You are on page 1of 13

Bilangan Jurnal : Pertama

Minggu Praktikum : Minggu Pertama


Tarikh : 1 hingga 5 April 2013
Tajuk Jurnal : Minggu pertama di SK Kelana Jaya 1, Selangor
Saya dan ahli kumpulan praktikum yang lain telah memilih Sekolah
Kebangsaan Kelana Jaya 1 sebagai sekolah untuk kami laksanakan proses
praktikum seperti yang telah ditetapkan. Pada hari pertama kami berada di sekolah
ini,kami telah melapor diri di pejabat sekolah dan disambut oleh Puan Aishah iaitu
Guru Penolong Kanan 1 SK Kelana Jaya 1.Kemudian setelah memperkenalkan diri
kami telah dipelawa untuk menghadiri sesi perhimpunan mingguan yang
dilaksanakan pada setiap minggu, sesi ini telah memberikan peluang dan ruang
kepada kami untuk membuat gambaran awal mengenai sekolah pilihan ini.
Perhimpunan pagi yang dilaksanakan juga memberikan kemudahan kepada kami
untuk mendapatkan input-input awal mengenai murid-murid yang belajar di sekolah
ini. Selain itu juga,sewaktu perhimpunan,kami telah diperkenalkan oleh guru besar
kepada murid-murid SK Kelana Jaya 1.
Setelah sesi perhimpunan mingguan selesai dilaksanakan, kami telah
bersedia menerima taklimat daripada Tuan Haji Marhom iaitu mengenai takwin
sekolah dan maklumat-maklumat yang perlu dikumpulkan oleh kami untuk
penyediaan portfolio. Penerangan yang diberikan oleh Guru Besar ini amatlah
bermanfaat kepada kami kerana maklumat yang telah diberikan berkait rapat
dengan dunia pendidikan pada masa kini. Selain itu juga,saya turut mendengar
pengalaman dan cabaran menjadi seorang pendidik yang pernah dilalui oleh guru
besar zaman dahulu.Malah ada beberapa tips dan petua yang diberikan oleh guru
besar bagaimana mahu menghadapi murid-murid yang mempunyai berbagai latar
belakang dan perangai.
Berdasarkan pemerhatian yang telah dilaksanakan, dapat saya rumuskan
bahawa murid-murid di sekolah ini terdiri daripada pelbagai kaum, ini memberikan
kelebihan kepada pihak sekolah untuk menerapkan semangat 1Malaysia dalam
kalangan murid-murid. Namun kaum yang dominan yang di sekolah ini merupakan
murid berbangsa Melayu dan ada beberapa pelajar berbangsa Cina.Hali ini juga
1

berkait rapat dengan keadaan geografi sekolah ini yang mana terletak di kawasan
perumahan yang bermajoriti Melayu dan juga mempunyai beberapa kuarters
kerajaan yang mana kakitangannya kebanyakan menghantar anak mereka di
sekolah ini.
Perhimpunan pagi ini juga memberikan kelebihan kepada guru kelas untuk
memantau kehadiran murid-murid ke sekolah.Kedua, saya mendapati bahawa
sekolah ini mengamalkan budaya guru penyayang dimana ianya merupakan budaya
baru di sekolah ini dimanaguru yang bertugas akan menunggu di pintu pagar
sekolah untuk menyambut murid-murid yang hadir ke sekolah.Tujuannya ialah
memberikan motivasi kepada murid-murid bahawa guru amat menghargai muridmurid yang hadir ke sekolah dan selain itu juga ianya secara tidak langsung
memupuk satu sifat kasih sayang diantara guru dan murid.
Saya juga melihat bahawa budaya di sekolah ini di dalam bidang akademik
cukup baik hal ini dapat dibuktikan bahawa pencapaian murid di dalam UPSR setiap
tahun semakin meningkat.Malah menurut guru besar,Tn Hj Marhom Sk Kelana Jaya
merupakan sekolah yang berada dalam kelompok sekolah ketiga terbaik di negeri
Selangor,maka sebab itu saya tidak pelik bahawa pencapaian akademiknya cukup
baik.
Selain itu juga,waktu rehat bagi murid saya merasakan ianya cukup dominan
iaitu waktu rehat tidak terlalu lama.Masa rehat bagi SK Kelana Jaya 1 ini selama 20
minit iaitu daripada jam 10.10 pagi hingga 10.30 pagi.Berdasarkan pemerhatian
saya kebanyakan murid menggunakan masa itu di kantin dengan menikmati
makanan untuk mengalas perut.Disiplin murid ketika membeli makanan cukup baik
kerana semua murid akan beratur untuk membeli makanan dan tiada istilah potong
barisan.Variasi makanan juga dijual antaranya nasi lemak,ayam goreng dan mi
sup.Namun begitu ada beberapa perkara saya merasakan tidak sesuai dijual di
kantin iaitu makanan ringan kerana ianya tidak baik untuk perkembangan minda dan
fizikal kanak-kanak diantara umur 7 hingga 12 tahun.

