You are on page 1of 19

SEKOLAH KEBANGSAAN SG.

ROKAM
MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM KALI PERTAMA 2014
Tarikh:

26 Disember 2013

Masa:

10.30 pagi

Tempat:

Dewan Terbuka SKSR

AGENDA:
1.
2.
3.
4.
5.

Perutusan Pengerusi.
Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu.
Perkara berbangkit.
Dasar Pengurusan Koko
Taklimat PK KOKO berkaitan perincian agihan tugasan dan perancangan program

tahun 2014
6. Hal Lain
7. Penutup

Kehadiran:

1. Pn.Hjh.Rafiah bt Abd. Razak

GURU BESAR

2. Tn.Hj. Ab Rahman b. Ariffin

PK KOKURIKULUM

3. Pn. Sabariah bt Samsudin

PK PENTADBIRAN

4. Pn. Fatimah Zaharah bt Ghazalli

PK HEM

5. Tn.Hj.Zafian b. Kasim

PK PETANG

6. Pn. Noorhayati bt Abdul Rahman


7. Pn. Mary Ann a/p Anthony Samy
8. Pn. Nor Azeti bt Fadzil
9. Pn. Zaleha bt Abdul Ghani
10. YM Tg. Nor Adeela bt Tg Mohamed Fauzi
11. Cik Fazrina Hanum bt Sahol Hameed
12. Pn. Syazlizawati bt Ahmad
13. Pn. Santha Devi a/p Krishnan
14. Cik Chan Wei Peng
15. En. Ahmad Fadli b. Shaharum
16. Pn. Noraida bt Jamaluddin
17. Cik Chiah Siew Ching
18. En.Edirizal b Yahya
19. En.Shahril Anuar b. Sahabudin
20. Pn.Che Su bt Abdul Rahman
21. Pn. Junaidah bt Ibrahim
22. Pn. Siti Hairanyi bt Md Sujak
23. Tn. Syed Mohd Akmal b Syed Mohd
24. Pn. Faezah bt Hj. Jamaludin
25. Cik Noor Faizan bt Mohamad Azmi
26. Pn. Narimah bt Zainuddin
27. Pn. Ayu Hartini bt Arifen
28. Cik Ng Mun Pei
29. Cik Norehan bt Ahmad Jalaluddin
30. En. Mohd Khairul Sukri b Che Omar
31. Pn.Azura bt Yeob
32. En.Alias b Ismail
33. Pn.Halilah bt Hamidun
34. Pn.Nasuha bt Abd Aziz

35. Pn.Zulaina bt Awang


36. Pn.Wan Faiza bt Mior Mohd Tahir
37. Pn. Noor Shaliza bt Sahari
38. Pn.Noraini bt Che Re
39. Pn.Norazlin bt Mohd Rusdin
40. Pn.Anis Iryani bt Che Soh
41. Pn. Nor Azia bt Misran
42. En. Mohd Afifi b Asa`ari
43. Pn.Rokiah bt Shaari
44. Pn.Zaharatul Aini bt Khalid
45. En.Mohd Khairi b Bakar
46. Cik Nor Amryina bt Mat Nor
47. Pn.Vasumathi a/p Ravintran
48. Pn.Hjh. Norlidah bt Zawahir
49. En.Gunalan a/l Rajahgobal
50. Pn.Nor Hayati bt M.Yassin
51. Pn.Istianah bt Mohd Muzir
52. Pn.Rosnani bt Ab Majid
53. Pn.siti Zaleha bt Basar
54. Pn.siti Norimah bt Jaafar
55. Pn.Mazni Mat Zuki
56. Pn.Nurehan bt S.M Soflee
57. En.Ahmad Faiz b Murad
58. Pn.Hafizah bt Abdullah
59. Pn.Noraini bt Mohamed
60. Pn.Saripah bt Abd Ghani
61. En.Jamaluddin b Aliahumad
62. Pn.Hjh.Fatimi bt Abdul Samat
63. Pn.Naimah bt Md Saman @ Osman
64. Pn. Marina bt Idris
65. En.Mohamad Raziz b Johari
66. Pn.Rosmalily bt Salleh
67. pn.Norita bt Hasan
68. En.Ahmad Sukri b Zainun

