You are on page 1of 20

KAEDAH POINT CROSS UNTUK MENGHASILKAN PERMANDANGAN LUKISAN

PERSPEKTIF SATU TITIK LENYAP


Oleh : Asyrafuad Bin Mohd Kobri
SK RTP Bukit Goh, Kuantan

1.0

PENDAHULUAN
Kerjaya pendidik adalah sangat mencabar pada abad ke 21 ini. Selama 12 tahun

berkhidmat sebagai guru dan pengalaman yang ada saya dapati permasalahan kepada murid tetap
ada terutamanya dalam subjek pendidikan seni visual. Seperti yang termaktub dalam sukatan
pelajaran, terdapat empat bidang yang wajib dikuasai oleh murid iaitu bidang menggambar,
membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan dan yang terakhir ialah mengenal
kraf tradisional.
Salah satu masalah yang dapat saya kesan berdasarkan pemerhatian sewaktu mengajar di
dalam kelas ialah dalam bidang menggambar. Bidang menggambar adalah bidang yang paling
tidak digemari oleh murid terutamanya dalam bentuk lukisan permandangan. Ini kerana lukisan
dalam bentuk permandangan alam sekitar terlalu kerap dilukis yang diarahkan oleh guru
daripada peringkat pra sekolah hinggalah ke tahun enam. Masalah ini mungkin disebabkan oleh
faktor guru yang bukan opsyen dan kurang ilmu dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan
seni visual. Selain itu teknik dan kaedah yang tidak betul juga membuatkan murid berasa
tertekan dan mula tidak mahu meneruskan aktiviti tersebut.
Di sekolah Kebangsaan RTP Bukit Goh, saya telah diamanahkan untuk mengajar subjek
Pendidikan Seni Visual bagi murid tahun 4 Ibnu Abbas. Dalam kelas ini kebanyakannya ada
bakat dan ilham untuk melukis gambar permandangan tetapi didapati susun atur gaya

persembahan kurang menarik dan berterabur

contohnya dari segi imbangan, penggunaan

perspektif satu titik lenyap dan juga lukisan landskap dengan permandangan aras mata contohnya
mata manusia, mata katak dan juga permandangan mata burung. Oleh itu saya terpanggil untuk
memperkenalkan satu kaedah dan teknik yang dapat meransang dan menarik minat murid tahun
empat untuk mengenal dan seterusnya menghasilkan permandangan lukisan perspektif dengan
menggunakan satu titik lenyap dengan mudah dan berkesan.
Pertama kali mengajar kelas tahun 4 bagi bidang menggambar, saya berasa amat teruja
untuk memperkenalkan aktiviti lukisan perspektif 1 titik lenyap yang akan dijalankan. Ini kerana
pada hemat saya murid akan berasa seronok untuk menghasilkan lukisan permandangan 1 titik
lenyap. Tetapi sangkaan saya meleset sama sekali apabila terdapat segelintir murid yang tidak
menunjukkan minat dan tindakbalas yang baik sewaktu sesi penerangan tajuk, alat dan bahan
yang dijalankan. Murid lebih berminat kepada lukisan bebas dalam bentuk objek ataupun figura
yang diminati oleh mereka. Saya juga mendapati murid tidak tahu dan menyatakan penggunaan 1
titik lenyap dan tidak dapat mengimaginasinya kerana tidak dapat pendedahan yang sewajarnya
dari segi teori dan juga amali.
Setelah membuat pemerhatian dan berfikir secara mendalam, saya dapati terdapat
beberapa faktor yang menyebabkan masalah ini terjadi. Faktor dalaman pada hemat saya
melibatkan guru dan murid itu sendiri. Mungkin juga terdapat kelemahan dan kelompangan
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Kebanyakkan guru yang mengajar
pendidikan seni visual adalah bukan opsyen dan tidak menekankan bidang menggambar dengan
baik terutamanya dari segi ilmu penyampaian. Ketidaksediaan guru dari segi pengalaman, ilmu
penyampaian dari segi teori dan pelaksanaan dari segi amali akan menjejaskan aktiviti
menggambar terutama sekali dengan penggunaan satu titik lenyap untuk menghasilkan landskap

