You are on page 1of 20

www.notausahawan.

com

Suhili Nain

BAGAIMANA BUAT DUIT DI


FACEBOOK,
TANPA FAN PAGE?
Oleh: Suhili Nain.
Penulis Ebook, Rahsia Mengapa Mereka Kaya.

Dibawakan oleh:

www.notausahawan.com

Suhili Nain

PENDAHULUAN.

Apabila membicarakan buat duit daripada Facebook, antara yang terlintas dalam
fikiran ramai orang adalah buat Facebook Ads dan perlu ada Fan Page. Walau
bagaimanapun, berdasarkan pengalaman pendek saya menjalankan bisnes di
Facebook, majoriti pelanggan saya bukanlah daripada FB Ads atau Fan Page, tetapi
kebanyakannya adalah daripada akaun Facebook peribadi.
Saya juga mendapati, akaun FB seorang usahawan lebih mudah mendapat perhatian
dan respon, berbanding Fan Page yang diasaskannya.

Dalam catatan ringkas ini, saya akan berkongsi pada anda cara yang boleh anda
praktik untuk menjana pendapatan daripada Facebook tanpa menggunakan Fan
Page atau Facebook Ads. Anda tidak perlu mengeluarkan duit untuk belanja iklan
Facebook yang tinggi untuk melakukannya.
Strategi ini saya dapat daripada pengalaman dan tip yang dikongsikan oleh
usahawan-usahawan berjaya di laman Facebook serta berdasarkan pemerhatian
2

www.notausahawan.com

Suhili Nain

terhadap apa yang mereka lakukan. Semua yang saya perolehi itu, saya kumpulkan
dalam satu catatan, untuk membantu dan memberikan kemudahan kepada anda.
Diharapkan, apa yang dikongsikan ini akan memberikan manfaat buat anda untuk
menjana pendapatan daripada laman sosial Facebook. Sekiranya anda tidak pernah
buat duit daripada Facebook, diharapkan catatan ini dapat membantu anda menjana
RM1 yang pertama melalui Facebook.
Saya doakan semoga anda berjaya di dunia dan di akhirat.

Suhili Nain,
Kota Kinabalu, Sabah.
Facebook: https://www.facebook.com/suhili.nain.7
Blog : www.notausahawan.com

NOTA:

Ebook ini adalah pemberian PERCUMA.


Anda dialu-alukan untuk berkongsi ebook ini dengan rakan-rakan anda atau sesiapa
sahaja, sama ada melalui Facebook, Blog, Emel, mahupun versi cetak.

www.notausahawan.com

Suhili Nain

SERTAI GROUP FACEBOOK SECARA PERCUMA!


SUHILI NAIN NOTAUSAHAWAN.COM

Menyajikan Info Kewangan & Bisnes Kepada Anda.


Untuk sertai klik sini Group FB NotaUsahawan.Com

www.notausahawan.com

Suhili Nain

1. SIAPA PENGGUNA SASARAN ANDA?

Untuk buat duit melalui Facebook, perkara pertama yang anda perlu tetapkan adalah
siapa penggua sasaran anda.
Antara kesilapan yang biasa dilakukan oleh usahawan baru di Facebook adalah tidak
mengenali siapa sebenarnya pengguna sasaran atau prospek mereka. Perkara
pertama yang mereka fikirkan apabila ingin memulakan bisnes di Facebook adalah
produk, produk dan produk.
Mereka bertanya, apakah produk yang hebat? Apakah produk yang berkualiti?
Apakah produk yang tiada dijual di Facebook? Sedangkan perkara pertama yang
sewajarnya mereka tanya adalah,

Apakah produk yang dimahukan oleh pengguna atau rakan-rakan Facebook saya?
Justeru, kenali siapa pelanggan anda. Apa jantina mereka, berapa umur mereka, apa
yang mereka minat, dan siapa tokoh ikutan mereka di FB. Setelah anda kenal pasti,
siapa mereka, anda perlu berusaha untuk fahami apa sebenarnya yang mereka
mahu.

www.notausahawan.com

Suhili Nain

Mengetahui kemahuan pelanggan adalah antara kunci kejayaan sesebuah bisnes.


Jika anda tidak tahu apa sebenarnya yang pelanggan anda mahu, anda bakal
menghadapi kerugian dalam bisnes yang dijalankan.

Jual benda yang pengguna mahu, jual benda yang beri manfaat,
jual benda yang Allah redha.

Add Pengguna Sasaran Anda.

