You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN BATU FERINGGHI

JALAN BATU FERINGGHI


11100 PULAU PINANG
Tel

: 04-8813105
FAX : 04-8813967
skbf_2008@yahoo.com

MINIT MESYUARAT PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN


KALI PERTAMA 2013
Tarikh
: 17 Januari 2013
Hari
: Khamis
Masa
: 1.40 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat SKBF
Kehadiran
1.
2.
3.
4.
5.
6.

:
En. Azman B Mohamed @ Md Isa (Ketua Panitia)
En. Azlizan B Abdul Aziz (Setiausaha)
Pn. Roslinda Bt Nayan
En. Zuraidi B Abdullah
Cik Nurul Bahiyah Bt Ismail
Cik Hasyyati Bt Mat Hanipi

1.0

Ucapan Ketua Panitia


1.1
Ketua Panitia mengucapkan terima kasih dan selamat datang kepada semua guru PJK
kerana hadir ke mesyuarat panitia kali pertama pada tahun ini.

2.0

Membaca dan Mengesahkan Minit Mesyuarat


2.1
Cik Nurul Bahiyah Bt Ismail mengesahkan minit mesyuarat yang lalu dan disokong
oleh En. Zuraidi B Abdullah.

3.0

Agenda Mesyuarat
3.1
Semua guru PJK diminta menyediakan sukatan pelajaran dan huraian terkini iaitu
KSSR bagi Tahap I dan KBSR bagi tahap II. Guru-guru yang belum mempunyai
sukatan dan huraian pelajaran boleh mendapatkan daripada En. Azman.
3.2
Guru-guru PJK perlu memastikan supaya murid-murid memakai pakaian sukan iaitu
baju T-shirt sekolah atau T-shirt putih dan seluar sukan semasa beraktiviti di
padang.Guru-guru juga digalakkan memakai pakaian yang sesuai.
3.3
Ketua Panitia juga meminta guru-guru mengawal murid ketika mengambil dan
menyimpan peralatan sukan di dalam stor supaya peralatan yang digunakan
diletakkan dengan kemas. Ketua Panitia juga memberitahu guru-guru yang stor
sukan adalah tanggungjawab semua.
3.4
Ketua Panitia menyatakan bahawa murid-murid yang memakai baju sukan tidak
perlu menyalin baju sekolah untuk belajar di dalam kelas.Murid-murid dan guruguru boleh memakai baju sukan ketika sesi P & P berjalan.

4.0

Perkara Berbangkit
4.1
Semua guru mencadangkan setiap orang murid menyediakan sebuah buku latihan
untuk mata pelajaran Pendidikan Kesihatan bagi Tahap 1 dan mata pelajaran PJK
Tahap 2.

4.2

Ketua Panitia juga mengingatkan guru-guru supaya mengenalpasti murid-murid yang


mempunyai masalah kesihatan seperti lelah dan sebagainya dikecualikan daripada
melakukan aktiviti semasa PJ.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.15 petang.

Disediakan oleh,
..........................
(AZLIZAN B ABD AZIZ)
SU PJK,
SK BT. FERRINGHI.

Disemak oleh,
.......................
(AZMAN B MOHAMED)
Ketua Panitia PJK,
SK BT. FERRINGHI.

You might also like