You are on page 1of 7

8.

CADANGAN KAJIAN YANG SETERUSNYA

Sebagai pendidik yang reflektif dalam era globalisasi ini, saya telah menjalankan
kajian bagi membaiki amalan pengajaran dan pembelajaran saya supaya murid dapat
menulis dengan lebih kemas dan cantik. Berdasarkan kajian yang telah dilaksanakan,
saya dapat mengenalpasti beberapa kekuatan dan kelemahan yang terdapat dalam
Kaedah Variasi Secara Ansur Maju (VSAM).

Salah satu kekuatannya ialah Kaedah Variasi Secara Ansur Maju (VSAM)
ini sangat menitikberatkan kebolehan murid-murid. Saya telah membahagikan
kaedah ini secara dua peringkat iaitu peringkat kesediaan menulis serta peringkat
perkembangan. Pada peringkat kesediaan menulis, murid akan dibimbing untuk
memegang pensel dengan cara yang betul serta menulis dengan kedudukan kertas
dan postur badan yang sesuai dengan keselesaan murid. Kemudian, barulah murid
diberikan empat latihan secara bertulis yang menekankan aspek ansur maju. Pada
peringkat awal murid-murid akan didedahkan dengan kemahiran pratulisan iaitu
aktiviti menyambung titik bagi mengukuhkan koordinasi mata dan tangan. Selepas
itu, barulah murid diberikan latihan menulis perkataan dan ayat menerusi lembaran
bergaris tiga, dua dan satu. Pengguguran garisan ini jelas membuktikan bahawa
murid berupaya meningkatkan kekemasan tulisan mengikut kebolehan mereka. Oleh
itu, jelaslah bahawa latihan-latihan yang telah disediakan berupaya meningkatkan
keyakinan dalam diri murid untuk menulis dengan lebih kemas.

Selain itu, Kaedah Variasi Secara Ansur Maju (VSAM) ini juga mempunyai
lembaran bergaris yang berwarna warni iaitu warna biru, hijau dan merah. Kaedah
ini secara tidak langsung dapat menarik minat murid untuk melaksanakan latihan
bertulis tanpa rasa bosan. Penggunaan garisan yang berwarna-warni ini juga dapat
mengelakkan kekeliruan kepada murid kerana setiap garisan mempunyai fungsi yang
berbeza. Misalnya garisan biru dan merah berfungsi sebagai sempadan semasa murid
menulis huruf. Sekiranya murid dapat memahami dan mengaplikasikan garisan ini
dengan baik, sudah pasti kekemasan tulisan murid dapat dipertingkatkan.
Kaedah Variasi Secara Ansur Maju (VSAM) ini juga berupaya
mengurangkan kesilapan tulisan

murid. Apabila kesilapan tulisan murid dapat

dikurangkan, sudah tentu murid dapat menulis dengan lebih kemas. Pernyataan ini
boleh dibuktikan berdasarkan peningkatan kekemasan tulisan murid yang boleh
dilihat menerusi lembaran kerja kumpulan sasaran dalam kajian ini.

Walaubagaimanapun, Kaedah Variasi Secara Ansur Maju (VSAM) ini juga


mempunyai beberapa kelemahan iaitu latihan-latihan bertulis yang telah diberikan
kepada murid tidak dibukukan. Keadaan ini kadang kala menyukarkan saya sebagai
pengkaji untuk menyemak kembali lembaran kerja yang telah dilaksanakan oleh
murid. Selain itu, murid juga tidak dapat melihat lembaran kerja yang telah dibuat
sebelum ini. Oleh itu, murid tidak dapat melihat peningkatan kekemasan tulisan
mereka secara langsung.

Disamping itu, saya juga telah dapat mengenalpasti kelemahan lain yang
terdapat dalam Kaedah Variasi Secara Ansur Maju (VSAM) ini. Walaupun terdapat
banyak latihan menulis yang telah diberikan, murid saya iaitu Hanif didapati masih
mengulangi kesilapan yang sama iaitu seringkali menulis huruf secara senget.. Oleh
itu, sekiranya saya diberi peluang untuk meneruskan kitaran ini bagi kitaran yang
seterusnya, saya akan menambahbaik kaedah yang telah digunakan.

