You are on page 1of 19

Isi kandungan

Tajuk
Pendahuluan
Lukisan
Catan
Kolaj
Montaj
Cetakan
Resis
Gosokan
Stensilan
Percikan
Gurisan
Capan
Mozek
Poster
Konklusi
Rujukan

Mukasurat
2
3
4
6
7
7
8
9
11
12
13
14
14
15
17
18

Pendahuluan
Menggambar adalah satu representasi visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan di
atas permukaan rata. Ia mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi warna
di atas permukaan rata. Ilustrasi yang digunakan berfungsi sebagai penerangan yang lebih jelas
tentang sesuatu objek. Gambaran huruf yang diterangkan biasanya dihasilkan dalam bentuk
grafik yang dimana representasi visual yang dihasilkan adalah dalam bentuk 2 dimensi.
Manakala gambar pula adalah sebagai satu artifak yang menunjukkan satu kecenderungan
terhadap sesuatu imej atau objek didalam hasil kerja yang dihasilkan.
Antara tujuan menggambar adalah bagi memberi peluang untuk menerokan teknik yang
berbea dalam melukis dan penghasilan gambar. Selain itu ia juga dapat membolehkan pelajar
1

untuk menggunakan Asas Senireka dalam menggambar berdasarkan tema imaginasi mereka yang
dimana berdasarkan pengalaman, fantasi dan juga tema yang bertepatan. Terdapat tiga bahagian
utama iaitu melalui aras pengetahuan dan kefahaman yang berfokus kepada konsep dan fungsi
setiap aktiviti yang dipelajari iaitu dengan menguasai asas seni reka dengan menghasilakn hasil
kerja yang kreatif dan berfungsi. Yang seterusnya adalah aras aplikasi dan analisa iaitu merasa
dan mengenalpasti pelbagai kesan, benda, alat dan bahan dengan meneroka dan mencuba secara
spontan. Terakhir sekali ialah aras sintesis dan penilaian yang mempupuk perasaan dan nilai-nilai
murni seperti bekerjasama, brkeyakinan diri, kekemasan, kebersihan serta mengutamakan
keselamatan sewaktu menghasilkan karya.
Penghasilan hasil seni menggambar tidak hanya terhad dengan alatan, media dan teknik
yang tertentu sahaja tetapi dengan menggunakan berbagai jenis kertas yang berbagai tekstur,
warna dan juga saiz. Alat tulis samada yang berwarna atau tidak berwarna, media kering atau
basah semuanya amat berguna untuk melengkapkan kerja-kerja menggambar.
Lukisan
Lukisan bermaksud hasil kerja yang diperoleh menggunakan garisan yang membentuk
sesuatu imej dengan menggunakan media kering contohnya pensil yang biasanya dihasilkan
secara spontan serta menggunakan campuran warna yang terhad. Dalam Bahasa Inggeris, lukisan
dikenali sebagai drawing iaitu teknik awal yang dipelajari semasa di sekolah. Lukisan
merupakan sesuatu medium yang digunakan untuk mengekspresikan pendapat dan juga perasaan
seseorang.
Terdapat beberapa teknik-teknik lukisan yang Berjaya dikenal pasti antaranya adalah
teknik pointilisme di mana pelukis menghasilkan titik-titik keatas kertas untuk menghasilkan
2

sesuatu gambaran.Tona dapat dilihat dengan ketebalan titik. Seterusnya adalah teknik gosokan
yang boleh dihasilkan dengan menggosok permukaan bagi menghasilkan tona. Akhir sekali
adalah teknik hatching yang bermaksud melorek media keatas kertas untuk membentuk tona dan
imej.

Teknik pointilisme

Teknik gosokan

Teknik hatching

Media-media Lukisan
Pelbagai media yang boleh digunakan untuk menghasilkan sesuatu lukisan. Di antaranya
adalah pensel, pensel warna, pen, pastel, dan juga oil pastel. Lukisan-lukisan yang dihasilkan
menggunakan media-media ini dihasilkan dalam pelbagai bentuk dan rupa. Ini kerana setiap
media mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dan akan menghasilkan kesan yang berlainan terhadap
lukisan yang ingin dihasilkan.