permandangan dengan lebih baik dan berkesan. Selain itu, aspek kemahiran melukis dan tahap
psikomotor halus murid yang lemah mungkin sedikit sebanyak mengakibatkan murid tidak mahu
turut serta dan terlibat secara aktif dalam aktiviti ini.
Faktor luaran mungkin disebabkan oleh lokasi sekolah yang terletak di kawasan bandar.
Sokongan dan galakan yang kurang daripada ibubapa mendorong murid untuk tidak meminati
bidang menggambar dalam bentuk lukisan. Ibubapa yang sangat sibuk dan kadangkala kurang
memberi perhatian pada matapelajaran seni disebabkan subjek ini tidak termasuk dalam ujian
UPSR di sekolah.
Setelah sesi pengenalan tajuk, alat dan bahan dilakukan , saya beralih pula kepada
penerangan dalam bentuk teori. Sebahagian daripada murid memberi perhatian dan selebihnya
terpinga-pinga dan jelas keliru. Saya sehabis baik memberi penerangan dan seterusnya bertindak
dari segi amali supaya murid faham dan mudah mengikuti aktiviti tersebut. Dalam penggunaan
bahan, kaedah demontrasi sangat sesuai digunakan oleh guru pendidikan seni visual secara lebih
berkesan. Dalam buku Arts Education : Strategies of Teaching olah Mark Luca Dan Robert Kents
(1968) katanya:
Demontration and any information regarding materials and technique usually short
precede the motivation of the lesson so that, fired up, the student can launch directly into their
work
Wan Md Hatta (2011) mengatakan demontrasi ialah kaedah pengajaran yang memusatkan
guru atau aktiviti di mana seseorang menunjukkan cara melakukan atau menghasilkan sesuatu di
hadapan murid dalam sesi pengajaran. Melalui kaedah ini murid dapat membuat pemerhatian dan
menjana idea bagaimana sesuatu karya itu dihasilkan. Maka aktiviti yang bakal dijalankan dapat

dibuat dengan lancar dan murid dapat melakukan aktiviti dengan lebih berkesan, kemas dan
seterusnya mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.
Semasa aktiviti murid berlangsung, saya membuat pemerhatian dan penilaian terhadap
hasil kerja mereka. Keputusan yang diperolehi agak membimbangkan di mana seramai 23
daripada 32 murid tidak dapat mengaplikasikan penggunaan lukisan perspektif satu titik lenyap.
Murid tidak ada idea dan juga tidak boleh mengimaginasikan landskap permandangan dengan
baik. Kelemahan murid sangat dibimbangi kerana hasil lukisan murid tiada titik lenyap, tiada
imbangan, jarak dan saiz sesuatu objek tidak dilukis mengikut perspektif serta penggunaan unsur
seni dan prinsip rekaan tidak diguna pakai.
Justeru itu, saya telah berusaha menggembleng idea dan tenaga untuk mencari satu jalan
penyelesaian untuk membantu dan membimbing murid-murid tahun 4 ini untuk mengenal dan
seterusnya menghasilkan permandangan lukisan perspektif dengan menggunakan satu titik
lenyap.

