You are on page 1of 5

NOTA BMM3112

CIRI BAHASA KUNO


Penuh dengan kata-kata pinjaman Sanskrit
Susunan ayat bersifat Melayu
Bunyi b ialah w dalam Melayu kuno (Contoh: bulan - wulan)
Bunyi e pepet tidak wujud (Contoh dengan - dngan atau dangan)
Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (contoh: berlepas-marlapas)
Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (Contoh: diperbuat niparwuat
Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h (Contoh: sukhatshitta)
Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua-samuha, saya: sahaya)
BATU BERSURAT
Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M)
Batu bersurat di Talang Ruwo, dekat Palembang (684 M)
Batu bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M)
Batu bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi (686 M)
TUJUAN DBP
Mengumpul istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu.
Membentuk istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu.
Memperbanyak istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu.
Menerbitkan istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu.
Mewujudkan Pangkalan Data Peristilahan yang bersistem, sesuai dengan matlamat penyebaran dan
pemasyarakatan istilah.
Menyelaraskan istilah dan penggunaan istilah bahasa Melayu dan mengadakan kerjasama dengan
Indonesia dan Brunei Darussalam melalui MABBIM, dan negara-negara lain.
MAKSUD BAHASA PENGANTAR
Bahasa yang telah ditetapkan oleh sesebuah negara sebagai bahasa yang digunakan untuk sistem
pendidikannya seperti bahasa Melayu di sekolah-sekolah kebangsaan, bahasa Cina di sekolah rendah
jenis kebangsaan Cina, dan bahasa Tamil di sekolah jenis kebangsaan Tamil.
Bahasa-bahasa di atas, ini telah ditetapkan oleh Laporan Pelajaran Datuk Abdul Razak Hussein (1956)
dan Laporan Pelajaran Datuk Abdul Rahman Talib (1960), sebagai bahasa pengantar.
FUNGSI BAHASA PENGANTAR
Bahasa Melayu di Malaysia juga memperlihatkan fungsinya sebagai bahasa pengantar lama sebelum
dijadikan Bahasa Kebangsaan.
Bahasa Melayu di Malaysia menjadi bahasa pengantar antara kaum yang berbeza-beza.
Bahasa yang digunakan dalam perhubungan antara kaum terutama sekali orang-orang yang tidak
mempunya pendidikan sekolah inggeris adalah Bahasa Melayu.
Orang-orang yang mahu berhubung dengan orang lain dari kaum lain, yang tidak mempunyai
pengetahuan Bahasa Inggeris, maka bahasa yang menjadi alat perantaraan adalah Bahasa Melayu.
Antara orang-orang Cina, Melayu, India dan sebagainya, alat komunikasinya adalah Bahasa Inggeris
jika kesemua pihak mengetahui Bahasa Inggeris, tetapi jika salah satu pihak atau kesemua pihak tidak
mengetahui Bahasa Inggeris maka alat komunikasi antara kaum itu adalah Bahasa Melayu.

BAHASA PERPADUAN
Bahasa perpaduan ialah satu alat yang digunakan bagi menyatupadukan antara satu kaum dengan
kaum yang lain.
FUNGSI BAHASA PERPADUAN
Peranan bahasa sebagai alat menyatupadukan bangsa tidak dapat dipertikaikan lagi. Sebagai
contohnya,di India Bahasa inggeris dijadikan bahasa rasmi setelah berlaku pertikaian bilamana kaum
Tamil telah menetang usaha-usaha untuk menjadikan bahasa hindi sebagai bahasa rasmi.
Bahasa Melayu menjadi bahasa pergaulan atau bahasa perhubungan di antara suku-suku bangsa
diseluruh nusantara. Bahasa Melayu bukan setakat digunakan sebagai lingua franca malah bahasa yang
menimba ilmu pengetahuan tinggi sejajar dengan bahasa-bahasa lain didunia.
Perlembagaan Brunei meletakkan asas yang penting bagi Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
negara yang bukan sahaja digunakan sebagai bahasa perpaduan rakyat tetapi juga dipakai dalam urusan
rasmi negara.
Dewan bahasa dan pustaka Brunei berusaha menanamkan kesabaran di kalangan rakyat iaitu Bahasa
Melayu adalah bahasas yang dapat dijadikan alat menyatupadukan fikiran, usaha dan fahaman dalam
memperjuangkan kepentingan-kepentingan negara yang sedang giat membangun.
3.Aliran tatabahasa & penulis Tatabahasa Dewan (Nik Safiah Karim aliran TG)
ALIRAN TATABAHASA
ALIRAN TRADISIONAL ( Plato, Aristotle, Zaaba)
Aliran tradisional merupakan aliran terawal bagi historografi nahu Melayu.
Aliran ini menekan kepada aspek makna dan logika semata-mata.
Kita dapat lihat kepada acuan yang dibuat dalam penghasilan nahu ini.
Misalnya Zaba dalam Pelita Bahasa 1 dengan jelasnya menggolongkan nama mengikut makna.
Antara ciri-cirinya
o Huraian bahasa berdasarkan makna dan logika (menurut falsafah Yunani).
o Penguasaan bahasa tulisan lebih daripada bahasa lisan.
o Huraian aturan bahasa bersifat normatif dan preskriptif.
o Bersifat nasional iaitu bukan formal dan structural.
o Percampuran teori semantik dan gramatikKetiadaan pola contoh yang dijadikan dasar pembentukan
pelbagai struktur
o Ketiadaan pemilihan dan pemeringkatan bahan-bahan yang disampaikan samaada gramatikal atau
leksikal, sama ada berasaskan yang mudah atau yang kompleks, sama ada kekerapan dan kenyataan
butir-butir itu boleh diajar atautidak.
o Ayat-ayat dibina menggunakan konsep word building
o Dalam memerikan bahasa, aliran tradisional bersifat preskriptif, humanistik dan normatif.Ilmu falsafah
dan logika menjadi teras pegangan.
ALIRAN STRUKTURAL (L.Bloomfield, Edward Sapir, Asmah Hj Omar)
Aliran struktural merupakan aliran yang membangkang aliran tradisional.
Linguistik di Barat berkembang dengan pesatnya.
Aliran ini begitu menekan kepada unsur dalamsesuatu bahasa. Setiap unsur dikaji secara mendalam
mengikut sistem bahasa.
Bukti yang nyata ialah penggolongan kata kerja yang dibuat oleh Asmah Hj. Omar dalam buku.
Antara cirinya :
o Bahasa ialah pertuturan bukan tulisan.
o Bahasa ialah satu sistem. Sistem bahasa ialah arbitrari.
o Bahasa adalah untuk perhubungan

