You are on page 1of 12

Ruj

: KP (PP) SULIT 0070/5 (41)

Tarikh :

14 Disember 2010

Semua Ketua Jabatan/ Bahagian


Semua Pengarah Pelajaran Negeri
Semua Pengarah Institut Pendidikan Guru
Semua Pengarah Kolej Matrikulasi
Semua Pengetua/ Guru Besar

Y.Bhg. Tan Sri/Datuk/Dato/Datin/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


BIL 2 TAHUN 2010
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEKELILING PERKHIDMATAN BIL 9 TAHUN
2010 : PERMOHONAN MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM AKTIVITI POLITIK
PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) GRED DG41
HINGGA DG48 YANG BERTUGAS DI INSTITUSI PENDIDIKAN, KEMENTERIAN
PELAJARAN MALAYSIA

TUJUAN
1.
Surat Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk memberi panduan terperinci
mengenai kaedah pelaksanaan memberi kebenaran kepada Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41 hingga DG48 yang bertugas di Institusi
Pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi mengambil bahagian
secara aktif dalam aktiviti politik sama ada bertanding atau memegang jawatan atau
dilantik ke dalam apa-apa jawatan dalam suatu parti politik.

LATAR BELAKANG
2.
Kerajaan telah bersetuju supaya kebenaran untuk mengambil bahagian secara
aktif dalam suatu parti politik dipanjangkan kepada PPPS Gred DG41 hingga DG48
yang bertugas di Institusi Pendidikan, KPM. Bagi tujuan berkenaan, Kerajaan telah
meminda Peraturan 21, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib
1993) [P.U.(A)395/1993] melalui Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan
Tatatertib) (Pindaan) [P.U.(A)250/2010].

3.
Susulan daripada pindaan Peraturan tersebut, Jabatan Perkhidmatan Awam
Malaysia telah mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil.9 Tahun 2010 pada 30 Julai
2010 dan mula berkuatkuasa pada 1 Ogos 2010.

TAFSIRAN
4.

Bagi maksud Surat Pekeliling ini:

Institusi Pendidikan bermaksud sekolah, Institut Pendidikan Guru, English Language


Teaching Centre (ELTC), Kolej Matrikulasi dan Institut Aminuddin Baki di bawah KPM.
Ketua Jabatan bermaksud seseorang pegawai yang mengetuai dan bertanggungjawab
ke atas sesuatu Bahagian, Jabatan dan Institusi Pendidikan di bawah KPM atau manamana pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan
Profesional yang diberi kuasa dengan sewajarnya secara bertulis.
Jawatankuasa Penilaian bermaksud jawatankuasa yang mengandungi ahli-ahli dan
tertakluk kepada terma rujukan seperti yang ditetapkan di perenggan 9.1 dan 9.2 Surat
Pekeliling ini.
Mengambil Bahagian Dalam Aktiviti Politik bermaksud bertanding atau memegang
jawatan atau dilantik ke dalam apa-apa jawatan dalam suatu parti politik seperti yang
diperuntukkan dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib
1993) [P.U.(A)395/1993].
MEKANISME PELAKSANAAN
5.

Syarat-syarat permohonan untuk mengambil bahagian dalam aktiviti politik


adalah seperti berikut:

5.1

Pegawai adalah terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan


Siswazah (PPPS) Gred DG41 hingga DG48;

5.2

Pegawai mesti bertugas di Institusi Pendidikan di bawah KPM iaitu


sekolah, Institut Aminuddin Baki, Institut Pendidikan Guru, ELTC dan Kolej
Matrikulasi;

5.3

Pegawai tidak memegang sebarang jawatan pentadbiran;

5.4

Pegawai tidak menyandang jawatan latihan (bercuti belajar);

5.5

Pegawai hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen berikut yang


diakui sah melalui Ketua Jabatan masing-masing :
a) Borang Permohonan JPA(T) 1/10 (3 salinan)
b) Kad Pengenalan pegawai (2 salinan)
c) Senarai Tugas yang terkini dan Jadual Waktu Mengajar
(1 salinan)
d) Kenyataan Perkhidmatan pegawai yang kemaskini (1 salinan);

6.

