You are on page 1of 13

STRUKTUR LINGUISTIK

OLEH:
PUAN NORHAYATI BINTI IDRIS
JABATAN PENGAJIAN MELAYU
IPG KAMPUS KENINGAU, SABAH

STRUKTUR
LINGUISTIK

FONETIK
FONOLOGI
MORFOLOGI
SINTAKSIS
SEMANTIK

FONETIK
Kajian tentang fenomena bunyi atau
pertuturan manusia sejagat (Raminah Hj
Sabran, 1984)
Kajian tentang bunyi-bunyi ujar (Arbak
Hj Othman, 1983)
Menurut ahli linguistik Barat, Kenstowicz
dan Kisserberth (1979) the study of the
sounds human beings employ when
speaking a language is phonetics pengkajian tentang bunyi-bunyi oleh
manusia yang kita digunakan semasa
bertutur ialah fonetik.

FONETIK
Fonetik ialah kajian mengenai
bunyi-bunyi bahasa yang
dihasilkan oleh manusia iaitu
bunyi yang digunakan sebagai
alat komunikasi. Umumnya,
ilmu fonetik ini dibahagikan
kepada fonetik artikulatori,
fonetik auditori dan fonetik
akustik (Inderawati Zahid dan
Mardian Shah Omar, 2006)

FONETIK
Fonetik ialah bidang yang
mengkaji bunyi-bunyi yang
dihasilkan oleh kita iaitu manusia
dan memberikan lambang kepada
bunyi-bunyi tersebut. Fonetik
terbahagi kepada tiga cabang,
organ pertuturan, sifat bunyi
bahasa (akuistik) dan
pendengaran (auditori).
- Nik Safiah Karim dan Wan Malini
Ahmad, 2006)

Kesimpulannya, fonetik ialah


kajian yang berkaitan
dengan organ pertuturan, sifat
bunyi bahasa (akuistik), dan
pendengaran (auditori).
Dalam erti kata lain, fonetik
mengacu pada artikulasi bunyi
bahasa.

Para ahli fonetik telah berjaya


menentukan cara artikulasi dari
berbagai bunyi bahasa dan membuat
abjad fonetik antarabangsa sehingga
memudahkan seseorang untuk
mempelajari dan mengucapkan bunyi
yang tidak ada dalam bahasa ibunya.
Misalnya dalam bahasa Inggeris ada
perbezaan yang nyata antara bunyi tin
dan thin, dan antara they dan day,
sedangkan dalam Bahasa Melayu tidak
seperti itu.
Dengan mempelajari fonetik, kita akan
dapat mengucapkan kedua-dua bunyi
tersebut dengan tepat

LATIHAN
(a) Terangkan kepentingan
alat- alat artikulasi berikut
ketika menghasilkan bunyi
vokal dan konsonan bahasa
Melayu
baku.
(i) pita suara
(ii) velum
(iii) lidah
(iv) bibir

(b)Dengan menggunakan gambar


rajah jelaskan penghasilan semua
konsonan nasal bahasa Melayu
baku.
2. Jelaskan semua jenis plosif
bersuara yang terdapat dalam
bahasa Melayu baku.
Huraikan jawapan dengan
menyertakan gambar rajah dan
contoh-contoh perkataan yang
sesuai.

3. (a) Apakah perbezaan


antara diftong dan rentetan
vokal? Huraikan jenis-jenis
diftong
dalam bahasa
Melayu baku
beserta
contoh dan rajah.
(b) Transkripsikan secara
luas
petikan di bawah ke
dalam bahasa Melayu baku.

Proses ini berkaitan dengan pembentukan


kata baharu dengan cara menyingkatkan
sesuatu bentuk kata BM yang sedia ada
(bentuk sumber) yang lebih sempurna
kepada satu bentuk output lain yang pendek
atau kecil. Biasanya bentuk sumber dan
bentuk output yang singkat wujud seiring;
namun masing-masing bentuk mempunyai
penggunaannya atau fungsinya tersendiri.
Corak yang sebenar penggunaan dua bentuk
yang seiring ini (antara bentuk penuh dan
bentuk yang singkat) memanglah
memerlukan satu kajian yang terperinci.
Sumber: Mashudi dan Syed Zainal Ariff
(2006:1 34)

FONOLOGI

Fonologi ialah kajian mengenai pola bunyi


bahasa, iaitu kajian mengenai bunyi-bunyi
yang berfungsi dalam sesuatu bahasa.
Bunyi bahasa dikeluarkan oleh alat-alat
sebutan seperti :
i. Bibir
ii. Gigi
iii. Gusi Lelangit keras
iv. Lelangit lembut
v. Anak tekak
vi. Lidah
vii.Rongga tekak Rongga mulut
viii.Rongga hidung
ix. Paru-paru
x. Peti suara dan pita suara

Bunyi-bunyi Vokal Melayu

13

You might also like