69. En.Fairuz b Mohd Hambali


70. En.Zuraidi b Mohamed Yusof
71. En.Mohd Faizul b Ali
72. Pn.Nurul Wahida bt Abdul Latif
73. Pn.Faizah bt Amdan
74. Pn.Hjh.Muhanim bt Abdul Ghani
75. Pn.Khozaimah bt Ahmad
76. Pn.Azreen Hartini bt Ahmad Rathuan
77. Pn.Aida Suhani bt Sulaiman
78. Pn. Noor Hayati bt Mat Akhhir
79. Pn.Sabrina bt Zainul Kamal
80. Pn.sahzanariah bt Abdul Razak

Tidak Hadir:
1. Pn.Noorhayati bt Abdul Rahman
2. Pn.Rosda bt Yusof
3. En.Anuar Junaidi b Md Isa
4. Cik Rozana bt Zamri (Bersebab)
5. En.Mohd Nazri b Muhammad Napis
6. Pn.Jamaliah bt Ibrahim
7. Cik Nor Shuhada bt Abu Hassan
8. Cik Nor Amryina bt Mat Nor
9. Cik Nor Hameza bt Ab Talib
10. Pn.Nur Syuhada bt Ahmad Othman
Pengerusi Mesyuarat

Puan Hajah Rafiah bt Abd. Razak

Guru Besar SK Sungai Rokam

Agenda 1.0

Perutusan Pengerusi

1.1

Memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul Kitab. Mengucapkan selamat datang

dan berterima kasih atas kehadiran guru-guru yang terlibat dan guru-guru yang turut
menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Kali Pertama bagi sesi persekolahan tahun
2014.
Tindakan : Makluman
.
1.2

Pencapaian KOKO Sukan dan Permainan serta Ko-Akademik tahun 2013

1.2.1

Mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang terlibat dalam pencapaian

sasaran sepanjang Tahun 2013 di mana sebanyak enam sasaran aktiviti tercapai
dengan jayanya. Antaranya, Berjaya menganjurkan Kejohanan Ragbi Rimau Bawah
12 Tahun peringkat MSSD Kinta Utara, mengelolakan pertandingan Sahiba peringkat
Daerah Kinta Utara, menganjurkan satu Kejohanan Balapan & Padang kali ke-37,
menganjurkan perkhemahan perdana tahunan unit uniform, mengelolakan
pertandingan ko-akademik antara kelas dan mengelolakan pertandingan permainan
antara kelas.
Tindakan : Makluman

1.2.2

Pencapaian KOKO Sukan & Permainan serta Ko-Akademik adalah seperti

yang dilampirkan.
Tindakan : Makluman

1.3

Visi, Misi dan Objektif Kokurikulum

1.3.1

Visi Kokurikulum Berkualiti Insan Terdidik Sekolah Sejahtera

1.3.2

Misi Meningkatkan kecemerlangan kokurikulum melalui

pendekatan
yang inovatif.
1.3.3

Objektif

1. Meningkatkan pengurusan kokurikulum


2. Melahirkan lebih ramai atlet mewakili sekolah diperingkat
negeri dan kebangsaan.
3. Meningkatkan kecemerlangan murid dalam pertandingan
sukan diperingkat daerah, negeri dan kebangsaan.
4. Kecemerlangan dalam bidang kokurikulum sebagai satu
peluang kerjaya pada masa depan.
5. Mewujudkan semangat patriotism dan perpaduan kaum dalam
pelaksanaan aktiviti sukan.
Tindakan : Makluman

1.4

Dasar KPM
1.4.1 Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum sekolah adalah WAJIB
( Perkara 5.1 SPI Bil. 1/1985, dan Memorandum Pemantapan Aktiviti
Kokurikulum di KPM, 23 Nov. 2005 )
Semua murid wajib mengambil bahagian sekurang kurangnya salah satu gerakerja
Pasukan Badan Beruniform,
satu kegiatan Persatuan dan Kelab serta satu kegiatan Sukan atau Permainan.
1.4.2 Kegiatan Kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum kebangsaan. Oleh
itu pelaksanaan kegiatan kokurikulum adalah WAJIB
[ Seksyen 18, Akta Pendidikan 1996 ( Akta 550 ) ]
1.4.3 Bilangan perjumpaan minimum setahun adalah :
1.4.3.1 Pasukan Badan Beruniform - 18 kali
1.4.3.2 Persatuan dan Kelab - 12 kali
1.4.3.3 Sukan dan Permainan - 12 kali

