You are on page 1of 2

http://abdulraisothman.blogspot.com/2012/07/kelebihan-dan-kekurangan4-penggunaan.

html

Kelebihan dan kekurangan 4 penggunaan TMK dalam P&P:


1)Mod Tutorial
Kelebihan:
i) Boleh dilakukan secara individu ataupun berkumpulan
ii) Sesuai digunakan dalam kelas yang mengandungi jumlah murid yang
ramai
iii) Ia juga sesuai untuk kelas yang gurunya terpaksa bertugas di luar dan
diselia oleh guru ganti
iv) Pembelajaran menjadi lebih menarik
Kekurangan :
i) Guru perlu memeriksa terlebih dahulu perisian pendidikan tersebut
ii) Guru perlu menguasai kemahiran menggunakan alat-alat ICT kerana guru
dianggap sebagai role model kepada murid
iii) Terdapat sesetengah murid yang sukar menerima atau mengikut
pengajaran guru, guru terpaksa mengawal dua kumpulan yang berbeza
kemampuan penguasaan.
2) Mod Penerokaan
Kelebihan :
i) Murid mendapat peluang dan pengalaman sendiri mencari maklumat yang
dikehendaki
ii) Murid juga dapat menentukan hala tuju dan kemajuan pembelajaran
mereka
iii) Pembelajaran juga menjadi lebih menarik dan hebat
Kekurangan :
i) Guru perlu memantau aktiviti carian murid

ii) Sesetengah murid menyalahgunakan penggunaan ini kepada aktiviti


negative
iii) Kemungkinan kesilapan membuka laman web mahupun blog yang salah

3 ) Mod Aplikasi
Kelebihan :
i) Murid boleh memberikan tumpuan kepada aktiviti pembelajaran yang
praktikal
ii) Guru boleh mengemukakan masalah yang boleh mencabar minda murid
iii) Murid dapat meningkat kecekapan dan ketepatan hasil pembelajaran
Kekurangan :
i) Hanya murid yang menguasai kemahiran ini dapat mempraktikkannya
ii) Guru perlu prihatin terhadap kemampuan penerimaan seseorang murid

4) Mod Komunikasi
Kelebihan :
i) Boleh melaksana pembelajaran kolaboratif.
ii) Tingkat penglibatan murid dalam proses pembelajaran melalui peer
group yang bersifat global.
iii) Boleh melibat pakar di dalam dan luar negara dalam proses pembelajaran
Kekurangan :
i) Perlu mempunyai alat ICT yang sesuai untuk menggunakan teknik-teknik di
atas
ii) Teknik-teknik di atas boleh dijalankan bergantung kepada pihak
kedua.Maknanya,pihak kedua juga perlu mempunyai peralatan ICT.
Posted by abdulraisothman at 09:24

You might also like