2.0

FOKUS KAJIAN
Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang

mengikut fitrah semulajadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni visual yang dihasilkan
berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak.
Sudah menjadi kebiasaan murid membuat kerja seni tangan dengan kadar kelajuan yang
lambat dan kadangkala melebihi masa yang telah ditetapkan. Sebagai seorang guru saya
berperanan dan bertanggungjawab untuk mengubah persepsi dan prestasi murid. Lukisan
permandangan dengan menggunakan 1 titik lenyap adalah sangat senang untuk dilukis. Tetapi
oleh kerana kekangan tertentu aktiviti lukisan ini menjadi bosan, lambat dan tidak menarik minat
murid.
Ketika pelaksanaan melukis gambar permandangan bagi tahun 4, murid mengalami
masalah menentukan titik lenyap dan sebahagiannya hampir tiada titik lenyap. Oleh kerana tiada
titik lenyap maka lukisan yang dihasilkan tidak menyeronokkan mata memandang kerana objek
yang dilukis tidak mengikut jarak dan saiz yang relevan contohnya objek yang dekat pada mata
kelihatan besar dan jelas manakala objek yang jauh kelihatan mengecil dan kurang jelas sehingga
kepada titik lenyap. Apa yang telah terjadi dan terhasil agak merunsingkan pengkaji.
Mengenai lukisan permandangan 1 titik lenyap ini, pengkaji hanya menfokuskan
penggunaan 1 titik lenyap sahaja dimana ianya berada ditengah-tengah kertas lukisan. Ia adalah
sebagai asas untuk mengenali dan mempelajari lukisan landskap dangan menggunakan 1 titik
lenyap. Pengkaji akan memperkenalkan satu kaedah yang dicipta untuk menghasilkan lukisan
perspektif 1 titik lenyap yang diberi nama POINT CROSS.
POINT CROSS bermaksud satu titik di tengah kertas lukisan dan kemudian satu
garisan akan merintangi dan berfokus pada titik yang dikatakan sebagai titik tengah. Kaedah ini

sangat senang diikuti dan menjadi panduan mudah bagi murid yang ingin membuat lukisan
landskap permandangan yang mempunyai satu titik lenyap. Untuk menghasilkan kaedah ini
pertamanya pra ujian perlu dilaksanakan. Saya telah membuat persampelan bagi satu kelas untuk
melihat permasalahan yang dikaji. Murid akan dibekalkan kertas lukisan dan perlu melukis
lukisan permandangan yang mempunyai empat unsur alam yang utama sebagai asas iaitu sungai,
sawah padi, bukit dan langit. Hasilnya murid akan melukis empat unsur alam berikut secara
bebas dan hampir tiada penggunaan titik lenyap.
Untuk mengatasi masalah ini, kaedah point cross difikirkan sesuai terutama murid tahap
2 kerana mereka sudah boleh melukis bentuk alam dengan lebih cermat, konsisten dan teratur.
Dengan ini saya telah mengambil keputusan mengambil 5 calon daripada kelas tahun 4 sebagai
responden untuk dijadikan sampel pengkajian. Saya akan menjalankan beberapa siri ujian bagi
mengenalpasti responden yang bermasalah untuk menghasilkan lukisan permandangan yang
menggunakan 1 titik lenyap.
Setelah itu, pengkaji akan memberikan responden alat dan bahan untuk melukis gambar
permandangan. Langkah pertama ialah untuk menghasilkan garisan titik lenyap, letakkan satu
titik di tengah-tengah kertas lukisan. Selepas itu lipat kertas lukisan tersebut secara mendatar dan
bersilang merintangi pada titik tengah yang dicipta itu tadi. Setelah dilipat buat garisan halus
pada kesan lipatan dan maka dengan itu terhasilah garisan yang mempunyai 1 titik lenyap.
Responden akan melukis unsur alam tersebut berdasarkan garisan 1 titik lenyap untuk dijadikan
panduan sapaya dapat dilihat dari segi kadar banding, saiz, jarak dan sebagainya subjek yang
dilukis.

Kaedah ini memudahkan para guru untuk mengajar dan mengawal pergerakan aktiviti
murid mereka. Apabila murid berjaya mengenal dan menguasai kemahiran melukis gambar
permandangan satu titik lenyap, mereka akan lebih kreatif lagi untuk mengaplikasikannya.

3.0

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian tindakan adalah untuk :


1. Mengenalpasti kaedah yang digunakan untuk menghasilkan lukisan perspektif 1 titik lenyap.
2. Meningkatkan kemahiran melukis permandangan perspektif 1 titik lenyap dengan kaedah
yang dicadangkan.
3. Mengaplikasi kaedah yang dicadangkan untuk menghasilkan lukisan permandangan
perspektif 1 titik lenyap dengan betul.