1.4.4 Kokurikulum Murid Tahun 4 akan menggunakan Sistem PenilaianPAJSK


bagi keperluan markah PBS UPSR

1.4.5 Pengurusan Kokurikulum Sekolah berada di bawah Penyelarasan Guru Penolong


Kanan Kokurikulum.
1.4.6 Guru Besar hendaklah melantik setiap orang guru di sekolah , secara bertulis, dan
diberi tugas dan tanggungjawab yang spesifik, terperinci dan kuantitatif
dalam bidang kokurikulum di sekolah, seperti yang dilakukan dalam bidang kurikulum.
1.4.6 Selain itu, guru-guru di Pendidikan Khas boleh membantu melaksanakan aktiviti
kokurikulum di sekolah asalkan tidak mengganggu PdP di bilik darjah.
1.4.8 Penyertaan semua guru sebagai penjawat awam dalam mengurus, menyelia dan
mengelola kegiatan kokurikulum adalahWAJIB.
( Perkara 5.2 dalam SPI Bil.1/1985 )
1.4.9 Keengganan guru melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah
diperuntukkan adalah suatu kesalahan yang boleh dikenakan tindakan tatatertib
mengikut
Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) ( 1993) yang
berbunyi :
4.2 (g) Seseorang pegawai tidak boleh tidak bertanggungjawab dan
4.2 (i) seseorang pegawai tidak boleh ingkar perintah

Tindakan : Makluman

1.5

Perancangan 2014 Buku Panduan Pengurusan Kokurikulum


1.5.1

Semua guru diminta merujuk buku panduan pengurusan kokurikulum untuk

mengetuahui bidang tugas berkaitan.


1.5.2

Guru-guru harus menyertai tiga bidang kokurikulum iaitu unit beruniform,

kelab/persatuan dan permainan 1M1S.


1.5.3

Perjumpaan Kokurikulum diadakan pada hari Rabu dan permainan 1M1S

diadakan dari hari Isnin hingga Khamis serta projek gemilang catur, olahraga
diadakan pada hari Jumaat mengikut jadual yang ditetapkan seperti di dalam buku
pengurusan Kokurikulum.
Tindakan : Makluman

Agenda 2.0

Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat yang Lalu.

Cadangan

En.Mohd Afifi b Asa`ari

Sokongan

En. Mohd Khairul Sukri b Che Omar

Tindakan : Makluman

Agenda 3.0
3.1

Perkara Berbangkit

Pengerusi memberitahu kepada semua guru yang terlibat bahawa mulai Tahun 2014

semua murid Tahap 2 yang menyertai aktiviti permainan,kelab/persatuan dan unit beruniform
sekolah akan didaftarkan mengikut dasar Kokurikulum.
3.2

Pengerusi memberitahu mengikut dasar KOKO setiap murid perlu didaftar keahlian

dan perkara ini akan dilaksanakan mulai tahun 2014.


3.3

Pengerusi memaklumkan penyelaras perkhemahan perdana bagi tahun 2014 adalah di

bawah unit beruniform Tunas Kadet Remaja Sekolah En.Mohd Khairul Sukri b Che Omar.

3.4

Pengerusi memaklumkan bahawa guru-guru Pendidikan Khas akan membantu dalam

melatih murid elit dalam projek gemilang sekolah.


3.5

Pengerusi mencadangkan agar guru-guru penasihat membahagikan murid kepada

kumpulan kecil agar setiap guru dapat berperanan mengendalikan aktiviti kokurikulum
murid.
3.6

Pengerusi memberitahu semua guru penasihat agar membuat persediaan awal melatih

murid untuk pertandingan ko-akademik dan sekolah juga boleh membayar jurulatih luar jika
perlu.
3.7

Pengerusi memberitahu cadangan En. Edirizal agar pemakaian tudung khas bagi

murid perempuan untuk sukan perlu diambil kira kemampuan ibu bapa murid bersama.
3.8

Pengerusi mencadangkan untuk mengadakan kursus khas bagi melatih murid-murid

yang berjawatan pengerusi serta setiausaha kelab/persatuan, permainan dan unit uniform
untuk menulis laporan perjumpaan mingguan bagi memastikan tugasan dapat dilaksanakan
dengan baik.
3.9

Cadangan pengerusi untuk menubuhkan semula kelab Doktor Muda.


