You are on page 1of 11

SUBJEK :

PERBANKAN ANTARABANGSA ( PK 3013 )

TAJUK ARTIKEL :
PRODUK INOVATIF RANCAK EKONOMI

NAMA PENSYARAH :
PUAN NURUL KHAIR BINTI ISHAK

NAMA PELAJAR :
ESMAH NASYITAH BINTI ESMAN ( PPD 10018 )

JABATAN :
KEWANGAN DAN PERBANKAN ( SEMESTER 5 /2012 )

PRODUK INOVATIF RANCAK EKONOMI


MALAYSIA

kini

menghasilkan

hampir

semua

produk

pengguna

bagi

memenuhi pasaran tempatan. Malahan rakyat Malaysia tidak perlu begitu


bergantung kepada produk pengguna yang diimport, berjenama atau tidak
berjenama.
Sejak

bertahun

lamanya

pekilang

di

Malaysia

berusaha

kuat

untuk

memenuhi permintaan pasaran dalam negara dengan meningkatkan kualiti


produk di samping menawarkannya dengan harga yang kompetitif. Apabila
membeli

barang

menyelamatkan

buatan
kadar

Malaysia
pertukaran

ia

secara

wang

tidak

asing

langsung

selain

boleh

membantu

meningkatkan aktiviti perkilangan dalam negara. Dalam ruang lingkup yang


lebih luas kita dapati bahawa dengan membeli barang buatan Malaysia boleh
membantu meningkatkan lebih banyak peluang pekerjaan di samping
menggalakkan penggunaan sumber asli yang banyak terdapat dalam negeri.
Oleh itu, dengan mengetengahkan produk buatan tempatan dan inovasi
pekilang, Ekspo Beli Barangan Malaysia kembali lagi kali ini dengan tema
Inovasi Buatan Malaysia 1Malaysia Bertaraf Dunia.
Ekspo kali keempat ini, yang berlangsung mulai 6-10 Jun ini di Pusat
Dagangan Dunia Putra (PWTC), dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Ekspo ini juga
diadakan

dengan

Perdagangan

kerjasama

Antarabangsa

Kementerian
dan

Industri

Luar

Negeri,

(Miti)

dan

Kementerian
Perbadanan

Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).


Pengarah Pembangunan Perniagaan KPDNKK, Che Halim Abd Rahman
berkata: Ekspo ini adalah inisiatif KPDNKK di bawah Kempen Beli Barangan
Malaysia yang memang diadakan untuk merancakkan lagi ekonomi negara
selain meningkatkan perbelanjaan domestik di kalangan masyarakat.
Produk inovasi Menurut Che Halim, Ekspo Beli Barangan Malaysia 2012 kali

