You are on page 1of 3

Panduan Solat Qasar Dan Jama'

Penerangan solat qasar dan jama’ adalah seperti berikut:

1.0 Solat Qasar

1.1 Takrifan

      Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat       yang


empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua       rakaat sementara
solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh        diqasarkan.

1.2 Hukum Qasar

      Harus berdasarkan kepada dalil berikut:

      i.Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud;

      “Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu       tidaklah


berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika       kamu takut diserang
oleh orang kafir…” 

     ii. Al-Sunnah yang bermaksud;

      ‘Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al-


Khattab, “Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan       kita
berada dalam keamanan?” Lalu beliau menjawab, “Aku       telah bertanya
kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda,       solat qasar itu adalah
sedekah yang Tuhan telah bersedekah       kepadamu, maka terimalah
sekalian kamu akan sedekah-       Nya” 
     (Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud) 

1.3 Jarak Dibenarkan Qasar

      Dua marhalah iaitu empat burudin di mana setiap burudin


mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri       daripada 5514
meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua        marhalah adalah
bersamaan 89 kilometer.

1.4  Syarat Solat Qasar

      i. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh       syara’.

      ii.Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada      dua


marhalah (89 kilometer / 56 batu).
      iii.Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.
      iv.Tidak berimam dengan orang yang solat tamam        (sempurna).
      v.Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat        empat
rakaat.

1.5  Contoh Niat

‫ أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا هلل تعالى‬                      


Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar kerana       Allah(      
)Taala

'Solat Jama 2.0

2.1   Takrifan

Solat Jama’ terbahagi kepada :

      i. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar
dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam       waktu
Maghrib.

     ii.Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar


dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam        waktu
Isya’.

2.2 Syarat Solat Jama’

2.2.1.Solat Jama’ Taqdim

      i.Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat        Zuhur


daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat        Isya'.
      ii.Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama        sebelum
salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul        ihram.
      iii.Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.
      iv.Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul
ihram solat yang kedua.
      v.Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur        atau
Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang        kedua (Asar atau
Isya’).

2.2.2. Solat Jama’ Ta’khir

                                                i.Hendaklah berniat jama’ dalam waktu


pertama iaitu        Zuhur atau Maghrib.
      ii.Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi       salam
solat yang kedua.  

2.3 Contoh Niat

2.3.1 Jama’ Taqdim

i.Jama’ Taqdim Empat Rakaat

‫أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء هلل تعالى‬ 
Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan(      
)kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala

ii.Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar

‫أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء هلل تعالى‬
Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan       kepadanya(      
)Asar tunai kerana Allah Taala

2.3.2  Jama’ Ta’khir

i.Jama’ Ta’khir Empat Rakaat

‫أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء هلل تعالى‬ 
Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan       kepada(      
)Asar tunai kerana Allah Taala

ii.  Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar

‫أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء هلل تعالى‬
Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan       kepada(      
)Asar tunai kerana Allah Taala

You might also like