Sekolah ini juga aktif di dalam bidang kokurikulum dimana kokurikulum akan
dijalankan pada hari Rabu manakala 1 Murid 1 Sukan pula dijalankan pada hari Isnin
2

dan Khamis.Saya telah terlibat di dalam 1 Murid 1 Sukan iaitu di dalam sukan bola
sepak.Pengalaman menguruskan pasukan bola sepak dan juga sedikit pendedahan
di IPG telah saya manfaatkan sepenuhnya untuk saya turunkan ilmu yang saya
peroleh kepada anak didik saya.Keadaan padang yang cukup besar dan keadaan
rumput yang baik telah menjadikan murid-murid dapat menggunakan padang
dengan sebaik yang mungkin.Selain itu juga saya dan rakan yang lain telah
diamanahkan untuk menguruskan unit beruniform Pengakap kerana unit uniform
yang saya sertai ketika di IPG juga merupakan Pengakap.
Minggu pertama saya disekolah ini juga saya turut mendapat pengalaman
baharu kerana sekolah saya telah menjadi tuan rumah untuk Festival Bahasa
Melayu Peringat Zon.Saya dapat melihat bagaimana pihak sekolah menguruskan
festival ini dengan jayanya.Selain itu juga dengan adanya festival ini saya secara
tidak langsung bersama rakan-rakan yang lain membantu pihak sekolah di dalam
bab pengurusan.Kami telah diamanahkan untuk menjadi pengawai lalu lintas agar
sewaktu festival ini berlangsung keadaan lalu lintas dan tempat meletak kereta
dalam keadaan baik dan guru tidak keliru dengan sekolah.Hal ini kerana kedudukan
dua buah sekolah yang berhampiran boleh mengakibatkan ada di kalangan guru
yang keliru.
Minggu pertama juga saya telah bertemu dengan guru pembimbing saya iaitu
Cikgu Fadilah yang juga merupakan guru rujuk Bahasa Melayu SK Kelana
Jaya.Guru pembimbing saya ini juga telah memberi beberapa tips kepada saya
bahawa menjadi seorang guru tidak boleh sentiasa berbaik dengan murid dan
kadang kala kita perlu tegas dengan mereka bagi mengelakkan murid hilang rasa
hormat kepada kita.Selain itu juga saya rasa amat gembira kerana guru pembimbing
saya telah menyatakan bahawa jika tiada masalah boleh terus berhubung dengan
dia.Saya juga telah diamanahkan untuk mengajar kelas tahun 2 Budi dan 3
Cekap.Saya mengambil dengan hati yang terbuka kerana ianya merupakan
pengalaman berharga bagi saya.Selain itu juga ianya secara tidak langsung
memberikan pengaplikasian kepada diri saya dengan Kurikulum Standard Sekolah
Rendah ( KSSR ).
Selain itu juga minggu pertama saya juga telah didatangi oleh pensyarah
pembimbing saya iaitu Puan Zaidah Bt Marjan untuk fasa pra penyeliaan.Beliau
3

telah menyemak fail dan juga buku rekod pengajaran.Saya telah menjelaskan
kepadanya bahawa kami akan mula mengajar pada minggu hadapan.Selain itu juga
pensyarah pembimbing saya juga telah bertemu dengan guru pembimbing saya dan
ada beberapa perkara yang mereka bincangkan.
Kesimpulanya, pendedahan selama seminggu yang telah diterima oleh saya
memberikan ilmu yang boleh dipraktikkan pada masa hadapan. Pendedahan awal
ini juga memberikan kesedaran yang tinggi bahawa menjadi seorang guru amat
memerlukan pengorbanan dan komitmen yang cukup tinggi kerana memilih kerjaya
sebagai arkitek bangsa ini bukan mudah.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan :

