You are on page 1of 14

TUGASAN 2 :

i)

INTROPEKSI
Berdasarkan kepada petikan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia(2013-

2025), kualiti guru merupakan faktor utama yang menjamin keberhasilan murid. Apabila guru
dapat merancang dan menyampaikan pengajaran yang berkualiti dan berkesan maka ia
dikatakan telah mencapai keberkesanannya sebagai seorang guru. Guru berkesan dapat
membina insan dengan lebih berkesan(Harun, 2002). Oleh itu, berdasarkan temubual yang
saya jalankan dengan guru cemerlang SKDAM, Pn Sharina Bt Hashim, beberapa kualiti
yang seharusnya ada pada seorang guru telah dapat saya kenalpasti. Sebagai seorang
guru cemerlang yang telah berkhidmat hampir 20 tahun dalam bidang pendidikan, Pn.
Sharina sememangnya memiliki kualiti dan nilai-nilai sebagai seorang guru yang harus
dicontohi.
Saya mendapati bahawa beliau seorang yang prihatin dan sentiasa mengutamakan
kebajikan murid. Bagi beliau sebagai guru, kerja utama (core business) guru ialah murid itu
sendiri. Guru perlu sentiasa mengutamakan kebajikan murid serta prihatin dengan kehendak
dan keperluan murid di sekolah. Sikap beliau ini bertepatan dengan sikap seorang guru
yang profesional. Hal ini kerana, menurut Noriati, Boon & Wong (2010), seseorang guru
yang sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti pengajarannya dan sentiasa
mementingkan

kejayaan

dan

kebajikan

murid-muridnya

dikatakan

mempunyai

profesionalisme yang tinggi. Setelah membuat muhasabah diri, saya mendapati bahawa
sebelum ini saya tidak menyedari murid ialah aset yang sangat penting bagi seorang guru.
Bagi saya tugas saya hanya mengajar di dalam kelas hanya untuk memenuhi tuntutan
sebagai seorang guru pelatih yang menjalani praktikum di sekolah. Saya juga kurang
prihatin dengan keadaan murid-murid di sekolah. Pernah satu ketika, seorang murid
mengadu beliau sering diganggu rakan sekumpulannya semasa belajar. Saya menganggap
itu hanya gurauan di antara murid-murid. Tetapi, masalah itu berterusan sehinggalah saya
mengambil tindakan dengan memberi amaran kepada murid yang mengganggu rakan
tersebut dan menerapkan nilai-nilai murni dalam pengajaran saya. Daripada kejadian itu dan
temubual ini, saya mula sedar bahawa saya perlu meletakkan keperluan dan kebajikan
murid sebagai tanggungjawab utama saya di sekolah. Secara tidak langsung, saya akan
dapat meningkatkan profesionalisme saya serta menjadi guru yang dekat di hati murid.
Selain itu, saya mendapati Pn. Sharina ialah seorang yang sentiasa positif. Beliau
sentiasa kelihatan ceria dan bersemangat ke sekolah. Guru yang positif akan menampilkan
kualiti-kualiti seperti hormat, menyayangi, empati, adil, demokratik dan lebih mudah
berhubung dengan pelajar. (Noriati, Boon & Wong, 2010). Sikap inilah yang saya lihat

