You are on page 1of 6

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

3101

WAJ

KEPELBAGAIAN BANGSA MALAYSIA


1.0 Pendahuluan
Masyarakat Malaysia hari ini terdiri dari berbagai kaum. Mereka ialah orang-orang Melayu dan
Bumiputra lain, China, India dan lain-lain. Kelebihan yang menjadikan Malaysia menarik dan mempunyai
budaya yang tersendiri. Terdapat berjenis-jenis bahasa, agama, muzik, tarian, lagu, pakaian dan makanan.
Namun, perbezaan antara kaum ini telah menimbulkan beberapa masalah pada masa dahulu. Masalah ini
timbul apabila sesuatu kaum itu tidak mengetahui dengan lebih mendalam mengenai kaum yang lain. Ada
banyak cara untuk membentuk satu masyarakat Malaysia. Antaranya ialah mengetahui dengan lebih
mendalam mengenai kaum-kaum lain. Sungguhpun masalah-masalah ini tidak boleh diatasi dengan setakat
membaca mengenai kaum-kaum ini sahaja, namun, ini boleh membantu dan membolehkan kita memahami
dengan lebih baik mengenai masyarakat yang kita anggotai.

1.1 Bangsa Melayu


Kaum yang terbesar di Malaysia ialah orang-orang Melayu. Orang Melayu yang awal tinggal di
sepanjang sungai dalam kumpulan yang agak teratur. Sejak lebih kurang 2000 tahun dahulu mereka telah
berdagang dengan pedagang-pedagang China dan India. Perdagangan ini mengakibatkan munculnya
kerajaan pantai yang berpengaruhkan India seperti Lembah Bujang, Gangga Negara dan Tan-tan (Trengganu). Lama-kelamaan kerajaan-kerajaan ini merosot kerana kebangkitan pusat-pusat perdagangan yang
lebih kuat seperti Srivijaya dan Majapahit. Lebih kurang 500 tahun dahulu Melaka telah menjadi pelabuhan
yang terpenting di Asia Tenggara. Kerajaan Melaka telah menakluk seluruh Tanah Melayu. Empayar Melaka
telah menyatukan Semenanjung Tanah Melayu. Agama Islam telah menjadi panduan bagi orang-orang di
Melaka dan menjadi agama bagi orang-orang Melayu. Hampir semua penduduk-penduduk Semenanjung
terdiri dari orang-orang Melayu. Selewat tahun 1800, 90 peratus daripada penduduk-penduduk Semenanjung
Tanah Melayu adalah terdiri daripada orang Melayu. Walaubagaimanapun, pada masa itu telah pun berlaku
imigrasi penduduk-penduduk dari negara-negara Asia Tenggara yang lain ke Tanah Melayu.
1.2 Bangsa Cina
Malaysia terletak di laluan perdagangan di antara India dan China. Perhubungan antara orang-orang
Melayu, China dan India telah bermula sejak kira-kira 2000 tahun dahulu. Kerajaan-kerajaan Melayu di
sepanjang pantai menjalankan kegiatan perdagangan dengan orang-orang China dan India. Hubungan
antara orang-orang Melayu dan China menjadi lebih erat pada era Kesultanan Melayu Melaka. Perkembangan
ini berlaku dalam kurun yang ke-l5. Terdapat pertemuan di antara pemerintah-pemerintah Melaka dan
Maharaja China. Dalam tahun 1411, Parameswara, pemerintah Melaka yang pertama telah melawat Maharaja
China. Baginda pergi dengan isterinya, anak dan lebih daripada 500 orang pengikutnya. Kedatangan mereka
semua disambut dengan baik. Kedua-dua pemerintah itu bertukar-tukar cenderamata.
1