Apabila anda telah kenal siapa pengguna sasaran and di FB, langkah seterusnya
adalah add 10 orang pengguna sasaran anda setiap hari. Itu paling maksimum. Jika
lebih, dibimbangi pihak Facebook akan menyekat anda daripada add pengguna FB
lain dalam beberapa tempoh waktu.
Sekiranya anda mensasarkan pengguna wanita yang berkeperibadian Islamik, kerana
ingin meniaga busana muslimah, maka anda perlu add mereka setiap hari. Jangan
pula, anda meniaga jual busana muslimah, tetapi setiap hari anda add lelaki di FB.

Di mana mahu add mereka? Cari mereka di Fan Page tokoh yang mereka kagumi
dalam FB. Ini membuatkan anda mempunyai pelanggan sasaran yang targeted dan
jelas.
6

www.notausahawan.com

Suhili Nain

Berdasarkan info yang saya pernah terima daripada Majalah Niaga, untuk buat jualan
yang baik di Facebook, seseorang itu perlu ada lebih 2500 orang rakan FB yang
berkualiti dan berpotensi menjadi pelanggan.

Memenuhi Kehendak Pelanggan.

Menjual bukan proses memanipulasi pengguna dan pelanggan, tetapi ia adalah


situasi menang-menang (Win-win Situation). Pelanggan mendapat apa yang mereka
mahu berupa produk atau servis dan kita mendapat apa yang kita mahu berupa
kepuasan membantu dan keuntungan dalam bisnes.
Baca secara percuma:
-

Bagaimana Memahami Pengguna & Jana Keuntungan?

Di Mana Mahu Cari Modal Bisnes?

www.notausahawan.com

Suhili Nain

2. APA YANG BOLEH JANA PENDAPATAN?

Terdapat dua benda yang boleh menjana pendapatan, iaitu sama ada anda menjual
produk atau menyediakan servis yang dimahukan oleh pelanggan.

Tidak Perlu Cipta Produk.

Bagi berniaga di Facebook, anda tidak perlu untuk mencipta produk sendiri. Mulakan
dengan menjadi seorang trader. Ini seperti mana pesan Puan Ainon Mohd, pengasas
kepada PTS Media Group Sdn. Bhd.
Borong produk yang pelanggan anda perlu daripada pembekal, kemudian jualkan ia
di lama sosial Facebook.

Tip Pilih Produk.

Antara ciri-ciri produk yang boleh memberikan anda keuntungan yang besar adalah
produk yang mempunyai repeat sales yang tinggi atau produk yang pelanggan anda
perlu dapatkan berkali-kali.
8

www.notausahawan.com

Suhili Nain

Contoh produk yang mempunyai repeat sales yang tinggi adalah produk makanan
dan kesihatan. Setiap hari ada sahaja orang yang makan, dan setiap bulan ada
sahaja orang yang memerlukan produk kesihatan.
Dengan menjual produk yang mempunyai repeat sales yang tinggi ia akan membuka
peluang untuk anda menjana pendapatan berkali-kali daripada pelanggan yang
sama, tanpa perlu menjual banyak produk.
Jika anda mahu menjana pendapatan dengan produk yang mempunyai repeat sales
yang rendah, jarang dibeli atau hanya dibeli sekali oleh pelanggan; anda perlu
mencari lebih ramai pelanggan untuk membelinya, atau anda jual produk yang
pelbagai kepada pelanggan yang sama.
Misalnya bisnes buku. Anda tidak boleh menjana keuntungan lumayan dengan
menjual sebuah buku sahaja. Ini kerana, tiada orang yang membeli buku yang sama
berkali-kali. Justeru, anda perlu jual pelbagai buku kepada pelanggan anda atau
anda jual sebuah buku tersebut kepada pelanggan yang ramai.

Kebiasaan, Produk Mempunyai Jangka Hayat.

Di dalam buku Marketing Secrets dinyatakan kebiasaannya kebanyakan produk


mempunyai jangka hayat. Ada yang yang mempunyai jangka hayat beberapa bulan,
kemudian sambutan pengguna terhadap produk tersebut mulai menurun. Oleh itu,
seorang peniaga atau usahawan perlu ada perancangan untuk menjual produk yang
seterusnya.
Sebaik-baiknya jual produk yang berbentuk keperluan. Bukan produk dalam kategori
kemahuan atau barang mewah.

Gunakan Strategi Agen.

