You are on page 1of 6

Kuih Tart Nenas Landak Yang Gebu dan Sedap

Bahan bahan:
300 gram tepung gandum
4 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar gula ising
200 gm butter Anchor
2 kuning telur
1/2 kg jem nenas
Kuning telur + pewarna kuning telur
Cara-cara:
Ayak tepung gandum, tepung jagung, dan gula ising ke dalam bekas. Kemudian masukkan butter
yang telah dipotong dadu. Kalau guna unsalted butter, masukkan secubit garam.
Ramas tepung dengan butter guna hujung jari hingga berderai (rub-in method). Kemudian masukkan
kuning telur dan satukan menjadi doh. Simpan selama 20 minit di dalam peti ais.
Bulat bulatkan doh, kemudian dileperkan dan masukkan inti yang telah dibulat bulatkan Kemudian
ditutup kemas dan dibentukkan seperti buah nenas. Gunting mengikut corak disukai. Cucuk bunga
cengkih di bahagian atas, jika suka.
Susun doh yang telah siap di atas dulang pembakar. Sapu kuning telur dan bakar dalam oven 180C
selama 20 minit atau sehingga masak.
Nota:
Jika suka, kuning telur untuk disapu atas tart boleh juga diletakkan sedikit pewarna kuning telur.

Inti Tart Nenas


Bahan bahan:
1 Ib isi nenas parut
1/2 Ib gula pasir
Bunga
cengkih
Daun
Sedikit pewarna kuning - opsyenal

dan

kayu

manis
pandan

Cara cara:
Nenas diparut dan ditoskan airnya. Boleh juga jika nenas dihancur menggunakan food processer.
Kemudian timbangkan isi nenas.
Masukkan semula, nenas, jus nenas, gula, daun pandan serta bunga cengkih dan kayu manis ke
dalam kuali dan masak di atas api perlahan sambil terus dikacau sehingga ianya tak melekat di daun
pandan dan berkilat. Jangan terlalu kering.
Sejukkan dan siap untuk digunakan.

Bika Ambon Medan


Bahan A
1 sudu besar yis mauripan
1 sudu besar penuh all purpose
8 sudu besar air kelapa
air biasa

flour - guna tepung gandum

Bahan B
300 - 350 gram gula pasir
800 ml santan pekat
5 helai daun limau purut - buang tulang
5 helai daun pandan
2 batang serai - ketuk
1/2 sudu kecil garam halus
Bahan C
14 biji kuning telur
200 gram tepung ubi kayu
1 sudu besar mentega - cairkan
1/2 sudu kecil pewarna kuning - opsyenal
Cara cara:
Masak santan, serai, daun limau purut, sedikit garam dan daun pandan sehingga mendidih, kemudian
kecilkan api. Masukkan gula dan kacau sampai gula hancur, terus masak dengan api paling kecil
kira-kira 20 minit agar harum daun-daunan meresap. Kacau sekali-sekali. Sejukkan dan keluarkan
daun-daunan sebelum digunakan.

Larutkan yis dan tepung dengan air kelapa, biarkan selama 5 minit.
Pukul kuning telur dengan whisk sehingga ianya sebati. Masukkan telur dan mentega yang dicairkan
serta pewarna ke dalam santan, kacau rata sehingga sebati

Kemudian masukkan pula tepung ubi dan kacau rata sebelum dimasukkan adunan yis. Kacau rata.
Tapis dan tutup bekas untuk diperap selama 2 1/2 hingga 3 jam. Saya simpan dalam microvave
ketika adunan diperam.

Panaskan oven dengan suhu 200C. Alas loyang dengan kertas baking dan lumur dengan minyak.
Panaskan loyang dalam oven selama 5 minit sebelum digunakan.
Kacau

rata

adunan

dan

tuang

dalam

loyang

yang

telah

dipanaskan.

Bakar menggunakan api bawah sahaja dengan pintu sedikit terbuka dengan diselitkan lidi sate di
pintu oven. Bakar selama kira-kira 35-45 minit atau sehingga permukaan atas kuih nampak setengah
masak. Nota: Saya bakar selama 40 minit dan api atas selama 10 minit.

Kemudian hidupkan api atas pula dalam 5 minit dengan oven yang ditutup sepenuhnya. Bakar
sehingga permukaan keperangan.

