You are on page 1of 30

Hak Asasi

kanak-kanak

Kanak-kanak merupakan modal insan penting kepada

negara.
Modal insan ini dapat dibangunkan kepada tahap
optimum melalui penyediaan persekitaran yang
selamat dan kondusif.
Sehubungan itu, perlindungan terhadap kanak-kanak
daripada pengabaian, penderaan, keganasan dan
eksploitasi adalah satu aspek penting dan hendaklah
diberi keutamaan.

Perlindungan dan Pengabaian


Perlindungan kanak-kanak merujuk kepada strategi

dan aktiviti untuk mencegah dan bertindak balas terhadap


pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi
terhadap kanak-kanak.
Pengabaian merujuk kepada kegagalan secara berterusan
dan serius untuk menyediakan keperluan asas fizikal,
emosi dan pembangunan dari segi kesihatan, pendidikan,
perkembangan emosi, nutrisi, tempat perlindungan dan
kehidupan yang selamat untuk kanak-kanak.
Pengabaian boleh mendedahkan kanak-kanak kepada
segala bentuk bahaya, termasuk mengancam nyawa
mereka.

DEFINISI
Membela, memberi naungan dan
memelihara hak kanak-kanak bagi
menjamin kehidupan mereka yang
sempurna.
Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991,

Setiap individu yang kurang daripada 18


tahun diketegorikan sebagai kanak-kanak

Perlindungan Kanak-kanak
Keganasan terhadap kanak-kanak termasuk

penderaan dan kecederaan fizikal dan mental,


pengabaian, eksploitasi dan penderaan seks yang
boleh berlaku di rumah, sekolah, rumah anak yatim,
kemudahan penjagaan berasrama, di jalanan, di
tempat kerja, di ruang siber dan juga di penjara dan di
pusat tahanan.

Perlindungan Kanak-kanak
Keganasan menjejaskan kesihatan fizikal dan mental

kanak-kanak, merosakkan keupayaan mereka belajar


dan bergaul, dan melemahkan perkembangan mereka
sebagai orang dewasa yang berfungsi dan ibu bapa
yang baik kemudian hari.
Dalam kebanyakan kes yang amat teruk, keganasan
terhadap kanak-kanak juga boleh membawa maut.

Peta konsep
Melindungi hak kanak-kanak

Membela

Memberi naungan

Memelihara hak
kanak-kanak

Kanak-kanak perlu dibimbing


Badan-badan swasta menjaga kanak-kanak
Kanak-kanak diiktiraf : berkat, imej,fikiran
Sediakan rumah kebajikan untuk kanak-kanak
yang terbiar dan teraniaya
Menyayangi anak-anak
Kanak-kanak tidak boleh jadi buruh

PETA KONSEP
BENTUK
a. Lisan
b. Bertulis

PENGIKTIRAFAN

BENTUK ANUGERAH
Anugerah Tunas Jaya Kebangsaan
Anugerah Kanak-kanak Khas Terbaik
Kebangsaan
Anugerah-anugerah ini diberikan
kepada kanak-kanak yang berjaya
dalam semua bidang, berpotensi,
berbakat dan menjadi contoh
kepada kanak-kanak lain.

TUJUAN
Melindungi hak kanak-kanak
Satu motivasi
Memperkembangkan bakat
Mewujudkan persaingan

PERINGKAT
a. Sekolah
b. Daerah
c. Negeri
d. Kebangsaan

Hak kanak-kanak menurut Deklarasi Hak Asasi


Kanak-kanak 20 November 1989,PBB.
Menikmati sepenuhnya semua hak tanpa perbezaan dan

diskriminasi.
Mendapat pelindungan, peluang, dan kemudahan
istimewa.
Mempunyai nama dan kewarganegaraan.
Makanan yang cukup, keselamatan sosial, tempat
kediaman, rekreasi, dan kemudahanperubatan.
Mendapat perlindungan istimewa apabila cacat.
Mendapat kasih sayang ibu bapa, jagaan, dan
perlindungan.
Mendapat perlindungan daripada kezaliman, eksploitasi
dan diskriminasi.

Penderaan kanak-kanak bermaksud dera ataupun

satu perbuatan zalim yang dilakukan kepada golongan


kanak-kanak. Biasanya ditakrifkan kepada mereka
yang berusia kurang daripada 18 tahun.
Penderaan kanak-kanak ini boleh dikelaskan kepada
beberapa jenis, antaranya ialah:Penderaan fizikal kanak-kanak.
Penderaan mental kanak-kanak.
Penderaan seksual kanak-kanak.

PENDERAAN FIZIKAL
Penganiayaan kanak-kanak bermaksud dera

ataupun satu perbuatan zalim yang di lakukan kepada


golongan kanak-kanak dengan tujuan mencederakan.
Ini termasuk penderaan kepada bayi yang mampu
menyebabkan sindrom mengoncang bayi.
Penderaan kanak-kanak secara fizikal merupakan
sesuatu yang kejam yang dilakukan oleh seseorang
dewasa dengan tujuan menyakiti kanak-kanak agar
kanak-kanak tersebut patuh, atau pendera tersebut
mengalami masalah mental, ataupun disebabkan bagi
memuaskan diri mereka secara psikologi

PENDERAAN MENTAL/EMOSI
Penderaan kanak-kanak secara emosi kurang

mendapat perhatian walaupun penderaan jenis ini


didapati kerap berlaku di kalangan kanak-kanak sama
ada secara berasingan atau bersama-sama dengan
jenis penderaan lain.
Penderaan emosi kerap terjadi dengan tidak ketara
tetapi kesannya terhadap perkembangan fizikal dan
mental di kalangan kanak-kanak sangat jelas sehingga
memerlukan rawatan perubatan.

