You are on page 1of 4

Peraturan Makmal Contoh Peraturan Makmal KomputerPeraturan makmal

diwujudkan untuk: Memaksimumkan penggunaan Meminimumkan risiko


penyelewengan dan kerosakan Mewujudkan suasana yang selamat dan selesa untuk
pengajaran dan pembelajaran Panduan untuk penggunaan ramai.Berikut adalah
beberapa peraturan yang perlu dipatuhi oleh semua pengguna makmalkomputer:
Dilarang membawa beg, makanan atau minuman ke dalam makmal. Dilarang
membawa sebarang cakera perisian luar ke dalam makmal kecuali dengan keizinan
Penyelaras ICT. Disket dari luar boleh dibawa masuk tetapi hendaklah diimbas
terlebih dahulu. Dilarang membawa keluar sebarang perkakasan atau perisian dari
makmal kecuali dengan keizinan Penyelaras ICT. Pelajar dilarang melaraskan
pendingin hawa. Tidak dibenarkan memakai kasut di dalam makmal. Pelajar tidak
dibenarkan masuk ke dalam makmal tanpa guru pengawas. Semua pengguna
komputer adalah dilarang sama sekali mengusik atau mengubah sebarang
sambungan wayar pada komputer. Jika terdapat sebarang bunyi yang ganjil, bau
benda terbakar, bahagian komputer terlalu panas atau sebarang yang disyaki tidak
normal, laporkan segera kepada guru yang bertugas. Padamkan mana-mana suis
yang perlu. Laporkan sebarang kerosakan perkakasan atau perisian kepada guru
yang bertugas. Tidak dibenarkan membawa liquid paper.

2. TrioBM2u.blogspot.com Dilarang membuat bising di dalam makmal.


Dilarang mencetak, mengedar dan menampal bahan yang mengandungi unsur lucah,
menghina atau menfitnah pihak tetrtentu. Dilarang mengubah sebarang settings
dalam komputer. Dilarang mengubah atau menambah perisian dan perkakasan.
Semua hasil kerja hendaklah disimpan dalam disket dan tidak boleh disimpan dalam
cakera keras. Peralatan seperti LCD dan printer hanya boleh dikendalikan oleh guru.
Guru yang bertanggungjawab membawa pelajar atau kelas ke makmal komputer
hendaklah merekod penggunaannya dalam buku log makmal. Pengguna hendaklah
merekod penggunaan buku log komputer. Pengguna hendaklah sentiasa menjaga
kebersihan Makmal Komputer.Sistem Fail Pekeliling Pekeliling yang berkaitan dengan
program ICT Kementerian Pelajaran Malaysia ( lihat folder Pekeliling ) Surat menyurat
Surat-surat yang berkaitan dengan ICT sekolah dari pihak kementerian, jabatan,
pejabat pelajaran daerah mahupun dari syarikat luar/swasta. Surat dari sekolah halhal berkaitan ICT Perkembangan Staff Laporan perkembangan staff/in-house training
yang diadakan. Senarai kehadiran perkembangan staff/in-house training Jadual
waktu penggunaan Jadual waktu penggunaan makmal komputer untuk tahun
semasa. Fail mesyuarat Minit mesyuarat yang dijalankan atau yang dihadiri. Minit
curai mesyuarat

3. Rekod buku pelawat Setiap pelawat yang mengunjungi makmal diminta


mengisi buku pelawat Rekod Penggunaan Bahan Sediakan juga rekod penggunaan
bahan yang berada dalam makmal Rekod penggunaan Komputer Semua komputer
diletakkan buku rekod penggunaan dan pengguna dimestikan mengisi rekod Rekod

penggunaan makmal Sila pastikan rekod penggunaan makmal diisi oleh guru-guru
dan murid/pelajar sepanjang masa TrioBM2u.blogspot.comINVENTORI Buku
stok/rekod bekalan pejabat Buku stok/rekod bekalan pejabat diperolehi dari pejabat
sekolah Kad inventori (kew312) Semua peralatan yang berada dalam makmal
komputer telah didaftarkan dalam kad inventori Semua kad inventori yang telah diisi
dengan sempurna hendaklah dimasukkan di dalam fail tegak Senarai inventori
Senaraikan semua peralatan yang telah didaftarkan dan dicetak serta dipamerkan
dalam fail inventori Buku laporan penyelenggaraan Sediakan satu buku
penyelenggaraan peralatan makmal komputer dan catatkan sekiranya ada
penyelenggaran dijalankan (Pihak Syarikat Warisan Nusa juga ada membekalkan
buku penyelenggaraan peralatan ICT sila pastikan buku tersebut berada dalam
makmal komputer sepanjang masa dan senang diakses.) Buku pinjaman alatan Sila
sediakan buku pinjaman jika ada individu yang bercadang menggunakan peralatan
ICT di luar makmal komputer Label Labelkan semua peralatan ICT dalam makmal
komputer mengikut daftar inventori yang telah dibuatPENGGUNAAN MAKMAL

