You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT DAMANSARA

Jalan Beringin, 50490 Kuala Lumpur.


Tel : 03-20948350
Fax : 03-20962092
Email: skbdkl@ymail.com
http://www.skbd.edu.my

Rujukan Tuan:
Rujukan kami: WBA
0037.700-1/30
Tarikh: 8 Julai 2014
Kepada :
Semua ibu bapa/Penjaga murid Kelab Alam Sekitar
Tuan/Puan,
LAWATAN PENANDA ARAS KE SJK (C) PEREMPUAN CHINA PULAU PINANG
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Lawatan Penanda Aras
seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 29 hingga 30 Ogos 2014
Hari
: Jumaat dan Sabtu
Tempat
: SJK (C) Perempuan China Pulau Pinang
Penginapan : Hotel Sentral, Georgetown Pulau Pinang
Bayaran
: RM 100.00
2.
Untuk makluman tuan/puan juga sebahagian kos perbelanjaan untuk lawatan ini
ditanggung oleh pihak sekolah melalui Peruntukan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).
3.
Atas inisiatif pihak sekolah bersama-sama guru Lestari Alam, lawatan ini bertujuan
untuk melahirkan murid yang lebih peka dan prihatin terhadap isu-isu alam sekitar dan
memperolehi pengetahuan, kemahiran serta nilai-nilai komitmen yang tinggi untuk berusaha
serta bertindak secara individu atau kerjasama ke arah penyelesaian isu-isu alam sekitar.
4.
Sehubungan itu, pihak Lestari Alam SK Bukit Damansara membuka penyertaan
kepada semua murid Kelab Alam Sekitar untuk menyertai lawatan ini.
5.
Atas kerjasama pihak tuan/puan dalam perkara ini didahului dengan ucapan terima
kasih. Sekian,terima kasih.
Sekian,terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,
........
(ZARINA BT JAMIL PPN)
Guru Besar,
SK Bukit Damansara,
Kuala Lumpur.

GURU GEMILANG, MURID CEMERLANG, SEKOLAH TERBILANG

You might also like