Keluarkan

dari

oven,

biarkan

sejuk

sebentar

sebelum

dikeluarkan

dari

loyang.

Nota:
Mengikut apa yang saya baca, Bika Ambon hanya boleh tahan selama 3 hari jika tidak disimpan di
dalam peti ais. Jika mahu tahan lebih lama, simpan dalam bekas bertutup dan masukkan dalam peti
ais. Jangan simpan bersekali dengan bahan bahan yang berbau kuat seperti rempah ratus.

Kek Pisang
Bahan bahan:

4 biji pisang emas - lecek (saya guna 5 biji)


1 cwn gula kaster
1 cwn minyak jagung
4 biji telur gred A (saya guna gred B)
Bahan ayak:
1 1/2 cwn tepung gandum
1 sk soda bicarbonat
1 sk baking powder
Bahan lain:
1sk esen vanila (guna vanilla extract)
Cara cara:
Panaskan

oven

pada

suhu

170C.

Lengser

mentega

pada

loyang.

Ketepikan.

Putar gula, telur dan minyak dlm anggaran 3-5min @ hingga putih. Masukkan pisang dan kacau rata.
Masukkan pula tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit. Kacau sebati dengan menggunakan
spatula.
Masukkan esen vanila, jus limau dan gaul sebati. Tuang dalam loyang dan bakar selama 40 -60 minit
atau sehingga masak.
Nota:
Apabila permukaan atas telah perang, saya kurangkan suhu ke 150C. Saya bakar selama 1 jam.

Best Ever Cucur Udang


Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1/4 sudu teh baking soda
1 cawan udang kecil putih
3/4 cawan bawang besar putih - cincang
1 biji cili merah - cincang
1 cawan daun kucai - cincang
3/4 cawan isi jagung - fresh atau frozen
2 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
1 sudu kecil kunyit
1/2 cawan air panas thermos
1 1/2 cawan air biasa
1/2cawangandum(extra)
Caracara:
Satukan semua bahan di dalam satu bekas dan kemudian tuang air panas dan air biasa yang
disatukan sedikit demi sedikit sehingga sesuai kepekatannya. Jika terlebih cair, masukkan sedikit

demi

sedikit

tepunggandumextra

Boleh dibiarkan seketika bagi membolehkan adunan naik dan menjadi lebih lembut sebelum
digoreng.
Goreng di dalam minyak yang panas sehingga keperangan, angkat dan toskan. Bolehlah dihidangkan
bersama sos air lada yang biasanya diguna untuk mencicah keropok.
Kek Marble Lembut
Bahan bahan:
8oz/227gmmentega
6oz/170gm tepung gandum
6 oz/170gm gula kaster
5 biji telur dari fridge
3 sb susu pekat
1 sk baking powder
1 sk esen vanilla
1 sb ovalette
3-4 sudu makan serbuk koko -diayak (guna coklat emulco)
Cara cara:
Ayak tepung bersama baking powder. Pukul mentega, susu dan esen vanilla hingga kembang.
Di dalam bekas lain, pukul putih telur hingga ringan lalu masukkan gula sedikit demi sedikit hingga
adunan rata.
Masukkan telur kuning sebiji sebiji ke dalam adunan putih telur dan pukul hingga rata. Masukkan
ovalette dan adunan mentega dan pukul lagi hingga rata.
Akhir sekali masukkan tepung sedikit sedikit dan gaul satu arah. Apabila rata bahagikan adunan kpd
beberapa bahagian dan masukkan warna atau emulco pilihan anda.
Tuang adunan ke dalam loyang 8 in persegi secara selang seli dimulai dengan adunan asal. Lorek
dengan menggunakan chopstick.
Bakar pada suhu 180C selama 45 minit atau sehingga masak. Saya guna suhu 170C selama 50
minit.
Nota:
Kalau menggunakan mesin, jgn diberhentikan semasa sedang mengadun. Jika mengunakan tangan,
harus
pukul
lebih
lama
sedikit
krn
adunan
mesti
kembang
dan
rata.
Jika menggunakan cara biasa, telur tidak perlu dimasukkan ke dalam peti sejuk kerana ia susah
sebati dengan adunan mentega

You might also like