You are on page 1of 5

KERTAS KERJA KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG KALI

KE-24, 2013
S.K TAMAN MIDAH (1) KUALA LUMPUR
1.0 Pengenalan
1.1 Program Kejohanan Balapan dan Padang telah menjadi satu aktiviti di luar
bilik darjah yang cukup popular di sekolah. Kejohanan Balapan dan Padang
merupakan asas pengetahuan kepada murid-murid mengenali sukan yang
dapat dijadikan satu medan untuk membina ilmu pengetahuan dan membentuk
individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial
selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
1.2 Kejohanan Balapan dan Padang merupakan aktiviti tahunan bagi Sekolah
Kebangsaan Taman Midah 1. Ianya dilaksanakan dengan tujuan memberi
peluang kepada murid-murid menambah pengalaman, menguji tahap stmina
dan kecergasan murid.
2.0 Rasional
2.1 Ianya merupakan langkah awal melaksanakan konsep satu murid satu sukan.
2.2 Menggalakkan pembelajaran dan menekankan kepada pengalaman sebenar.
2.3 Melahirkan individu yang lebih memahami dan berupaya menempuh
kehidupan seharian yang semakin mencabar pada abad ini.
3.0 Objektif
3.1 Melahirkan individu yang sihat tubuh badan dan otak cerdas.
3.2 Memupuk persefahaman, muhibbah, perpaduan serta semangat kesukanan
dikalangan guru-guru, ibubapa dan murid-murid.

3.3 Memberi kemahiran dan teknik yang betul dalam acara dipertandingkan yang
disertai oleh murid.
3.4 Memartabatkan dan meningkatkan MUTU SUKAN SEKOLAH
3.5 Memberi pendedahan kepada guru-guru, ibu bapa bagi mengelolakan sesuatu
aktiviti dan pertandingan/kejohanan.
3.6 Membentuk dan melahirkan generasi pelajar yang aktif, cergas dan sihat serta
mempunyai keyakinan dan semangat bersaing dan juang yang tinggi untuk
mencapai kejayan.

4.0 Tentatif Pelaksanaan


TARIKH

: 29 JUN 2013 (SABTU)

TEMPAT

: PADANG SK TAMAN MIDAH 2, JALAN MIDAH 12, KL

MASA

: 7.30 PAGI HINGGA 2.30 PETANG

5.0 Ahli Jawatankuasa Induk

Penasihat

Puan Hajah Kamilah Bt. Idris


( Guru Besar SK Taman Midah (1) )

Pengerusi

En. Asnan Bin Md.Zuki


( GPK Kokurikulum )

Naib Pengerusi

Pn Maznah Bt. Latff


( GPK Tadbir dan Kurikulum )

Pn Jumawati Bt Othman
(GPK Hal Ehwal Murid)
En. Ahmad Hadzhir Bin Abdul
( GPK Petang )

Setiausaha

En. Saiful Addha Bin Mohammad

Pen. Setiausaha

En Bakri Bin Ibrahim

Bendahari

En Rusti Bin Lenah

AJK Induk

En Ahmad Zaki Bin Ramli


En Mahadi Bin Taha
En Rusti Bin Lenah
Pn Nursyazrina Bt Othman
En Mohd Syafie Bin Ismail
En Zulkifli Bin Embong
Pn Rohaya Bt Kassim
Pn Junaida Bt Ismail
En Mohd Sazali B Mohamad
En Bakri B Ibrahim
Cik Hemimah Bt Mohamad
Pn Nur Adlina Bt Adnan

AJK Kecil

Guru-guru dan kakitangan bukan akademik SK Taman Midah (1)

6.0 PERBELANJAAN
Anggaran perbelanjaan adalah sebanyak RM 9573.00 ( Ringgit Malaysia Sembilan ribu
lima ratus tujuh puluh tiga Shj) yang mencakupi perbelanjaan hadiah para peserta,
teknik, kepegawaian, persembahan, sambutan, pertandingan, program, urusetia dan lainlain yang berkaitan. (Lihat Lampiran)
7.0 PENUTUP
Semoga Kejohanan kali ini berjalan lancar, meriah, dan mencapai objektif yang
dihasratkan, serta berjaya melahirkan satu pasukan yang mantap, bersemangat dan
bekerjasama.

Kecergasan Melalui Sukan

Disediakan Oleh

Disemak dan Disokong oleh

(SAIFUL ADDHA B MOHAMMAD)


S/U Sukan Sk Taman Midah 1, 2013

(ASNAN B MD ZUKI)
GPK KOKURIKULUM
Sek Keb Taman Midah1

Diluluskan/ Tidak diluluskan

HJH. KAMILAH BT IDRIS


GURU BESAR
Sek Keb Taman Midah 1

You might also like