Tandatangan :

Nama :

Nama :

Tarikh :

Tarikh :

Bilangan Jurnal

: Kedua

Minggu Praktikum

: Minggu Kedua
4

Tarikh Peristiwa / Kejadian : 30. Mac. 2012 ( Jumaat )


Tajuk Jurnal

: Masalah Murid Tidak Mendengar Arahan

a) Masalah / Peristiwa
Hari ini ( 30. Mac. 2012 ), saya telah menghadapi masalah sewaktu
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Murid-murid di
dalam kelas tidak melaksanakan arahan dan mereka mengambil enteng mengenai
setiap arahan yang telah dikemukakan. Hal ini memberikan sedikit masalah kepada
saya dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan mencapai objektif yang telah
ditetapkan di dalam rancangan pengajaran harian. Masalah ini juga memberikan
impak kepada saya untuk mengesan kelemahan yang terdapat pada murid-murid
dalam melaksanakan aktiviti yang telah dirancang oleh guru.
b) Analisis
Masalah yang timbul ini disebabkan oleh perancangan aktiviti yang dilaksanakan
secara individu yang memerlukan setiap murid mendengar arahan dengan jelas
daripada guru-guru. Berdasarkan situasi yang telah dilaksanakan, saya mendapati
bahawa murid sekolah ini tidak berminat untuk mendengar arahan yang telah
dikemukakan oleh guru dan mereka lebih mudah terasa bosan dengan aktiviti yang
cuba dilaksanakan. Terdapat juga sebilangan kecil murid yang menjadi punca
membuat bising di dalam kelas mengakibatkan murid-murid yang lain turut tidak
memberikan perhatian kepada arahan yang telah dikemukakan oleh guru. Di
samping itu, masalah ini juga timbul kerana murid telah menerima budaya bahawa
guru perlu bersuaran lantang dan menggunakan sedikit kekerasan dalam
penyampaian arahan oleh guru.

c) Cadangan Tindakan Susulan


Cadangan tindakan yang boleh dikemukakan untuk mengatasi
masalah ini adalah :5

a) Saya patut membudayakan satu pergerakan yang menarik seperti


tepuk semangat supaya murid kembali ke tempat masing-masing
dan mendengar arahan yang akan dikemukakan oleh guru.
Pergerakan juga mampu membantu saya mengawal tingkah laku
murid dan seterusnya memberikan kelebihan penyampaian arahan
agar diterima oleh keseluruhan kelas.
b) Cadangan tindakan kedua adalah menyediakan plan A dan B
sewaktu mengalami masalah terbabit. Plan B mampu memberikan
peluang kepada saya untuk memperbaiki kelemahan sewaktu
melaksanakan pengajaran di dalam kelas. Plan B yang akan
dilaksanakan oleh saya adalah menyediakan satu aktiviti lain yang
mampu menarik perhatian murid di dalam kelas seperti kuiz,
menyalin nota, dan sebagainya.
c) Cadangan aktiviti yang ketiga adalah saya akan menggunakan
pendekatan yang lebih lembut dalam memberikan arahan kepada
murid-murid. Pendekatan ini mungkin akan lebih sesuai dengan
murid-murid yang berada di tahap satu. Pendekatan ini juga
memberikan kelebihan kepada saya dalam mengatasi masalah
suara yang sering di alami selepas melaksanakan proses
pegajaran.
d) Cadangan aktiviti yang terakhir adalah mendapatkan nasihat dan
bimbingan daripada guru dan pensyarah pembimbing. Nasihat yang
dikemukan oleh mereka mampu memberikan pengetahuan baharu
kepada saya dalam mengatasi masalah yang dihadapi.