Usah risau, jika anda kurang mahir menjual. Ini kerana, anda boleh gunakan strategi
agen.
9

www.notausahawan.com

Suhili Nain

Fahami dua situasi di bawah ini:


1. Anda beli 100 produk dengan harga borong, lalu anda jual seorang diri.
Untung, anda yang sendiri nikmati, tanpa perlu berkongsi.
2. Anda beli 100 produk dengan harga borong, dapatkan agen dropship daripada
kalangan rakan FB anda. Setiap jualan yang mereka buat, beri mereka
komisyen. Anda dapat untung, mereka juga dapat untuk.
Jika anda membuat pilihan pertama, jualan yang anda lakukan adalah terhad. Anda
terpaksa bergerak seorang diri. Walau anda nikmati margin keuntungan besar, tetapi
anda perlu bekerja keras.
Jika anda membuat pilihan kedua, jualan yang anda lakukan berpotensi lebih tinggi.
Ini kerana anda bergerak secara berjemaah. Walau margin keuntungan tidak tinggi,
tetapi dengan jualan yang tinggi anda mampu menjana pendapatan lumayan.
Teknik agen ini biasa digunakan oleh para usahawan internet untuk memasarkan
produk mereka melalui sistem affiliate dan droship.

Servis & Perkhidmatan.

Untuk bisnes yang berasaskan servis pula, ia bergantung kemahiran dan kepakaran
yang anda miliki dan keperluan pengguna.
Sekiranya anda mahir menulis ayat iklan yang berpengaruh, anda boleh
menyediakan khidmat Copywriting, menulis ulasan produk, atau menjana
pendapatan melalui affiliate.
Sekiranya anda mahir dalam rekaan grafik dan penggunaan Adobe Photoshop, anda
boleh buat duit dengan sediakan servis rekaan poster dan sebagainya.
Baca secara percuma:
-

Apa Produk yang Laris Dijual di Internet?


10

www.notausahawan.com

Suhili Nain

3. MENGAPA PROSPEK BELI DARIPADA ANDA?

Apakah sebabnya pelanggan anda membeli produk dan mendapatkan servis anda,
dan bukannya orang lain?
Antara jawapan buat soalan tersebut adalah disebabkan kepercayaan mereka
terhadap anda. Mereka percaya bahawa anda boleh memberikan servis yang baik,
anda seorang yang jujur dan dipercayai serta produk yang anda cadangkan
memberikan manfaat kepada mereka.
Dengan kepercayaan yang wujud, mereka akan rasa selamat untuk menyerahkan
wang kepada anda, tanpa ragu-ragu.

Tip Bina Kepercayaan & Kredibiliti.

Amalkan tip berikut untuk membina kepercayaan, kredibiliti dan jenama melalui FB:
1. Gunakan gambar anda sendiri atau gambar yang sesuai dengan bisnes anda.
Jika bimbang timbulkan fitnah, terutama bagi muslimah, gunakan sahaja
gambar yang kecil, atau gambar atau logo bisnes anda.
2. Gunakan nama yang jelas di FB anda. Tidak terlalu panjang.
11

www.notausahawan.com

Suhili Nain

3. Dalam ruang tentang diri anda, nyatakan dengan jelas apa sebenarnya yang
anda lakukan dan bisnes anda.
4. Tulis status FB anda dengan menggunakan Bahasa Melayu Tinggi (BMT).
5. Kongsikan informasi dan ilmu yang disukai pengguna sasaran dan berkaitan
bisnes anda. Lakukan dengan konsisten, hingga anda berjaya bina kredibiliti
dan kepercayaan.
6. Berinteraksi bersama rakan FB anda. Like dan komen status dan perkongsian
rakan FB anda. Berikan respon.
7. Tinggalkan catatan dan komen Fan Page dan akaun FB orang yang berautoriti
berkaitan bisnes anda. Lebih power chat dan mesej mereka.
8. Kirimkan gambar-gambar berkaitan bisnes anda. Contoh gambar baranganbarangan yang mahu dipos atau gambar hasil kerja yang anda mahu
selesaikan.
9. Jangan buat SPAM!
Jalinkan hubungan yang baik dengan orang ramai dan jadi orang yang disenangi.
Diawal bisnes fokuskan promosikan diri anda terlebih dahulu. Andai anda terlebih pos
status berkenaan produk, anda mungkin menghadapi risiko dianggap melakukan
SPAM.
Praktik secara konsisten.

Buat Facebook Group.

Selain perkara di atas, anda juga boleh membina sebuah group dan jemput rakanrakan FB anda atau pengguna yang anda sasarkan ke dalam group tersebut.
Daripada group tersebut, bina hubungan baik dengan orang lain dengan membantu
mereka dan berkongsi ilmu-ilmu yang mereka mahu secara percuma. Ini antara
digunakan oleh Pn. Ainon Mohd, pengasas PTS Media Group Sdn. Bhd dalam proses
meluaskan lagi pengaruh beliau dan Ainon Business School.

