You are on page 1of 3

SULIT

1103/1
Bahasa Melayu
Kertas 1
2008
2 jam
JABATAN PELAJARAN PULAU PINANG
_______________________________
PEPERIKSAAN PERCUBAAN
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2008

BAHASA MELAYU
KERTAS 1
Dua jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU


1.
2.
3.

Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.


Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B.
Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

Kertas soalan ini mengandungi 3 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak.

1103/1 2008 Hak Cipta JPNPP

[ Lihat sebelah
SULIT

SULIT

1103/1

Bahagian A
[ 30 markah ]
[ Masa dicadangkan : 45 minit ]
Lihat gambar rajah di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha
mengatasi masalah obesiti dalam kalangan pelajar. Panjang huraian anda hendaklah
antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Senaman

Amalkan
Gaya
Hidup
Sihat

Usahausaha
Mengatasi
Masalah
Obesiti

Pemeriksaa
n
Kesihatan

Amalan
Makanan
Seimbang
1103/1 2008 Hak Cipta JPNPP

[ Lihat sebelah
SULIT

SULIT

3
Bahagian B
[ 100 markah ]
[ Masa dicadangkan : 1 jam 30 minit ]

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih
daripada 350 patah perkataan.
1

Penguasaan teknologi maklumat dan komunikasi penting dalam kehidupan


remaja kini. Sebagai seorang pelajar, anda seharusnya berkemahiran dalam bidang
tersebut.
Huraikan faedah-faedah yang dapat anda peroleh dengan menguasai teknologi
maklumat dan komunikasi.

Anda telah menghadiri sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan baru-baru ini.
Seorang ibu telah diberikan Anugerah Tokoh Ibu Mithali 2008 . Beliau telah
berjaya mendidik anak-anaknya hingga ke menara gading. Selaku editor majalah
sekolah, anda berpeluang menemu bual rahsia kejayaan tokoh tersebut.
Tuliskan wawancara anda selengkapnya.

Isu kesesakan lalu lintas di bandar semakin mendapat perhatian masyarakat dan
media massa pada hari ini.
Bincangkan langkah-langkah yang boleh diambil oleh pihak kerajaan untuk
mengatasi masalah tersebut.

Kerjasama serantau dalam bidang sains dan teknologi telah membawa perubahan
dalam pelbagai aspek kehidupan termasuklah dalam bidang perubatan.
Cadangkan bentuk kerjasama serantau yang dapat dilaksanakan bagi menangani
pelbagai penyakit.

Karya kesusasteraan Melayu dikenal pasti mampu melahirkan generasi yang


mempunyai semangat patriotik di negara ini.
Berikan ulasan anda untuk menyokong pernyataan di atas.
KERTAS SOALAN TAMAT

1103/1 2008 Hak Cipta JPNPP

SULIT

You might also like