You are on page 1of 23

BAB 4: PENGURUSAN

PERMAINAN
TRADISIONAL

Peraturanperaturan permainan
tradisional
Pengurusan pertandingan tradisiona

KEE WEE YONG

PERATURAN-PERATURAN
PERMAINAN
TRADISIONAL

Pertandingan permainan tradisional


tidak mempunyai peraturan khas yang
termaktub
tidak dinyatakan secara jelas
lebih bergantung kepada situasi semasa di
tempat pertandingan dan peserta yang
mengambil bahagian.

PT biasanya dipertandingkan dalam


bentuk individu, berpasangan atau
berkumpulan.

Contoh:
penyertaan individu yang ramai
pertandingan gasing
sistem yang
dipertandingkan
sesuai dalam bentuk
kalah mati.
pertandingan yang terdiri dari kumpulan yang
kurang daripada 10 penyertaan adalah di
cadangkan sistem pertandingan secara liga

Galah Panjang
Dimainkan di luar rumah.
Cara Bermain
dimainkan secara berkumpulan terdapat dua
kumpulan dalam
satu permainan.
Kumpulan
penyerang
kumpulan
bertahan

Setiap kumpulan akan mempunyai pemain


tidak kurang dari empat orang dan biasanya
terdiri dari sepuluh pemain sahaja.

Sebelum permainan dimulakan undian secara


wan tu zum dijalankan oleh kedua-dua ketua
pasukan. Siapa yang menang akan menjadi
pasukan penyerang.
Penetapan pengiraan mematikan pasukan
sama ada hanya dengan cuitan ke badan
pemain atau dengan menangkap pemain akan
ditentukan terlebih dahulu.
Salah seorang dari ahli kumpulan itu akan
dilantik sebagai ketua dan lainnya adalah
sebagai awak-awak.

Sebelum permainan dimulakan, ketua


pasukan penyerang akan menepuk tangan
ketua pasukan bertahan di petak kepala
gelanggang. Ini menandakan permainan
sudah dimulakan dan awak-awak boleh mula
menyerang, sama ada secara individu atau
beramai-ramai.

Setiap pemain hendaklah melepasi semua


garisan hingga ke garisan belakang sekali dan
kembali semula hingga ke garisan hadapan tanpa
dapat dicuit atau dicuit oleh pasukan bertahan.
Pasukan bertahan adalah cuba menghalang
(mencuit atau menangkap) setiap penyerang di
sepanjang garisan permulaan dan garisan
jagaannya Jika salah seorang pasukan
penyerang dapat dicuit oleh pasukan bertahan
maka pasukan itu dikira mati. Pertukaran
kedudukan akan dilakukan iaitu pasukan yang
bertahan akan jadi pasukan penyerang dan
sebaliknya.

Peraturan Permainan
Kesemua pemain pasukan penyerang akan
dikira mati jika salah seorang dari mereka
dihalang oleh pemain pasukan bertahan.
Pemain pasukan penyerang tidak boleh
berundur ke belakang setelah melepasi garisan
gelanggang, ia dikira mati jika melakukan demikian.
Pasukan penyerang juga dikira mati jika
terdapat pemainnya terkeluar dari garisan
gelanggang.

Pasukan penyerang dikira menang jika salah


seorang dari pemainnya dapat melepasi
kesemua garisan hingga kembali ke garisan
permulaan. Satu mata diberikan kepada
pasukan ini dan permainan akan dijalankan
semula.
Mana-mana pasukan yang dapat mengumpul
mata tertinggi akan dikira memenangi
perlawanan tersebut.

PENGURUSAN
PERTANDINGAN
TRADISIONAL

PT bertujuan mendapat kepuasan,


keseronokan, ketenangan minda dan
merehatkan badan.
Dalam aktiviti PT biasanya tiada peraturan
tertentu yang piawai digunakan.
Aktiviti permainan yang dipilih pula adalah
secara sukarela dan tanpa paksaan atau
tekanan.
Kebiasaannya dicetuskan dari pengalaman
kehidupan sendiri seperti berdasarkan
pekerjaan, sumber ekonomi dan kehidupan
sosial sesuatu bangsa atau keturunan.

