan kerana proses
pembuatannya yang agak rumit.
Kaum Bidayuh adalah masyarakat yang mendiami kawasan barat daya Sarawak,
terutamanya Bahagian Serian, Kuching dan di barat Kalimantan. Mereka terdiri
daripada empat pecahan etnik iaitu:
Selakau/Lara (Daerah Lundu)
Jagoi/ Singai (Daerah Bau)
Biatah (Daerah Kecil Padawan)
Bukar/ Sadong (Daerah Serian)
Mereka kebanyakannya beragama Kristian. Hanya sebahagian sahaja yang
menganut
agama
Islam
dan
animisme.
Pada zaman dahulukala, suku kaum bidayuh tinggal di rumah panjang. Lazimnya
penempatan rumah panjang suku kaum Bidayuh terletak jauh di kawasan
pendalaman dan tanah tinggi. Ini adalah bagi tujuan keselamatan iaitu untuk sukar
dikesan oleh musuh. Struktur rumah panjang kaum Bidayuh tidak jauh bezanya
dengan struktur rumah panjang masyarakat Iban di Sarawak. Atap rumah panjang
kaum Bidayuh diperbuat daripada atap rumbia atau sagu, manakala dindingnya
pula daripada buluh. Pelantar atau lantai rumah panjang pula diperbuat daripada
papan atau buluh manakala tiangnya pula diperbuat daripada kayu belian.
BAHASA BIDAYUH
Bahasa Bidayuh agak unik berbanding bahasa lain yang terdapat di Sarawak.
Keunikan ini adalah berdasarkan sebutan, pertuturan, gerak gaya dan alunan yang
dipertuturkan. Lazimnya bahasa Bidayuh akan berubah intonasi dan bahasa
mengikut kampung dan daerah tertentu. Ini menyebabkan suku kaum ini sukar
untuk berkomunikasi antara satu sama lain sekiranya mereka dari suku dan daerah
yang berlainan. Sebagai contoh suku Bidayuh dari kawasan Serian menyebut
makan ialah ma-an manakala suku Bidayuh dari kawasan Padawan pula
menyebut makan sebagai man.
PAKAIAN TRADISIONAL BIDAYUH
Warna hitam adalah warna utama dalam pemakaian masyarakat Bidayuh. Bagi
kaum wanita masyarakat Bidayuh, pakaian lengkap adalah termasuk baju
berlengan pendek atau separuh lengan dan sepasang kain sarung berwarna hitam
paras lutut yang dihiasi dengan manik halus pelbagai warna disulami dengan
kombinasi warna utama iaitu putih, kuning dan merah. Tudung kecil separuh tinggi
dengan corak anyaman yang indah atau penutup kepala daripada kain berwarna
warni dengan sulaman manik halus adalah pelengkap hiasan kepala wanita
masyarakat Bidayuh. Kaum lelaki masyarakat Bidayuh pula lazimnya mengenakan
sepasang persalinan berbentuk baju hitam separa lengan atau berlengan pendek
dengan sedikit corak berunsur flora dan seluar hitam atau cawat yang berwarna
asas seperti biru, merah dan putih. Kain lilit kepala pula pelengkap hiasan kepala
kaum lelaki masyarakat ini.
MUZIK MASYARAKAT BIDAYUH
Bagi masyarakat Bidayuh, muzik memainkan peranan yang penting dalam setiap
upacara keagamaan yang mereka jalankan. Muzik ini berperanan menaikkan
semangat, mengusir roh jahat dan sebagai pententeram kepada semangat roh.
Muzik juga memainkan peranan dalam pemberitahuan motif sesuatu upacara yang
dijalankan. Umumnya, muzik tradisional masyarakat Bidayuh terdiri daripada
sepasang gong besar, Canang, Gendang dan Tawak (sejenis gong kecil).
SENJATA TRADISIONAL MASYARAKAT BIDAYUH
Lembing, tombak, parang ilang (parang pendek), sumpit, jepur (seakan samurai)
dan rira (meriam kecil) adalah peralatan senjata yang lazimnya digunakan oleh
masyarakat ini untuk berperang pada zaman dahulu kala. Manakala peralatan
senjata seperti parang, cangkul dan sabit selalunya digunakan untuk aktiviti
pertanian.
PERKAHWINAN
Bagi masyarakat Bidayuh, perkahwinan ialah satu cara untuk menjadi anggota dan
menikmati hak sebagai anggota biik atau ramin itu. Masyarakat Bidayuh
mengamalkan monogami sahaja. Namun demikian, perkahwinan semula selepas
penceraian ialah satu perkara biasa. Oleh sebab larangan yang kuat terhadap inses,
perkahwinan luar daripada keluarga sendiri ialah peraturan penting dalam
masyarakat tersebut. Masyarakat Bidayuh juga melarang perkahwinan antara
sepupu. Kumpulan seperti Dayak Selako melarang ahlinya daripada berkahwin
dengan anggota kaum yang pernah menjadi musuh perang mereka kerana khuatir
akan termakan sumpah namun kerana sudah berlaku perkahwinan yang pertama
antara nenek datuk rnereka dengan keturunan bekas musuh rnereka, maka larangan
tersebut mansuh. Di kalangan kumpulan Dayak Bukar-Sadong, peraturan tentang
perkahwinan agak longgar. lelaki dan perempuan boleh bebas bergaul dan
berkenalan antara satu dengan lain sebelum mereka berkahwin.
Sebagai kesimpulannya, setiap suku kaum yang terdapat di Malaysia mempunyai
keunikan dan keistimewaan tersendiri. Bersama-sama kita memeliharanya agar
tidak lekang dek panas, tidak lapuk dek hujan.. sekian terima kasih.
Petikan ini dipetik dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Disediakan
Ziana
(Pembantu
Jabatan
Sarawak.
Anak
Tadbir
Peguam
[P/O])
Negara
oleh,
Rumpet
N17
Malaysia,
http://agc-blog.agc.gov.my/?p=228
Bidayuh
Kaum Bidayuh Sarawak terkenal kerana keramahan budaya mereka, selain
menjadikan kawasan pergunungan negeri ini sebagai tempat kediaman. Ada
yang merupakan peladang, dan pemburu. Mereka juga terkenal kerana
minuman tuak (arak beras). Dahulu, sewaktu zaman pemburuan kepala,
hasil pemburuan tersebut diletakkan di dalam sebuah baruk. Baruk adalah
sebuah rumah bulat yang dahulu kala menjadi tempat bagi pemuda Bidayuh
mengawal kampung mereka. Ia dibina tinggi, kira-kira 1. 5 meter dari tanah
dan berfungsi memantau pergerakan dari pelbagai arah. Asalnya mereka
mengamalkan ajaran animisme dan kini ramai yang telah memeluk agama
Kristian.
http://www.tourismmalaysia.gov.my/my/about/culture.asp
http://malaysiana.pnm.my/02/020403swkbidayu_pengenalan.htm
http://www.oocities.com/masyarakat_sarawak/etnik.htm