5.6

Permohonan yang lengkap perlu dikemukakan kepada Unit Tatatertib,


Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM melalui Ketua Jabatan di
Peringkat Bahagian KPM/Jabatan Pelajaran Negeri(JPN) masing-masing
selewat-lewatnya dua (2) bulan sebelum mengambil bahagian dalam
aktiviti politik;

5.7

Keputusan Ketua Setiausaha KPM bagi permohonan


bahagian dalam aktiviti politik adalah muktamad;

5.8

Carta aliran tatacara permohonan seperti di Lampiran 1.

mengambil

Permohonan Cuti Tanpa Rekod (CTR) untuk aktiviti politik:


6.1

Pegawai yang telah mendapat kebenaran secara bertulis daripada


Ketua Setiausaha KPM untuk mengambil bahagian dalam aktiviti politik
dibenarkan untuk memohon cuti tanpa rekod selaras dengan peraturan
yang ditetapkan jika kegiatan politik melibatkan waktu bertugas dan hanya
terhad kepada aktiviti berikut:
(a) menghadiri mesyuarat parti politik di peringkat kebangsaan
sebagai perwakilan; atau
3

(b)

menghadiri seminar atau bengkel anjuran parti politik yang


membincangkan isu-isu nasional dan pembangunan negara.

6.2

Walau apa pun yang dinyatakan di dalam Perkara 6.1 (a) dan (b) di atas,
ia adalah tertakluk kepada persetujuan dan budi bicara Ketua Jabatan
masing-masing mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan.

6.3

Cuti Tanpa Rekod boleh dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melulus


seperti Jadual 1 di bawah tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.
Walau bagaimanapun, bagi aktiviti di luar negara, ianya akan
dipertimbangkan oleh Ketua Setiausaha KPM.

Jadual 1: Pihak Berkuasa Melulus Cuti Tanpa Rekod Mengikut Tempat


Bertugas Pegawai

TEMPAT BERTUGAS PEGAWAI

PIHAK BERKUASA MELULUS

Institusi Pendidikan (IAB /Institut Pengarah (IAB / IPG / ELTC/


Pendidikan
Guru
/ELTC/
Kolej Kolej Matrikulasi)
Matrikulasi)
Sekolah Menengah /Sekolah Rendah Pengarah Jabatan Pelajaran
Harian
Negeri
Jenis sekolah yang lain (selain sekolah Pengarah Bahagian berkaitan
rendah/ menengah harian)

6.4

Bagi tujuan kemudahan Cuti Tanpa Rekod, pegawai perlu mengemukakan


dokumen-dokumen seperti berikut untuk pertimbangan dan persetujuan
Ketua Jabatan :
(a)

borang permohonan Cuti Tanpa Rekod ;

(b)

salinan surat kelulusan mengambil bahagian dalam aktiviti politik


daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia; dan

(c)

salinan surat jemputan menghadiri


berkaitan penglibatan dalam politik.

mesyuarat/persidangan

7.

Peranan Ketua Jabatan


7.1

Ketua Jabatan bertanggungjawab untuk memberi nasihat kepada


pegawai supaya penglibatan pegawai di dalam aktiviti politik tidak
menjejaskan tugas- tugas hakiki sebagai pendidik;

7.2

Ketua Jabatan juga dinasihati untuk meneliti permohonan dan memberi


ulasan ke atas permohonan dengan mengambil kira perkara-perkara
seperti berikut;
(a)

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan


1993 (P.U.A 395/1993);

(b)

Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 2010; dan

(c)

Perenggan 5, Surat Pekeliling ini.