terdapat dalam diri beliau. Dengan sikapnya yang sering positif, beliau juga dapat mengurus
stress dalam pekerjaan dengan baik. Seperti yang dinyatakan oleh Noriati, Boon & Wong
(2010), setiap guru mempunyai respons yang unik terhadap stress, dan tidak ada satu cara
yang boleh digunapakai oleh semua guru untuk menghadapi stress. Bagi Pn.Sharina sendiri
sebagai seorang muslim, cara yang terbaik untuk menghadapi stress ialah dengan
meningkatkan kekuatan rohani dan meletakkan sepenuh pergantungan kepada Allah swt.
Sekiranya beliau menghadapi masalah, beliau akan bersolat dan sentiasa memikirkan
perkara-perkara yang menyeronokkan kerana ia akan membuat beliau berasa lebih positif.
Berbeza dengan diri saya, beban tugasan dan projek kadang-kadang membuatkan saya
berasa tidak bersemangat untuk ke sekolah apatah lagi untuk mengajar murid. Saya sering
membayangkan perkara-perkara negatif yang akan berlaku sekiranya saya tidak dapat
membuat sesuatu tugasan dengan baik. Saya juga mudah rasa tertekan dengan cabaran
yang dihadapi untuk menghasilkan pengajaran yang berkualiti. Maka, untuk menjadi
seorang guru yang baik dan cemerlang, saya perlu sentiasa positif dengan setiap cabaran
yang mendatang dalam kehidupan. Kajian yang bertajuk Minat, Motivasi dan Kemahiran
Mengajar Guru Pelatih yang dijalankan oleh Halimah (2006) juga turut menyokong bahawa
guru pelatih yang bersikap positif, berminat dalam kerjaya perguruan serta bermotivasi tinggi
untuk mencapai kejayaan dalam kerjaya. Oleh itu, saya yakin sekiranya saya sentiasa positif
dan menerima cabaran dengan hati yang terbuka, pasti saya akan dapat menghadapi stress
dengan berkesan dan menjalankan tugas sebagai seorang guru dengan cemerlang.
Dalam temubual yang dijalankan juga, Pn Sharina ada menyatakan bahawa beliau
sedang menyambung pelajaran dalam peringkat Ijazah di Universiti Sains Islam Malaysia.
Beliau sentiasa dekat dengan buku dan suka mencari input-input serta info-info yang
berguna di blog, facebook dan laman web semasa. Beliau juga sering mengikuti seminarseminar yang diluar bidang pendidikan dengan tujuan untuk meningkatkan pengetahuan
dan kemahiran. Bagi beliau, seorang guru perlu mempunyai pengetahuan yang lebih atau
sama dengan pengetahuan anak muridnya. Prinsip beliau ini turut disokong oleh Harun
(2002) dalam kajiannya yang bertajuk Nilai Dan Etika Kerja Guru Dalam Pembinaan Insan
yang menggesa para guru supaya menambahkan ilmu dan kemahiran dari semasa ke
semasa. Tujuannya ialah supaya pemberi ilmu itu lebih banyak ilmunya dan lebih mahir
menyampaikannya daripada penerima ilmu tersebut.
Sikap Pn.Sharina ini menunjukkan bahawa beliau seorang yang sentiasa ingin belajar
bagi meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran diri. Sebagai seorang guru pelatih,
sikap beliau amat patut saya contohi memandangkan saya belum mempunyai pengalaman
yang banyak dalam bidang pendidikan. Pastinya ilmu pengetahuan serta kemahiran yang

saya miliki juga masih kurang. Saya tidak boleh hanya mengharapkan pihak institut untuk
menganjurkan seminar-seminar atau bengkel bagi meningkatkan kemahiran diri. Saya
sendiri sepatutnya mencontohi sikap Pn. Sharina dengan mencari inisiatif sendiri untuk
menambahkan ilmu pengetahuan serta melengkapkan diri dengan kemahiran. Sebelum ini
saya menganggap seminar atau program yang tidak berkaitan dengan bidang keguruan
adalah tidak penting. Setelah menjalankan temubual ini dan mengetahui impak programprogram luaran ini kepada seorang guru, saya berjanji kepada diri sendiri untuk berusaha
menyertai program yang boleh meningkatkan kebolehan diri saya.
Selain itu berdasarkan temubual yang dijalankan, saya juga dapat membuat intropeksi
daripada aspek ketahanan menghadapi cabaran.