4.0

SOALAN KAJIAN

Persoalan yang terdapat dalam kajian tindakan.


1. Apakah kaedah yang digunakan untuk menghasilkan lukisan perspektif 1 titik lenyap?
2. Adakah kaedah yang digunakan dapat meningkatkan kemahiran melukis permandangan
perspektif 1 titik lenyap ?
3. Bagaimanakah mengaplikasikan

kaedah

permandangan perspektif 1 titik lenyap?

yang

dicadangkan

untuk

menghasilkan

5.0

KUMPULAN SASARAN

Responden yang dipilih bagi kajian ini ialah seramai 5 orang murid tahun 4 di SK. RTP Bukit
Goh. Mereka dipilih berdasarkan pemerhatian, hasil karya serta dapatan dari sesi temubual yang
telah dijalankan. Antara murid yang terlibat dalam kajian ini ialah :

Bil

Nama pelajar

Jantina
L

1
2
3
4
5

Responden A
Responden B
Responden C
Responden D
Responden E
JUMLAH

Prestasi akedemik

/
/
/
/
3

Jawatan

/
2

Pengawas sekolah
Pengawas pusat sumber
Ketua kelas
Murid biasa
Murid biasa

Cemerlang
Cemerlang
Cemerlang
Sederhana
Sederhana

Jadual 6.1 : Bilangan responden yang mengikuti aktiviti

6.0

PERANCANGAN PELAKSANAAN TINDAKAN

6.1

PERANCANGAN TINDAKAN

Berdasarkan permasalahan yang telah dikenalpasti, terdapat kaedah yang boleh digunakan untuk
mengatasi masalah menghasilkan lukisan permandangan dengan menggunakan 1 titik lenyap.

FOTOGRAFI
PEMERHATIAN DAN TEMUBUAL
KAEDAH POINT CROSS

PENGUMPULAN DAN PENILAIAN


HASIL KERJA

PEMERHATIAN DAN TEMUBUAL

UJIAN PRA

LUKISAN PERSPEKTIF SATU TITIK LENYAP


KAEDAH POINT CROSS UNTUK MENGHASILKAN PERMANDANGAN
Rajah 7.1 (A): Perancangan Langkah Tindakan
TINDAKAN
Dalam jangka masa sebulan
Menjalankan 1 kaedah dalam 1 minggu
PENGUMPULAN DATA
Ujian Pra dan Pasca
Pemerhatian
Senarai semak
Fotograf
Pengumpulan hasil karya murid

PERANCANGAN
Kaedah point cross.

MENGENALPASTI ASPEK AMALAN


alisis data secara deskriptif terhadapMemilih
hasil kaedah
5 murid yang
sebagaidijalankan.
responden yang tidak dapat menghasilkan lukisan perspektif 1 titi

seperti dalam gambarajah berikut.


Penyelidikan ini mengaplikasikan model kajian tindakan oleh Kemmis dan Taggart (1992)

PENGUMPULAN DAN PENILAIAN


HASIL KERJA

UJIAN PRA

PENGUMPULAN DAN PENILAIAN


HASIL KERJA

PEMERHATIAN DAN TEMUBUAL

ANALISIS DATA
REFLEKSI

Rajah 7.1(b): Carta alir perancangan perlaksanaan kajian

6.1.1

KAEDAH CROSS POINT

Selepas menjalani ujian pra, kaedah CROSS POINT ini akan dijalankan secara
berperingkat ke atas responden. Kaedah ini diyakini dapat membantu masalah yang dihadapi
murid mengenalpasti, meningkatkan kemahiran dan mengaplikasi kaedah yang digunakan untuk
menghasilkan lukisan perspektif 1 titik lenyap.
BIL
AKTIVITI
1.
Membuat garisan yang membentuk titik
lenyap pada kertas lukisan.