Lukisan menggunakan oil pastel

Lukisan menggunakan pensel warna

Catan
Catan merupakan proses melukis dengan menggunakan media-media yang basah yang
disapu di atas permukaan lukisan. Antara media-media yang sering digunakan dalam teknik
catan adalah cat air, cat minyak, cat akrilik, turpentine dan sebagainya. Seni catan ini telah
dikenalpasti sejak zaman purbaYunani lagi. Pada zaman itu, media yang digunakan adalah fresco
dan mozek yang selalunya dapat dilihat di dinding gereja dan kebanyakannya bersubjekkan adat
istiadat dan agama. Seni catan ini kemudiannya berkembang di bahagian Eropah pada abad ke14 hingga 16 dan kini seni catan menunjukkan gaya-gaya baru seperti abstrak. Media-media
yang digunakan juga telah berkembang di mana pelukis pada zaman ini menggunakan pelbagai
jenis media contohnya cat enamel dan cat aluminium serta mempunyai subjek yang luas sangat
berbeza jika dibandingkan dengan zaman awalnya.
Perbezaan antara karya-karya yang dihasilkan mengikut aliran zaman dapat dilihat dan
sangat jelas. Contoh-contoh senicatan yang popular yang telah dihasilkan adalah seni
Impressionisme, Kubisme, dan sebagainya. Seni Impressionis memenumpukan kepada kaedah
konsep cahaya dan kesan objek yang dilihat.Warnayang digunakan pula tidak dicampur dengan
warna hitan dan putih dan terus dicalitkan atas kanvas. Impressionisme mementingkan
keserasian warna, cahaya serta watak-watak alam selain mengutamakan suasana yang dilihat
misalnya pagi, petang, malam.
Seni Kubisme ini pula menolak tradisi catan yang mementingkan objek realiti. Kubisme
menganggap seni sebagai satu konsep kearah penciptaan dan menolak peniruan. Ianya adalah
seni yang cuba untuk menyelesaikan permasalahan 3 dimensi dalam ruang dua dimensi.
4

Penggunaan bentuk-bentuk dan satah geometri seperti pecahan kaca dan menimbulkankesan
lutsinar serta warna yang bertenaga.

Seni Impressionisme (Twelve Sunflower)

Seni Kubisme (The Three

Musician)Karya: Vincent Van Gogh

Karya: Pablo Picasso

Kedua-dua teknik menggambar ini adalah teknik yang terawal diajar di sekolah rendah.
Guru bertanggungjawab untuk memantau dan menberi tunjuk ajar kepada murid untuk
menghasilkan karya menggunakan teknik lukisan dan catan. Boleh dikatakan ini adalah teknik
yang asas untuk dipelajari semasa di sekolah sebelum mereka mempelajari teknik-teknik yang
lain.
Kolaj
Terdapat dua jenis teknik lain yang juga penting dalam seni visual iaitu kolaj dan montaj.
Kolaj adalah salah satu teknik tertua yang menggunakan teknik tampalan untuk menghasilkan
pelbagai karya gambar atau rekaan. Dari segi istilah, kolaj berasal dari perkataan Perancis iaitu
'coller' yang bermaksud menampal atau gam. Ia juga merujuk kepada aktiviti memotong,
mengoyak, menggunting dan menampal sesuatu bahan keatas permukaan lain.