Setelah membuat rujukan daripada

hasil penyelidikan yang berkaitan,

saya akan membaiki kaedah ini dengan menggunakan kertas kotak bergaris.
Menerusi kajian yang telah dilaksanakan oleh Lina Ping Ming (2010), beliau telah
menggunakan kertas kotak bergaris dalam membantu murid tahun dua menulis huruf
j besar dan kecil dengan betul semasa menjawab soalan kefahaman Bahasa
Melayu. Namun begitu, saya telah membuat beberapa pengubahsuaian dengan
menggunakan kertas kotak bergaris semasa murid melaksanakan latihan kedua iaitu
menulis perkataan atau ayat menggunakan lembaran bergaris tiga. Saya yakin dengan
menggunakan kertas kotak bergaris ini, murid akan dapat menulis secara sistematik.
Rasional saya menggunakan kertas kotak bergaris pada latihan kedua adalah kerana
latihan ini merupakan antara latihan yang terawal yang terdapat dalam Kaedah
Variasi Secara Ansur Maju. Oleh itu, saya berharap agar dapat mengatasi masalah
kecondongan tulisan murid pada peringkat awal lagi. Setelah murid menunjukkan
peningkatan kekemasan tulisan yang memberangsangkan barulah murid meneruskan
latihan yang seterusnya.

Cadangan penambahbaikan Latihan kedua dalam Kaedah Variasi Secara


Ansur Maju ( VSAM)

Rajah 6 Cadangan Penambahbaikan Kaedah Variasi Secara


Ansur Maju (VSAM)

Cara menggunakan kertas kotak bergaris tiga ini ialah :

Fungsi garisan garis tiga tetap sama


iaitu murid perlu menggunakan
garisan atas, tengah dan bawah untuk
menganggar saiz huruf yang sesuai
Setiap kotak perlulah
diisi dengan satu huruf
sahaja

Pen i tu
Sekiranya ingin menulis ayat,
jarakkan satu kotak sebelum
menulis perkataan yang
seterusnya

Rajah 7 Cara menggunakan kotak bergaris tiga

Selain itu bagi memudahkan saya menyemak lembaran kerja murid, saya
akan membukukan kesemua latihan yang telah diberikan. Langkah ini juga boleh
membantu saya semasa membuat analisis dan interpretasi data dimana saya boleh
melihat kembali kesemua hasil kerja murid dengan mudah. Murid-murid juga akan
dapat melihat peningkatan kekemasan tulisan mereka secara langsung dan dapat
memberikan motivasi kepada mereka supaya sentiasa menulis dengan kemas dan
cantik.

Bagi meningkatkan semangat murid-murid supaya sentiasa menulis


dengan cantik, saya akan memaparkan hasil kerja murid yang telah menunjukkan
tahap kekemasan yang cemerlang. Penghargaan seperti ini sememangnya dapat
meningkatkan motivasi murid supaya mengekalkan prestasi yang cemerlang
seterusnya boleh menguasai kemahiran menulis dengan berkesan. Cadangan ini
bertepatan dengan implikasi Teori Pelaziman Operan Thorndike (1898) yang
menyatakan guru mestilah memberi peluang kepada murid untuk menikmati
kejayaan dalam pembelajaran mereka.

Disamping itu, saya juga bercadang untuk menyediakan latihan-latihan


pengukuhan sebagai latihan tambahan yang boleh dilaksanakan oleh murid apabila
berada di rumah. Dengan ini, kemahiran menulis dengan kemas ini bukan sahaja
dipelajari di sekolah semata-mata tetapi boleh diperkukuhkan dengan latihan di
rumah.

Cadangan ini juga boleh memberikan kesedaran kepada ibu bapa supaya
lebih mengutamakan pendidikan anak-anak. Apabila guru mendapat kerjasama yang
baik daripada ibu bapa murid, sudah tentu prestasi murid-murid khususnya dalam
menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira dapat dicapai dengan
berkesan. Justeru itu, saya berharap cadangan kitaran dua ini dapat membaiki segala
kekurangan yang terdapat dalam Kaedah Variasi Secara Ansur Maju (VSAM) ini.

You might also like