You are on page 1of 3

ADEA 1112 GEOGRAFI FIZIKAL : PROSES DAN

BENTUK

2009/2010

MAKMAL 1 MEMAHAMI ALAM FIZIKAL

Nama : Mimi Waheeda binti Salleh


Matrik : AEA090112

Pendekatan yang dipilih ialah : Strahler & Strahler

Sfera : Atmosfera
Objek : Awan
Nama Objek : Awan dan
Penerangan : Atmosfera ialah lapisan udara yang menyelaputi bumi.Lapisan ini lebih padat

berhampiran bumi dan menjadi semakin nipis di lapisan atas atmosfera.Atmosfera

mengandungi pelbagai jenis gas dan bahan lain seperti wap air,kumin-kumin debu,habuk serta

asap.Kandungan wap air dalam udara penting kerana wap air dapat menentukan kelembapan

udara dan menghasilkan kerpasan.Udara yang terdapat di dalam atmosfera adalah terdiri

daripada beberapa jenis gas iaitu nitrogen 78%,oksigen 21%,karbon dioksida 0.03%,argon

0.93% dan selebihnya adalah gas nadir yang lain.

Sfera : Hidrosfera

Objek :

Nama Objek : sungai dan air longkang

Penerangan : Hidrosfera merangkumi semua jisim air di permukaan bumi,termasuk

laut,lautan,tasik,kolam,paya,sungai,dan air bawah tanah.Air meliputi 71% daripada

permukaan bumi dan daripadanya 97.2% terdiri daripada air masin.Hanya 2.8% air di bumi

ini merupakan air tawar dan kebanyakannya berada dalam bentuk litupan ais dan

glasier.Sejatan air yang berterusan di permukaan bumi membentuk wap air di udara.Air ini
turun kembali ke permukaan bumi dalam bentuk kerpasan melalui kitar hidrologi. Hidrosfera

penting kerana membekalkan air tawar untuk minum,merupakan habitat pelbagai jenis

hidupan lautan dan hidupan marin,membekalkan sumber makanan seperti ikan,udang,dan

ketam

Sfera : Litosfera

Objek : Tanah

Nama Objek :

Penerangan : Litosfera terdiri daripada kerak bumi dan bahagian atas mantel yang bersifat

pepejal serta mengandungi batuan dan mineral.Litosfera yang terdedah di permukaan bumi

telah membentuk daratan,iaitu benua dan pulau.Daratan ini meliputi 29% daripada permukaan

bumi.Litosfera yang tenggelam di bawah laut pula membentuk dasar laut.Permukaan laut

membentuk 71% daripada permukaan bumi.Ketebalan litosfera berbeza dari kurang 8 km di

bahagian dasar laut hingga lebih daripada 50 km di bahagian benua.Keadaan permukaan

litosfera yang pelbagai termasuk bentuk muka bumi seperti gunung,lurah,penara serta

pelbagai keadaan muka bumi dasar laut.

Sfera : Biosfera

Objek :

Nama Objek :

Penerangan : Biosfera terdiri daripada beraneka jenis hidupan,termasuk manusia,tumbuh-

tumbuhan,haiwan,dan hidupan seni seperti bakteria dan spora di lapisan atmosfera

,litosfera,dan hidrosfera.Antara contoh tumbuhan termasuk herba,rumput,rumpai,dan lumut


laut.Tumbuhan ini merupakan sumber makanan dan membentuk habitat bagi kebanyakan

haiwan.Contoh haiwan termasuk hidupan seperti binatang,burung,serangga dan ikan.

KESIMPULAN
Menurut Chorley dan Kennedy (1971), sistem merupakan satu set himpunan objek

yang bersruktur , berkait antara satu sama lain supaya dapat bertindak sebagai satu operasi

bersama-sama sebagai satu organisasi yang kompleks. Angkubah-angkubah tersebut saling

bergantung antara satu sama lain iaitu komponen atmosfera, litosfera, hidrosfera dan biosfera.

Setiap komponen tersebut memainkan peranan yang penting kepada alam sekitar

khususnya hidupan biotik dan abiotik . Atmosfera amat penting sebagai medium utama

kepada hidupan dengan membekalkan gas oksigen dan karbon dioksida. Litosfera pula amat

penting sebagai habitat atau tempat tinggal bagi hidupan biotis dan abiotis. Manakala

hidrosfera pula penting sebagai sumber air yang menjadi keperluan asas dalam kehidupan

manusia. Akhir sekali ialah komponen biosfera yang berfungsi sebagai pelengkap untuk

menyeimbangkan system di bumi. Keempat-empat system ini saling berinteraksi dan saling

bergantung antara satu sama lain.

Namun begitu, gangguan yang berlaku kepada salah satu komponen tersebut akan

turut menjejaskan komponen yang lain. Kesan-kesan negatif yang disebabkan oleh aktiviti

manusia harus diambil serius dan perlu ditangani dengan segera supaya keseimbangan alam

sekitar dapat terus dipelihara. Oleh itu, marilah kita bersama-sama menjaga dan memelihara

alam sekitar.

You might also like