You are on page 1of 19

StresdalamKalanganGuruSekolah

Pendahuluan
Di zaman yang serba mencabar ini, pelbagai tekanan yang dihadapi oleh setiap
manusia dan tidak terkecuali profesion keguruan. Tekanan ini wujud sama ada dalam
bentuk fizikal, sosial atau psikologikal. Kesan tekanan ke atas individu bergantung
kepada ciri-ciri atau sikap bagaimana seseorang individu itu menanganinya.

Falsafah Pendidikan semakin hari semakin bermutu dengan perangkuman pelbagai


kriteria dan tuntutan yang perlu diterapkan dalam objektif pendidikan. Perubahan
semasa di kalangan arus modenisasi dan globalisasi menjadikan keperluan bidang
pendidikan perlu dipertingkat dan dipertambahkan cakupannya kepada pengkayaan
multi-bidang. Berdasarkan permintaan yang tinggi tersebut, kita terpaksa membayar
harganya yang wujud dalam bentuk bebanan terhadap pelaksanaan dan menghadapi
permasalahan sampingannya. Arus pendidikan hari ini semakin mendesak para
profesional pendidikan untuk bekerja keras dan lebih masa demi mencapai permintaan
tinggi pendidikan tersebut.

Di samping usaha peningkatan dan pelaksanaan, guru-guru semakin mula tertekan atau
sekurang-kurangnya pernah merasa tertekan dengan permintaan tinggi bebanan kerjaya
pendidikan ini. Hasilnya, secara tidak sedar para guru mengalami tekanan yang
dianggap sebagai suatu keuzuran berpotensi mengganggu kelancaran operasi
pendidikan. Justeru, simptom ketegangan atau tekanan di kalangan guru ini adalah
suatu fitrah semulajadi kemanusiaan yang perlu ditangani dengan bijak dan bertimbang
rasa. Adalah suatu tindakan yang rasional untuk memikir dan melaksanakan resolusi
penyelesaian bagi masalah-masalah guru di samping melaksanakan pelbagai pelan
peningkatan terhadap pendidikan.

Kini profesion perguruan mengalami perubahan yang pesat dalam sistem pendidikan.
Pelbagai dasar dan sistem pendidikan digubal atau diubahsuai sejajar dengan ledakan
pengetahuan dan perkembangan dalam bidang sains dan teknologi. Ini menyebabkan
bidang tugas seorang guru semakin bertambah dan membebankan. Ini kerana guru
merupakan amanah yang diberi tanggungjawab untuk menyampaikan ilmu kepada
anak didiknya. Sama ada rela atau tidak, mereka dituntut untuk menyesuaikan diri
dengan sebarang bentuk perubahan serta pembaharuan dalam bidang pendidikan yang
berlaku dari semasa ke semasa. Situasi ini secara umumnya mengakibatkan guru-guru
terpaksa berhadapan dengan pelbagai tanggungjawab yang lebih mencabar dan
semakin kompleks.

Pendapat ini disokong oleh Faridah Karim dan Zubaidah Aman (1998) yang mengatakan
selain daripada

mengajar dan berdepan dengan

pelbagai karenah

pelajarnya,

seseorang guru juga dituntut untuk melaksanakan pelbagai tugasan lain yang menjadi
rutin pekerjaan mereka seperti mengutip yuran, mengemaskini kedatangan pelajar,
menyediakan soalan ujian dan peperiksaan dan lain-lain lagi.

Adakalanya, tugas guru bukan sekadar pengurus di sekolah sahaja, malah mereka juga
menjalankan tugas di peringkat daerah dan negeri. Jelaslah kepada kita bahawa guru
mempunyai tugas harian, mingguan dan tahunan yang penuh mencabar dan profesion
perguruan ini sebenarnya sukar, meletihkan dan membosankan (Faridah Karim dan
Zubaidah Aman, 1998).

Peranan guru sebagai pendidik disanjung tinggi oleh masyarakat dan mereka
meletakkan harapan yang tinggi agar dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik

dalam mendidik anak bangsa. Dalam usaha ini, mereka terdedah kepada pelbagai
cabaran, risiko dan kerumitan. Oleh itu stres yang dialami oleh guru merupakan satu
isu yang patut diberi perhatian yang wajar kerana pengelakan (burnout) mereka dalam
memberi sumbangan kepada proses pendidikan akan meninggalkan kesan negatif
terhadap pembangunan akademik dan kesejahteraan diri generasi muda secara
amnya. (Tang dan Yeung, 1999)

Pernyataan Masalah
Guru merupakan anggota utama dalam sekolah. Ini adalah kerana guru memainkan
peranan yang paling penting untuk mendidik murid-murid di sekolah menuju ke arah
pembentukan warganegara yang berilmu dan berakhlak mulia. Secara ringkasnya guru
memainkan peranan penting dalam merealisasikan strategi Kementerian Pendidikan
Malaysia demi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan seterusnya
membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia.