Saya mendapati Pn. Sharina ialah

seorang yang suka berdaya saing dan sukakan cabaran. Beliau sering mencabar diri untuk
menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan bermakna kepada muridmurid. Beliau tidak mudah berputus asa sekiranya berdepan dengan masalah yang
mencabar kerana beliau sememangnya sukakan cabaran. Sebagai contohnya semasa
mengajar, beliau pernah ditanya oleh anak muridnya tentang kotak hitam yang terdapat
dalam kapal terbang. Memandangkan Pn.Sharina sendiri kurang jelas dengan fungsi kotak
hitam itu, beliau meminta murid memberi masa kepadanya untuk mencari jawapan. Pada
kelas yang seterusnya, beliau berjaya memberi jawapan yang dikehendaki murid-murid dan
secara tidak langsung mendorong murid-murid untuk menjadi seorang juruterbang apabila
dewasa kelak. Setelah menilai diri sendiri dan membuat muhasabah, saya merasakan
bahawa saya kurang berani untuk mencabar diri sendiri. Saya lebih suka bersikap
mengelakkan masalah daripada berusaha mengatasi masalah tersebut. Hal ini mungkin
kerana saya malas berusaha untuk menyelesaikan cabaran dan masalah yang dihadapi.
Oleh itu, mulai sekarang saya akan lebih berusaha untuk meningkatkan pengetahuan saya.
Sekiranya menghadapi masalah untuk menyampaikan pengajaran dengan baik, saya boleh
berbincang dengan para guru yang telah lama berkhidmat dalam bidang keguruan untuk
meminta nasihat mereka. Dan yang paling penting, saya perlu sedar bahawa masalah dan
cabaran pasti wujud. Saya sendiri perlu berani untuk menghadapi cabaran tersebut dan
perlu sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran tersebut.
Seterusnya, antara nilai dan kualiti yang saya kagumi dalam diri Pn. Sharina juga ialah
beliau tidak pernah memandang rendah kepada kebolehan murid untuk berjaya. Saya
mendapat tahu bahawa beliau merupakan guru kelas kepada kelas 4 Permata iaitu kelas
kedua merangkap kelas terakhir bagi Darjah 4. Walaupun tahap pembelajaran mereka agak
lemah berbanding kelas yang pertama, saya melihat Pn. Sharina sangat berbangga dengan
anak muridnya. Beliau tidak memberikan layanan yang berbeza kepada muridnya walaupun
mereka tidak pandai. Bagi beliau, seorang guru tidak boleh mengatakan kepada murid

Awak apa tahu? sebaliknya, guru perlu mengatakan Apa yang awak tahu? Mari kita
kongsi bersama. Guru tidak boleh menganggap murid tidak tahu dan murid perlu diberi
peranan dan kepercayaan untuk menyuarakan jawapan mereka. Setelah membuat
muhasabah diri, saya menyedari bahawa sebelum ini saya tidak pernah memandang berat
aspek perasaan murid-murid. Saya tidak sedar betapa besarnya pengaruh sikap dan
layanan saya kepada murid-murid untuk mereka membentuk keyakinan dan minat terhadap
pengajaran saya. Saya sendiri pernah ditegur oleh Pn.Sharina kerana mengatakan bahawa
jawapan yang diberi murid salah. Sepatutnya sebagai guru, saya tidak boleh terus
mengatakan murid salah sebaliknya saya perlu meraikan jawapan mereka dengan
mengatakan jawapan murid adalah kurang tepat dan murid boleh mencuba lagi untuk
menjawab soalan. Melalui cara ini, murid akan lebih bermotivasi untuk mengikuti pengajaran
saya serta meningkatkan pengetahuan mereka. Menurut Noriati, Boon, Wong (2010), guru
berkesan merupakan seorang yang dapat memotivasikan murid untuk menguasai standard
akdemik dan tingkah laku tertinggi. Guru perlu percaya bahawa semua pelajar boleh
belajar kerana ia dapat menguatkan azam guru untuk mengajar dengan lebih baik.
Selain itu, beliau juga merupakan seorang yang kreatif dan inovatif. Beliau sentiasa
memastikan dirinya mempunyai daya tarikan seperti magnet yang akan menarik murid untuk
berminat mengikuti pengajarannya. Beliau sentiasa berusaha untuk menjaga penampilan
beliau supaya tampil berbeza dan lain daripada biasa. Menurut Noriati, Boon & Wong
(2010), guru yang berkesan ialah guru yang dapat menampilkan gaya tersendiri yang unik,
penuh minat, bersemangat dan membawa pembaharuan dalam pengajarannya. Bagi Pn.
Sharina sendiri, guru perlu mempunyai gaya yang menunjukkan dia benar-benar seorang
pendidik bagi dari segi gaya percakapan, pemakaian dan pergaulan seharian. Secara tidak
langsung, murid dapat menjadikan guru sebagai role model mereka. Dari segi teknik
pengajaran, beliau suka mencuba benda baru dan yang lain daripada biasa. Setiap hari juga
beliau akan cuba mempelbagaikan teknik dan strategi pengajaran seperti memberi kuiz,
game, tugasan berasaskan projek dan pembelajaran di luar bilik darjah seperti di taman
Sains atau di padang. Setelah membuat intropeksi, saya mendapati bahawa semasa
menjalani praktikum, strategi pengajaran yang saya sering gunakan lebih berpusatkan guru.
Saya kurang memberi peluang kepada murid untuk terlibat aktif dalam pengajaran. Saya
lebih suka menjalankan pengajaran yang berbentuk, cikgu mengajar, murid mendengar.
Kebanyakan bahan bantu mengajar saya pula hanya berbentuk kad manila dan gambar.
Saya juga berasa agak risau dan takut untuk mencuba teknik pengajaran yang lebih
menarik seperti teknik pembelajaran koperatif dan pembelajaran di luar bilik darjah. Setelah
menjalankan temubual dengan beliau, saya menjadi lebih yakin untuk bersikap kritis dan