d) Tempoh Masa Tindakan Susulan


Saya akan cuba untuk mengatasi masalah yang dihadapi dalam
tempoh seminggu. Pengurusan dan penyediaan arahan yang mudah dan
ringkas perlulah dirancang dengan sebaik mungkin agar proses pengajaran
6

berjalan lancar. Sekiranya masalah yang berlaku ini tidak dapat diatasi
secepat mungkin, ia akan memberikan kesan kepada pengajaran yang akan
dilaksanakan. Perancangan yang akan dilaksanakan di minggu hadapan akan
dilaksanakan dengan lebih baik supaya masalah yang telah dikesan pada
minggu ini dapat diatasi.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan :

Tandatangan :

Nama :

Nama :

Tarikh :

Tarikh :

Bilangan Jurnal

: Ketiga

Minggu Praktikum

: Minggu Ketiga

Tarikh Peristiwa / Kejadian : 3. April. 2012 ( Selasa )


7

Tajuk Jurnal

: Masalah murid kelas 2 amanah tidak berjaya sepenuhnya

melaksanakan aktiviti yang dirancang.

e) Masalah / Peristiwa
Hari ini ( 3. April. 2012 ), saya telah merancang aktiviti baharu dalam proses
perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas 2 Amanah seperti yang
dirancang. Namun perancangan yang telah dilaksanakan oleh saya boleh dianggap
kurang memuaskan kerana tidak semua murid mampu untuk menghasilkan aktiviti
tiupan dengan baik. Murid-murid tidak melaksanakan proses yang betul mengikut
urutan dan mereka tidak mendengar arahan yang telah diberikan oleh guru semasa
menghasilkan tiupan. Hal ini telah memberikan sedikit masalah kepada saya dalam
mencapai objektif yang telah dikemukakan dalam rancangan pengajaran harian,
selain itu masalah ini juga menyebabkan saya bermasalah untuk memberikan
markah kepada hasil karya mereka. Masalah ini memberikan impak kepada saya
untuk mengesan masalah dan kelemahan yang berlaku kepada murid-murid dalam
perlaksanaan aktiviti yang telah dirancang.
f) Analisis
Pada pandangan saya, masalah yang timbul ini disebabkan oleh masalah murid
yang tidak memberikan perhatian terhadap apa yang cuba diterangkan oleh guru.
Selain itu, murid juga tidak diberikan pengalaman dan pengetahuan asas mengenai
teknik yang tepat dalam mengaplikasikan teknik yang betul semasa menghasilkan
tiupan. Berdasarkan situasi yang telah dilaksanakan, saya mendapati bahawa muridmurid kelas ini tidak memberikan perhatian yang sepenuhnya di dalam kelas,
mereka lebih suka untuk tidak memberikan perhatian terhadap apa yang telah
murid kelas ini menjadi punca kepada situasi bising di dalam kelas dan menarik
perhatian rakan-rakan yang lain supaya tidak mendengar arahan guru. Manakala,
budaya guru menggunakan kekerasan dan nama suara yang tinggi menjadikan
murid tidak akan memberikan perhatian terhadap apa yang dikemukan oleh saya.
Nada suara yang tinggi memainkan peranan yang paling penting kerana hanya
dengan langkah ini kami mampu untuk mengawal kelas dengan lebih baik.
g) Cadangan Tindakan Susulan
8