Walau bagaimanapun tugas dan tanggungjawab guru tidak dapat dilaksanakan dengan
sempurna sekiranya para guru menghadapi tekanan kerja. Menurut Kyriacou (1987),
jumlah kajian yang semakin meningkat tentang tekanan guru di seluruh dunia
menunjukkan keseriusan masalah ini. Gold dan Roth (1993) berpendapat salah satu
punca yang menyebabkan guru mengalami tekanan adalah disebabkan oleh perubahan
dalam sesuatu dasar. Pada tahun 2003, guru dikejutkan dengan dasar kerajaan
Malaysia yang telah memperkenalkan pengajaran dalam Bahasa Inggeris untuk mata
pelajaran Sains dan Matematik (PPSMI). Ini memberi impak yang besar kepada guru
pada masa itu kerana mereka perlu bersedia dari segi mental dan emosi untuk mengajar
dalam Bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun dasar tersebut akan digantikan dengan

dasar baru yang dikenali sebagai dasar memartabatkan Bahasa Melayu

dan

memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Fenomena ini menyebabkan guru mengalami tekanan kerana terpaksa mengubah corak
pengajaran mereka daripada Bahasa Inggeris kepada Bahasa Malaysia. Mereka juga
dituntut untuk mempersiapkan diri bagi melaksanakan dasar ini mulai tahun depan.
Keadaan ini akan mengundang stres apatah lagi mereka belum bersedia untuk
menghadapi perubahan yang drastik ini.

Memandangkan isu stres kerja boleh mengancam tahap profesionalisme guru-guru,


maka pengkaji ingin mengambil kesempatan ini dengan membuat kajian yang lebih
lanjut mengenai masalah ini dan juga faktor-faktor penyebab yang boleh mengganggu
proses pengajaran dan pembelajaran guru.

Sesetengah guru yang tertekan dengan arahan yang diberikan akan melepaskan
tekanan kepada pihak yang lain, umpamanya pelajar. Sementara dalam diri guru
tersebut, dia kehilangan dirinya, sukar menghadapi kenyataan, bimbang yang
berlebihan dan bertindak luar kawalan tanpa disedari. Sebagai seorang pendidik yang
berdedikasi, akauntabiliti guru yang merangkumi bidang pekerjaan, sekolah, tingkah
laku kendiri, murid dan profesion telah memberi tekanan yang berat kepada guru.

Definisi
Tekanan merupakan satu pengalaman yang lumrah dalam kehidupan manusia. Setiap
manusia tidak dapat lari daripada tekanan tang boleh berpunca daripada peristiwaperistiwa dalam kehidupan baik dalam bentuk fizikal, sosial dan psikologikal. Kesan

tekanan ke atas seseorang individu banyak bergantung kepada ciri-ciri dan sikap
individu itu bagaimana untuk mengatasinya.

Smither (1994) menakrifkan tekanan sebagai respon fisilogikal dan psikologikal ke atas
permintaan terhadap seseorang. Schafer (1992) mendefinisikan tekanan sebagai
kebangkitan minda dan badan seseorang dalam bertindakbals kepada permintaan
terhadap dirinya. Fontana (1989) pula memberi definisi tekanan sebagai permintaan
yang dibuat ke atas keupayaan penyesuaian minda dan badan seterusnya menjelaskan
sekiranya keupayaan seseorang itu dapat menangai permintaan itu, makan tekanan itu
akan mendatangkan kesan yang positif.

Stres diambil daripada perkataan Greek iaitu Stringere yang bermaksud ketat atau
tegang (Cox, 2000). Selye, seorang ahli perubatan merupakan perintis dalam
menjalankan kajian tentang stres ini. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO),
stres merupakan satu penyakit yang sering dikaitkan dengan kesihatan mental dan
kerap menyerang masyarakat pada hari ini (Azizi, Jamaludin dan Mazeni, 2010). Kajian
yang dilakukan oleh Institute Of Stress di New York, mendapati pada tahun 2002
terdapat 90% daripada lelaki dewasa mengalami stres yang kuat sekurang-kurangnya
dua kali seminggu, manakala 25% lagi mengalami stres setiap hari.