Menurut Jeyah (2012) menegaskan bahawa bahan tampalan untuk teknik kolaj boleh
disusun, ditindih atau diatur pada permukaan kertas mengikut komposisi tema atau tajuk yang
diperlukan. Terdapat empat jenis kolaj iaitu kolaj kertas, kolaj bahan jahitan, kolaj bijirin dan
kolaj bahan terbuang. Kolaj kertas menggunakan kertas warna yang digunting secara bebas,
teknik tekanan pada mata pen atau pensel dan menggunakan alat penebuk kertas. Manakala,
kolaj bahan jahitan pula menggunakan kain perca, manik, butang baju dan kekabu sebagai bahan
utamanya. Teknik kolaj jenis ini sama dengan teknik kolaj kertas iaitu menyusun bahan-bahan
tersebut di atas permukaan media.
Di samping itu, kolaj bijirin pula disusun dan dilekat menggunakan gam berkualiti pada
kad bod tebal. Bijirin yang digunakan ialah beras pulut, kacang hijau, jagung dan biji saga. Jenis
kolaj yang terakhir ialah kolaj bahan terbuang iaitu penutup botol, batang aiskrim, tali ,plastic
sampah dan sebagainya. Bahan ini disusun dan dilekat menggunakan gam serta dibalut
menggunakan plastik lut sinar supaya tahan lama.
Montaj
Teknik seterusnya ialah montaj. Teknik ini mula mendapat perhatian melalui Pergerakan
Dadaisme di Berlin di mana aktiviti montaj banyak dihasilkan dalam seni rupa moden dan
kemudiannya menjadi ikutan ramai. Teknik ini turut digunakan oleh pelukis aliran surelisme
seperti Salvador Dali. Montaj bermaksud potongan gambar dari pelbagai sumber atau dari
sumber yang sama melalui teknik memotong, menampal dan mencantum. Tan (2013)turut
menyatakan bahawa teknik kolaj dan teknik mozek digunakan dalam aktiviti montaj untuk
menghasilkan satu imej baru. Tema bagi aktiviti montaj boleh dikategorikan kepada tema

landskap, alam benda, figura dan corak huruf. Warna-warna harmoni dan warna-warna kontra
turut digunakan.
Dalam penggunaan alatan dan media untuk menghasilkan karya seni, pelukis akan
mengenalpasti bahan-bahan yang sesuai supaya kerja tidak terganggu. Beberapa contoh alatan
dan bahan yang boleh digunakan dalam penghasilan aktiviti montaj ialah gunting, pisau,
pemotong kertas, pelbagai jenis gam, foto sebenar seperti gambar keluarga, alam semula jadi dan
haiwan serta ilustrasi dari majalah atau surat khabar seperti figura, landskap, flora dan fauna.
Cetakan
Cetakan adalah satu proses penerapan blok ke atas permukaan rata, diulang dan dicipta
dalam bentuk edisi dengan menggunakan dakwat. Teknik ini juga boleh terjadi melalui proses
menggambar dan mencorak yang dilakukan dengan cara memotong permukaan plat dengan
dakwat. Di Malaysia, cetakan bermula dengan mencetak kain sarung. Kaedah ini digunakan
kerana ianya mudah dan murah serta peralatan untuk mencetak senang didapati.
Untuk pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah, salah satu teknik cetakan yang
digunakan adalah teknik cetakan timbul yang mana teknik ini menggunakan bahan-bahan seperti
blok kayu dan lino. Cara dan teknik cetakan kayu lebih kurang sama dengan cetakan lino tetapi
cetakan kayu menggunakan kayu yang kesan cetakannya berira manakala cetakan lino
menggunakan lino yang kesan cetakannya licin. Permukaan kayu yang berira ini membawa
kesan yang tersendiri yang amat menarik. Oleh itu seorang pencetak dari Eropah, Edvard Munch
amat suka menggunakan teknik ini.

Contoh cetakan kayu

Contoh cetakan lino

Resis
Resis didefinisikan sebagai satu aktiviti menggambar yang dihasilkan dari warna basah
dan contengan lilin. Fungsi lilin digunakan adalah untuk menutup kawasan permukaan kertas
atau kain. Ini menyebabkan permukaan kertas yang diliputi lilin tidak akan menyerap warna dan
dalam keadaan warna asal. Di samping itu, resis juga boleh dijalankan dengan cara
menggunakan tindihan-tindihan lilin dan menyapu warna dari peringkat warna terang ke
peringkat warna gelap. Antara kepentingan mempelajari teknik resis diperingkat sekolah rendah
adalah murid dapat meneroka dengan lebih jauh lagi tentang alatan dan bahan dalam kegiatan
menggambar.
Selain itu murid juga dapat menyatakan perasaan, idea dan imaginasi diri melalui
kegiatan resis. Melalui kegiatan resis juga murid dapat meningkatkan daya kreativiti dan
imaginasi dalam semua kegiatan seni visual. Teknik resis yang pelbagai serta penggunaan
pelbagai bahan mampu menarik minat murid untukbelajar. Ini sekaligus dapat meningkatkan
minat, daya kreativiti dan imaginasi dalam kegiatan seni visual di sekolah.

