You are on page 1of 21

GADAIAN

NUR FARAH ATIKAH BINTI


ZAINAL
8 PISMP PAI 1

MAKSUD GADAIAN
Gadaian = ar
rahn
~Prof. Dr. Yusof Al-Qaradawi ~
sesuatu barang yang dijadikan
peneguhan atau kepercayaan dalam
urusan hutang-piutang.
sesuatu barang yang dijadikan jaminan dalam
hutang untuk menjelaskan hutang ketika pemiutang
tidak berkemampuan untuk membayarnya. Barang
itu boleh dijual sekiranya hutang tersebut tidak
dapat dijelaskan.

DEFINISI GADAIAN
Syafie

Hanbali

Maliki dan Hanafi

menjadikan
sesuatu sebagai
jaminan bagi
sesuatu hutang
yang boleh
digunakan untuk
melunaskan jika
penghutang gagal
melunaskannya

harta yang
dijadikan
pegangan bagi
sesuatu hutang
dan ia boleh
digunakan untuk
membayar jika
penghutang gagal
membayar
hutangnya kepada
pemiutang

pemberian
seseorang yang
diizinkan berkontrak,
sesuatu yang boleh
dijual sebagai
jaminan ke atas
sesuatu hak

HUKUM GADAIAN

Surah al-baqarah : 283Dari Aisyah r.a yang bermaksud


Nabi s.a.w pernah membeli
makanan dari seorang yahudi
dengan harga yang dihutang.
Sebagai tanggungan atas
hutangnya itu Nabi s.a.w
menyerahkan baju besinya.
(Riwayat Al-Bukhari)

jika kamu bermusafir (dan bermuamalat


tidak secara tunai) sedang kamu tidak
mempunyai seorang penulis, Maka
hendaklah ada barang tanggungan yang
dipegang (oleh yang memberi hutang). akan
tetapi jika sebagian kamu mempercayai
sebagian yang lain, Maka hendaklah yang
dipercayai itu menunaikan amanatnya
(hutangnya) dan hendaklah ia bertakwa
kepada Allah Tuhannya; dan janganlah kamu
(para saksi) Menyembunyikan persaksian.
dan Barangsiapa yang
menyembunyikannya, Maka Sesungguhnya
ia adalah orang yang berdosa hatinya; dan
Allah Maha mengetahui apa yang kamu
kerjakan.

RUKUN GADAIAN
MAZHAB MALIKI, SHAFIE,

MAZHAB HANAFI

HANBALI
TIGA RUKUN
1. Aqid

: Rahin - penggadai

: Murtahin - pemegang gadai


2. Maqudalaih : Al-Marhun barang
yang digadai
: Marhun bih - hutang
3. Sighah : Ijab dan Qabul

SATU RUKUN
1. Sighah : Ijab dan Qabul

RAHIN DAN MURTAHIN


(PENGGADAI DAN PEMEGANG
GADAI)
Keahlian mengurus hartanya. Penjaga atau

bapa tidak boleh menggadaikan harta kanakkanak dan harta orang-orang gila kecuali jika
terpaksa.
Akil baligh: tidak sah bagi kanak-kanak dan
orang-orang gila.
Tidak dipaksa : melakukan gadai mestilah
dengan kehendak sendiri

MARHUN
(BARANG YANG DIGADAI)
Barang-barang yang halal dan sah

diperjualbelikan
Barang yang tidak boleh digadai ialah
1) Anjing
2) Babi
3) Bangkai
Tidak akan berlaku gadaian sehingga
barang yang digadaikan itu diterima
oleh orang yang menerima gadaian

MARHUN BIH
(HUTANG)

Obayaran atau barang yang diberi kepada

penggadai itu mestilah hutang yang


dimaklumi
Otidak sah jika tidak berupa hutang seperti
benda yang wajib diganti seperti barang yang
dirampas, barang pinjaman atau sebagainya.

SIGHAH
(IJAB DAN QABUL)

Tidak sah gadaian melainkan dengan ijab dan

qabul.
lafaz perkataan akad adalah seperti saya
gadaikan benda ini kepada anda untuk hutangku
yang sekian banyak kepada anda. Maka jawab
dari yang memberi hutang pula ialah saya
terima gadaian ini

SYARAT GADAIAN
MAZHAB HANAFI
O Marhun mestilah harta benda dan bukan najis.
O perbelanjaan untuk meneruskan kewujudan barang

gadaian adalah tanggungjawab penggadai.


O perbelanjaan menjaga barang gadaian adalah
tanggungjawab penerima gadaian kerana memegang
barang untuk faedah dirinya iaitu jaminan ke atas
pinjaman.
O Sekiranya ijab dan qabul sudah dinyatakan tetapi barang
gadaian belum diterima maka rahin boleh menarik balik
akad gadainya sebelum barang gadai diterima.
O Akad mestilah tidak disandarkan kepada waktu
contohnya saya gadaikan barang ini selama dua bulan.

OBarang gadaian juga mestilah berada dalam kekuasaan

penerima gadai setelah ia diterima.


Otidak sah menggadaikan buah atas pokok kerana pokok
tempat buah berbuah itu tidak berada dalam kekuasaan
murtahin.
OBarang gadaian mestilah tiada urusan dengan hak rahin.
Contohnya, tidak sah menggadaikan sebuah rumah yang
perkakasnya menjadi urusan rahin.
OMarhun tidak termasuk dalam barang yang boleh diambil
manfaat oleh sesiapa yang tidak berkaitan dengan hak
milik seseorang. Contohnya seperti rumput yang
diperbolehkan untuk digembala.
Oorang yang melakukan gadaian mestilah berakal kerana
tidak sah gadaian orang gila dan kanak-kanak yang belum
mumayyiz.