Awas! Jangan add orang lain ke dalam group anda, tanpa persetujuan mereka.
12

www.notausahawan.com

Suhili Nain

Jemput rakan dan prospek anda ke dalam group dengan teknik Permission Marketing
dan bina pengaruh dengan strategi Content Marketing. Sediakan ebook percuma
atau info percuma dalam group, dan buat pengumuman melalui FB anda, sesiapa
mahu ebook atau info percuma, mereka perlu masuk ke dalam group tersebut.
Baca secara percuma:
-

4 Sumber Kekuatan Magnet Pengaruh.

Pikat Pelanggan dengan Bahasa Sopan.

Content Marketing, Bina Kredibiliti dengan Informasi.

6 Soalan Membina Strategi Content Marketing.

Bagaimana kemas kini status Facebook anda secara automatik, tanpa perlu
berada depan komputer, tanpa perlu log in Facebook sepanjang masa?

Klik di sini untuk jawapannya Robot Facebook.

13

www.notausahawan.com

Suhili Nain

4. BAGAIMANA TEKNIK MUDAH COPYWRITING?

Copywriting merujuk kepada penulisan berkaitan ayat iklan.

Apa Manfaat Pengguna Dapat?

Tip untuk buat ayat iklan yang berkesan adalah dengan menyatakan manfaat produk
anda, dan bukan ciri produk semata-mata. Ciri produk adalah merujuk kepada benda
fizikal yang boleh disentuh dan dilihat, sedangkan manfaat merujuk kepada kebaikan
yang dinikmati dan dirasai oleh jiwa.
Peter Spalton menyatakan dalam Marketing Secrets, Orang ramai tidak

mementingkan ciri-ciri, mereka membeli berdasarkan bagaimanakah produk itu


dapat menyenangkan mereka.
Jika anda menjual produk kecantikan, mungkin berikut adalah contoh manfaat
produk kecantikan anda kepada pengguna:
-

Menghaluskan kulit wajah.

Bahan yang mesra alam dan daripada bahan semula jadi.

Bertindak pantas, dan berkesan dalam masa seminggu.

Harga yang murah dan berpatutan, tetapi setanding dengan produk


berjenama.
14

www.notausahawan.com

Suhili Nain

Harum dan wangi sehingga 8 jam.

Jika anda jelaskan ciri-ciri, anda akan menyebutkan nama-nama saintifik atau bahanbahan untuk membuat produk tersebut.
Tn. Zahrul Azua, seorang trainer, Copywriter dan penulis buku Rahsia Membina
Senjata Jualan menyatakan, pelanggan kebanyakannya tidak peduli dengan ciri-ciri
produk dan kurang faham tentangnya. Mereka hanya mahu tahu apa manfaat,
kebaikan dan kelebihan yang bakal diperolehi daripada produk dan servis kita.

Keadaan Tertentu.

Walau secara asalnya teknik Copywriting menyatakan pengguna hanya mahu tahu
manfaat; bukan ciri-ciri produk, terdapat produk tertentu yang anda perlu nyatakan
ciri produk anda. Misalnya, ketika menjual produk elektronik seperti komputer,
telefon, kamera dan pendrive.
Saat menjual produk sedemikian tidak cukup sekadar menyatakan pendrive yang
anda jual boleh menyimpan banyak maklumat, anda juga perlu nyatakan berapa
kapasiti atau saiz data yang boleh dimuatkan di dalamnya.
Bila anda menjual telefon anda perlu nyatakan berapa pixel kamera telefon tersebut,
berapa lama bateri telefon tersebut boleh bertahan, jenama, berat dan saiznya.

Teknik Tiruvasi.

Tip buat Copywriting mudah, adalah dengan Teknik Tiruvasi. Perkataan Tiruvasi ini
saya ketahui daripada Syaizul Amal dan isterinya Ain Maisarah, penulis novel dan
usahawan yang berjaya.
Untuk mengaplikasikan teknik Tiruvasi dalam Copywriting, gunakan cara berikut.
Cari ayat-ayat iklan yang berada di internet, tiru bentuknya dan buat inovasi dengan
mengubah mana-mana bahagian daripada teks iklan tersebut agar sesuai dengan
produk anda. Jadikan ia teks yang kelihatan berbeza.
15

www.notausahawan.com

Suhili Nain

Contoh anda jual produk menguruskan badan. Anda jumpa header berikut di
internet:

Bagaimana tampil cantik dan menawan dalam masa 3 hari?


Tukarkan menjadi,

Bagaimana kuruskan badan dan menawan dalam masa 3 minggu?