ALIRAN TRANSFORMATIF GENERATIF(TG) (Noam Chomsky, Nik Safiah Karim)


Nahu ini terkenal kerana percubaan pengasasnya Noam Chomsky (1957) yang memperkenalkan
konsep struktur permukaan dan struktur dalaman.
Di samping itu,proses ayat yang ditransformasikan daripada satu struktur kepada satu struktur
yangmemberi kelainan kepada nahu TG.
Aliran ini dilihat mengambil pendekatanpertengahan di antara nahu tradisional dan nahu struktural.
Antara tokoh-tokohnya ialah Arbak Othman, Nik Safiah Karim et al, Asraf, Abdullah Hassan, Mashudi
Kader dan ramai lagi.
Kita dapat meneliti penggolongan kata yang dibuat oleh mereka hampir sama dan tidak banyak beza
kecuali atas dasar pemerian masing-masing.

1. Ciri BM Klasik bdasarkan teks


Ayat yang panjang, berulang, dan berbelit-belit.
Mempunyai banyak ayat pasif dan songsang
Menggunakan bahasa istana
Menggunakan kosa kata klasik spt. ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya,
masyghul (bersedih)
Banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat) spt. sebermula, alkisah, hatta, adapun.
Banyak menggunakan partikel pun dan lah
Menggunakan aksara jawi, iaitu aksara yang dipinjam daripada bahasa Arab yang telah ditambah
dengan beberapa huruf tambahan.
Telah menerima pelbagai jenis kosa kata Arab dan Parsi dalam pelbagai bidang bahasa seperti alam
bidang ilmu keagamaan, undang-undang, kesusasteraan, pemerintahan dan pentadbiran, perubatan,
falsafah, tasawuf dan kata-kata umum.
Frasa dan ayat pengaruh Arab terutama dalam kitab-kitab klasik Melayu seperti frasa ketahuilah olehmu
(dari terjemahan IlamL, maka kemudian daripada itu (dari Amma badu); atau pada ayat sunat berbuka
atas tamar dan lain-lain. Frasa dan ayat bentuk ini wujud hasil daripada terjemahan harfiah daripada teksteks bahasa Arab.
Unsur-unsur falsafah Islam wujud dalam banyak tulisan Melayu spt. dalam bid ilmu Kalam, Tasawuf,
ilmu Aqaid al-Iman dan lain-lain. Ini berbeza dengan bahasa Melayu zaman kuno atau Hindu.
2.Tahap perkembangan tulisan jawi

