You are on page 1of 2

Konsep Emotional Intellgence atau kecerdasan emosi ini diperkenalkan oleh Salovey

dan Mayer pada 1990. Mengikut Goleman (1998), kecerdasan emosi merupakan
kemampuan diri untuk mengawal dan mengelolakan diri sendiri dan orang lain dari segi
perasaan, emosi dan tingkah laku. Ia juga merupakan tindakan dan kepintaran untuk
mengubahsuai sesuatu tingkah laku bersesuaian dengan masa dan keadaan. Menurut
Mayer dan Salovey (1997), kecerdasan emosi boleh dedifinisikan sebagai keupayaan untuk
mengawal emosi diri dan orang lain, untuk membezakan antara emosi tersebut dan untuk
menggunakan kefahaman itu untuk memantau pemikiran dan tindakan diri. Gardner (1993)
pula menyatakan kecerdasan emosi ini membolehkan seseorang memahami dirinya dengan
tepat dan berupaya menangani keinginan, ketakutan, emosi dan motif diri dengan
sewajarnya. Kecerdasan emosi ini amat penting bagi seseorang individu termasuklah kanakkanak berkeperluan khas. Hal ini kerana, ramai kanak-kanak berkeperluan khas yang tidak
mampu untuk memahami emosi diri sendiri dan orang lain, serta tidak dapat
mengekspresikan emosi mereka dengan betul. Contoh kanak-kanak berkeperluan khas
yang tidak mampu mengendalikan emosi mereka dengan baik ialah kanak-kanak autisme.
Kanak-kanak autisme contohnya, tidak mempunyai dan tidak memahami perasaan marah,
sedih, gembira dan sebagainya, seterusnya kanak-kanak autisme tidak dapat memberikan
respon yang baik.
Kaedah yang boleh digunakan untuk mengajar konsep emosi kepada kanak-kanak
berkeperluan khas ialah dengan menggunakan kaedah bermain. Salah satunya ialah
dengan menggunakan kaedah bermain treasure hunt di dalam kelas. Kanak-kanak
berkeperluan khas perlu mencari gambar-gambar reaksi muka pelbagai atau smiley faces
yang disorokkan di dalam kelas. Ini bukan sahaja memberi keseronokan dan meningkatkan
minat kanak-kanak berkeperluan khas untuk belajar, malah dapat meningkatkan kemahiran
motor kasar serta dapat menimbulkan inkuiri dikalangan kanak-kanak berkerperluan khas.
Seterusnya, murid-murid perlu menyatakan jenis ekspresi yang dihasilkan dan meniru reaksi
muka yang pelbagai pada gambar serta reaksi muka yang dilakukan oleh guru. Selain itu,
guru boleh mengadakan kuiz atau aktiviti di dlaam kelas di mana murid-murid beramai-ramai
membuat reaksi muka yang sama bersama-sama. Seterusnya, sebagai penutup, muridmurid boleh menyanyi bersama-sama sambal melihat gambar-gambar reaksi muka yang
pelbagai.

You might also like