4. Plan kecemasan Pelan pengosongan bangunan perlu dipamerkan dalam


Makmal Komputer.LANGKAH-LANGKAH KESELAMATANKESELAMATAN FIZIKAL
SECARA UMUM Kunci : Setiap kunci perlu dilabel dengan jelas Kunci disimpan oleh
Pengetua atau Guru Besar dan Penyelaras ICT sahaja. Buku log untuk rekodkan
pengguna kunci. Akses Pelawat : Hanya mereka yang diberi kuasa sahaja dibenarkan
memasuki bilik berkenaan, khasnya bilik Pelayan. Penyelaras ICT mesti menemani
pelawat mengunjungi bilik bawah kawalan beliau. Elektrik : Pastikan Bilik Pelayan
berada dalam bagunan perlindungan pengalir kilat. Peralatan Dilarang memasang
atau membaiki sendiri komputer atau peralatan yang ada tanpa kebenaran dan
penyeliaan penyelaras ICT Dilarang memasang perisian pihak ketiga seperti screen
servers, perisian utility untuk mengelakan perubahan konfigurasi sistem. Perubahan
ini mungkin akan menjejaskan aplikasi yang dipasang. Dilarang mematikan pelayan
atau perkakasan rangkaian yang telah dipasang supaya operasi tidak terganggu.
Dilarang mematikan penghawa dingin di Bilik Pelayan supaya tahap kepanasan dan
pemeluwapan tidak berlaku Dilarang membuka atau mengalih perkakasan dari
tempat asal tanpa penyeliaan Penyelaras ICT untuk mengelakan kerosakan
disebabkan oleh salah pengendalian Dilarang menyerkup komputer semasa kuasa
dihidupkan untuk mengelakan terlampau panas.
TrioBM2u.blogspot.comKESELAMATAN

5. TrioBM2u.blogspot.com Setiap komputer dan pelayan perlu dilindungi oleh


satu alat Uninterupted Power Supply Peralatan ICT perlu dilindungi oleh pencegah
kilat. Label Setiap peralatan dan kabel perlu dilabel. Pencegahan Kebakaran Setiap
bilik pelayan, makmal, pusat sumber yang ada komputer perlu mempunyai alat
bantuan awal pemadam api jenis CO2. Setiap pengesan kebakaran perlu dipasang
dan sentiasa berada dalam keadaan baik. Makanan Dilarang membawa masuk

makanan dan minuman ke dalam Bilik Pelayan.KESELAMATAN FIZIKAL TAMBAHAN


DI BILIK PELAYAN (SERVER ROOM) Bilik Bilik Pelayan hendaklah sentiasa berkunci
Kunci Buku log untuk rekodkan pengguna kunci Akses Pelawat Hanya mereka yang
diberi kuasa sahaja dibenarkan memasuki bilik Pelayan. Setiap pelawat dikehendaki
mengisi buku log kawalan akses. Contoh maklumat yang dicatat termasuk tarikh,
masa, nama, nombor Kad Pengenalan, jabatan, jawatan, tujuan lawatan, masa
masuk dan masa keluar serta masukan ruangan catatan jika perlu. Penyelaras ICT
mesti menemani pelawat yang mengunjungi bilik Pelayan setiap masa. Elektrik Setiap
pelayan perlu dilindungi oleh satu alat Uninterupted Power Supply. Pastikan pelayan
tidak berada betul-betul di bawah alat penghawa dingin.