kreatif dalam bilik darjah. Saya juga berazam akan menjaga penampilan saya dengan lebih
baik supaya bersesuaian dengan imej seorang guru.
Kesimpulannya, secara keseluruhan saya boleh mengatakan bahawa Pn. Sharina ialah
seorang guru yang profesional dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan profesionalisme
dirinya. Beliau menyahut seruan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysian 2013-2025 untuk mentransformasikan profesion
keguruan sebagai profesion pilihan. Beliau berusaha meningkatkan kualiti diri dengan
melengkapkan diri dengan pengetahuan dalam bidang ICT, mengikuti seminar-seminar,
membaca buku dan menyambung pelajaran di peringkat ijazah. Sebagai seorang guru
pelatih, saya benar-benar berasa kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh
Pn.Sharina untuk memperbaiki diri sendiri dan meningkatkan profesionalisme. Saya dapat
membuat muhasabah yang membantu saya menilai diri sendiri hasil daripada temubual
yang dijalankan bersama. Oleh itu, saya berharap pada masa akan datang, saya akan
berusaha untuk memperbaiki kekurangan diri dan mengikut jejak langkah Pn. Sharina
menjadi guru yang cemerlang yang disayangi murid-murid.
ii)

Bil
1.

DAPATAN TEMUBUAL

Senarai Keutamaan
Peningkatan profesionalisme yang

Justifikasi
Peningkatan profesionalisme secara berterusan adalah amat

berterusan

penting bagi seorang guru. Hal ini kerana profesionalisme diri


merupakan hasil daripada suatu proses pemikiran profesional dan
tindakan dalam pembelajaran sepanjang hayat. Ia merupakan
suatu proses di mana guru menyemak semula, memperbaharui
dan melanjutkan komitmen mereka sebagai agen perubahan dalam
pengajaran(Boon, 2005). Pada diri saya sendiri, saya berazam
untuk meningkatkan profesionalisme kerana saya ingin menjadi
guru yang berkualiti dan mampu menyediakan pengajaran yang
berkualiti kepada murid-murid. Datuk Seri Najib Tun Razak,
Perdana Menteri Malaysia turut menyatakan bahawa Guru
berkualiti ialah seorang guru yang sentiasa berkualiti pada masa ini
dan masa depan dan untuk menjamin sistem pendidikan kekal
berkualiti, guru perlu sentiasa relevan dengan cabaran semasa dan
akan datang. Ini suatu kemestian jika guru hendak berjaya dan
mencapai hasrat Wawasan 2020. Jika guru itu berkualiti, maka
pelajar akan menjadi insan yang kamil dan cemerlang. Guru yang
baik adalah guru yang sentiasa mahu mempertingkatkan diri dan

akan melihat di mana diri mereka dalam sistem pendidikan.


(Utusan Malaysia, 14 Mei 2009). Oleh itu, semoga saya dapat
menjadi guru yang berkualiti dengan meningkatkan profesionalisme
diri secara berterusan.
2.

Pengurusan inovasi dan kreativiti

Pengurusan inovasi dan kreativiti dalam bilik darjah sangat penting


bagi seorang guru terutamanya bagi saya yang bergelar guru
pelatih dan juga guru novis. Menurut Noriati, Boon, Sharifah &
Zuraidah (2010), peringkat novis bermula apabila seseorang
individu mendaftar sebagai pelajar pendidikan guru (teacher
education students) dalam program Ijazah Perguruan. Jadi, pada
peringkat ini saya masih lagi berusaha untuk mempelajari cara
untuk mengajar serta mempelajari fakta, konsep dan peraturan
asas pengajaran. Saya masih belum cekap untuk mengurus
inovasi dalam bilik darjah. Saya juga agak risau untuk bersikap
kreatif dalam pengajaran. Oleh itu, amat penting bagi saya untuk
mengetahui cara terbaik untuk mengurus inovasi dan kreativiti.
Seperti kata Pn.Sharina, saya akan memperolehi keberanian untuk
mencuba teknik-teknik pengajaran yang kreatif dalam bilik darjah
apabila saya telah lama mengajar. Pengalaman itu akan membantu
saya untuk menjadi lebih kreatif dari semasa ke semasa.