ini juga memilih tema atau konsep ekspo perdagangan yang berlainan
berbanding

tahun-tahun

sebelumnya

iaitu

mengetengahkan

berinovasi tinggi daripada pelbagai sektor sedia

produk

ada dalam negara

antaranya automotif, teknologi hijau, aplikasi, hiburan hingga kepada


makanan dan minuman. Kementerian percaya antara ciri produk yang
berkualiti tinggi ialah mempunyai sifat inovasi dalam penciptaannya.
Justeru saya percaya produk seumpama berupaya menjadi satu jenama yang
baik, dikenali serta mempunyai kualiti sama taraf atau lebih baik daripada
produk luar negara. Produk berinovasi ini juga mampu menarik minat
pembeli dari luar negara dan seterusnya meningkatkan lagi nilai jualan pada
tahun ini, katanya dan menambah bahawa ekspo tahun ini menyaksikan
penyertaan kira-kira 370 peserta dari pelbagai sektor. Nilai jualan Che Halim
berkata, melihat kepada statistik nilai jualan yang dicatatkan setiap tahun
sejak ekspo ini diadakan pada 2009, menunjukkan dengan jelas akan
peningkatan nilai dan ini adalah satu daripada aktiviti nilai tambah yang
dapat merangsang pertumbuhan ekonomi negara. Pada 2011 saja, nilai
jualan RM50 juta berjaya diraih menerusi enam siri ekspo perdagangan yang
dijalankan di seluruh negara. Jumlah ini meningkat mendadak daripada RM26
juta yang dicatatkan pada tahun sebelumnya (2010) dengan bilangan siri
ekspo yang sama. Melihat kepada perbezaan fokus atau strategi, ia juga
menyumbang kepada peningkatan jumlah nilai jualan. Misalnya pada
peringkat awal (2009) pelaksanaan kempen ini, kementerian hanya memberi
fokus kepada kempen jualan dengan cara mengadakan ekspo di seluruh
Malaysia. Tetapi untuk tahun 2010 dan 2011, ekspo perdagangan dan jualan
juga disokong oleh kempen kesedaran yang dilakukan secara giat menerusi
media massa, walaupun hanya enam siri ekspo diadakan di seluruh Malaysia.
Oleh itu, untuk tahun ini, kami merangka program yang serupa bermula
dengan Ekspo Beli Barangan Malaysia di PWTC minggu ini, jelasnya.
Kesedaran sivik Apabila diajukan pertanyaan, sejauh manakah kesedaran
masyarakat Malaysia hari ini mengenai kepentingan dan tabiat berbelanja

mengutamakan produk tempatan dalam pembelian, Che Halim berkata:


Rata-rata rakyat Malaysia hari ini mulai beralih kepada produk buatan
Malaysia namun banyak lagi perlu dilakukan untuk menyakinkan mereka.
Pada hemah saya, rakyat seharusnya lebih peka dan melihat kembali
sejarah ekonomi yang pernah melalui episod kegawatan sekitar 2007, pada
waktu itu kebergantungan ekonomi negara lebih kepada produk tempatan
untuk membantu memulihkan pasaran defisit Malaysia. Dan pada tahun ini,
konsep ekspo yang bertemakan Inovasi Buatan Malaysia 1Malaysia Bertaraf
Dunia adalah sangat diharapkan dapat melahirkan ramai pengguna yang
bersemangat patriotik, dan seterusnya mengutamakan barangan buatan
Malaysia dalam kehidupan seharian mereka.

Tarikan ekspo Selain produk dan perkhidmatan yang ditawarkan pada harga
berpatutan

pada

sepanjang

menjadikan

ekspo

ini

sebagai

ekspo

berlangsung,

medan

untuk

pengunjung

memulakan

boleh

perniagaan

sekiranya mempunyai minat untuk terbabit dalam sektor perniagaan


francais, tidak kira sama ada perusahaan makanan dan minuman atau
produk bukan makanan. Che Halim menjelaskan bahawa pelbagai pakej
perniagaan francais turut menawarkan peluang untuk sesiapa yang berminat
menjadi francaisi atau stokis.
Khidmat nasihat dalam perniagaan francais turut ditawarkan sepanjang
ekspo itu berlangsung. Paling menarik, ekspo ini turut memberi peluang
perniagaan kepada pengusaha, peniaga atau individu berkenaan untuk
mendapatkan jualan menerusi suaian perniagaan tempatan dan buying
mission dari luar negara. Ini adalah suatu peluang yang patut direbut oleh
syarikat Malaysia yang berminat, katanya. Pengisian atau aktiviti lain yang
dirangka oleh kementerian antaranya taklimat oleh agensi kerajaan,
persembahan artis dan hiburan, pengisian dan pertunjukan pentas, aktiviti
kanak-kanak dan demonstrasi masakan.