6. TrioBM2u.blogspot.com Alat Penghawa Dingin Setiap bilik pelayan perlu


dipasang dengan sekurang-kurangnya dua (2) unit alat penghawa dingin yang
berfungsi secara bergilir- gilir selama 24 jam. Sekiranya penghawa dingin tidak
berfungsi atau sekiranya dibekalkan dengan satu unit alat penghawa dingin sahaja,
pelayan hendaklah shutdown apabila tidak diguna.KESELAMATAN FIZIKAL
TAMBAHAN DI MAKMAL KOMPUTER Akses Hanya mereka yang diberi kuasa
sahaja dibenarkan memasuki Makmal Komputer. Penggunaan makmal perlu diselia
sepenuh masa dan direkodkan dalam buku log termasuk penggunaan peralatan dan
internet. Elektrik Pastikan semua punca elektrik bagi semua peralatan dimatikan
sebelum meninggalkan makmal Alat Penghawa Dingin Setiap Makmal Komputer perlu
dilengkapi alat penghawa dingin.KECERIAAN Plan Makmal Sediakan pelan lokasi
setiap komputer dan lain-lain peralatan di Makmal Komputer Gambarajah infrastruktur
teknikal (Bilik Pelayan dan Makmal Komputer) perlu didokumenkan dan dipamerkan.
Susun atur perkakasan dalam makmal hendaklah mengikut pelan lokasi yang
dipamerkan. Sebarang perubahan tidak dibenarkan kecuali dengan kebenaran pihak
pentadbiran sekolah. Susun atur (kreativiti) Susun atur perkakas dalam makmal
komputer hendaklah mengikut kreativiti sendiri dan tidak menghalang peralatan yang
penting dalam makmal tersebut. Dilarang mengubah tempat dan kedudukan komputer
sepertimana yang telah ditetapkan dalam pelan asal makmal komputer.

7. TrioBM2u.blogspot.com Sudut Pembelajaran Terpulang kepada penyelaras


untuk menyediakan Sudut Pembelajaran mengikut subjek tertentu atau seperti yang
diarahkan dalam subjek ICTL (sekolah rendah sahaja) Kebersihan Kebersihan dalam
makmal perlu diutamakan terutama peralatan- peralatan komputer. Boleh melantik
murid/pelajar yang bertanggungjawab untuk menguruskan kebersihan dalam makmal
komputer.ETIKA PENGGUNAAN INTERNETPenggunaan Internet perlu mengambil
maklum bahawa adalah menjadi kesalahanuntuk: 1. Menyalur sebarang bahan
haram, lucah, mengancam, menekan, mengugut, menghina, memfitnah atau
menabur perasaan benci sesama rakyat Malaysia atau luar negara. 2. Menggalakkan
perilaku yang boleh menyebabkan kekacauan dan ketegangan di dalam dan di luar
negara serta perlanggaran undang-undang Malaysia dan antarabangsa. 3. Menganjur

perbuatan yang boleh membahayakan individu, organisasi atau masyarakat secara


keseluruhannya. 4. Menggalak, membangun atau menjalankan aktiviti haram seperti
skim cepat kaya, skim pyramid dan surat berantai dan lain-lain aktiviti yang dilarang
oleh Perlembagaan Malaysia. 5. E-mel 5.1 Menghantar iklan yang tidak dikehendaki
( unsolicited advertisement/ spam ) atau sebarang bentuk amalan perdagangan yang
mengelirukan ( deceptive marketing). 5.2 Melakukan pengeboman e-mel ( mail
bombing), iaitu secara sengaja membenjiri e-mel seseorang dengan menghantar emel yang sama atau bersaiz besar. 5.3 Menghantar mesej yang sama atau serupa
kepada banyak kumpulan berita ( newsgroup ). Perbuatan ini juga dikenali sebagai
newsgroup spam. 5.4 Memalsukan e-mel ( forged header ) bagi tujuan mengelirukan
penerima. 5.5 Melakukan aktiviti haram seperti mengambil, menyimpan dan
mengedar harta intelek, paten, rahsia perdagangan atau bahan yang dilindungi hak

8. TrioBM2u.blogspot.com ciptanya atau bahan yang salah di sisi undangundang negara dan antarabangsa.5.6 Menceroboh ( hacking ) sistem pengguna
individu, kumpulan atau organisasi yang lain. Perbuatan berikut dianggap sebagai
pencerohohan: a) Memasuki secara haram atau menyebabkan kesulitan kepada
komputer atau rangkaian komputer milik orang lain. b) Menghalang identity
pengesahan pengguna atau cirri-ciri keselamatan mana-mana komputer atau
rangkaian milik orang lain. c) Menyebabkan gangguan perkhidmatan kepada
komputer host ( to crash the host ).5.7 Memberi maklumat yang salah dan tidak benar
pada sebarang borang, kontrak atau permohonan atas talian, termasuk memalsukan
nombor kad kredit.5.8 Melaksanakan sebarang bentuk pemantauan rangkaian
( network monitoring ) bagi mencuri atau memintas data yang bukan ditujukan
kepadanya

You might also like