PENDERAAN MENTAL/EMOSI
Penderaan emosi tidak dikenal pasti dengan baik

kerana tiada definisi menyeluruh yang boleh diterima


pakai di peringkat antarabangsa.
Ini menyebabkan kesukaran bagi seseorang untuk
bersetuju tentang maksud penderaan emosi.

SIKAP IBU BAPA


Pada masa kini, lima kategori sikap tingkah laku buruk

ibu bapa yang mampu dikelaskan sebagai penderaan


mental adalah :penolakan,
pengasingan,
menakutkan,
sikap tidak peduli
sikap merasuah fikiran.
Kelima- lima kategori sikap tingkah laku buruk ibu bapa
berlaku dalam keluarga normal dan tidak normal,
terutamanya dalam suasana kekeluargaan yang pincang.

KESAN PENDERAAN EMOSI


Dalam keadaan ini penderaan emosi adalah akibat

tertumpahnya masalah dan konflik orang dewasa


kepada kanak-kanak.
Jika tingkah laku tersebut berlaku secara berterusan ke
atas kanak-kanak yang berisiko sehingga
menyebabkan kecacatan psikologi dan emosi kanakkanak.
Kanak-kanak yang mengalami penderaan sebegini
telah menunjukkan pelbagai masalah sosial, emosi
dan pembelajaran yang serius, lebih daripada kesan
umum dalam persekitaran mereka.

Penderaan seksual kanakkanak


Merujuk kepada sebarang perlakuan individu yang

memaksa, memperdaya atau mengugut kanak-kanak


yang mendorong berlakunya hubungan seksual dengan
mereka, semata-mata untuk memuaskan nafsu seksual.
Penderaan seksual seorang kanak-kanak bawah umur
ioleh dewaasa, atau seseorang yang jauh lebuh tua atau
dalam kedudukan berkuasa atau mengawal kanakkanak, di mana kanak-kanak digunakan sebagai
stimulasi seksual bagi orang tersebut atau orang lain.

Penderaan seksual kanak-kanak mampu

menyebabkan kecederaan fizikal kepada kanak-kanak


dan kedua-dua kecederaan psychologikal dan emosi
bagi jangka pendek dan jangka panjang

Apakah yang perlu dibuat


apabila mereka memberitahu?
Bertenang
Kanak-kanak mungkin salah anggap kemarahan anda
terhadap penderaan yang berlaku kepada mereka
sebagai sesuatu yang menjijikkan.
Kesabaran anda dapat membantu mengembalikan
maruah mereka. Kata-kata yang meyakinkan seperti,
"Kanak-kanak lain juga ada mengalami pengalaman
yang sama" atau "Kita harus lakukan sesuatu," boleh
mendorong mereka untuk lebih bersikap terbuka.

Tegas
Kanak-kanak yang didera sering dikeliru dengan
perasaan mereka, akibat daripada manipulasi yang
dilakukan oleh pendera.
Mereka harus dibenarkan dan digalakkan untuk
menyatakan perasaan mereka.
Perasaan mereka haruslah dipandang serius dan tegas.
"Saya tahu ia bukan mudah untuk diterima", dan
"Awak memang berani untuk mendedahkannya"
dapat menyampaikan simpati, keprihatinan dan
sokongan yang diperlukan oleh kanak-kanak.

Membimbing kanak-kanak untuk menghadapi


situasi seterusnya
Kanak-kanak yang didera berasa tidak berupaya.
Mereka perlu tahu ada pihak yang sedia membantu.
Mereka juga harus diberitahu apa yang perlu
dilakukan, contohnya, bagaimana mengaitkan
kejadian itu, siapa yang harus diberitahu dan apakah
bantuan yang diperlukan

Sokongan
Bercakap tentang penderaan boleh menjadi traumatik
seperti mana kesan penderaan itu sendiri. Orang
dewasa harus memberi sokongan kepada kanakkanak, khususnya ketika mereka mula memberitahu.
bahawa anda sentiasa membantu selagi mereka
memerlukan anda, dan bersama-sama melaluinya.

Laporkan kes penderaan


Ini adalah salah satu langkah untuk mencegah kes
penderaan. Lagipun, ketahuilah bahawa setiap orang
mempunyai mandat untuk melaporkan semua kes
penderaan sahih atau disyaki dalam masa 48 jam.

PUNCA PENDERAAN
Penderaan kanak-kanak merupakan satu masalah

perubatan dan sosial yang berlaku di seluruh dunia.


Punca penderaan
1. ibu bapa kurang mendapat sokongan sosial seperti
mempunyai pendapatan dan pendidikan rendah,
suasana persekitaran adalah tidak stabil,
ibu merupakan penjaga tunggal,
tiada tempat penjagaan anak.

2. Ibu bapa yang pendera "abusive" gagal menggunakan


pertimbangan (reasoning) mereka.Anak-anak tidak
dapat menerima "meresapkan" segala peraturan dan
undang-undanganak-anak menjadi degil, agresif
dan memberontak.
3. Ibu bapa melepaskan kekecewaan anak lelaki lebih
teruk didera.

Tanggungjawab Ibu bapa


Tanggungjawab utama membesarkan anak-anak, dan

menjadi tanggungjawab negara membantu ibu bapa


dalam proses tumbuhbesar kanak-kanak.
Ibu bapa (ibu bapa-ibu bapa) atau orang lain yang
bertanggungjawab bagi kanak-kanak itu mempunyai
tanggungjawab utama untuk menjamin, mengikut
kebolehan dan keupayaan kewangan mereka, keadaan
hidup yang perlu bagi perkembangan kanak-kanak
itu.

You might also like