Kementerian berharap untuk

melihat

nilai jualan yang lebih

tinggi

dicatatkan tahun ini. Bukan itu saja, ingatlah bahawa menyokong industri
tempatan bermakna kita dapat menyumbang ke arah memantapkan
ekonomi negara. Sokongan rakyat terhadap barangan tempatan juga sangat
penting dalam menentukan jatuh bangun industri dan pasaran produk
tempatan. Paling penting, perubahan dalam cita rasa, kuasa membeli dan
keinginan memenuhi keperluan yang tiada dalam negara adalah sesuatu
yang boleh anda lakukan bermula hari ini, jelas Che Halim mengakhiri
perbualan.
Selain Ekspo Beli Barangan Malaysia 2012 ini, kalendar KPDNKK bakal
dimeriahkan lagi dengan siri jelajah produk tempatan di zon terpilih seluruh
negara, antaranya di Terengganu, Sabah, Pulau Pinang, Sarawak, Johor dan
Perak.
Sumber artikel diperoleh daripada : myMetro > Setempat
Artikel dikarang oleh: BERNAMA
Artikel ini disiarkan pada : 09/06/2012

RUMUSAN ARTIKEL
Di Malaysia hampir semua produk pengguna telah dihasilkan bagi memenuhi
pasaran tempatan dan tidak perlu begitu bergantung kepada produk
pengguna yang diimport, berjenama atau tidak berjenama. Apabila membeli
barang buatan Malaysia ia secara tidak langsung boleh menyelamatkan
kadar

pertukaran

wang

asing

dan

membantu

meningkatkan

aktiviti

perkilangan dalam negara. Selain itu dapat membantu meningkatkan lebih


banyak peluang pekerjaan di samping menggalakkan penggunaan sumber
asli yang banyak terdapat dalam negeri.

Ekspo Beli Barangan Malaysia 2012 kembali lagi dengan tema Inovasi
Buatan Malaysia 1Malaysia Bertaraf Dunia.

Ekspo kali keempat ini telah

berlangsung pada 6 hingga 10 Jun di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)


yang dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan
Kepenggunaan (KPDNKK) dengan kerjasama Kementerian Luar Negeri,
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Perbadanan
Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).
Pengarah Pembangunan Perniagaan KPDNKK, Che Halim Abd Rahman
berkata bahawa Ekspo ini adalah inisiatif KPDNKK di bawah Kempen Beli
Barangan Malaysia yang memang diadakan bagi merancakkan lagi ekonomi
negara selain meningkatkan perbelanjaan domestik di kalangan masyarakat.
Disamping itu, Produk inovasi untuk Ekspo Beli Barangan Malaysia 2012 kali
ini juga memilih tema atau konsep ekspo perdagangan yang berlainan
berbanding

tahun-tahun

sebelumnya

iaitu

mengetengahkan

berinovasi tinggi daripada pelbagai sektor sedia

produk

ada dalam negara

antaranya automotif, teknologi hijau, aplikasi, hiburan hingga kepada


makanan dan minuman. Kementerian juga percaya antara ciri produk yang
berkualiti tinggi ialah mempunyai sifat inovasi dalam penciptaannya.
Beliau percaya produk berinovasi ini juga mampu menarik minat pembeli
dari luar negara dan seterusnya meningkatkan lagi nilai jualan pada tahun
ini. Statistik nilai jualan yang dicatatkan setiap tahun sejak ekspo ini
diadakan pada 2009, menunjukkan dengan jelas akan peningkatan nilai dan
ini adalah satu daripada aktiviti nilai tambah yang dapat merangsang
pertumbuhan ekonomi negara.

Apabila diajukan pertanyaan mengenai kesedaran sivik, sejauh manakah


kesedaran masyarakat Malaysia hari ini mengenai kepentingan dan tabiat
berbelanja mengutamakan produk tempatan dalam pembelian, Che Halim
menjelaskan bahawa rata-rata rakyat Malaysia hari ini mulai beralih kepada

produk

buatan

Malaysia

namun

banyak

lagi

perlu

dilakukan

untuk

menyakinkan mereka dan menurut hemah beliau rakyat seharusnya lebih


peka dan melihat kembali sejarah ekonomi yang pernah melalui episod
kegawatan sekitar 2007, pada waktu itu kebergantungan ekonomi negara
lebih kepada produk tempatan untuk membantu memulihkan pasaran defisit
Malaysia. Selain itu mengharapkan konsep ekspo yang bertemakan Inovasi
Buatan