3.

Cara menghadapi tekanan dalam

Cara menghadapi tekanan adalah amat penting untuk diketahui

kalangan murid dan dalam diri

dan diamalkan oleh seseorang guru. Menurut Pn. Sharina, salah

sendiri

satu cara untuk mengelakkan stress ialah dengan sentiasa


berfikiran positif. Sikap positifnya inilah yang akan memberi
kekuatan kepadanya supaya dapat meneruskan perjuangan dalam
bidang keguruan sehingga ke akhirnya tanpa burn out di
pertengahan jalan. Dalam buku Guru dan Cabaran Semasa, Syed
Ismail & Ahmad Subki (2013), menyatakan bahawa burn out
merupakan proses yang beransur-ansur(gradual process) daripada
seseorang yang komited sehinggalah dia kehilangan daya minat
terhadap kerjayanya. Saya akui bahawa saya sukar untuk
mengekalkan perasaan cinta kepada profesion keguruan dengan
mendalam. Saya khuatir jika saya sering berfikiran negatif dan
tidak tahu cara yang betul untuk menghadapi tekanan, ia akan
menyebabkan saya burn out di pertengahan jalan. Oleh itu, sikap
yang positif dalam diri dapat memberi saya semangat untuk

meneruskan perjuangan dalam bidang keguruan. Sekiranya saya


sentiasa positif, pasti segala cabaran yang mendatang akan dapat
dihadapi dengan baik.
4.

Keselarasan

dengan

cabaran

pendidikan semasa

Profesion sebagai seorang guru bukanlah suatu profesion yang


mudah. Pelbagai cabaran yang perlu dihadapi oleh guru bagi
menjadi guru yang baik dan melahirkan murid yang berjaya dalam
segenap aspek. Oleh itu, sebagai guru pelatih saya merasakan
saya perlu menyediakan diri dari sekarang untuk menempuhi
cabaran yang mendatang dalam bidang pendidikan kelak. Seperti
yang dianjurkan oleh Pn.Sharina, saya perlu sentiasa peka dengan
isu-isu semasa serta saling berkongsi idea serta pendapat dengan
rakan-rakan yang bertugas dalam bidang keguruan atau bidang
yang lain seperti perkapalan, kejuruteraan dan sebagainya. Melalui
cara

ini,

pastinya

saya

akan

mampu

menghadapi

setiap

perubahan-perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan dan


bersedia menyahut cabaran pendidikan semasa.
5.

Anjakan

paradigma

dalam

pengajaran dan pembelajaran

Antara bentuk-bentuk anjakan paradigma dalam pendidikan yang


dapat saya perhatikan ialah penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi(TMK) yang meluas dalam pendidikan. Sebagai guru
saya

perlu

sentiasa

berusaha

untuk

meningkatkan

kualiti

pengajaran dan melakukan anjakan paradigma dari aspek


pengajaran dan pembelajaran saya. Salah satu cara yang boleh
dilakukan ialah dengan meningkatkan kemahiran TMK. Saya juga
memuji usaha kerajaan yang memperkenalkan program I-Think
kepada sekolah rendah di Malaysia. Melalui program ini, saya
yakin pasti teknik dan strategi pengajaran guru akan lebih kreatif
dan dalam masa yang sama melahirkan murid yang berfikir secara
kritis dan kreatif. Oleh itu, dari semasa ke semasa saya perlu
menilai

pengajaran

dan

pembelajaran

saya

dan

sentiasa

melakukan anjakan paradigma bagi menyediakan pengajaran yang


terbaik untuk anak murid.

iii)

Perancangan pelan pembelajaran profesional untuk membentuk diri menjadi seorang


guru cemerlang.