Stres boleh didefinisikan sebagai satu keadaan emosi yang kompleks dan satu reaksi
fisiologi dan psikologi yang berlaku pada seseorang apabila ia bertindak balas kepada
faktor-faktor luaran

di persekitaran seperti keadaan tempat kerja, sikap rakan,

hubungan dengan subordinat dan tekanan kerja.

Menurut

Cox dan Brockley (1984), stress merupakan satu persepsi yang wujud

dari satu perbandingan di antara arahan yang diberikan oleh seseorang dengan
kebolehan untuk melakukan arahan tersebut dengan jayanya. Schafer (1992) pula
mentafsirkan stres sebagai kebangkitan minda dan badan seseorang dalam
bertindakbalas kepada permintaan terhadap dirinya. Sekiranya seseorang itu dapat
menyesuaikan mindanya dengan menangani permintaan itu, maka tekanan tersebut
akan mendatangkan kesan yang positif.

Manakala stres dalam kalangan guru didefinisikan sebagai perasaan tidak selesa, emosi
negatif, tekanan serta kekecewaan yang berpunca daripada aspek kerja mereka.
(Kyriacau & Sutcliffe, 1978). Guru yang tidak dapat mengawal emosi mereka terhadap
perubahan budaya pendididikan akan mengalami stres. Kebanyakkan guru pada masa
kini terpaksa melakukan kerja-kerja perkeranian, menyedia alat bantu mengajar,
menghadiri kursus sepanjang minggu dan terpaksa melakukan penyesuaian terhadap
tugasan dan ini sedikit sebanyak telah menganggu emosi dan minda mereka. Stres
kerja pada tahap yang tinggi akan membawa kepada rasa ketidakpuasan kerja, sering
mengelakkan diri dan mengabaikan kerja.

Kyricaou (1987) kemudiannya mentakrifkan tekanan guru sebagai pengalaman yang


dialami oleh guru berhubung dengan emosi yang tidak menyenangkan seperti
ketegangan, kekecewaan, kebimbangan, kemarahan dan dukacita yang disebabkan
oleh aspek-aspek pekerjaan sebagai seorang guru.

Tekanan guru juga boleh didefinisikan sebagai kesan tindak balas negatif seperti
kemarahan dan tekanan oleh seseorang guru. Ia kebiasaannya merangsang potensi
perubahan fisiologi seseorang guru seperti peningkatan kadar degupan jantung dan

perembesan hormon tertentu ke dalam salur darah. Seterusnya ia memberi kesan


terhadap aspek tugas perguruan yang merangkumi kesungguhan menjalankan tugas,
keyakinan diri dan kerasionalan tindakan.

Dunham (1976) melaporkan hasil kajiannya mengenai tekanan guru berdasarkan


analisis data yang mengandungi 658 orang guru di sekolah rendah dan sekolah
menengah di United Kingdom. Para responden, iaitu guru diminta untuk menerangkan
situasi tekanan yang dihadapi dan bagaimana mereka mengatasi masalah tersebut.

Daripada kajian tersebut, kesimpulan yang boleh dibuat ialah lebih banyak guru yang
mengalami tekanan guru, hanya angka sedikit sahaja dalam kalangan guru yang tidak
mengalami tekanan guru. Tekanan dihadapi terutamanya dalam organisasi, konflik yang
dialami dalam pembahagian tugas, dan keadaan tempat kerja. Untuk itu, antara
tindakan guru yang menghadapi tekanan guru yang berlebihan telah memillih langkah
untuk meletakkan jawatan dalam sesuatu organisasi; guru memilih untuk mengajar
pelajar yang kurang kemampuan belajar atau kelas yang kurang cerdik. Komunikasi
dalam kalangan guru semakin kurang berkesan dan guru memilih untuk mendiamkan
diri. Guru yang memiliki karakter atau personaliti yang baik berubah sama sekali kepada
seseorang yang langsung tidak dikenali dan kepuasan kerja yang rendah.