Malaysia

1Malaysia

Bertaraf

Dunia

dapat

melahirkan

ramai

pengguna yang bersemangat patriotik, dan seterusnya mengutamakan


barangan buatan Malaysia dalam kehidupan seharian mereka.
Tarikan ekspo pada kali ini bukan hanya produk dan perkhidmatan yang
ditawarkan pada harga berpatutan pada sepanjang ekspo berlangsung,
pengunjung boleh menjadikan ekspo ini sebagai medan untuk memulakan
perniagaan sekiranya mempunyai minat untuk terbabit dalam sektor
perniagaan francais, tidak kira sama ada perusahaan makanan dan minuman
atau produk bukan makanan. Che Halim menjelaskan bahawa pelbagai pakej
perniagaan francais turut menawarkan peluang untuk sesiapa yang berminat
menjadi francaisi atau stokis.
Khidmat nasihat dalam perniagaan francais turut ditawarkan sepanjang
ekspo itu berlangsung dan paling menarik, ekspo ini turut memberi peluang
perniagaan kepada pengusaha, peniaga atau individu berkenaan untuk
mendapatkan jualan menerusi suaian perniagaan tempatan dan buying
mission dari luar negara. Pengisian atau aktiviti lain yang dilakukan oleh
kementerian antaranya taklimat oleh agensi kerajaan, persembahan artis
dan hiburan, pengisian dan pertunjukan pentas,
Sokongan rakyat terhadap barangan tempatan juga sangat penting dalam
menentukan jatuh bangun industri dan pasaran produk tempatan. Selain
Ekspo Beli Barangan Malaysia 2012 ini, kalendar KPDNKK bakal dimeriahkan
lagi dengan siri jelajah produk tempatan di zon terpilih seluruh negara,
antaranya di Terengganu, Sabah, Pulau Pinang, Sarawak, Johor dan Perak.

BAB 2 : PENGURUSAN PERBANKAN ANTARABANGSA


Perbankan

antarabangsa

adalah

merupakan

aktiviti

perbankan

yang

melibatkan operasi yang menyeberangi sempadan negara.


Perbankan antarabangsa meliputi tiga aktiviti iaitu :
i.

Transaksi pertukaran asing seperti untuk pelancongan, perdagangan

ii.

dan aliran modal antarabangsa.


Pembiayaan perdagangan jangka pendek seperti surat kredit dan

iii.

penerimaan jurubank.
Perkhidmatan perdagangan antarabangsa termasuk pindahan dana
dan pungutan.

Terdapatnya akses kepada pasaran Eurodollar atau matawang Eropah dan


Eurocurrency untuk mendapatkan dana bagi pinjaman (dibawah praktis
pengurusan liabiliti). Bagi pinjaman jangka sederhana bagi syarikat MNC
(Multi National Company), syarikat tempatan di negara asing, LDC (Less
Developed Countries) dan agensi kerajaan luar negara.
KENAPA BANK TERLIBAT DALAM PERBANKAN ANTARABANGSA

Perkembangan dan peningkatan dalam perdagangan antarabangsa

dan pelancongan.
Peningkatan operasi multinasional oleh pelanggan domestik.
Keinginan untuk mempelbagaikan risiko portfolio melalui pemilikan

aset asing.
Sistem komunikasi

yang

canggih

menghubungkan

institusi kewangan antarabangsa.