Contoh-contoh teknik resis


Gosokan

Gosokan merupakan salah satu teknik daripada bidang menggambar. MenurutFajar


(2010), Ia adalah antara teknik yang paling mudah dalam pendidikan seni visual kerana
menggunakan jalinan yang terdapat di sekeliling yang berkait rapat dengan istilah jalinan.
Tahukah anda apakah itu jalinan ? Jalinan di sini merujuk kepada sekeliling yang mampu
mewujudkan kesan corak yang sanga tmenarik pada permukaan yang digosok. Dalam arti kata
yang lain, gosokan membawa maksud kesan jalinan yang terhasil pada kertas yang diperoleh dari
hasil pelbagai kertas yang diwarnakan di atas pelbagai permukaan.
Dalam kaedah ini, bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti pensil, pensil warna, dan
9

juga kertas. Kepada mereka yang ingin memperoleh hasil yang lebih menarik dan jelas dinasihati
supaya menggunakan kertas putih. Tidak salah jika mahu menggunakan kertas warna. Selain itu,
alatan lain yang diperlukan juga adalah seperti kulit siput, duit syiling, tayar kereta, dinding,
batu-bata, lapik alas meja, dan banyak lagi alatan lain yang boleh digunakan.
Ibrahim (2010) berkata terdapat pelbagai teknik gosokan yang boleh digunakan. Antara
kaedahnya ialah Gosokkan satu lapis dan satu arah sahaja, gosokan beberapa lapisan di atas
tempat yang sama secara berulang kali, Gosokkan beberapa kali dari arah dan sudut yang
berlainan, Gosokan secara pusingan, dan banyak lagi.

Stensilan

10

Bagi kaedah stensil, ia merupakan kaedah yang sangat menarik untuk pelajar-pelajar
juga. Ini adalah kerana pelbagai cara yang boleh dilakukan dan bahan yang diperlukan juga
senang untuk didapati. Dalam kaedah ini, pelajar lebih terjerumus dalam kaedah melukis,
memotong, menekap, dan mewarna. Dalam arti kata lain, ia menggunakan rupa bentuk gambar
yang dikeluarkan dari alat stensil dengan sesuatu cara supaya meninggalkan ruang kosong di atas
sesuatu permukaan.

Menurut Ibrahim (2010). Apabila bahan warna disapu di atas stensil yang diletakkan atas
kertas, bahan warna akan melalui ruang kosong atau lubang di atas stensil dan diserap oleh
kertas.

Percikan
11

Renjisan merupakan hasil corakan dan rekaan yang tidak terancang. Menurut kamus
Dewan Bahasa dan Pustaka, percikan maksud titik titik air atau warna berserak serak kesana sini
setelah air atau warna terhempas kepermukaan. Namun mengikut Buku Glossari Seni Lukisan,
percikan didefinisikan sebagai corak corak tompok dan titik pada lukisan cat.
Mengikut Suhaila (2012), teknik percikan ialah satu teknik hiasan dengan mendetik,
mengetuk atau jentik bahagian bulu berus. Teknik ketuk atau jentik bahagian bulu berus dan akan
hasilkan kesan a speckled granite (batu yang berbintik bintik). Pelbagai jenis berus boleh
digunakan untuk membuat percikan. Untuk mendapatkan kesanpercikan yang berbeza, kita
mestilah menggunakan pelbagai berus warna yang berlainan. Di sekolah, selalunya murid akan
menggunakan berus gigi yang terpakai dan berus lukisan yang keras.
Selain daripada itu, teknik corakan warna dihasilkan dengan tepukan atau jentikan
dengan menggunakan berus lukisan kepermukaan yang rata seperti dinding, kertas lukisan, kayu
dan sebagainya.