Tatatertib)

7.3

Ketua Jabatan perlu mengemukakan permohonan kebenaran berpolitik


yang lengkap kepada Unit Tatatertib, Bahagian Pengurusan Sumber
Manusia, KPM bagi urusan pertimbangan dan keputusan;

7.4

Ketua Jabatan turut bertanggungjawab untuk memantau kegiatan


pegawai-pegawai yang terlibat dalam aktiviti politik dan melaporkan
prestasi pegawai melalui borang seperti di Lampiran 2 dan
mengemukakannya kepada Ketua Jabatan di peringkat Bahagian KPM/
JPN masing masing setiap empat(4) bulan iaitu sebelum atau pada 15
Mac, 15 Julai, dan 15 November setiap tahun;

7.5

Ketua Jabatan di peringkat Bahagian KPM/JPN perlu memantau dan


menyediakan laporan setiap empat(4) bulan mengikut format di
Lampiran 2 dan mengemukakan kepada Unit Tatatertib Bahagian
Pengurusan Sumber Manusia KPM sebelum atau pada 31 Mac, 31 Julai
dan 30 November setiap tahun;

7.6

Ketua Jabatan bertanggungjawab untuk menyiasat dan melaporkan


dengan serta merta mana-mana pegawai yang didapati terlibat dalam
aktiviti politik tanpa kebenaran Ketua Setiausaha KPM dan melanggar
syarat-syarat yang ditetapkan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib untuk
tindakan selanjutnya;

7.7

8.

Tatacara penyediaan laporan pemantauan PPPS yang mengambil


bahagian dalam aktiviti politik adalah seperti di Lampiran 3.

Pembatalan dan Penarikan Balik Kelulusan


8.1

8.2

Kelulusan boleh terbatal sekiranya:


(a)

Pegawai berkenaan ditempatkan sama ada secara lateral atau


dinaikkan pangkat ke jawatan pentadbiran sama ada di KPM atau
JPN atau Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) atau di Institusi
Pendidikan atau mana-mana agensi Kerajaan; atau

(b)

Pegawai bersetuju menerima pemangkuan (KUP) atau kenaikan


pangkat ke Gred DG 52 dan ke atas; atau

(c)

Pegawai tidak berjaya memegang jawatan yang ditandingi.

Ketua Setiausaha KPM berhak menarik balik kelulusan yang diberi


kepada pegawai yang gagal mematuhi mana-mana syarat yang
dinyatakan dan pegawai boleh dikenakan tindakan tatatertib di bawah
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

MEKANISME PEMANTAUAN DAN PENILAIAN


9.
Bagi tujuan penilaian permohonan dan pemantauan kegiatan politik serta
prestasi pegawai yang mendapat kelulusan untuk bergiat aktif dalam aktiviti politik,
Jawatankuasa Penilaian di KPM diwujudkan seperti berikut:
9.1

Keanggotaan jawatankuasa
Pengerusi

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Ahli

Timbalan Ketua Setiausaha KPM (Pengurusan)


Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
(Operasi Pendidikan)
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
(Pembangunan Profesionalisme Keguruan)
Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber
Manusia
6

Urusetia

9.2

Unit Tatatertib,
Manusia, KPM

Bahagian

Pengurusan

Sumber

Terma Rujukan:
a)

Menimbang dan memberi syor ke atas permohonan kebenaran


berpolitik berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan dan
mengambilkira kepentingan perkhidmatan;

b)

Menimbang dan mengesyorkan cadangan penarikan balik


kebenaran berpolitik kepada pegawai yang gagal mematuhi manamana syarat yang dinyatakan;

c)

Melaporkan kecuaian mana-mana Ketua Jabatan yang didapati


gagal memantau kegiatan politik pegawai di bawah seliaannya
atau tidak mematuhi syarat yang ditetapkan;

d)

Melaporkan sebarang ketidakpatuhan pegawai terhadap syarat syarat yang ditetapkan untuk mengambil bahagian dalam aktiviti
politik;

e)

Menjalankan pemeriksaan ke atas pegawai yang diluluskan untuk


mengambil bahagian dalam aktiviti politik (sekiranya perlu); dan

f)

Memantau dan menyediakan laporan untuk dikemukakan kepada


Ketua Setiausaha KPM.

PEMAKAIAN
10.
Surat Pekeliling Perkhidmatan ini terpakai bagi semua Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG 41 hingga Gred DG 48 di Institusi Pendidikan di
bawah KPM.

11.
Surat Pekeliling Perkhidmatan ini perlu dibaca bersekali dengan Pekeliling
Perkhidmatan Bil 9 Tahun 2010.
TARIKH KUATKUASA
12.

Surat Pekeliling Perkhidmatan ini berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2010.