LANGKAH DAN HASIL KERJA


a. Kertas lukisan disediakan
c. Buat 1 titik ditengah-tengah kertas lukisan
e. Lipat kertas secara horizontal, vertical, dan
secara menyilang. Pastikan setiap lipatan

berpandukan kepada titik tengah


g. Gariskan kertas lukisan mengikut garisan
lipatan itu tadi dengan menggunakan
garisan halus.
2.

Melukis unsur / objek pada kertas


lukisan ( Unsur asas yang terdapat pada
permandangan.)

a. Melukis unsur alam semulajadi


Bukit
Sawah padi
Langit
Sungai
b. Pastikan murid melukis empat unsur alam
tersebut dengan kadar banding ,
keseimbangan, jarak dan saiz serta
permandangan lukisan aras mata yang
betul.

3.

Melukis gambar permandangan


berdasarkan penglihatan dan
pengalaman murid secara bebas untuk
melihat perubahan tingkahlaku.

Murid melukis gambar permandangan


berdasarkan pengalaman dan penglihatan
mereka contohnya permandangan ditepi
sungai, di kampung halaman, kotaraya dan
sebagainya. Murid akan melukis secara kreatif
berpandukan lukisan perspektif 1 titik lenyap
?

6.2

PERANCANGAN CARA MENGUMPUL DATA


Dalam kajian ini, terdapat dua jenis ujian yang dijalankan oleh pengkaji terhadap

responden iaitu Ujian Pra dan Pasca. Tujuan utama kedua-dua ujian ini dijalankan adalah
bertujuan untuk membandingkan jumlah dapatan skor yang bakal diperolehi oleh responden
sepanjang menjalani proses kajian yang melibatkan tempoh masa sebelum dan selepas kaedah
CROSS POINT dijalankan. Perbandingan skor markah yang diperolehi adalah bertujuan untuk
melihat sejauh mana keberkesanan kaedah yang dirancangdalam membantu murid menghasilkan

lukisan permandangan perspektif satu titik lenyap dengan mudah dan berkesan. Melalui ujian
yang dijalankan juga, pengkaji dapat menilai sama ada kaedah yang dirancang berjaya atau pun
tidak.
Ujian pra dijalankan pada peringkat awal kajian bagi membuat pemerhatian dan
penilaian awal berkait dengan isu permasalahan yang berlaku. Ujian pra dijalankan dengan
pengkaji mengedarkan sehelai kertas dan meminta murid melukis gambar permandangan yang
mempunyai unsur semulajadi seperti langit, bukit, dawah padi dan sungai. Murid akan
menghasilkan sendiri lukisan tersebut mengikut pengalaman dan pemerhatian mereka tanpa
dibantu dengan sebarang penjelasan arahan dan tunjukcara. Hasil karya akan dikumpul dan
dinilai bagi mengenalpasti punca sebenar kepada permasalahan tersebut. Sesi temubual ringkas
bersama responden turut dijalankan setelah sesi ujian dibuat bagi mendapatkan data secara
langsung.
Ujian pasca dijalankan selepas kaedah CROSS POINT diperkenalkan. Ujian ini
diadakan bagi menguji keberkesanan kaedah yang dirancang dalam membantu murid mengenal
dan menghasilkan lukisan perspektif satu titik lenyap dengan mudah dan berkesan. Kesemua
lima responden yang dipilih oleh pengkaji akan menjalani ujian ini dan hasil karya akhir mereka
dihasilkan. Sesi temubual ringkas turut dijalankan kali ini bagi mengenalpasti pandangan murid
terhadap kaedah yang dijalankan samada membantu mereka ataupun tidak.

6.2.1

TEMUBUAL

Temubual merupakan satu instrument pengumpulan data yang amat penting kerana
dapat membantu pengkaji meneroka dan mendapatkan maklumat kajian secara mendalam. Sesi

temubual dijalankan secara face to face antara pengkaji dan responden membantu pengkaji
mendapatkan maklumat yang tidak dapat diperolehi melalui kaedah pemerhatian mahupun
dokumentasi. Temubual juga membolehkan pengkaji mendapatkan jawapan yang tepat dari
responden seterusnya memudahkan proses menganalisis data.