Terdapat laporan yang menyatakan bahawa tekanan guru telah dikaitkan dengan
penyakit sakit mental. (Fletcher dan Payne, 1982). Menurut Blases (1982) berdasarkan
jurnal yang ditulis oleh Kyriacou (1987), sebilangan besar guru menunjukkan tahap
penglibatan kerja yang rendah akibat tekanan yang berlebihan. Tenaga tidak digunakan
untuk meneruskan kerja berkaitan dengan pengajaran, sebaliknya melepaskan tenaga
secara tindakan fizikal atau melepaskan geram terhadap pelajarnya. Sesetengah guru

yang tidak melepaskan geram pula memilih jalan dengan tidak hadir ke sekolah akibat
tekanan guru yang berlebihan. Tekanan dalam kalangan guru menyebabkan potensi
berlakunya masalah salah guna kuasa guru terhadap murid-murid. Terutamanya yang
berlaku dalam aspek hukuman yang boleh mengakibatkan penderaan.

Konsep tekanan telah digunakan secara meluas untuk menerangkan peningkatan


motivasi pekerjaan dan penurunan kepuasan kerja. Tekanan boleh memberikan kesan
sama ada positif atau negatif. Fisher (1994), percaya bahawa mereka yang mengalami
masalah tekanan pekerjaan adalah kurang efisyen. Mengalami sikap kemurungan,
kerisauan atau kegelisahan, kemarahan dan fobia merupakan tanda-tanda tertekan
yang mungkin berpunca daripada persekitaran luar atau faktor-faktor kognitif individu.

Kepentingan Kajian
Kajian ini amat berguna kepada guru dan pentadbir sama ada di peringkat sekolah,
daerah, zon mahupun di peringkat Jabatan pelajaran. Bagi guru, ia diharap dapat
menjadi panduan untuk mengatasi masalah ketegangan ini agar dapat menjalani
suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih selesa dan harmoni.

Bagi pihak pentadbir di peringkat sekolah, daerah dan zon, hasil kajian ini diharap dapat
dijadikan panduan untuk membuat perancangan yang lebih khusus dalam perancangan
aktiviti-aktiviti staf di sekolah.

Manakala bagi pihak Jabatan Pelajaran, kajian ini diharap dapat memberi maklumat
bagi merangka program yang lebih jitu dan tersusun kepada guru dalam menangani
masalah stres supaya mereka dapat bekerja dalam keadaan yang lebih tenang dan
selesa.

Batasan Kajian
Oleh kerana pengkaji mempunyai masalah dari segi kekangan masa, maka kajian hanya
dapat dijalankan di dua buah negeri sahaja iaitu Perak dan Selangor. Responden yang
terpilih adalah seramai 10 orang guru yang terdiri daripada guru siswazah dan bukan
siswazah. Tumpuan utama kajian adalah untuk melihat tahap stres yang dialami oleh
guru-guru tersebut dalam urusan seharian mereka.

Metodologi
Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk deskriptif. Menurut Azizi et al. (2007),
penyelidikan deskriptif merupakan penyelidikan yang bermatlamat untuk menerangkan
sesuatu fenomena yang sedang berlaku. Jenis penyelidikan ini adalah jenis tinjauan.
Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat tahap stres dalam kalangan guru-guru di dua
negeri iaitu Perak dan Selangor. Data yang diperoleh dengan menggunakan soal selidik
telah diedarkan kepada responden yang terpilih untuk mewakili populasi, iaitu guru-guru
di dua buah negeri iaitu Perak dan Selangor.

Responden kajian ini terdiri daripada 10 orang guru dari Sekolah Menengah Doktor
Megat Khas (Sekolah Gred A) dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Rawang
(Sekolah Gred A). Sekolah-sekolah tersebut terletak di Kinta Utara, Perak dan Selangor.
Pemilihan sampel ini dibuat secara sampel rawak.

Instrumen penyelidikan
Dalam kajian berkaitan dengan ketegangan guru sama ada di sekolah menengah
ataupun sekolah rendah, kami menggunakan kaedah soal selidik yang lebih kepada
jawapan yang memerlukan Ya atau Tidak. Kaedah soal selidik ini mengandungi satu

set soalan sebanyak 13 item. Kaedah ini membolehkan kumpulan kami untuk
mengumpulkan maklumat bagi tujuan analisis yang dapat menjawab persoalan kajian.

Biasanya, bidang pendidikan menggunakan kaedah soal selidik. Kumpulan kami


memilih kaedah ini disebabkan soal selidik ini dapat dibina pada kos yang rendah dan
masa yang diperlukan adalah singkat bagi menjawabnya. Tambahan pula, kami dapat
memperolehi data-data atau maklumat dari jumlah responden yang lebih ramai dan
cepat. Justeru, kaedah soal selidik ini dilakukan di dua buah sekolah iaitu Sekolah
Menengah Kebangsaan Doktor Megat Khas, Ipoh dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil,
Rawang. Disebabkan kekangan masa, sampel kajian kami hanya melingkungi seramai
10 responden daripada sekolah-sekolah tersebut. Di dalam kajian ini, kami hanya
membuat analisa data bertumpukan peratusan.