Tulisan Jawi adalah antara tulisan terawal yang pernah ditemui.Tulisan ini telah berkembang sejak zaman
Kerajaan Islam Pasai kemudian disebarkan ke Kerajaan Melaka, Kerajaan Johor dan juga Aceh pada
abad ke-17. Bukti kewujudan tulisan ini di Malaysia adalah dengan terjumpanya Batu Bersurat
Terengganuyang bertarikh 702H atau 1303M manakala tulisan Rumi yang paling awal ditemui adalah
pada akhir kurun ke-19. Ini menunjukkan tulisan Jawi telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding
tulisan Rumi. Tulisan Jawi merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu semasa
penguasaan British. Kini tulisan ini digunakan dalam urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu yang
kebanyakkannya di Johor, Kedah,Kelantan, Perlis, dan Terengganu.
Pada zaman dahulu, tulisan jawi memainkan peranan penting dalam masyarakat. Ia digunakan sebagai
perantara penting dalam semua urusan pentadbiran, adat istiadat dan perdagangan. Contohnya
digunakan dalam perjanjian-perjanjian penting antara pihak-pihak di Raja Melayu dengan pihak-pihak
berkuasa Portugis, Belanda dan Inggeris. Selain itu, Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 bagi negara
Malaysia antara lain juga tertulis dalam abjad Jawi. Abjad Bukti bertulis mengenai Pengisytiharan
Kemerdekaan Tanah Melayu yang ditulis dalam bahasa Melayu bertulisan Jawi. Dokumen Pemasyhuran
Kemerdekaan 1957 telah ditulis dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu yang ditulis Jawi dan bahasa
Inggeris.
Skrip Arab yang diadaptasikan oleh bahasa Melayu untuk pengejaannya seperti yang kita sedia maklum
adalah dinamakan sebagai Skrip Jawi. Namun sehingga sekarang tidak dapat diketahui siapakah yang
memberikan nama Jawi kepada skrip itu, namun dipetik dalam kamus R.J Wilkinson bahawa perkataan
Jawi di dalam bahasa Melayu digunakan untuk pokok jawi-jawi atau jejawi dan juga beras jejawi yang
berbeza dengan beras pulut, dan juga dengan makna kerbau atau lembu dalam bahasa Minangkabau.
Tetapi apa yang jelas di sini nama Jawi tersebut tidak ada kaitan dengan tulisan tersebut.
*
Skrip tulisan jawi berasal daripada skrip Arab yang telah dibuat beberapa penyelesaian dan
tambahan.Terdapat beberapa ciri tulisan Jawi yang menjadikan ianya unik. Skrip Jawi mengalami evolusi
yang boleh dikategorikan kepada empat fasa. Setelah melalui empat fasa ini tulisan Jawi menjadi
semakin mantap dan dapat disesuaikan dengan keadaan dan keperluan semasa.

*
Tulisan Jawi telah lama wujud dalam tamadun melayu disekitar gugusan kepulauan melayu iaitu
sekitar abad ke 10 Masihi atau 3 Hijrah hingga kemaskini dan ia berasal daripada tulisan Arab.
Tulisan inilah yang membangunkan tamadun melayu dan pernah mendukung bangsa Melayu ke ambang
tamadun Melayu moden pada masa kini.Tulisan rumi hanya wujud dalam tamadun melayu selepas
perang dunia kedua sahaja.(sumber : Kang,1993).adalah merupakan karya yang ditulis dengan tangan
dalam tulisan Jawi yang dihasikan dalam lingkungan Abad ke-15Mhingga awal abad ke-20M.Dalam
manuskrip melayu ini tercatat pelbagai bahan dan ilmu yang menjadi khazanah bangsa Melayu pada
masa dahulu.Manuskrip Melayu bukti sejarah kewujudan tulisan jawi dalam tamadun melayudahulu boleh
dilihat bahan-bahan bertulis seperti:
*
batu bersurat,
*
manuskrip lama,
*
kertas lama,
*
majalah,
*
batu nisan,
*
bahan-bahan yang dibuat daripada logam, kulit, alat
*
senjata,duit syiling,batu lontar, tembikar dan
seumpamanya
*
ukiran-ukiran pada masjid, istana
*
azimat dan tangkal
Penemuan pertama batu nisan yang tertulis dalam bahasa Arab di Sumatera bertarikh 55 Hijrah (674M)
dan di Kedah bertarikh 290 Hijrah jelas telah menunjukkan bahawa tulisan Jawi berasal dari orang Arab
yang kemudian telah diubahsuai dengan menambahkan beberapa huruf tambahan kepada huruf Arab
bagi menyesuaikannya dengan gaya bahasa orang Melayu yang telah menyumbang kewujudan Tulisan
Jawi dalam tamadun Melayu. Akan tetapi siapakah pencipta sebenar kepada tulisan Jawi tidak dapat
dipastikan dengan tepat.
Ciri- Ciri Tulisan Jawi
Terdapat empat ciri Utama yang terdapat pada Skrip Jawi iaitu :
a) bertindan secara menegak
b) ligatur
c) aksara-askara berbaris atau mempunyai titik
d) aksara bersambung
* Aksara Jawi mempunyai 36 aksara dimana 30 aksara adalah merupakan aksara yang dipinjam dari
Aksara Arab dan Enam Abjad tambahan.

You might also like