Gurisan

12

Gurisan merupakan salah satu teknik dalam bidang menggambar dalam Pendidikan Seni
Visual. Menurut Chan Geok Kheng (2012), teknik gurisan merupakan karya yang dihasilkan
dengan mengguris keluar bahan yang lembut daripada permukaan dengan menggunakan sesuatu
alat yang tajam. Jenis alat yang keras dan tajam akan member kesan gurisan yang berlainan.
Teknik yang digunakan permukaan kertas mestilah diwarnakan dengan menggunakan
warna krayon secara berlapis lapis. Kertas lukisan perlu disapukan dengan warna krayon secara
berlapisan supaya ia menjadi tebal. Kemudian alat yang keras dan tajam seperti kayu, paku atau
plastic digoreskan pada krayon yang tebal untuk mendapatkan hasil gambar.
Teknik teknik goresan:
1) Warnakan kertas lukisan dengan pelbagai warna krayon

\
2) Sapukan warna krayon yang berlainan di atas lapisan pertama krayon. Ini untuk
mendapatkan warna krayon yang tebal.

3) Gunakan bahan yang tajam untuk menggores

13

Capan
Capan ialah sejenis teknik megecap dengan menggunakan bahan alam atau semula jadi yang
mempunyai jalinan tertentu. Capan adalah berbeza berbanding dengan cetakan kerana ia tidak
memerlukan blok cetakan. Imej yang dihasilkan hanya bergantung kepada jalinan dipermukaan bahan
semula jadi atau bahan alam tersebut. Contoh bahan yang boleh digunakan adalah seperti cap jari atau
kaki, cap tangan atau tapak kaki, bendi, dahan buah betik, peria, bawang, daun bunga-bungaan dan buah
belimbing. Sayuran seperti kentang dan lobak juga boleh diguna dalam teknik capan. Ukiran juga boleh
dibuat berdasarkan kreativiti dan kemahiran individu. Objektif utama teknik ini adalah untuk memupuk
minat dan kreativiti individu dalam menghasilkan kerja seni visual dengan menggunakan bahan semula
jadi.
Mozek
Mozek didefinisikan sebagai satu reka bentuk atau gambar yang dibuat daripada serpihan kaca,
kayu, marmar atau pecahan tembikar. Mengikut sejarah lama mozek telah diperkenalkan oleh orang
Greek. Pada asalnya mereka mencipta mozek untuk tujuan menghias permukaan lantai. Orang Roman
pula menghias batu, marmar, seramik menggunakan teknik mozek pada permukaan dinding dan lantai.
Manakala orang Kristian Orthodok Byzantine pada abad ke-16 menghiasi gereja mereka dengan teknik
mozek. Kini teknik mozek luas digunakan dalam pembinaan bangunan dan aktiviti seni di sekolah. Di

14

peringkat sekolah rendah aktiviti mozek diperkenalkan dalam subjek Pendidikan Seni Visual. Ia adalah
sebahagian daripada aktiviti yang dicadangkan dalam kegiatan menggambar.

Poster
Poster ialah reka bentuk grafik yang bertujuan untuk memberi maklumat, berkomunikasi,
memberi peringatan dan promosi barangan. Antara ciri-ciri penting poster ialah, berupaya
menarik perhatian orang ramai untuk mengetahui maklumat lanjut tentang sesuatu perkara
melalui penyampaian mesej dengan cepat dan berkesan melalui huruf, muka taip dan ilustrasi
berkaitan dengan maklumat utama yang ingin disampaikan. Ia juga turut dinyatakan dalam
bentuk ringkas dan jelas. Poster boleh dipersembahkan melalui dua cara iaitu yang pertama
adalah dengan menggunakan huruf sahaja diamana ianya dijadikan subjek utama untuk
menyampaikan maksud poster. Ada yang bersifat ringkas, jelas dan mudah difahami dan ada juga
jenis yang lebih simbolik yang memerlukan orang yang melihat poster tersebut untuk
mengekpresi secara individual mesej yang ingin disampaikan.

15

Kedua ialah dengan menggunakan kedua-dua huruf dan ilustrasi didalam satu bentuk
lukisan, gambar atau foto. Poster jenis ini lebih menarik dan berkesan oleh kerana sekiranya
maklumat yang disampaikan melalui mukataip tidak dapat disampai dengan jelas mungkin atas
faktor bahasa (yang kurang difahami kerana berlainan bangsa) atau usia (yang belum mampu
boleh membaca atau terlalu tua untuk membaca) dan sebagainya. Dengan itu, penggunaan
ilustrasi adalah yang paling sesuai untuk menyampaikan mesej poster. Ilustrasi hendaklah
bersesuaian dan memenuhi sekurang-kurangnya 70% daripada saiz poster, berbanding mukataip
bagi poster jenis ini (Poster, 2011)