Prosedur Kajian
Soalan soal selidik yang diberikan kepada responden akan disertai dengan arahan yang
jelas pada bahagian soalan tersebut. Semua responden akan menjawab soalan soal
selidik dengan bantuan penyelidik di dalam keadaan yang selesa dan tidak tertekan.
Soal selidik akan dikutip sebaik sahaja responden selesai menjawab soalan.

Analisa Data
Kajian ini menggunakan Self Report Teacher Stress oleh Dunham (1992) pula
digunakan untuk mengenal pasti kedudukan faktor-faktor utama seperti teguran pihak
pentadbir, beban tugas, kekangan masa dan sumber, dan hubungan interpersonal yang
mempengaruhi tekanan kerja guru. Responden diminta menandakan darjah persetujuan
terhadap faktor yang menyebabkan tekanan kerja berdasarkan kaedah soal selidik yang
berpandukan `Ya' atau `Tidak.

Jadual 1 : Tahap Tekanan Guru


Tahap Tekanan
Tahap Tekanan Tinggi
Tahap Tekanan Sederhana
Tahap Tekanan Rendah

Bilangan Guru
3
5
2

Peratus Tekanan
30%
50%
20%

Jadual 2 : Tahap Ketegangan guru Berdasarkan persoalan.


Persoalan
Hilang mood bekerja apabila ditegur oleh

Tahap Ketegangan Guru


40%

pengetua
Suka pergi ke sekolah &

60%

Suka bekerja di sekolah


Rela buat kerja tambahan apabila

60%

diarahkan oleh pihak pentadbir


Bebanan kerja agak meletihkan
Masih ada masa untuk mengeratkan

40%
80%

silaturahim di kalangan guru


Agihan tugas bagi guru dilakukan

90%

secara adil
Namun kesemua kajian di atas, pada Jadual 1 dan Jadual 2 menunjukkan terdapatnya
peratusan yang signifikan antara faktor-faktor organisasi dengan kepuasan kerja dan
ketegangan guru, secara perbandingan persepsi terhadap beban tugas, polisi organisasi
dan kemudahan di tempat kerja yang hanya pada tahap memuaskan sahaja. Oleh hal
yang demikian, faktor-faktor yang disebutkan di atas wajar sekali diberikan
pertimbangan yang serius dalam merancang, merangka dan melaksanakan program
bagi mempertingkat tahap kepuasan kerja dan seterusnya mengurangkan ketegangan
guru dalam sesebuah organisasi sekolah.

Secara keseluruhannya, peratusan bagi objektif kajian iaitu mengkaji tahap ketegangan
guru sederhana adalah sebanyak 50%. Dengan ini para guru tidak mungkin akan
menghadapi masalah untuk meningkatkan prestasi kerjaya diri mereka untuk terus
berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh pada masa akan datang agar kualiti
pendidikan dan kecemerlangan dapat dimajukan dalam sektor pendidikan negara ini.

Selain itu, terdapat sebahagian besar iaitu 60% responden bersetuju bahawa mereka
berasa suka bekerja di sekolah mereka. Kenyataan ini disokong oleh kajian yang dibuat
oleh Mallilo (2007) di mana pekerja-pekerja mengakui secara umumnya kerja mereka
menyeronokkan. Ini menunjukkan mungkin terdapat beberapa faktor yang menyebabkan
mereka seronok bekerja. Sebagai pendidik, mereka harus sentiasa mempunyai
perasaan seronok bekerja ini agar para pelajar juga tidak bosan untuk menerima
pelajaran mereka.

Responden juga mengaku bahawa mereka merasa selesa dengan kerja mereka.
Sebanyak 60% responden yang menyokong penyataan ini. Ia menggambarkan para
guru ini sebenarnya memahami tugas mereka dengan baik. Maka mereka juga akan
merasakan yang kerja mereka ini adalah satu kerja yang baik dan seterusnya akan
menghasilkan kepuasan atas kerjaya yang mereka lakukan dan ketegangan dalam
kalangan guru akan berkurangan.