Peralatan: tidak memerlukan alat yang khusus.


Selalunya alatan yang digunakan boleh diperolehi
di alam sekeliling yang berdekatan sama ada dalam
bentuk bahan tempatan yang mudah dan murah
atau bahan kitar semula.
Syarat dan peraturan permainan sukan tradisional
ini lebih terarah kepada persetujuan pemain di
antara dua pihak.
Peraturannya juga berbeza mengikut keadaan
sesuatu tempat, begitu juga dari satu generasi ke
satu generasi yang lain.
PT boleh dijalankan dan diberhentikan pada bilabila masa serta wujud dalam bentuk sejagat. tidak
mempunyai masa yang piawai.

SISTEM UNDIAN DALAM


PERMAINAN TRADISIONAL
Sebelum sesebuah permainan dimulakan,
undian akan dibuat untuk menentukan
kumpulan, ketua, giliran dan sebagainya.
Jenis undian yang digunakan adalah mengikut
jenis permainan yang akan dimainkan.
Tujuan undian dijalankan adalah untuk
memudahkan serta melancarkan permainan
dan pada masa yang sama menentukan
keadilan sewaktu bermain.

Jenis-jenis undian
A. Melambung Duit
. Undian ini digunakan untuk menentukan:
.Pemain atau pasukan yang akan
memulakan permainan
.Tempat permainan
. Bahan yang digunakan
ialah duit syiling

Cara undian:
1) Sebelum undian dijalankan, pemain atau
pasukan perlu memilih muka duit syiling: kepala
atau ekor
2) Seorang pengadil menjadi tukang melambung
duit.
3) Pemain atau pasukan perlu berdiri berhadapan
untuk melihat duit syiling yang jatuh.
4) Muka duit syiling yang menghadap ke atas ialah
pemenang undian.
5) Lambungan dibuat sekali sahaja.

B. Lai Lai Li Tham Plom


Dalam undian ini pemain akan menggunakan
tapak tangan dan bahagian belakang tangan
Cara undian
1) Pemain membentuk satu bulatan dalam
keadaan berdiri dan menghadap antara satu
sama lain.
2) Pemain akan bersama menyanyi lagu Lai lai li
tham Plom.

3) Pemain menyembunyikan tangan di


belakang sambil menyanyi dan
menghulurkan tangan serentak apabila
menyebut perkataan plom.
4) Selain daripada itu terdapat juga
pemain menyanyi sambil menterbalikkan
tapak tangan dan berhenti apabila
menyebut perkataan plom.
5) Pemain yang melambangkan tangannya
berlainan dengan pemain-pemain lain
akan menjadi tukang jadi.

C. Mencabut lidi
Undian ini digunakan untuk menentukan:
Membahagi Kumpulan
giliran bermain
Pemain yang memulakan permainan
Bahan yang digunakan untuk membuat undian:
lidi penyapu
ranting kayu kecil
lalang.

Cara undian
1) Bahan yang digunakan adalah antara 35cm
2) Jumlah bahan bergantung kepada bilangan
pemain.
3) Seorang menggenggam bahan dan
pastikan bahagian atas kelihatan sama.
4) Untuk pembahagian kumpulan, bahan
undian disediakan di dalam 2 ukuran.
5) Pemain yang mendapat bahan yang
terpanjang atau terpendek akan
memulakan permainan.

RUJUKAN
Pengurusan Permainan Tradisional. http://
nota-notapismppj.blogspot.com/2013/05/pengurusa
n-permainan-tradisional.html
diakseskan pada 20 Mei 2013.
Galah Panjang. http://
pmainantradisionl.blogspot. com/2007/09/galah-pa
njang.html
diakseskan pada 11 September 2007.

TERIMA KASIH

You might also like