As teachers we must believe in change, we must know it is possible, or we wouldnt be


teaching because education is a constant process of change. Every single time you
teach something to someone, it is ingested, something is done with it, and new human
being emerges.
(Leo Buscaglia)
Ungkapan di atas menunjukkan betapa besarnya peranan seorang guru dalam
mempengaruhi proses pemerolehan ilmu anak muridnya. Guru perlu menjadi seorang yang
serba tahu kerana ilmu yang diajar guru itulah yang akan membentuk anak murid menjadi
murid yang berjaya dalam segenap aspek. Seperti yang dinyatakan oleh Harun(2002), guru
ialah seseorang yang memberi pengajaran atau menyebabkan seseorang yang lain
mengetahui atau dapat membuat sesuatu. Menurut Noriati, Boon & Wong (2010) pula,
seseorang guru yang berkesan merupakan pemimpin yang dapat mempengaruhi pelajar
untuk berubah, belajar, berkembang, melakukan sesuatu secara berbeza, berdikari,
bertanggungjawab dan mencapai matlamat. Menyedari tentang betapa besarnya peranan
seorang guru sebagai pendidik, saya sebagai guru pelatih merasakan bahawa saya perlu
mengambil langkah yang proaktif untuk membentuk diri ke arah menjadi seorang guru yang
cemerlang. Oleh itu, saya telah merancang satu pelan pembelajaran profesional yang
menggariskan langkah-langkah atau tindakan yang akan saya lakukan bagi membentuk diri
ke arah menjadi seorang guru cemerlang yang dapat menyumbang sesuatu dalam bidang
pendidikan.
Guru yang profesional mesti mempunyai pengetahuan dari segi kandungan,
pengetahuan kandungan pedagogi dan pedagogi asas (Noriati,Boon & Wong 2010). Untuk
menjadi seorang guru yang cemerlang, saya perlu melengkapkan diri saya dengan ilmu
pengetahuan dan kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk mengajar dengan berkesan.
Seperti yang disyorkan oleh guru cemerlang, Pn.Sharina Hashim, untuk menjadi seorang
yang berpengetahuan, kita perlu sentiasa bersahabat dengan buku. Oleh itu, mulai dari
sekarang saya mesti membudayakan amalan membaca bagi memperoleh pengetahuan.
Mok (2000) menyatakan bahawa budaya ilmu dapat diterapkan dengan mengamalkan
budaya membaca. Seorang guru perlu sentiasa mempunyai minat dan rajin membaca
dengan tujuan menambah ilmu pengetahuan serta mengembangkan daya fikir sendiri.
Selain buku, saya boleh memperolehi pelbagai maklumat dan teknik-teknik serta strategi
pengajaran yang menarik melalui laman sosial seperti facebook. Melalui laman facebook,
saya dapat berhubung serta berkongsi idea, pendapat dan bahan bantu mengajar dengan
guru-guru lain di seluruh Malaysia. Saya juga boleh meminta nasihat daripada guru-guru
yang cemerlang dan yang telah lama berkhidmat dalam bidang keguruan kerana pastinya