Namun hanya 40% sahaja yang menyokong pernyataan yang mungkin menyebabkan
sebahagian guru rasa letih dengan kerja mereka disebabkan bebanan tugas. Selebihnya
menyatakan mereka tidak berasa tertekan. Mungkin disebabkan kerana mereka
berasakan sudah menjadi tanggungjawab mereka memikul beban sebagai seorang guru
dan sentiasa berfikiran terbuka untuk mengatasi semua permasalahan. Kenyataan ini

disokong oleh kajian Marriot dan Sexton dalam Saleha (2001) guru-guru ini
berorientasikan tanggungjawab yang konsisten.

Majoriti responden iaitu 80% setuju bahawa walaupun sentiasa ada kerja untuk
dilakukan tetapi mereka masih mempunyai masa terluang untuk merehatkan minda
sekurang-kurangnya

sebelum

memulakan

kelas

yang

baru

dan

mengeratkan

silaturrahim dalam kalangan guru dengan mengadakan jamuan makan.

Responden sebanyak 90% menyatakan pentadbir sentiasa menegur tentang kerja


mereka, sentiasa ada bila diperlukan dan memberikan arahan tambahan melalui
`contact-time. Ini menunjukkan para pentadbir ini menjalankan tugas mereka dengan
teliti dan penuh konsisten. Ini juga memberi gambaran kepada responden bahawa
pentadbir mereka mengetahui tugasnya dengan baik. Kenyataan ini disokong dengan
kajian yang dibuat oleh Jaafar (1995) di mana keputusan kajian beliau menunjukkan
bahawa

aspek

penyelia

menjadi

punca

utama

kepuasan

kerja

yang

dapat

mengurangkan ketegangan guru.

Perbincangan
Tahap Ketegangan Guru
Dapatan kajian terhadap 10 orang responden mengenai tahap ketegangan guru
menunjuk bahawa sebahagian kecil responden berada di tahap ketegangan tinggi (tiga
orang) dan sebahagian besar responden berada di tahap ketegangan sederhana (lima
orang) manakala dua orang sahaja berada di tahap ketegangan rendah. Di dalam kajian
Tan (1996) yang mendapati bahawa sebahagian besar daripada guru sekolah rendah
dan menengah yang dikajinya mengalami tekanan kerja sederhana dan sebilangan kecil
sahaja yang mengalami tahap tekanan kerja yang serius. Kajian di luar negara oleh

Abouserie (1996) dan Capel (1991) menyokong dapatan kajian ini di mana majoriti
daripada responden yang dikaji mengalami tekanan yang sederhana dan sebilangan
kecil mengalami tekanan kerja yang tinggi.

Faktor-Faktor Lain yang Menghasilkan Ketegangan Guru


Faktor Salah Laku Pelajar
Faktor ini merupakan faktor utama yang menyebabkan guru menghadapi tekanan di
sekolah. Sikap biadap atau tidak menghormati dan menghargai guru ketika guru sedang
mengajar seperti membuat bising, berbual-bual, tidak membuat latihan yang diberikan
selain keluar kelas tanpa kebenaran guru yang sedang mengajar. Bagi pelajar-pelajar
yang suka ponteng kelas bagi mata pelajaran yang diajar oleh guru itu juga telah
menyebabkan tekanan emosi kepada guru tersebut. Ini adalah kerana tindakan pelajar
yang sebeginilah telah menyebabkan prestasi sesuatu mata pelajaran itu merosot dan
ini juga memberi suatu tekanan kepada guru-guru di sekolah.

Faktor Beban Tugas


Kebanyakan guru berasa tertekan apabila mereka diberikan tugas-tugas lain yang
banyak selain daripada mengajar. Selain itu, pengagihan tugas yang tidak saksama dan
seimbang dalam kalangan guru juga telah menimbulkan rasa kurang puas hati dalam
kalangan guru. Guru yang memegang jawatan penting seharusnya tidak diberikan jadual
waktu yang padat, sama seperti guru-guru lain. Sebagai cadangan guru disiplin tidak
seharusnya diberikan waktu mengajar yang padat kerana guru ini berperanan
membantu pihak sekolah menangani masalah disiplin murid sepanjang masa

persekolahan. Jika perkara ini dibiarkan tentunya guru ini akan berasa tertekan
disebabkan beban tugas mengajar dan tugas mengawal disiplin murid di sekolah.

Faktor Kekangan Masa dan Sumber


Faktor kekangan masa dan sumber seperti mengadakan ujian bulanan yang terlalu
kerap telah menyebabkan guru-guru tidak berkesempatan untuk menghabiskan sukatan
pelajaran kerana masa yang terlalu singkat. Guru itu juga harus memeriksa kertas
jawapan pelajar dan membuat analisis keputusan ujian tersebut. Namun begitu, apabila
terlalu rapat masa ujian tersebut, maka guru itu akan berasa tertekan kerana tugas
menyemak kertas baru sahaja selesai dilakukan.

