You are on page 1of 7

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA


LEMBAH PANTAI KUALA LUMPUR
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH
(PGSR)
KOHOT 2 NOVEMBER 2009-DISEMBER 2013

TUGASAN KERJA KURSUS


NAMA PELAJAR

: MOHD RIZAN BIN SAIBANI


(680228-10-5581)
MOHD DALI BIN ABDULLAH
(650722-01-5103)
ALIAS BIN PIEI
(700101-08-5531)
EH SAI A/L EH KANG
(680505-03-5033)
NOORAZMAN BIN ABU BAKAR
(661217-01-5149)

MATA PELAJARAN

KUMPULAN/UNIT

PGSR (BM) KOHOT 2/2009-2013


: Semester 3

PENSYARAH

PJM 3102 PERGERAKAN ASAS

EN. MOHAMAD HAMZAH SARIMUN


EN. KALISVARAN A/L NARAYANASAMY

Mohd Rizan bin Saibani

Mohd Dali bin Abdullah

Alias bin Piei

Noorazman bin Abu Bakar

Eh Sai a/l Eh Kang

PERMAINAN RAKYAT
Nama Permainan

Nama Lain

Tingting

Ketingting, Teng teng, lompat satu kaki, jengkek kapal


terbang ,dekcok (Kelantan)
Peralatan yang diperlukan :
Gelanggang( petak-petak yang dilukis di atas tanah atau alantai), gundu (objek
yang berbentuk leper sebesar separuh tapak tangan yang diperbuat daripada pecahan
pinggan, kepingan bersi atau batu yang leper.)
PENDAHULUAN
Permainan ini sering dimainkan oleh kanak-kanak perempuan atau lelaki di
kampung sejak dari zaman dahulu lagi sebagai hiburan pada masa lapang. Selain
bertujuan untuk kegembiraan, permainan ini dapat mengeluarkan peluh agar tubuh
sentiasa dalam tahap kesihatan yang memuaskan. Di kampung, gelanggang dibuat
dengan menggores garisan di atas tanah. Bagi kanak-kanak yang berada di kawasan
taman perumahan atau di kawasan bandar yang tiada halaman bertanah, mereka akan
menggunakan kapur tulis , tepung, pita pelekat atau apa sahaja yang dapat dilukis di
atas permukaan lantai.
PEMAIN
Tingting dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak yang terdiri daripada dua
hingga empat orang setiap gelanggang. Sekiranya melebihi empat orang pemain dalam
satu gelanggang, akan menyebabkan setiap pemain terpaksa menunggu lama sebelum
sampai ke gilirannya.

GELANGGANG
Terdapat beberapa jenis gelanggang yang sering digunakan semasa bermain
tingting. Antara gelanggang yang digunakan oleh kanak-kanak ialah yang berbentuk
kapal terbang, berpetak sembilan dan lain-lain.
Contoh-contoh gelanggang tingting:

GUNDU
Gundu ialah objek berbentuk leper digunakan sebagai tanda bagi para pemain
untuk menggerakkan kedudukan mereka di petak-petak gelanggang. Gundu diperbuat
daripada pecahan pinggan, kepingan bersi atau batu yang leper

CARA BERMAIN TINGTING BERBENTUK KAPAL TERBANG


1. Undian dijalankan bagi menentukan pemain yang akan memulakan permainan.
Cara undian yang dilakukan ialah masing-masing berdiri bahu-mambahu
membelakangi gelanggang. Kemudian, masing-masing melempar gundu secara
membelakang. Gundu yang mendarat di dalam petak gelanggang dan berada
paling jauh akan mendpaty hak bermain yang pertama.
2. Semasa memulakan permainan, pemain akan mencampakkan gundu ke dalam
petak yang pertama. Selepas itu, pemain akan memulakan permainan.
3. Selepas pemain telah berjaya melepasi pusingan pertama, kedua dan
seterusnya cara mencampak gundu adalah sama.
4. Jika gundu tidak masuk ke dalam petak yang ditentukan atau terkeluar, pemain
akan dianggap mati atau hilang giliran. Pemain lain akan mengambil giliran.
5. Pemain dikehendaki melompat ke dalam semua petak dengan sebelah kaki
kecualipetak ketujuh dengan kedua-dua belah kaki.
6. Bagi pemain yang baru memulakan permainan di mana gundu berada di dalam
petak pertama, maka pemain hendaklah melompat ke petak kedua.
7. Sekiranya pemain terpijak garisan ia dianggap mati dan giliran pemain lain
mengambil alih permainan. Semasa pemain kembali ke garisan permulaan,
pemain akan mengutip gundu di petak pertama lalu melompat ke petak pertama
dan terus ke garisan penamat.

MEMBINA RUMAH
1. Selepas melengkapkan semua pusingan, pemain dibenarkan membina rumah.
Sebelum membina rumah, pemain disyaratkan membawa gundu dengan
menatang di atas belakang tapak tangan. Jika Gundu terjatuh pemain dianggap
mati.
2. Selain daripada menatang di atas belakang tapak tangan, pemain juga mesti
menatang gundu dengan menggunakan kepala dan kaki sebelum dapat
membina rumah.
3. Selepas itu, barulah pemain berhak mendapatkan rumah. Gundu mestilah
mendarat di mana-mana petak dengan melempar membelakangi gelanggang
untuk mendapatkan rumah.
4. Pemain lain tidak boleh bertingting lagi dalam petak rumah pemain lain.
5. Pemain yang mempunyai paling banyak rumah dianggap pemenang dalam
permainan ini. Malah permainan terpaksa ditamatkan apabila semua petak
bertukar menjadi rumah.

Gambar bermain tingting

Bermain tingting untuk mengisi


masa lapang

Seorang pemain membawa gundu di


atas belakang tapak tangan sambil
bertingting

Rujukan
1.
2.
3.
4.

4mambang.blogspot.com
Malaysiana.pnm.my
Mykoibito.blogspot.com
www.memori-kedah.com

You might also like