You are on page 1of 1

Nota Poket : Pengenalan Kepada Fizik.

Fizik ialah satu cabang sains yang mengkaji fenomena fenomena alam semula jadi mengenai struktur, sifat
jirim dan tenaga serta saling tindakan antaranya.
Kajian dalam fizik amat memerlukan pengukuran.
Kuantiti yang boleh diukur dinamakan kuantiti fizik.

tiada sisihan relatif antara bacaanbacaan yang


diperolehi.
Kejituan pengukuran ialah betapa hampir
sesuatu nilai pengukuran kepada nilai sebenar.
Kepekaan ialah kebolehan sesuatu alat
pengukuran mengesan perubahan yang kecil
dalam kuantiti fizik yang diukurnya.

Kuantiti asas ialah kuantiti yang tidak boleh ditakrifkan


dalam sebutan kuantiti-kuantiti yang lain. Kuantiti asas
ialah panjang, jisim, masa, arus elektrik dan suhu
(PJMAS)

Ralat bersistem mengakibatkan semua bacaan


yang diperoleh sama ada terlalu besar atau
terlalu kecil.

Semasa mengukur kuantiti fizik, satu nilai/saiz piawai


(dipanggil unit) perlu ditetapkan.

Ralat rawak mengakibatkan satu serakan


bacaan sekitar bacaan sebenar.

Bagi
tujuan
memudahkan
komunikasi
dan
menyelaraskan aktiviti perdagangan antarabangsa satu
sistem unit dipanggil Unit Sistem Antarabangsa (S.I.).

Ralat paralaks ialah kesilapan pengukuran


yang berlaku apabila seseorang membaca tanda
skala dari kedudukan yang salah.

Terdapat 5 unit asas S.I, iaitu meter, kilogram, saat,


ampere dan kelvin.

Membuat inferens bermaksud mentafsi atau


menerangkan
faktor-faktor
yang
mengakibatkan pemerhatian. Contoh: Tempoh
ayunan bandul ringkas dipengaruhi panjang
bandul.

Kuantiti-kuantiti fizik yang sangat besar atau sangat


kecil harus ditulis dalam bentuk piawai iaitu A 10n di
mana 1 A < 10 dan n ialah integer.
Kuantiti fizik yang besar atau kecil ditulis dalam bentuk
piawai adalah lebih ringkas, kemas dan mudah dibaca.
Imbuhan ialah awalan atau faktor daraban yang
digunakan untuk mewakili nilai kuantiti fizik yang besar
atau yang kecil dalam unit SI. Contoh: femto, piko,
nano, kilo, Mega, Giga
Kuantiti terbitan ialah gabungan kuantitikuantiti asas
secara pendaraban atau pembahagian atau keduaduanya.
Pengukuran ialah proses menentukan nilai sesuatu
kuantiti fizik dengan menggunakan peralatan sains.
Kepersisan ialah kebolehan alat pengukuran mengukur
sesuanti kuantiti secara konsisten dengan sedikit atau

Hipotesis merupakan penyataan umum yang


cuba menyatakan hubung kait antara dua atau
lebih pemboleh ubah. Contoh: Semakin
panjang bandul suatu bandul ringkas semakin
besar tempoh ayunannya
Pemboleh ubah merupakan kuantiti fizik yang
perlu diambil kira untuk menjelaskan sesuatu
pemerhatian.
Contoh: tempoh ayunan bandul ringkas dan
panjang bandul
Pemboleh ubah dimanipulasi ialah kuantiti
fizik yang nilai-nilainya ditetapkan sebelum
melakukan eksperimen. Contoh: panjang
bandul

Pemboleh ubah bergerak balas ialah kauntiti fizik


yang bergantung kepada pemboleh ubah dimanipulasi
dan diperolehi melalui pengukuran dalam eksperimen
yang dijalankan. Contoh: tempoh ayunan bandul ringkas
Pemboleh ubah dimalarkan ialah kuantiti fizik yang
perlu ditetapkan dari awal hingga ke akhir eksperimen.
Contoh: jisim ladung, pecutan graviti
Senarai semak kaedah melukis graf (PSPLKP) Paksi,
Skala, Plot, Lengkung, Kecerunan, Pintasan.
Graf mewakili nilai purata bacaan-bacaan eksperimen
dan memberi gambaran visual antara kuantiti-kuantiti
eksperimen yang disiasat.
Membuat tafsiran maklumat daripada graf untuk
mencari pola data, perhubungan antara pembolehubahpembolehubah yang terlibat serta pengitlakan tentang
sesuatu prinsip atau hukum fizik.
Apabila satu garis lurus kecerunan positif dan melalui
asalan diperolehi; persamaan yang ditafsirkan ialah
y = mx. Ini menunjukkan bahawa y berkadar langsung
dengan x dan m ialah kecerunan graf.
Apabila satu garis lurus yang tidak melalui titik asalan
diperolehi, persamaan yang ditafsirkan ialah y=mx+c.
Ini menunjukkan bahawa y berhubungan linear dengan
x dan c ialah pintasan bagi graf itu pada paksi-y.
Kecerunan graf ialah perubahan y , y dibahagi dengan
perubahan x, x
Pintasan-y ialah titik di mana garis graf menyilangi
paksi-y iaitu nilai y apabila x=0

You might also like