Faktor Kekurangan Sumber


Kekurangan sumber seperti kekurangan bilik darjah, kekurangan makmal komputer,
komputer dan perisiannya merupakan faktor penting kepada guru-guru yang
memerlukan peralatan tersebut untuk pengajaran. Tambahan pula mata pelajaran yang
diajarnya itu memang berkaitan dengan alat-alat tersebut. Sekiranya kekurangan
sumber ini berlaku, ianya akan menyebabkan guru-guru menjadi kurang bersemangat
dan tertekan kerana ia boleh menjejaskan kualiti pengajarannya.
Faktor Hubungan Interpersonel
Faktor hubungan interpersonel ini kerap berlaku di antara guru-guru biasa dengan pihak
pentadbir sekolah seperti ketua-ketua panitia mata pelajaran, ketua-ketua bidang mata
pelajaran, Penolong Kanan Kokurikulum, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Penolong
Kanan Pentadbiran malah dengan Pengetua sekolah. Hubungan yang kurang baik di
antara guru biasa juga berlaku. Wujudnya jurang komunikasi di antara guru lama
dengan guru baru dan kurangnya rasa hormat menghormati dalam kalangan guru ketika
menjalankan tugas. Terdapat juga sebilangan guru yang suka mencampuradukkan

urusan peribadi dengan tugas di sekolah yang boleh menjejaskan hubungan dalam
kalangan guru-guru.

Pendedahan Menangani dan Mengawal Tekanan


Sebagaimana para profesional dalam bidang lain, para guru juga perlu diberi
pendedahan untuk menangani tekanan sebagai usaha bekerjasama menyelesaikannya
sendiri. Selye (1978) menyatakan bahawa tekanan hidup adalah tidak harus dielak
kerana tekanan hidup adalah satu-satunya fenomena yang dapat menyiapkan manusia
untuk menghadapi kecemasan atau bahaya dengan cara berada dalam tahap berjagajaga.

Pertamanya, para guru perlu diberi pengetahuan mengenai kemahiran mengenal pasti
dan peka terhadap punca-punca yang menyebabkan tekanan. Patterson (1986) dan
Janis

(1982)

menyarankan

kaedah

inokulasi

tekanan.

Kaedah

ini

bertujuan

meningkatkan pertahanan terhadap tekanan yang akan dihadapi oleh seseorang. Teori
ini mengandaikan bahawa apabila seseorang itu telah bersedia untuk menghadapi
tekanan atau sebarang bentuk perubahan emosi, maka kesan yang diakibatkan oleh
perubahan itu adalah tidak begitu teruk jika dibandingkan dibandingkan dengan mereka
yang tidak bersedia untuk menghadapinya. Dengan itu, para guru perlu diberi
pendedahan mengenai risiko-risiko yang bakal dihadapinya dalam profesion perguruan.
Teknik tenang diri juga boleh didedahkan kepada para guru di mana teknik ini adalah
baik untuk mengurangkan tekanan harian.

Salah satu teknik yang dicadangkan adalah Teknik Pengenduran Otot-otot Secara
Progresif (Progressive Muscle Relation oleh Dr. Edmund Jacobson, 1902) dan juga
beberapa amalan berkaitan pengisian rohani guru seperti meditasi, zikir, solat dan ibadat

umum. Amalan pemakanan guru juga perlu diberi panduan dan perhatian supaya bukan
hanya murid-murid sahaja yang dijaga aspek jasmani, emosi, rohani dan inteleknya.
Tetapi guru juga sepatutnya diberi pendedahan terhadap penjagaan aspek tersebut.

Cadangan
Kajian ini boleh dilaksanakan dengan lebih lanjut dengan membuat kajian tentang
perbandingan umur guru, jantina, lokasi sekolah dan kelayakan guru terhadap
ketegangan guru. Kajian ini juga perlu dilihat daripada aspek min dan sisihan piawai.
Selanjutnya pengkaji perlu membuat Ujian T yang menunjukkan skor min terhadap
tekanan kerja dengan gred sekolah. Didapati juga sampel yang dipilih bagi kajian ini
adalah terlalu sedikit maka perlu ditambahkan bilangan sampel kajian. Akhirnya, perlu
juga membuat kajian berdasarkan kaedah soal selidik yang menggunakan lima mata
Skala Likert. Dengan itu, kejituan kajian ini memberi makna yang lebih mendalam
tentang ketegangan guru.