ORGANISASI JABATAN PERBANKAN ANTARABANGSA

Representative Office (Pejabat Perwakilan)


Agency Office (Pejabat Agensi)

pasaran

dan

Branches Offices (Pejabat Cawangan)


Subsidiaries
International Banking Facilities (IBF)
Joint Ventures
Edge Act Corporations
Agreement Corporation
Shell Branches
Export Trading Companies (ETC)
FUNGSI DAN PERANAN JABATAN PERBANKAN ANTARABANGSA
1) Menyediakan matawang asing bagi kemudahan transaksi pelanggan.
Membayar bagi barangan atau bahan mentah yang diimport
Membeli sekuriti asing
Menyelesai proses penggabungan dan pemilikan
Menerima bayaran bagi produk atau sekuriti yang dijual
2) Mengawasi pendedahan kepada risiko matawang asing
Risiko yang disebabkan oleh ketidakstabilan harga matawang
(kadar pertukaran)
Dihadapi oleh pelanggan dan juga bank antarabangsa
Wujud apabila bank :
Menyediakan pinjaman kepada pelanggan
Menyediakan IOU untuk mendapatkan dana
Membeli sekuriti terbitan asing
Perdagangan dalam matawang asing
3) Membekalkan pelanggan dengan kredit jangka pendek dan jangka
panjang atau jaminan kredit
Pinjaman diberikan kepada syarikat multinasional dan agens
kerajaan dalam dan luar negara.
Tujuannya adalah untuk membayar pembelian bahan mentah,
membayar gaji pekerja, membina kemudahan dan lain-lain projek
yang berkaitan.
Note Issuance Facility (NIF) merupakan perjanjian kredit jangka
sederhana di antara bank antarabangsa dan pelanggan mereka
(korporat atau kerajaan)
4) Menyediakan instrument pembayaran dan deposit bagi pelanggan
antarabangsa
Pembayaran bagi sight draft atau time draft (arahan kepada bank
untuk membayar)
Simpanan jangka pendek dan jangka panjang contohnya sijil deposit

Time Draf : Draf adalah sebuah dokumen bertulis yang disediakan oleh
pengeksport dan pembeli asing bersetuju untuk membayar sejumlah wang
yang diberikan wang, untuk nilai yang diterima dengan serta-merta atau
pada tarikh masa depan yang telah ditetapkan
Sight Draft : Draf dibayar serta merta apabila barangan telah sampai
5) Menguruskan penerbitan bon dan nota janji dalam pasaran Eurobond
6) Melindungi pelanggan dari risiko kadar faedah
7) Membantu pelanggan memasarkan produk mereka melalui syarikatsyarikat eksport

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN OLEH BANK

Memberi maklumat perdagangan dan menjawab kemusyikan berkaitan


dengan operasi perbankan.
Memproses dokumen
Menerima pembayaran dan menguruskannya
Menyediakan pembiayaan
Memberi khidmat nasihat berkaitan jenis risiko yang terlibat
Menyediakan mata wang asing

PERBANKAN KORESPONDEN

Correspondent Banking
hubungan yang dimeterai antara bank kecil dan sebuah bank
besar yang menyediakan beberapa jenis deposit, pinjaman, dan
perkhidmatan lain
Correspondent Account
akaun (sering dipanggil nostro atau akaun vostro) yang
ditubuhkan oleh institusi perbankan domestik untuk menerima
deposit dari, membuat pembayaran bagi pihak, atau
mengendalikan urus niaga kewangan lain bagi sebuah institusi
kewangan asing. Ini membolehkan bank-bank asing untuk
menjalankan perniagaan dan menyediakan perkhidmatan
kepada pelanggan mereka tanpa perbelanjaan kehadiran fizikal.
AKAUN NOSTRO DAN AKAUN VOSTRO

Nostro Account

Satu akaun bank malaysia didaftarkan di sebuah bank asing


yang dikekalkan matawang negara asing tersebut.

Vostro Account
Satu akaun bank asing didaftarkan di bank malaysia yang
dikekalkan dalam matawang Malaysia iaitu Ringgit.
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN OLEH BANK KORESPONDEN

Urusniaga pertukaran asing (FOREX)


Surat jaminan kredit dan penerimaan jurubank
Maklumat kredit
Maklumat tentang perkembangan di negara-negara asing
Urusniaga matawang Euro
Penyertaan pinjaman

You might also like