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA


3101

WAJ

Maharaja China sangat tertarik dengan kemajuan dan kebesaran Melaka dan pemerintah-pemerintahnya.
Baginda menghantar puterinya yang cantik bernama Hang Li Po, untuk mengahwini Sultan Mansur Shah.
Puteri Hang Li Po datang ke Melaka dengan kira-kira 500 orang pengikut. Semua pengikutnya menetap di
Melaka di sebuah tempat yang sekarang ini digelar Bukit China. Keturunan mereka digelar Baba dan Nyonya.
1.3 Bangsa India
Orang-orang India juga adalah kaum yang besar di Malaysia. Pada masa sekarang 10 peratus
daripada penduduk-penduduk Malaysia terdiri dari orang-orang India. Kuil, muzik, panggung wayang, pakaian
dan makanan India telah menjadi sebahagian dari kehidupan Malaysia. Orang-orang India membuat berbagai
jenis kerja. Ada yang menjadi doktor, peguam, jurutera, guru, kerani, buruh dalam perkhidmatan awam dan
juga penoreh getah di ladang-ladang getah. Ramai daripada orang-orang India di sini bekerja di ladang-ladang
getah.Ramai orang India yang tinggal di sini pada hari ini adalah dari keturunan orang-orang India yang
datang ke Malaysia pada kurun yang ke-20. Perhubungan di antara orang-orang India dan Malaysia telah
terjalin sejak beberapa kurun dahulu. Beberapa kumpulan kecil orang-orang India telah tinggal di sini sejak
beratus-ratus tahun dahulu.

2.0 Bloggers

Blog (singkatan untuk web log dalam bahasa Inggeris) ialah sebuah laman web yang kemasukankemasukannya ditulis menurut urutan kronologi dan dipaparkan dengan tertib terbalik.Blog memberikan
ulasan atau berita mengenai sesuatu tajuk, umpamanya makanan, politik, atauberita tempatan, dengan
sesetengah blog berperanan lebih sebagai buku harian peribadi dalam talian. Blog yang tipikal
menggabungan teks, imej, dan pautan ke dalam blog, laman web, dan media lain yang berkaitan dengan
topiknya. Keupayaan para pembaca untuk meninggalkan ulasan mereka dalam format interaktif merupakan
ciri yang utama untuk banyak blog. Kebanyakan blog umumnya adalah blog teks, walaupun sesetengahnya
bertumpu pada gambar foto(blog foto), video (vlog), muzik (blog MP3), atau audio(podcasting), dan
merupakan sebahagian rangkaian media sosial yang lebih luas. Blog merupakan satu gedung ilmu yang dapat
dimanfaatkan oleh semua semua lapisan masyarakat, tetapi apa yang malangnya adalah apabila wujudnya
blogger-blogger yang tidak beretika yang menulis perakara-perkara yang sensitif yang menimbulkan salah
faham ataupun rusuhan di antara rakyat berbilang kaum di negara kita. Blogger-blogger sebegini sering kali
menulis satu maklumat yang tidak sahih ketulenannya tentang sesuatu yang boleh mengganggu
kesejahteraan hubungan antara kaum dalam negara kita. Blog-blog ini akan dibaca oleh semua lapisan
masyarakat dan pada mereka yang tidak dapat mempertimbangkan kebenaran kandungan blog akan marah
dan wujudnya salah faham antar kaum. Sebagai contoh, pada tahun 2010, wujud huru-hara dalam kalangan
pendduduk Johor apabila seorang blogger lancang mengeluarkan artikel yang berupa menghina Sultan Johor
aiatu
Almarhum
Sultan
Iskandar.
Tindakan
blogger
berkenaan
mengundang
kemarahan
rakyatMalaysia terutamanya rakyat Johor, di mana hati mereka terhiris dengan perbuatan kurang bermoral
dan beretika blogger berkenaan menyebabkan ada yang tampil membuat laporan polis terhadap blogger
berkenaan.
2

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA


3101

WAJ

3.0 Penerapan nilai universal


Tatacara dan etika kehidupan boleh diterapkan ke dalam murid sejak di bangku sekolah rendah lagi.
Usaha ini boleh dojayakan dengan bantuan guru- guru di sekolah .Mereka harus menjelaskan dan
menerepkan aspek nilai universal mengikut kesesuaian dalam matapelajaran mereka. Sebagai contoh
seorang duru pendidikan moral boleh menjelaskan interaksi antara tamadun cina dan India dengan
menceritakan penyebaran agama Buddha ke negara China pada zaman dinasti Han ( zaman Han Timur )
yang merupakan kemuncak kepada interaksi antara tamadun China dan India. Guru tersebut boleh juga
menceritakan tentang ajaran Buddha yang datangnya dari tamadun India dan diterima baik oleh tamadun
China. Selain itu, guru tersebut boleh juga menceritakan tentang interaksi antara tamadun China dan Melayu.
Dalam tamadun Melayu dan Cina telah wujud satu interaksi antara mereka sejak abad ke-3 masihi apabila
dilaporkan bahawa telah ada utusan parsi yang pertama dihantar ke istana kerajaan Wei. Orang Arab
menggunakan dua laluan penting ke negara China untuk tujuan perdagangan. Peristiwa-peristiwa ini penting
dibincang dalam kelas bagi memupuk semangat kekitaan dalam kalangan murid-murid pada zaman sekarang
bagi memastikan negara melahirkan generasi yang hidup berkhemah tanpa pergaduhan dan rusuhan kaum.