Rumusan
Profesion guru adalah salah satu daripada tugas yang sukar dan perlu kepada usaha
pengorbanan yang tinggi. Sememangnya boleh dikatakan bahawa semua bidang
mampu menyebabkan tekanan kepada individu. Tetapi tidak bermakna bahawa tekanan
pada tahap tinggi sehingga menyebabkan gangguan pada operasi pendidikan itu perlu
dipandang

sebagai

sekurangkurangnya
berperingkat.

suatu
melalui

insiden

biasa.

tindakan

atau

Perkara

ini

pelaksanaan

perlu

diberi

penyelesaian

perhatian
secara

Resolusi perlu difikirkan bagi menyelesaikan dan mengurangkan masalah tekanan


dalam kalangan guru demi kebaikan perjalanan pendidikan. Sesungguhnya tekanan
guru yang tidak terkawal boleh memberi kesan negatif terhadap mutu pendidikan
negara. Tekanan yang tidak terkawal antara lainnya akan memberi kesan kepada
kepuasan kerja, strategi berdaya tindak, sokongan sosial dan konsep kendiri guru.

Memandangkan tugas guru adalah mencabar, anggapan bahawa menjadi seorang guru
adalah mudah perlu dibuang daripada mentaliti setiap pihak. Begitu juga dengan
anggapan bahawa tugas mendidik adalah hanya tanggungjawab guru dan guru perlu
memiliki daya pengorbanan yang tinggi. Demikian adalah fakta atau alasan yang tidak
relevan untuk digunakan supaya permasalahan tekanan ini dapat diabaikan. Di antara
cadangan dan resolusi yang perlu dipertimbangkan berkaitan tekanan dalam kalangan
guru adalah seperti mengkaji semula beban tugas guru.

Keinginan juga turut berubah mengikut keperluan dan peredaran masa. Kepuasan kerja
merupakan

perasaan

dalaman

seseorang

pekerja

terhadap

pekerjaan

yang

dilakukannya hasil interaksi dengan persekitaran. Perasaan puas ini akan mendorong
seseorang itu rela datang ke tempat kerja dengan rasa tanggungjawab. Justeru, dapat
mengurangkan ketegangan dalam kalangan guru.

Masalah ketegangan dalam kalangan guru dapat dikurangkan jika pihak pentadbir dapat
meningkatkan motivasi pekerja. Hal ini dapat dilaksanakan dengan memastikan sistem
dan prosedur kerja berkesan dan senang difahami. Sebagai contoh, semua pekerja
termasuk pekerja baru perlu diberitahu sejelas-jelasnya mengenai tugas-tugas yang
harus dibuat dan prosedur untuk melakukannya. Seterusnya, sistem insentif perlu
dihubungkaitkan dengan prestasi pekerja. Selanjutnya, perlu memastikan keberkesanan

saluran komunikasi (perhubungan). Setiap pentadbir dan penyelia perlu dilatih


menggunakan cara efektif dalam perhubungan dengan pekerja bawahan agar dapat
membantu mewujudkan suasana harmoni di dalam pekerjaan.

Ketegangan guru juga boleh dikurangkan apabila membuat perancangan program


latihan dan pembangunan guru yang tepat, mencukupi dan secara menyeluruh. Pada
masa yang sama perlu mengenal pasti objektif-objektif latihan dan pembangunan yang
perlu dicapai. Dengan itu, guru-guru yang mahir dalam menjalankan tugasnya akan
menjadi lebih bermotivasi. Tambahan pula, perlu mengadakan gaya dan cara
kepimpinan di dalam organisasi sekolah yang dapat membantu meningkatkan motivasi
pekerja.

Isu ini perlu dipandang serius supaya bidang pendidikan yang sentiasa diperbaharui dan
dipertingkatkan mutunya ini dapat selari dengan keperluan dan kepentingan semua
pihak

yang

terlibat.

Meningkatkan

mutu

pendidikan

bukan

bermakna

perlu

mengorbankan atau menuding hanya kepada sesuatu pihak. Tetapi perlu dengan usaha
serta penglibatan semua pihak dan memenuhi kepentingan setiap pihak yang terlibat.
Penyelesaian yang ditekankan perlu merangkumi penglibatan semua pihak termasuk
kementerian, sekolah dan individu guru itu sendiri. Segalanya adalah usaha demi
mempertingkat dan memartabatkan status pendidikan Malaysia.

You might also like