pengalaman mereka lebih banyak daripada saya. Saya yakin dengan berusaha bersungguhsungguh menimba ilmu pengetahuan dan melengkapkan diri dengan kemahiran yang
diperlukan akan dapat membantu saya untuk menyediakan diri ke arah menjadi seorang
guru yang cemerlang.
Seterusnya, menurut Noriati, Boon & Wong (2010) juga, guru praperkhidmatan amat
memberikan perhatian terhadap kemandirian diri atau survival, iaitu kemampuan mereka
untuk menghadapi sesi pengajaran dengan jayanya. Begitu juga yang dirasakan saya
sepanjang menjalani latihan praktikum. Walaupun telah diajar tentang pelbagai teori dan
kemahiran pedagogi, saya tetap merasakan bahawa saya masih tidak mampu untuk
mengajar dengan baik. Oleh itu, saya merancang untuk menyertai seminar-seminar dan
program yang diluar bidang keguruan yang dapat meningkatkan keyakinan dan kemahiran
diri saya. Berdasarkan temubual yang saya jalankan dengan guru cemerlang, beliau sendiri
sering menyertai program-program luar bertujuan untuk menambahkan ilmu pengetahuan.
Contoh seminar dan program yang boleh diikuti ialah seminar keibubapaan, seminar
pengurusan kewangan dan program-program motivasi yang dapat membentuk keperibadian
seorang guru. Hal ini kerana menurut Noriati, Boon & Wong (2010), seorang guru yang
berkesan perlu menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia dan berwawasan
sebagai pendidik unggul pada setiap masa. Jadi, program-program yang berbentuk
pembentukan imej seorang guru yang cemerlang amat wajar untuk saya ikuti.
Selain itu, untuk menjadi seorang guru yang cemerlang saya perlu meningkatkan
kreativiti saya semasa mengajar. Menurut Harun(2002), perkara yang membezakan seorang
guru dengan seorang guru yang lain ialah darjah kemampuan pelajar yang dapat
disediakan. Darjah kemampuan pelajar pula bergantung kepada proses penyediaan dan
pelaksanaan strategi atau langkah-langkah pengajaran ke arah pencapaian objektif
tersebut. Bagi memastikan objektif pembelajaran tercapai dan murid seronok untuk belajar,
saya perlu melaksanakan teknik atau strategi pembelajaran yang kreatif. Semasa membuat
muhasabah diri, saya sedar bahawa teknik pengajaran yang saya lakukan agak berbentuk
tradisional iaitu lebih berpusatkan guru. Saya kurang memberi peluang kepada murid untuk
berfikir secara kritis dan kreatif dalam bilik darjah. Tugasan yang saya berikan kepada murid
adalah mudah dan tidak dapat mengukur kemampuan murid yang sebenar. Oleh itu, saya
berazam untuk terus meningkatkan kreativiti diri dengan mencuba pelbagai teknik
pengajaran yang menarik seperti pembelajaran koperatif, pembelajaran berasaskan projek
atau masalah, e-learning dan pembelajaran di luar bilik darjah. Saya perlu berani untuk
mengambil risiko bagi memperkenalkan sesuatu yang baru kepada murid-murid di dalam
bilik darjah. Abdullah & Ainon (2002) dalam buku yang bertajuk Guru Sebagai Pendorong
Dalam Darjah menyokong usaha guru-guru untuk bersikap kritis dan kreatif dalam bilik

darjah. Bagi beliau, risiko adalah fitrah kreativiti. Setiap usaha bagi mencipta idea-idea
kreatif dan menterjemahkannya menjadi realiti pasti berdepan dengan risiko kegagalan.
Berdasarkan kajian-kajian yang dibuat oleh pakar psikologi pula mendapati bahawa satu ciri
peribadi yang ketara pada orang yang kreatif ialah sifat tabah dan cekal menghadapi
kegagalan demi kegagalan serta sifat tekun berusaha. Justeru itu, untuk menjadi seorang
guru yang cemerlang, saya tidak boleh berputus asa untuk meningkatkan kreativiti dalam
pengajaran.
Bagi membentuk diri untuk menjadi seorang guru yang cemerlang juga, saya perlu
berusaha untuk menjadi guru yang lebih prihatin dengan anak murid. Dalam intropeksi yang
dibuat, saya sedar bahawa saya kurang mengambil berat akan kebajikan murid. Sedangkan
sekiranya saya bersikap prihatin dan lebih mengambil berat tentang keadaan murid,
pastinya saya dapat mendorong murid untuk menyukai pengajaran saya dan secara tidak
langsung dapat membantu mereka meningkatkan pencapaian dalam pelajaran. Hal ini
kerana, menurut Abdullah & Ainon (2002), seseorang guru hanya dapat menjadi pendorong
kepada murid-muridnya apabila terdapat hubungan guru-murid yang sihat dan positif. Jadi,
saya seharusnya berusaha untuk membina hubungan yang baik dengan anak murid dengan
bersikap prihatin terhadap mereka. Selain itu, seperti yang dinasihatkan oleh guru
cemerlang, saya perlu bersikap adil dalam memberikan layanan dan perhatian saya kepada
setiap murid tidak kira sama ada murid itu pandai atau kurang pandai dan baik atau nakal.
Murid-murid yang nakal sekalipun pasti mempunyai aspek-aspek yang baik pada diri
mereka. Gurulah yang bertanggungjawab untuk menjadi pengukuh positif pada aspek-aspek
baik itu dan seterusnya mendorong murid menjadi insan yang lebih baik dari aspek jasmani,
emosi, rohani dan intelek (Abdullah & Ainon, 2002).
Perancangan saya yang seterusnya ialah meningkatkan kemahiran dalam bidang
teknologi

maklumat

dan

komunikasi.