6.2.2

FOTOGRAFI PEMERHATIAN TIDAK BERSTRUKTUR

Penggambaran turut digunakan sebagai kaedah pengumpulan data dalam kajian ini.
Melalui gambar pengkaji dapat mengesan data-data perlakuan responden yang mungkin gagal
dikesan oleh pengkaji secara langsung ketika kaedah dijalankan. Melihat gambar membolehkan
pengkaji mendapatkan gambaran yang lebih menyeluruh dan memudahkan pengkaji dalam
membuat pemerhatian.

6.3

PERANCANGAN CARA MENGANALISIS DATA


Data yang telah dikumpul akan dianalisis untuk mengenalpasti masalah-masalah yang

dihadapi dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta mengenalpasti perkembangan tahap
kemahiran murid yang dipilih dalam mengaplikasikan kaedah CROSS POINT membantu
masalah yang dihadapi murid mengenalpasti, meningkatkan kemahiran dan mengaplikasi kaedah
yang digunakan untuk menghasilkan lukisan perspektif 1 titik lenyap. Data yang diperolehi akan
dipersembahkan di dalam bentuk yang sesuai seperti jadual, carta dan sebagainya.

6.3.1

MENGANALISIS DATA UJIAN PRA

Bagi menjalankan analisis bagi ujian pra, satu senarai tahap penguasaan disediakan
bagi mengkelaskan tahap kebolehan mereka dalam mengaplikasikan kaedah POINT CROSS.
Senarai tahap ini digunakan dalam proses pemerolehan data bagi ujian pra.
HASIL LUKISAN
Tiada lukisan perspektif satu titik
lenyap
Lukisan mempunyai perspektif satu
titik lenyap tatapi visual/ subjek yang
dilukis berterabur dan kurang
mengaplikasikan satu titik lenyap.
Penggunaan kadar banding, saiz dan
jarak tidak sempurna.
Lukisan mempunyai perspektif satu
titik lenyap dengan visual/ subjek
yang dilukis dengan kemas serta
penggunaan kadar banding, saiz dan
jarak sempurna.

PENYATAAN
Tahap penguasaan dan
pengetahuan murid tentang
konsep visual sangat lemah
Tahap penguasaan dan
pengetahuan murid tentang
konsep visual adalah sederhana

Tahap penguasaan dan


pengetahuan murid tentang
konsep visual adalah sangat
baik

ARAS
PEMAHAMAN
Aras
1
Aras
2

Aras
3

6.3.2 MENGANALISIS DATA UJIAN PASCA


Ujian pos dianalisis dengan menggunakan instrumen yang sama dengan ujian pra iaitu

jadual tahap kebolehan responden. Selepas kajian dilaksanakan, senarai tahap kebolehan
responden ini sekali lagi akan diisi berdasarkan perubahan pencapaian responden dalam
mengenal dan menghasilkan lukisan perspektif denga satu titik lenyap menggunakan kaedah
CROSS POINT
HASIL LUKISAN
Tiada lukisan perspektif satu titik
lenyap

PENYATAAN
Tahap penguasaan dan
pengetahuan murid tentang

ARAS
PEMAHAMAN
Aras
1

konsep visual sangat lemah


Tahap penguasaan dan
pengetahuan murid tentang
konsep visual adalah sederhana

Lukisan mempunyai perspektif satu


titik lenyap tatapi visual/ subjek yang
dilukis berterabur dan kurang
mengaplikasikan satu titik lenyap.
Penggunaan kadar banding,
keseimbangan, saiz dan jarak tidak
sempurna.
Lukisan mempunyai perspektif satu
titik lenyap dengan visual/ subjek
yang dilukis dengan kemas serta
penggunaan kadar banding, saiz dan
jarak sempurna.