Cadangan tindakan susulan

yang boleh dikemukakan untuk

mengatasi masalah ini adalah :e) Saya patut menerapkan budaya mendegar arahan terlebih dahulu
sebelum melaksanakan aktiviti yang telah dirancang. Murid-murid
perlu diberikan peneguhan yang sesuai agar budaya mendengar
arahan di dalam kelas dapat diterapkan untuk menjamin kelancaran
pengajaran pada hari terbabit. Budaya ini mampu memberikan
kemudahan kepada saya untuk mengawal kelas dan menjayakan
apa yang telah dirancang dengan sebaiknya
f) Cadangan tindakan susulan yang kedua adalan menyediakan
aktiviti yang selingan yang lebih menarik agar sedikit perhatian
yang telah diberikan oleh murid-murid tidak akan berubah dalam
masa yang singkat. Aktiviti selingan yang menarik mampu untuk
menarik perhatian mereka dan mengesan tindak balas yang akan
diberikan oleh mereka sepanjang sesi pengajaran. Antara aktiviti
selingan yang boleh dilakasanakan adalah teka-teki yang berkaitan
dengan aktiviti tiupan, ataupun mengadakan kuiz untuk mengesan
tahap pemahaman yang diterima oleh mereka
g) Cadangan aktiviti yang ketiga adalah saya akan memberikan
penerangan yang lebih mendalam tetapi menggunakan kaedah
yang menarik seperti bercerita. Pendekatan bercerita mungkin akan
memudahkan mereka untuk memahami dengan lebih mendalam
mengenai apa yang akan diajar di dalam kelas. Pemilihan
pendekatan ini juga memberikan saya kelebihan untuk mengawal
kelas kerana murid-murid tahap satu lebih berminat untuk
mendengar cerita daripada disogokkan dengan fakta dalam proses
pembelajaran mereka.
h) Cadangan tindakan susulan yang terakhir adalah saya cuba
mendapat nasihat yang bernas daripada guru pembimbing yang
lebih berpengalaman dalam mengatasi masalah ini. Nasihat dan
pendedahan

latar

belakang

murid

yang

telah

diberikan
9

membolehkan saya untuk membuat analisis mengenai sikap dan


tingkah laku setiap murid di dalam kelas.
h) Tempoh Masa Tindakan Susulan
Saya akan cuba untuk mengatasi masalah yang dihadapi pada minggu
ketiga ini pada minggu yang terakhir. Perlaksanaan dan penambahbaikan
dalam proses pengajaran yang akan dilaksanakan diharapkan mampu
memberikan impak yang positif di dalam kelas pada minggu hadapan. Jika
tempoh yang dinyatakan di atas tidak dapat mencapai objektif cadangan
tindakan, saya akan berusaha untuk memberi cadangan kepada guru psv
kelas terbabit untuk memggunakan pendekatan yang saya rancangkan agar
ia mampu memberi kesan walaupun temph untuk melihat keputusan
penggunaan pendekatan ini adalah lama. Selain itu, saya juga akan
mencadangkan kepada guru terbabit untuk menggunakan pendekatan yang
lain agar murid tidak akan bosan apabila belajar di dalam kelas.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan :

Tandatangan :

Nama :

Nama :

Tarikh :

Tarikh :

Bilangan Jurnal

: Keempat

Minggu Praktikum

: Minggu Ketiga

Tarikh Peristiwa / Kejadian : 6. April. 2012 ( Jumaat )


10

Tajuk Jurnal

: Masalah murid-murid 1 Dedikasi tidak dapat memahami

konsep teknik capan dalam menghasilkan karya.

a) Masalah / Peristiwa
Hari ini ( 6. April. 2012 ), saya telah melaksanakan aktiviti baharu dalam skop
pembelajaran murid-murid tahun satu. Proses pengajaran yang dilaksanakan oleh
saya agak memberikan kejayaan kerana 90% murid mampu untuk meghasilkan
karya walaupun mereka tidak memahami konsep teknik capan yang akan dipelajari.
Namun begitu, kejayaan aktiviti yang dilaksanakan ini kurang memuskan, ini adalah
disebabkan murid-murid tidak memahami dan mendapat gambaran yang jelas apa
mengenai aktiviti capan yang dihasilkan oleh mereka. Terdapat sebilangan besar
murid-murid tidak menggunakan cara yang betul dalam proses mengecop dan
mewarnakan bahan yang disediakan, mereka mengambil jalan mudah dengan
mewarnakan kertas lukisan mereka dengan berus supaya ianya kelihatan penuh
tanpa perlu mengulang proses mengecop. Tindakan yang dilakukan oleh murid ini
memberikan sedikit masalah kepada saya dalam mencapai objektif yang telah
digariskan.
b) Analisis
Berdasarkan pemerhatian yang dilaksanakan oleh saya di dalam kelas, masalah
ini timbul kerana saya kurang memberikan penerangan terhadap aktiviti yang akan
dilaksanakan. Masalah ini timbul kerana murid tidak menerima dengan baik input
yang cuba diberikan oleh saya semasa melaksanakan aktiviti pengajaran. Selain itu,
masalah ini juga timbul kerana murid kurang memberikan perhatian terhadap apa
yang cuba diterangkan oleh saya kerana mereka lebih tertarik dengan bahan-bahan
yang terdapat di atas meja, dan mereka tidak sabar untuk melaksanakan aktiviti
terbabit tanpa mengetahui cara untuk melakukanya. Situasi yang telah berlaku
membuktikan bahawa murid tida boleh diberikan bahan-bahan dengan lebih awal
kerana mereka tidak akan menumpukan perhatian kepada guru dan mereka akan
menjadi kurang terkawal. Selain itu, budaya guru yang kurang memberikan
penerangan kepada murid telah mengakibatkan murid tidak mendapat gambaran
dengan lebih jelas mengenai perjalanan aktiviti yang akan dilaksanakan.
11