Tindakan : Semua guru penasihat unit

Agenda 4.0
4.1

Dasar Pengurusan Kokurikulum

DASAR 1 : TENAGA PENGAJAR

4.1.1 Guru-guru yang mengendalikan kegiatan atau aktiviti kokurikulum dikenali dengan
gelaran Guru Penasihat.
4.1.2 Semua guru akan melibatkan diri dalam satu jenis kegiatan bagi setiap bidang berikut :

Persatuan

Beruniform

Sukan dan Permainan

4.1.3 Semua guru yang terlibat dengan setiap kegiatan perlu melaksanakan aktiviti-aktiviti
berikut :-

4.2

Menggubal perlembagaan

Melantik Jawatankuasa

Merekod Kehadiran Pelajar

Melaksanakan aktiviti harian

Membuat penilaian

Menyediakan laporan

DASAR 2 : PENYERTAAN PELAJAR

4.2.1 Semua pelajar ditahap Dua ( Tahun 4, 5 dan 6 ) diwajibkan menyertai setiap satu
kegiatan bagi ketigatiga bidang berikut :1. Persatuan
2. Beruniform
3. Sukan dan Permainan
4.2.2 Semua pelajar diberikan kebebasan untuk memilih kegiatan yang ingin disertai
berdasarkan pilihanpilihan yang ditawarkan oleh sekolah.
4.2.3 Semua pelajar diwajibkan hadir pada hari-hari kegiatan dijalankan.

4.3

DASAR 3 : PENJADUALAN KEGIATAN

4.3.1 Kegiatan Beruniform dan Persatuan dijalankan pada hari Rabu (11.50 1.20).
4.3.2 Kegiatan Sukan dan Permainan dijalankan mengikut jadual berikut:

Isnin Bola Sepak

Selasa BolaJjaring

Rabu Ragbi

Khamis Bola Baling

Jumaat Latihan Program Gemilang

4.3.3 Semua kegiatan akan bermula jam 4.30 hingga 6.00 petang.
4.3.4 Kegiatan akan dibatalkan atas sebab-sebab berikut :

Cuaca buruk ( Hujan lebat atau ribut petir )

Ada aktiviti besar yang berlangsung di sekolah

Atas arahan Guru Besar atau Guru Kanan Kokurikulum

4.4

DASAR 4 : PENYERTAAN KEGIATAN LUAR SEKOLAH

4.4.1 Penyertaan pasukan sekolah dalam mana-mana kegiatan diperingkat Zon Daerah atau
Negeri tertakluk kepada persiapan dan kesediaan sesebuah pasukan.
4.4.2 Sekolah hanya memfokuskan kepada kegiatan tertentu untuk dijadikan Program
Sasaran, iaitu :

1M1S - Bola Sepak, Bola Jaring, Ragbi, Bola Baling, Catur, Tenpin Boling dan
Olahraga

Ko-akademik Action song, Public speaking, Spelling, Story telling, Bercerita Tahap
1 & 2, Pidato, Sahiba, Bicara berirama, Lalulintas Shell, Kuiz sains, Kuiz Matematik,

Swasta & NGO, koir, Nyanyian & Tarian, Nasyid, Tilawah Al-Quran, Hafazan,
Khat/Jawi, Bercerita, Kalam Jamaaie, kuiz Agama, Wirid& Doa, Seni lukis dan
Mewarna.
4.4.3 Berusaha mencungkil dan memperkembangkan bakat pelajar ke tahap yang tertinggi
melalui :

Latihan yang bersistematik

Kelengkapan yang sempurna

Pertandingan dalaman

Penyertaan yang aktif

4.5

DASAR 5 :PENGHARGAAN

4.5.1 Memberikan pelbagai bentuk penghargaan kepada pelajar yang mengharumkan nama
sekolah melalui pelbagai kegiatan kokurikulum berbentuk :

Barangan atau Wang Tunai

Sijil Penghargaan Sekolah

4.5.2 Mewujudkan Anugerah Khas Atlet Harapan kepada pelajar yang cemerlang
pencapaian dalam sukan dan permainan dalam Majlis MAKO.