4.0 Kesimpulan
Konklusinya, tugasan ini membuktikan bahawa untuk mengekalkan sesebuah negara

aman dan

damai seperti Malaysia kita persefahaman antara berbilang kaum adalah amat penting dan golongan yang
berpengetahuan umum adalah amat penting bagi menjayakan mengelakkan perselisihan kaum .
Pembangunan ekonomi sahaja tidak penting untuk membangunkan sesebuag negara malah perpaduan
antara semua kaum seperti di negara kita amatlah penting untuk membangunkan dan menjunjung
pambangunan tersebut. Kisah-kisah perpaduan kaum-kaum kita dari zaman dulu lagi harus diambil sebagai
contoh bagi menguatkan semangat kekitaan dalam generasi sekarang agar konsep Satu Malaysia Yang
Berhormat Perdana Menteri kita akan tercapai dan mudah-mudahan akan diikuti oleh negara yang lain.

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA


3101

WAJ

REFLEKSI

Matapelajaran Tamadun Islam dan Tamadun Asia adalah satu subjek yang kami ambil pada
tahun pertama semester pertama di maktab perguruan .Subjek ini meliputi sejarah tamadun-tamadun
asia dan juga tamadun islam. Kami amat bertuah kerana subjek ini diajar oleh seorang pensyarah
pakar dalam subjek. Tugasan pertama kami untuk subjek adalah untuk mengkaji sejarah kedatangan
tiga etnik yang penting ke Negara kita dan juga interaksi sesama mereka. Kami meminjam banyak
buku-buku yang berkaitan tajuk ini di perpustakaan institut. Kami juga kerap melayari sesawang
untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang terkini dan tepat. Kami juga membantu sesama
sendiri untuk menyelesaikan tugasan ini. Kami mendapat tahu banyak perkara-perkara yang baru
yang kami tidak tahu selama ini apabila memulakan pengajian untuk tugasan ini. Kami berasa amat
bangga apabila membaca tentang perpaduan yang terdapat dalam kalangan tiga kaum yang
terpenting di Negara kita iaitu Melayu, Cina dan India. Interaksi antara ketiga-tiga kaum telah wujud
sejak beratus tahun dahulu. Kami juga berasa amat berbesar hati apabila melihat kematangan
nenek-nenek moyang kita yang amat mengambil berat tentang kemakmuran generasi anak-anak dan
cucu-cucu mereka. Kami juga terpegun melihat semangat kerjasama ketiga-tiga etnik yang
bertungkus lumus menentang kuasa asing dari Negara kita. Harapan kami hanyalah agar generasi
kita dan tang akan datang dapat mengikuti jejak langkah mereka yang telah berjuang untuk kita
dengan tenaga perpaduan agar tiada lagi kuasa asing yang dapat menembusi kita pada masa akan
datang dan mengelakkan rusuhan kaum di Negara kita.

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA


3101

WAJ

SENARAI RUJUKAN

(azhar mad aros, 2002)

azhar mad aros, a. m. (2002). tamadun islam dan tamadun asia. shah alam: Fajar Bakti sdn.bhd.

(manaf, 2001)

manaf, a. a. (2001). sejarah sosial masyarakat malaysia. cheras: Utusan Publication &
Distribution sdn.bhd.

(academia, 2012)

academia. (2012, 9 17). academia.edu. Retrieved from academia: www.academia.edu

(share, 2013)

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA


3101

WAJ

share, s. (2013, 1 9). slide share.net. Retrieved from slide share.net: www.slideshare.net

You might also like