PERTANYAAN DAN MAKLUM BALAS

13.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau kemusykilan mengenai
pelaksanaan Surat Pekeliling Perkhidmatan ini, Y.Bhg. Tan Sri/ Datuk/ Dato/
Datin/Tuan/Puan boleh merujuk kepada:
Setiausaha Bahagian
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 2, Blok E12, Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya.
(u.p: Unit Tatatertib)
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

(DATO Dr. ROSLI BIN MOHAMED)


Ketua Setiausaha
Kementerian Pelajaran Malaysia
Tarikh:

14 Disember 2010

s.k
Menteri Pelajaran
Timbalan Menteri Pelajaran I
Timbalan Menteri Pelajaran II
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan)
Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan)
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Operasi Pendidikan)
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Dasar dan Pembangunan Pendidikan)
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Pembangunan Profesionalisme Keguruan)
8

LAMPIRAN 1
CARTA ALIRAN MEMPROSES PERMOHONAN MENGAMBIL BAHAGIAN
DALAM AKTIVITI POLITIK BAGI PPPS GRED DG41 HINGGA DG 48
Mula

Pegawai mendapatkan Borang Permohonan di laman web


Kementerian Pelajaran Malaysia (www.moe.gov.my).
Pegawai melengkapkan Borang Permohonan beserta
dokumen sokongan seperti di Perenggan 5.5 SPP KPM
2/2010.

Maklumkan
kepada
pegawai

Pegawai mengemukakan Borang Permohonan kepada


Ketua Jabatan masing-masing (Pengarah IPG/ELTC/Kolej
Matrikulasi/ Pengetua/ Guru Besar)

Tidak memenuhi
syarat

Ketua Jabatan Semak Borang Permohonan berdasarkan


syarat-syarat di Perenggan 7.2 SPP KPM 2/ 2010.

memenuhi syarat

Beri ulasan dan kemukakan kepada Ketua Jabatan di


peringkat Bahagian KPM/ JPN masing-masing
memenuhi syarat

Maklumkan
kepada pegawai
melalui Ketua
Jabatan

Maklumkan
kepada
pegawai melalui
Ketua Jabatan

Tidak memenuhi
syarat

Ketua Jabatan di peringkat Bahagian KPM/ JPN


menyemak Borang Permohonan berdasarkan syaratsyarat di Perenggan 7.2 SPP KPM 2/ 2010.

memenuhi syarat

Beri ulasan dan kemukakan kepada Jawatankuasa


Penilaian peringkat KPM (dalam tempoh dua (2) bulan
sebelum mengambil bahagian dalam politik)
Tidak memenuhi
syarat

memenuhi syarat

memenuhi syarat

Jawatankuasa
Penilaian
KPM
semak
Borang
Permohonan berdasarkan syarat-syarat di Perenggan
7.2 SPP KPM 2/ 2010.

Kemukakan kepada Ketua Setiausaha KPM untuk


pertimbangan dan keputusan.
Memaklumkan keputusan kepada pegawai melalui Ketua
Jabatan dan merekod dalam Buku Perkhidmatan
Kerajaan pegawai

Tamat

LAMPIRAN 2
LAPORAN PEMANTAUAN PENGLIBATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) GRED DG41 - DG48 DALAM
AKTIVITI POLITIK BIL _______ TAHUN _______
JABATAN/ BAHAGIAN/ JPN : ___________________
BAHAGIAN A: MAKLUMAT ASAS PEGAWAI DAN PARTI POLITIK YANG DICEBURI

MAKLUMAT ASAS PEGAWAI

BIL.