4.6

STRATEGIK PENGURUSAN KOKURIKULUM

4.6.1 MATLAMAT STRATEGIK PENGURUSAN KOKURIKULUM

Pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah merupakan satu aspek yang ditekankan dalam
Sistem Pendidikan kita yang murid-murid diwajibkan melibatkan diri dalam ketiga-tiga
bidang yang terdapat dalam pelaksanaan aktiviti kokurikulum ini. Sehubungan dengan itu,
pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah ini bertujuan untuk mencapai matlamatmatlamat berikut :1. Penyertaan 100% murid tahap dua dalam aktiviti kokurikulum di sekolah.
2. Menjadikan sekolah tempat murid memperlihatkan kebolehan bakat dan kemahiran
serta
memupuk semangat juang yang tinggi.
3. Mempastikan murid-murid bijak menggunakan masa lapang ke arah kegiatan yang
berfaedah.
4. Mempastikan murid-murid mempunyai kemahiran yang tinggi dalam pelbagai jenis
permainan.
5. Memastikan murid dapat bergaul dan memupuk semangat perpaduan yang erat.
6. Memastikan murid-murid dapat menyesuaikan diri dalam mengharungi kehidupan
seharian
dalam masyarakat majmuk melalui penyertaan dalam aktiviti-aktiviti berikut:6.1 Sukan dan rekreasi
6.2 Kegiatan Badan Sukarela
6.3 Program-program kemasyarakatan
7. Menggalakkan seberapa ramai murid aktif sebarang kegiatan kokurikulum di
peringkat daerah,
negeri atau kebangsaan.

8. Mempastikan sekolah menyertai dalam semua aktiviti kokurikulum di peringkat


zon, daerah dan
negeri.

4.7

STRATEGI PELAKSANAAN BAGI MENCAPAI MATLAMAT

4.7.1. Agihan Tugas Tenaga Pengajar

4.7.1.1 Semua guru diberikan tugas dan tanggungjawab untuk mengendalikan ketiga-tiga
bidang
kokurikulum berikut :1.1.1 Sukan dan Permainan
1.1.2 Bdan Beruniform
1.1.3 Persatuan / Kelab
4.7.1.2 Buku Panduan Pelaksanaan Kokurikulum diberikan kepada semua guru untuk
melaksanakan aktiviti.
4.7.1.3 Guru digalakkan meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mengenai sesuatu aktiviti
melalui :1.3.1 menyertai kursus-kursus
1.3.2 penglibatan aktif dalam sesuatu kegiatan

4.8

Penyertaan Murid

4.8 .1 Semua murid tahap dua diwajibkan memilih satu aktiviti dari setiap bidang kegiatan
kokurikulum
yang ditawarkan berikut :4.8.1.1 Bidang Sukan dan Permainan
4.8.1.2 Bidang Beruniform
4.8.1.3 Bidang Persatuan / Kelab
4.8.2 Semua murid diberikan pilihan untuk menyertai mana-mana aktiviti permainan dan
persatuan yang
ditawarkan kepada mereka.
4.8.3 Semua murid perlu memilih satu sahaja aktiviti Kegiatan Beruniform. Pilihan ini kekal
sehingga
tamat persekolahan rendah.
4.8.4 Murid-murid boleh juga melibatkan diri menyertai Pasukan Sekolah dalam mana-mana
aktiviti
Sukan, Beruniform dan Persatuan tanpa had.
4.8.5 Penyertaan murid dalam aktiviti kokurikulum ini akan dimasukkan ke dalam Rekod
Pelaporan Murid.

4.9

. Penjadualan Kegiatan

4.9..1 Kegiatan Kokurikulum unir Beruniform dan Persatuan/Kelab di sekolah ini dijalankan
setiap hari Rabu 11.50 -1.20 petang.

4.10

Penawaran Aktiviti bagi Bidang Kegiatan Kepada Murid

4.10.1 Murid Tahun Empat, Lima dan Enam (Tahap 2) ditawarkan aktiviti permainan
seperti berikut :4.10.1.1 Bola Sepak
4.10.1.2 Bola Jaring
4.10.1.3 Ragbi
4.10.1.4 Bola Baling
4.10.1.5 Catur
4.10.1.6 Olahraga
4.10.1.7 Catur
4.10.2 Semua murid ditawarkan aktiviti beruniform seperti berikut :4.10.2.1 Pengakap
4.10.2.2 St.John
4.10.2.3 Puteri Islam
4.10.2.4 TKRS
4.10.2.5 Pandu Puteri Tunas

4.11

Peningkatan Kemudahan Fizikal

4.11.1Menyediakan kemudahan fizikal yang lengkap seperti berikut :4.11.1.1 Padang yang mencukupi ukuran dan baik
4.11.1.2 Gelanggang permainan yang sentiasa diurus
4.11.1.3 Menyediakan peralatan yang mencukupi dan bermutu tinggi serta
memenuhi keperluan sejajar dengan bilangan murid.
4.11.1.4 Menyediakan tempat penyimpanan alatan yang mudah diuruskan
serta mudah diambil apabila diperlukan.