Tahap penguasaan dan


pengetahuan murid tentang
konsep visual adalah sangat
baik

Aras
2

Aras
3

6.3.3

MENGANALISIS PEMERHATIAN

Analisis pemerhatian tidak berstruktur adalah cara pengumpulan data yang membantu
saya untuk menganalisis hampir kesemua langkah dalam kajian ini. Pemerhatian dilakukan
semasa responden melaksanakan ujian pra, ketiga-tiga kaedah dan ujian pasca di samping
pemerhatian terhadap responden.
Pemerhatian yang dilakukan akan direkodkan di dalam satu boring untuk dianalisis.
Borang akan dibuat mengikut langkah kaedah. Hal ini adalah untuk memudahkan saya melihat
perkembangan responden dalam melaksanakan setiap langkah. Berdasarkan pemerhatian, saya
akan memberikan skor kepada responden.
SKOR
1
2
3

KETERANGA
N
Lemah
Sederhana
Baik
?

6.3.4

MENGANALISIS BORANG SOAL SELIDIK

Dalam kajian ini, saya akan menganalisis data yang diperolehi secara manual iaitu
berbentuk skor. Setelah responden menanda pernyataan yang terdapat dalam borang soal selidik
berkenaan, saya perlu menganalisis bagi mendapatkan jumlah skor.

7.0

JADUAL PERLAKSANAAN KAJIAN


BULAN

OGOS

AKTIVITI

SEPTEMBER
4

MINGGU
Menjalankan prosedur
persampelan
Mengumpul data awal
(ujian pra)
Mengumpul data kajian
Mengumpul data akhir
Menganalisis data
Mengadakan perbincangan dapatan
kajian
Menulis laporan kajian
Menghantar penulisan laporan

Jadual Pelaksanaan Kajian (Carta Gantt)

OKTOBER
1

8.0

BI
L
1.
2.
3.
4.
5.

KOS KAJIAN

ITEM
Kertas lukisan
Pensel
Pemadam
Pembaris
Hadiah ( ganjaran )

KUANTITI
1 (20 sheet)
1 kotak (12 btg)
5
5
5 orang
?

9.0

BIBLIOGRAFI

HARGA SEUNIT
JUMLAH (RM)
(RM)
4.50
4.50
5.00
5.00
0.80
4.00
1.00
5.00
4.00
20.00
JUMLAH
38.00

Buku
Kementerian Pendidikan Malaysia. (1994). Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kuala
Lumpur : Pusat pembangunan Kurikulum.
Mohd Johari Ab Hamid. (2004). Asas Seni Visual. Tanjung Malim : Universiti Pendidikan
Sultan Idris.
Mazlan Mohamad. (1996). Pendidikan seni 1, Prinsip Pendidikan seni. Selangor
kumpulan Budiman Berhad.
Kementerian Pendidikan Malaysia.( 2010 ). Kurikulum Standard Sekolah Rendah Seni
Visual Tahun 4. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum
Chow Fook Meng PhD, Jaizah Mahamud (2011) Kajian Tindakan: Konsep dan Amalan
Dalam Pengajaran. Penerbitan Multimedis Sdn. Bhd.

Penulisan Masalah kajian dlm fokus kajian perlu lebih


jelas dan detail.
PASTIKAN RUJUKAN YANG DINYATAKAN ADA
DALAM PENULISAN
POINT CROSS ATAU CROSS POINT...kenapa huruf
kecil dan besar tidak konsisten.
semak penulisan...jarak huruf dsb.
ada terdapat jadual yang tiada nama
Gaya penulisan rujukan/bibliografi sila rujuk APA
semak perenggan penulisan.
kalau perkataan B.I perlu condong tak atau bold?

KAEDAH CROSS POINT penulisan tindakan/kaedah perlu lebih detail dan jelas

perbaiki jadual pelaksanaan kajian supaya tepat.


semak keseluruhan....ada sesetengah sub bab agak
ringkas penulisan.
keseluruhannya penulisan baik.

You might also like