NAMA
PEGAWAI & NO.
KAD
PENGENALAN

1
Contoh
1:
1
Ahmad bin Abu
Bakar (74010105-0109)

GRED
TERKINI
PEGAWAI

NAMA DAN
GRED
JAWATAN
TERKINI
YANG
DISANDANG

TEMPAT
BERTUGAS

DG48
(KUP)

Guru Kanan
Mata
Pelajaran
(Gred DG44)

SMK XYZ

Pensyarah
(DG44)

Kolej
Matrikulasi
ABC

MAKLUMAT PARTI POLITIK

JAWATAN
POLITIK
YANG
DIPEGANG

PERINGKAT
(CAWANGAN/
BAHAGIAN
DLL)

NAMA
PARTI
POLITIK

TEMPOH
KELULUSAN
(Nyatakan
tahun)

STATUS
(AKTIF/
TIDAK
AKTIF)*

Ketua
Pemuda

Cawangan EFG

UMNO

2010-2012

Aktif

Ketua
Wanita/
Setiausaha

Cawangan
LMN/ Bahagian
XYZ

MCA

2010-2011

Tidak Aktif

Contoh 2:
Chan Kim Lee
DG44
(700101-01-5108)

(tidak
berjaya
menyanda
ng jawatan
yang
ditandingi)

* Status(Aktif/ Tidak aktif) merujuk kepada status sama ada pegawai masih memegang jawatan politik atau telah meletakkan jawatan yang diluluskan atau terbatal kelulusannya seperti yang
ditetapkan di para 8.1 Surat Pekeliling ini

10

LAPORAN PEMANTAUAN PENGLIBATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) GRED DG41 - DG48 DALAM
AKTIVITI POLITIK BIL. _______ TAHUN _______
BAHAGIAN B: MAKLUMAT PRESTASI PEGAWAI

MAKLUMAT ASAS PEGAWAI


(Maklumat Pegawai Di Bhg B = Bhg A)

BIL.

NAMA PEGAWAI
& NO. KAD
PENGENALAN

GRED
TERKINI
PEGAWAI

TEMPAT
BERTUGAS

MAKLUMAT PRESTASI PEGAWAI

BIL. CUTI TANPA


REKOD YANG
DILULUSKAN
BAGI TUJUAN
POLITIK

JUM. WAKTU
MENGAJAR
PEGAWAI YANG
DITINGGALKAN
BAGI TUJUAN
POLITIK*

MARKAH LNPT
PEGAWAI
2010

SMK XYZ

5 hari

15 waktu

85.1

Kolej
Matrikulasi
ABC

Tidak berkaitan

Tidak berkaitan

2011

2012

ULASAN KETUA JABATAN


(Nyatakan sebarang masalah/
aduan/ perlanggaran terhadap
syarat-syarat yang ditetapkan,
sekiranya ada)

Contoh 1:
Ahmad bin Abu
Bakar

DG48
(KUP)

Pegawai
didapati
sering
meninggalkan kelas bagi urusan
politik

(740101-05-0109)

Contoh 2:
Chan Kim Lee
(700101-01-5108)

DG44

Tiada

*Tidak termasuk Cuti Tanpa Rekod bagi tujuan politik


DISEDIAKAN OLEH :

(URUS SETIA BAHAGIAN/ JPN)

DISAHKAN OLEH

(REKTOR IPGM/ PENGARAHBAHAGIAN/JPN)

11

LAMPIRAN 3

CARTA ALIRAN PENYEDIAAN BORANG PEMANTAUAN PENGLIBATAN PPPS


DALAM AKTIVITI POLITIK
Mula

Ketua Jabatan (Pengarah IPG/ELTC/Kolej Matrikulasi/


Pengetua/ Guru Besar) memantau PPPS yang mengambil
bahagian dalam politik dan menyediakan laporan pemantauan
setiap 4 bulan mengikut format di Lampiran 2.
Kemukakan kepada Ketua Jabatan di peringkat Bahagian
KPM/ JPN masing-masing sebelum 15 Mac, 15 Julai dan 15
November setiap tahun
Ketua Jabatan di peringkat
menyelaras, mengesahkan dan
kepada Jawatankuasa Penilaian
bulan iaitu sebelum 31 Mac, 31
setiap tahun.

Bahagian KPM/ JPN


mengemukakan laporan
peringkat KPM setiap 4
Julai dan 30 November

Jawatankuasa Penilaian peringkat KPM menyelaras laporan


yang diterima daripada Ketua Jabatan di peringkat
Bahagian KPM/ JPN.

Kemukakan Laporan Pemantauan PPPS kepada Ketua


Setiausaha KPM setiap 4 bulan.

Tamat

12

You might also like