Dengan teknik ini anda tidak perlu susah-susah menghasilkan ayat iklan sendiri. Cari
sahaja ayat iklan orang lain dan buat perubahan. Tetapi, jangan tiru bulat-bulat.
Buat perubahan mana yang perlu, agar sesuai dengan diri anda. Mudah bukan?
Berdasarkan pembacaan saya, terdapat Copywriter atau penulis ayat iklan yang
mengumpul teks-teks iklan sama ada poster dan surat jualan. Apabila mereka ingin
menghasilkan ayat iklan yang ditempah, maka mereka akan membuka benda yang
mereka telah kumpulkan untuk dijadikan inspirasi menurut ayat iklan yang baru.
Namun, sekiranya itu tidak cukup buat anda dan anda benar-benar serius ingin
belajar teknik Copywriting seperti pakar, anda boleh dapatkan ebook ini: Rahsia
Membina Skrip Jualan di FB.

16

www.notausahawan.com

Suhili Nain

5. BAGAIMANA BUAT VIRAL & IKLAN PERCUMA?

Viral adalah keadaan di mana sesuatu benda tersebar dengan meluas dan mendapat
sambutan. Status Facebook yang menjadi viral adalah satu perkara yang disukai oleh
ramai usahawan internet. Ia mudah dan mengurangkan kos, serta boleh jadi
percuma.
Untuk mendapatkan iklan yang berstatus Viral anda boleh menggunakan teknik
berikut.

Teknik Like, Comment & Share.

Contoh situasi. Anda buat satu iklan produk yang anda jual di laman sosial Facebook.
Nyatakan segala butiran harga dan cara mendapatkan produk yang anda jual.
Pada akhir ayat-ayat iklan itu nyatakan:

Komen Saya Mahu! dan klik butang Kongsi untuk mendapatkan diskaun 30 %
bagi pembelian produk ini, kemudian tunggu saya PM anda!
Dengan ayat ini, pelanggan anda dengan sendirinya akan kongsi iklan anda di
Facebook mereka, lalu memberikan peluang untuk iklan anda tersebut lebih luas
secara percuma.
Boleh juga anda lakukan tanpa meminta pelanggan anda kongsi iklan tersebut.
Teknik Seruan Viral ini anda boleh tulis secara langsung di kapsyen gambar iklan
anda atau melalui Private Message kepada pelanggan yang berminat mendapatkan
produk anda.
Tanpa FB Ads dan tanpa kos iklan, anda boleh buat viral dan sebaran meluas di
Facebook.

17

www.notausahawan.com

Suhili Nain

Biasanya pelanggan hanya akan like, comment atau share apabila perbuatan itu
memberi manfaat buat mereka. Justeru, sediakan manfaat yang mereka bakal
perolehi dengan berbuat sedemikian.

18

www.notausahawan.com

Suhili Nain

PENUTUP.

Apa yang saya kongsikan dengan anda adalah hasil pemerhatian terhadap
usahawan-usahawan internet di laman Facebook, yang telah berjaya menjana
pendapatan yang lumayan.

Amalkan teknik dan strategi di atas secara konsisten, dan lihat bagaimana kesannya
terhadap bisnes anda. Bertindak dengan segera, kemudian bersabar menanti pokok
usaha yang anda tanam untuk berbuah.

Walau beratus buku rahsia kejayaan yang kita baca, kita tidak akan berjaya selagi
tidak bertindak dan mempraktikkan rahsia kejayaan itu!

Apa Pendapat Anda Tentang Ebook Ini?


Sila kongsikan testimoni dan pendapat ke mesej FB saya melalui di pautan di bawah:
Klik sini https://www.facebook.com/messages/suhili.nain.7
Dapatkan lebih banyak info bisnes di blog: www.notausahawan.com

19

www.notausahawan.com

Suhili Nain

BAGAIMANA PULA BUAT DUIT DENGAN FAN PAGE?

Secara asasnya anda boleh buat duit walau menggunakan akaun peribadi sahaja.
Namun, sekiranya anda mahu peluang untuk menjana pendapatan dengan lebih
lumayan daripada Facebook, tiada cara lain melainkan anda perlu mempunyai Fan
Page anda sendiri.

Di atas ini adalah FB Cash Formula daripada Tuan Rahman Basri & Syed Faiz. Ia
mendedahkan kepada anda bagaimana strategi buat duit di Facebook dengan
menggunakan Fan Page. Untuk lebih terperinci mengenainya anda boleh klik gambar
di atas, atau klik sini Saya Mahu Buat Duit Di FB, Dengan Fan Page!

20

You might also like