4.12

Penyertaan Murid Dalam Aktiviti Luar Sekolah

4.12.1 Mempastikan sekolah tidak ketinggalan dalam menyertai apa jua aktiviti
pertandingan diperingkat zon, daerah atau negeri.
4.12.2 Bagi menjamin kejayaan penyertaan,latihan pasukan sekolah yang sistematik
perlu dirancang dan dilaksanakan.
4.12.3 Guru-guru perlu memberikan komitmen yang tinggi bagi melahirkan murid
atau pasukan sekolah yang cemerlang.

4.13

Penganugerahan

4.13.1 Bagi menarik perhatian semua murid sistem penganugerahan kokurikulum


perlu diadakan bagi kategori seperti berikut :4.13.1.1 Tokoh Kokurikulum Sekolah
4.13.1.2 Olahragawan dan Olahragawati Sekolah
4.13.1.3 Juara Sukan Tahunan
4.13.1.4 Pasukan Terbaik Sekolah

4.13.2 Penganugerahan ini disampaikan semasa Hari Anugerah Kecemerlangan,


Perhimpunan Rasmi sekolah dan acara perhimpunan mengikut kesesuaian.

Tindakan : Makluman
Agenda 5.0

Taklimat PK Kokurikulum - Agihan tugas dan perancangan


program tahun 2014

5.1

PK Kokurikulum Tn.Hj.Ab Rahman menyatakan waktu pelaksanaan aktiviti

Kokurikulum masih tetap iaitu perjumpaan kelab/persatuan dan unit beruniform diadakan
selang seminggu setiap hari Rabu pada pukul 11.50 1.20 petang. Manakala permainana
1m1s diadakan setiap hari Isnin hingga Khamis dan projek gemilang pada hari Jumaat pada
pukul 4.30 6.00 petang.
5.2

Penggunaan baju T-shirt sukan sekolah menggunakan warna yang sama tidah

mengikut rumah sukan. Ini bagi memudah urusan pembelian oleh murid-murid serta guruguru.
5.3

PK Kokurikulum memaklumkan kepada semua guru untuk menyediakan perancangan

strategik atau pelan tindakan bagi setiap unit masing-masing. Jawatankuasa perlu berbincang
untuk menyediakan perancangan strategik dan pelan tindakan masing-masing.
Tindakan : Makluman
Agen 6.0
6.1

Hal-hal Lain

Pengerusi memaklumkan bahawa kehadiran murid perlu sekurang-kurangnya 90%

dan pada tahun 2013 kehadiran murid keseluruhan adalah hampir 100% dan berharap ia
dapat diteruskan.
6.2

Pengerusi mencadangkan agar unit beruniform mengadakan aktiviti atau pertandingan

seperti memasak untuk melatih murid.


6.3

Pengerusi memberitahu kertas kerja aktiviti untuk mengadakan sesuatu program harus

dirancang.
6.4

Pengerusi memberitahu akan mengadakan kursus kepada semua berkaitan cara

membuat tuntutan.
6.5

Pengerusi mencadangkan untuk mengadakan kursus untuk menyediakan kertas kerja

dan membuat anggaran perbelanjaan kepada semua untuk diselaraskan.


6.6

Pengerusi mencadangkan agar mesyuarat Agung kelab/persatuan, unit beruniform

serta permainan 1m1s yang akan bermula pada 8 Januari 2014 diperuntukkan setengah jam
setiap unit.
6.7

Jumlah perjumpaan setiap unit seperti di bawah akan dicapai dengan aktiviti-aktiviti

sampingan dan jumlah ini adalah minima.


6.7.1 Uniform

18 kali perjumpaan

6.7.2
6.7.3

Kelab/Persatuan
Permainan 1m1s

12 kali perjumpaan
12 kali perjumpaan
Tindakan : Makluman

Agenda 7.0
7.1

Penutup

Pengerusi berharap agar semua guru penasihat unit bertanggungjawab melaksanakan

tugasan Kokurikulum dan membuat persediaan bagi setiap pertandingan yang akan diadakan.
7.2

Lebih banyak pencapaian bagi membantu sekolah mendapat Skor terbaik dalam

SKPM.
Tindakan : Semua guru penasihat unit
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.15 tengah hari dan ditutup dengan bacaan
surah Al-Asr.
Disediakan oleh:
___________________________
( Cik Fazrina Hanum bt Sahol Hameed)
Setiausaha Kokurikulum ,
SK Sungai Rokam

Disemak oleh:
_________________________
( Pn Hjh. Rafiah bt Abd. Razak )
Guru Besar
SK Sungai Rokam.

You might also like