You are on page 1of 5

SEJARAH PENUBUHAN

Berdasarkan seksyen 68
Akta Polis 1967 , Ketua
Polis Negara dengan
persetujuan Menteri Dalam
Negeri boleh menubuhkan
Pasukan Kadet Polis di seluruh Negara. Sehubungan itu , setakat ini lebih 600 platun
Kadet Polis telah ditubuhkan yang terdiri daripada hampir 21,000 orang ahli Kadet Polis
dan 600 orang pegawai kanan Pasukan Kadet Polis di seluruh Negara.

Tujuan penubuhan Kadet Polis adalah untuk member pendedahan kepada sebilangan
pelajar dalam aspek peranan dan fungsi kepolisan dalam menangani masalah jenayah ,
dadah , moral dan gengsterisme di kalangan pelajar yang bakal menjadi pemimpin pada
masa hadapan.
LATARBELAKANG SEJARAH PENUBUHAN

Atas arahan MAGERAN , Akta Polis 1967 telah dipinda bagi membolehkan penubuhan
Pasukan Kadet Polis ( PKP ) di bawah Seksyen 68. Akta tersebut. Berikutan itu sebanyak
56 platun Kadet Polis telah ditubuhkan pada 2 Mac 1970.
Penubuhan PKP merupakan salah satu kegiatan kokurikulum sekolah menengah
sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Pelajaran 1961 mengikut Ordinan No. 2
( Kuasa-Kuasa Perlu ) Darurat 1969,P.K.(A)487 bertarikh 20 November 1969 yang
diselaraskan oleh PDRM.

Memandangkan keberkesanannya , maka PKP telah diperbesarkan kepada 204 platun


pada tahun 1992 , 579 platun pada tahun 1996 dan melebihi 600 platun pada tahun 2010
hingga kini di seluruh Negara. Ini bertepatan dengan keperluan Kementerian Pelajaran
yang berkehendakkan semua pelajar sekolah menjadi ahli badan beruniform.

OBJEKTIF

Meningkatkan disiplin diri dengan mematuhi peraturan dan undang-undang.

Melahirkan insan yang bertanggungjawab kepada agama , bangsa dan negara


dalam hal-hal keselamatan dan ketenteraman awam.

Melahirkan insan yang mantap dalam aspek jasmani , emosi , rohani dan intelek.
Membentuk masyarakat yang mempunyai hubungan erat antara PDRM dengan
orang ramai yang saling memerlukan.

MATLAMAT
Matlamat utama penubuhan Pasukan Kadet Polis ( PKP ) atau kini lebih dikenali sebagai
Kor Kadet Polis ( KKP ) adalah untuk :
Membentuk masyarakat khususnya remaja semangat Patriotik terhadap
negaranya.

Meningkatkan disiplin diri dan menjadi model kepada pelajar lain.

Menanamkan semangat kerjasama secara berpasukan.

Menjalinkan hubungan yang erat dari berbagai bangsa , agama dengan

semangat 1 Malaysia.

Menjadi telinga dan mata kepada pihak sekolah dan PDRM dalam membendung
salahlaku jenayah dikalangan remaja sekolah.

Memberikan pendedahan dan kefahaman mengenai tugas-tugas kepolisan dan


penguatkuasaan undang-undangnya adalah untuk kepentingan masyarakat.

Dasar dan
Organisasi
1.

DASAR
PENUBUHAN
1.1 Polis Diraja
Malaysia telah menetapkan penubuhan platun KKP bagi setiap daerah
berdasarkan pangkat Ketua Polis Daerah seperti berikut :

Pangkat KPD: ACP Sekurang-kurangnya 5 buah sekolah


Pangkat KPD: Supt Sekurang-kurangnya 3 buah sekolah.
Pangkat KPD: DSP/ASP Sekurang-kurangnya 2 buah sekolah.
1.2 Pengetua sekolah perlulah membuat satu permohonan bagi menubuhkan KKP
dengan mengisi borang Jadual Pertama ( Kaedah 5 ) seperti di lampiran A
kepada Jabatan Pelajaran Negeri ( JPN ) untuk mendapatkan sokongan dan
seterusnya memanjangkan permohonan tersebut ke Ibupejabat Polis Kontijen
( IPK ) dan ke Ibupejabat Polis Bukit Aman untuk mendapatkan kelulusan
penubuhan dari Menteri di Kementerian Dalam Negeri (KDN ).

2.

ORGANISASI

2.1 Peringkat Platun.


2.1.1 Terdiri dari 1 Inspektor Kadet ( Insp/K ) , 1 Sarjan Kadet ( Sjn/Kadet )
, 3 Koperal Kadet ( Kpl/Kadet ) dan 30 anggota Kadet .( Jumlah
keseluruhan 35 orang ).
2.1.2 Setiap sekolah boleh menubuhkan lebih dari satu platun . Sebaiknya
satu platun lelaki dan satu platun perempuan sahaja .
2.1.3 Setiap platun mestilah terdiri dari anggota kadet lelaki sahaja atau
anggota kadet perempuan sahaja. Tidak dibenarkan campuran antara
kadet lelaki dan kadet perempuan dalam sesebuah platun.
2.1.4 Inspektor kadet mestilah pegawai perkhidmatan pendidikan ( guru )
yang telah disahkan di sekolah tersebut.
2.1.5 Ins/K bertindak sebagai Komander Platun , Sjn/K sebagai Sarjan Platun
dan Kpl/K sebagai Ketua Seksyen.
2.2 Peringkat Kompeni

2.2.1 Terdiri dari 1 Penolong Penguasa Polis Kadet ( ASP/K ) , 5 Inspektor


Kadet ( Insp/K ) , 1 Sub-Inpektor Kadet ( SI/K ) , 1 Sarjan Mejar
Kadet ( SM/K ) , 4 Sarjan Kadet ( Sjn/K ) , 12 Koperal Kadet
( Kpl/K ) dan 120 anggota kadet . ( Jumlah keseluruhan 144 anggota )
2.2.2 ASP/K bertindak sebagai Komander Kompeni , 1 Insp/K sebagai
Penolong Komander Kompeni , 4 Insp/K sebagai Komander Platun , 1
SI/K sebagai SI Kompeni , 1 SM/K sebagai SM Kompeni , 4 Sjn/K
sebagai Sjn Platun dan 12 Kpl/K sebagai Ketua Seksyen.
AKSESORI ASAS KADET POLIS

CARTA ORGANISASI
PENGETUA
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
PUAN HALIS BINTI SUMALI
GURU PENASIHAT
EN FAUDZI HANAFI BIN AGEL
CIK YEONG CHAW LEE
PUAN HAIZURA
PUAN NADIAH
PENGERUSI

NAIB PENGERUSI

PENOLONG
SETIAUSAHA
AHLI JAWATANKUASA

BENDAHARI

PENOLONG BENDAHARI

You might also like