SYARAT GADAIAN
MAZHAB MALIKI
O merupakan orang yang sah jual belinya iaitu

sudah akil baligh dan sudah dewasa.


O tidak boleh menggadaikan barang gadaian
bagi orang yang sedang sakit yang
berhutang di waktu sihatnya berlainan pula
bagi orang yang berhutang di waktu sakitnya
maka dia boleh menggadaikannya di waktu
sakitnya.

O barang yang digadaikan adalah barang yang sah

dijual beli adalah sah digadaikan.


O Barang pinjaman sah untuk digadaikan :::
seseorang meminjam barang dari orang lain untuk digadaikan
ke atas hutangnya. Apabila si peminjam sudah menjelaskan
hutangnya maka barang pinjaman itu hendaklah dikembalikan
semula kepada pemiliknya. Sekiranya, si peminjam tidak
membayar hutangnya maka barang pinjaman yang digadaikan
atas hutangnya itu akan dijual dengan hutangnya dan si
peminjam perlu mengganti barang pinjaman tersebut
mengikut harga pada hari yang dipinjam.

O perbelanjaan menjaga barang gadaian adalah

tertanggung di bahu pengggadai.


O Akad gadaian mestilah dilakukan melalui ijab dan
qabul iaitu tawaran dan penerimaan dan tidak
diselangi perkataan lain antara ijab dan qabul dan
juga tidak diselangi oleh diam yang lama.

SYARAT GADAIAN
MAZHAB SYAFIE
O Apabila seseorang menggadaikan rumah tetapi belum diterima

oleh penerima gadai maka belum tetap akad gadainya kerana


penggadai boleh menarik gadaian kembali dalam tempoh itu.
O Penggadai dan pemegang gadaian:
1) seorang yang berkebolehan mengurus harta
2) seorang yang baligh, berakal
3) bukan paksaan daripada orang lain
O Barang gadaian :
1) hak milik mutlak penggadai bukan barang yang dirampas
2) barang yang bernilai dan boleh dijual serta berbentuk benda
bukannya berbentuk manfaat.
3) bukan barang yang mudah rosak dan bukan najis

SYARAT GADAIAN
MAZHAB HANBALI
O Apabila barang gadaian sudah diterima

oleh penerima gadaian maka sudah sahlah


akad gadai dan tidak boleh mengambil
semula barang gadaian
O sekiranya barang gadaian dicuri maka akad
gadai tetap mengikat kedua belah pihak.
O barang gadai merupakan hak milik
penggadai
O merupakan barang dan bukannya najis

O sah mengambil gadai atas upah yang masih

dalam tanggungan
O CONTOH ::
seseorang sudah memberi upah kepada para
tukang batu untuk membangunkan sebuah
rumah maka dia boleh meminta barang jaminan
dari mereka sebagai imbangan pekerjaan
mereka. Sekiranya mereka tidak membangunkan
rumah maka murtahin berhak
untuk menjual
barang yang digadaikan dan
membayar upah
kepada orang-orang yang
membangunkan
rumahnya dari penjualan barang tersebut

FAEDAH BARANG YANG


DIGADAI
Muhammad Uthman Shubayr (1996)
Obahawa keseluruhan faedah daripada
barang gadaian menjadi hak milik
penggadai
OPenerima gadaian tidak berhak
menggunakannya tanpa izin dari
pemiliknya sekiranya barang gadaian
tersebut bukan daripada jenis yang boleh
diperah susunya atau boleh ditunggangi.

PANDANGAN
PERTAMA

melarang pemiutang menggunakannya secara


mutlak.
dipelopori oleh sebahagian ulama mazhab
Hanafi, mazhab Shafie dan mazhab Hanbali.
Menggunakan barang gadaian bermakna
menyewa secara percuma.
Oleh itu, meletakkan syarat pemberian
manfaat adalah riba kerana penghutang
terpaksa membayar hutang secara penuh
manakala dalam masa yang sama penerima
gadaian menggunakan barang tersebut secara
percuma tanpa bayaran.

PANDANGAN
KEDUA
membenarkan pemiutang menggunakannya

secara mutlak.
dipelopori sebahagian kecil ulama mazhab
Hanafi.
Mereka berhujah bahawa seseorang itu bebas
menyedekahkan penggunaan barangnya
kepada sesiapa yang disukai.
seseorang itu bebas dan berhak meminjamkan
barang gadaiannya sama ada kepada
penerima gadaian atau bukan.

PANDANGAN
KETIGA
Menurut mazhab Hanafi pula penggadai tidak
boleh mengambil manfaat barang gadai dari
apa segi sekalipun kecuali apabila mendapat
izin daripada penerima gadaian

PERBEZAAN
GADAIAN SECARA
ISLAM
1. Barang gadaian tetap
menjadi hak pemilik asal
2. Perlu membayar nilai barang
dan upah
3. Membantu meringankan
kesusahan

GADAIAN SECARA
KONVENSIONAL
1. Barang yang digadai akan lupus
jika tidak ditebus dalam tempoh
bayaran
2. Perlu membayar nilai barang
gadaian termasuk faedah

4. Nilai gadaian tidak merosot

3. Membebankan kerana
membayar faedah dan terdapat
unsur riba dan gharar

5. Wang lebih dipulangkan

4. Nilai gadaian merosot

6. Tiada unsur penipuan semasa 5. Wang lebih gadaian tidak


dipulangkan.
membuat timbangan
6. Mempunyai unsur penipuan

You might also like