c) Cadangan Tindakan Susulan


Cadangan tindakan susulan

yang boleh dikemukakan untuk

mengatasi masalah ini adalah :a) Saya perlu peka dan cuba memberikan penerangan yang ringkas
namun masih mampu difahami oleh murid-murid. Saya perlu
memberikan penerangan yang lebih jelas dan menggunakan
bahasa yang mudah kerana murid-murid tahun satu tidak pernah
didedahkan dengan aktiviti seni yang baharu. Selain itu , saya juga
bercadang untuk menggunakan kaedah berkumpulan supaya saya
boleh

mengesan

kelemahan

dan

kekurangan

penerimaan

maklumat oleh murid-murid. Murid juga harus diberikan peneguhan


yang bersesuaian kerana langkah ini mampu membantu guru
mengawal murid ketika guru memberikan penerangan aktiviti yang
akan dilaksanakan.
b) Cadangan tindakan susulan yang kedua adalah guru menggunakan
aplikasi ICT dengan menyediakan carta alir ataupun video agar
murid mudah memahami proses capan. Pengaplikasian teknologi
ini akan memberikan kelebihan kepada guru dalam mengawal kelas
kerana murid akan lebih berminat untuk melibatkan diri dalam
aktiviti,

ini

adalah

disebabkan

proses

pengajaran

yang

dilaksanakan akan menjadi interaktif.


c) Saya juga mencadangkan guru menyediakan contoh karya yang
menggunakan teknik capan dengan lebih menarik dan pelbagai.
Pneyediaan bahan bantu mengajar sebegini boleh membantu
memberikan gambaran awal kepada murid-murid mengenai aktiviti
yang akan dilaksanakan. Cadangan ini juga mampu memudahkan
guru untuk menarik perhatian murid-murid kerana murid tahun satu
mudah tertarik dengan sesuatu yang tidak pernah dilihat ataupun
dicuba oleh mereka sebelum ini. Pemilihan penyediaan bahan
bantu mengajar yang pelbagai dan menarik akan membantu guru
untuk menarik minat dan perhatian murid, dan secara tidak
langsung murid akan lebih tertarik dengan pengajaran guru terbabit.
12

d) Tempoh Masa Tindakan Susulan


Saya akan cuba untuk membaiki masalah ini di minggu yang keempat..
Perlaksanaan dan penambahbaikan dalam proses pengajaran yang akan
dilaksanakan diharapkan mampu memberikan impak yang positif terhadap
murid-murid pada minggu hadapan dan minggu-minggu yang seterusnya.
Jika cadangan tindakan ini tidak berjaya dilaksanakan pada minggu hadapan,
saya akan memberikan cadangan kepada guru agar mereka cuba
menggunakan bahan yang berasaskan multimedia interaktif di dalam proses
pengajaran mereka. Selain itu, saya juga akan mencadangkan kepada guru
terbabit untuk menggunakan pendekatan yang lebih baik agar murid tidak
bosan untuk belajar di dalam kelas.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan :

Tandatangan :

Nama :

Nama :

Tarikh :

Tarikh :

13

You might also like