Langkah-langkah penghasilan poster dimulakan dengan penentuan tema dan tajuk


terlebih dahulu dengan mendapatkan maklumat berkaitan tema melalui kajian bagi mendapatkan
pemahaman yang lebih mendalam. Kemudian, buat beberapa lakaran kasar agar mempunyai
pilihan untuk memilih hasil yang terbaik bagi menentuan jenis ilustrasi dan jenis muka taip yang
berkesan dan bersesuaian. Selepas itu, proses merancang skima warna dan memilih kombinasi
warna dijalankan bagi menarik perhatian dan pada masa yang sama menentukan teknik yang
16

sesuai untuk menghasilkan poster yang berkualiti dengan menggunakan alatan dan bahan yang
sesuai berdasarkan teknik dan media yang telah ditetapkan.
Poster yang bermutu mempunyai ciri-ciri yang berikut seperti daya penarik yang
dinamik, warna yang berkesan dan mesej yang jelas bersesuaian dengan ilustrasi dan tema.
Disamping itu, ianya juga perlu mempunyai gubahan asli dan unik yang dimana dapat
mempengaruhi orang yang melihat disamping memberi mesej dan nilai-nilai murni.
Konklusi
Kanak-kanak adalah unik dan berbakat dalam seni. Guru yang berperanan sebagai
pembolehubah perlu kreatif dan mempunyai tahap sensitif yang tinggi dalam menyediakan
pengalaman seni untuk kanak-kanak. Disamping itu, guru juga perlu berupaya meletakkan diri
mereka dalam diri kanak-kanak bagi memahami keperluan kanak-kanak tersebut dalam
memperkembangkan pemahaman kanak-kanak melalui pemikiran dan pengalaman.
M. Ridhuan (2011) menyatakan, Mengikut Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual
KBSR, bidang menggambar adalah satu bidang yang menegaskan perkembangan persepsi dan
kemahiran seseorang murid. Bidang ini melihat kemampuan murid terhadap aspek serta
kegiatan mereka dalam membuat gambar dengan menggunakan pelbagai media dan teknik
disamping itu, ia menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi dalam sesuatu
karya. Bidang ini juga menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri
seseorang murid. Ia turut meliputi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat bahan
dan kegunaannya. Akhir sekali, kegiatan menggambar membolehkan murid mengenali dengan
lebih dekat lagi pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan.

17

Rujukan
1. Poster. (Feb, 2011). Diambil dari http://senivisual1.blogspot.com/2011/02/poster.html
2. Muhammad Ridhuan (2011). Teknik menggambar. Diambil dari
http://cikgumadrid.blogspot.com/2011/10/kanak-kanak-adalah-unik-dan-berbakat.html
3. Suhaila Othman (2012, Februari). Luahan Seni. Diambil dari
http://ellasitusanasini.blogspot.com/2012/02/13-percikan.html
4. Chan, G.K. (2012, November). Bidang Menggambar Teknik Gurisan. Diambil dari
http://d054506.blogspot.com/2012/11/bidang-menggambar-teknik-gurisan.html
5. Sawari, M (2009). Seni Visual. Diambil dari
http://wareyzseni.blogspot.com/2009/12/menggambar.html
6. Kanmani, M (2013). Jom Belajar Seni Visual. Diambil dari
http://jombelajarsenivisual.blogspot.com/p/blog-page_6230.html
7. Jeyah, M. A/P Yagabaram. (2012). Arts is Fun. Diambil dari http://cool-witharts.blogspot.com/p/slideshows.html
8. Tan, S. F. (2013). Art For You. Diambil dari
http://tansookfun.blogspot.com/p/montaj.html
9. Fajar, I. (2012). Kaedah Gosokan. Diambil dari http://mayahmuslimah91.blogspot.com
10. Ibrahim, M. (2010) KaedahCetakanStensil PotonganKertas. Cetakan Stensil. Diambil
dari http://senivisual1.blogspot.com/2010/02/kaedah-cetakan-stensil-potongankertas.html

18

LAMPIRAN

19

You might also like