Dalam

Pelan

Pembangunan

Pendidikan

Malaysia(2013-2025), Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggariskan 11 anjakan


bagi mentransformasikan sistem pendidikan di Malaysia. Anjakan ke-tujuh yang ingin dicapai
oleh oleh kerajaan Malaysia ialah memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti
pembelajaran di Malaysia. Bagi membentuk diri untuk menjadi seorang guru yang
cemerlang, saya perlu menyahut hasrat kerajaan ini dengan melengkapkan diri dengan
kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi. Antara contoh penggunaan TMK dalam
pengajaran dan pembelajaran ialah sebagai alat untuk menyebarkan maklumat melalui
audio, video dan dokumen daripada Internet, bahan rujukan dan sebagainya. Sebagai guru
pelatih, penggunaan TMK amat membantu saya dalam bilik darjah terutama sekali dari
aspek penyediaan bahan bantu mengajar. Contohnya dengan menyediakan persembahan
power point, tayangan video-video pengajaran serta penyediaan bahan-bahan untuk

pengukuhan kefahaman murid-murid. Selain itu, saya banyak melayari internet untuk
memperoleh maklumat dan idea-idea pengajaran yang menarik. Sememangnya pengaruh
TMK melalui rangkaian internet amat penting dari segi pengetahuan, perhubungan dan
perkongsian bahan pengajaran-pembelajaran(Noriati, Boon, Sharifah & Zuraidah, 2010).
Walaubagaimanapun saya sedar, sebagai guru saya bukan sahaja perlu menguasai
kemahiran untuk mengaplikasikan TMK tetapi saya juga perlu berusaha untuk mendidik
murid menggunakan TMK dan internet secara bijak. Saya akan berusaha untuk memberi
pendidikan kepada murid tentang kebaikan dan keburukan penggunaan internet serta
mewujudkan budaya Internet yang sihat di dalam bilik darjah.
Seterusnya, berikut ialah petikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara.
Berdasarkan FPK, aspek kerohanian diberi perhatian yang penting untuk melahirkan
individu yang seimbang dan harmonis. Oleh itu, perkara penting yang tidak boleh saya
abaikan dalam usaha membentuk diri menjadi seorang guru yang cemerlang ialah dengan
meningkatkan kualiti aspek kerohanian. Menurut Noriati, Boon & Wong (2010), seorang guru
yang profesional perlu mempunyai sahsiah yang baik dan boleh diteladani pelajar. Hal ini
kerana guru ialah individu yang berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai
keteguhan nilai diri seperti bermoral, berakhlak mulia, berketrampilan dan pandai
menyesuaikan diri dengan situasi tertentu. Zohari (2012) dalam artikelnya yang bertajuk
Guru Berkualiti Asas Kepada Penghasilan Modal Insan Untuk Pembangunan Negara
menyatakan bahawa kualiti diri insan itu bergantung kepada sejauh mana hubungannya
dengan Tuhan iaitu kehidupan beragama. Jadi, bagi meningkatkan kualiti kerohanian saya,
saya perlu berpegang teguh dan patuh pada ajaran agama. Saya perlu berusaha mencari
insiatif sendiri untuk melengkapkan diri dengan pengetahuan agama dan menerapkan nilainilai murni dalam diri saya sendiri. Saya boleh membaca buku-buku keagamaan dan
menyertai program-program berbentuk keagamaan yang dianjurkan oleh pihak institut dan
pihak luar yang bersesuaian dengan saya. Untuk menjadi guru yang cemerlang juga saya
perlu menanamkan dalam diri sikap mementingkan masa, berdisiplin, berakhlak mulia,
hormat menghormati, ikhlas, bertanggungjawab dan sebagainya. Apabila guru menunjukkan

keperibadian yang mulia, secara tidak langsung, sikap dan sahsiah murid juga akan menjadi
lebih baik.
Untuk menjadi seorang guru yang cemerlang, saya juga bercadang untuk mendalami
dan menjalankan pendekatan psikologi kepada murid-murid di sekolah. Saya akui semasa
mula-mula menjalani latihan praktikum di sekolah, saya sering mengambil pendekatan
memarahi murid-murid sekiranya mereka tidak membuat kerja atau bermain-main di dalam
kelas. Saya dapati sememangnya murid takut dan tidak bermain-main apabila dimarahi
guru. Tetapi, mereka akan mengulang kembali bermain-main dalam jangka masa yang
cepat. Setelah melalui praktikum 1, 2 dan 3, saya mula menyedari bahawa pendekatan
memarahi murid bukanlah langkah yang terbaik untuk mendorong murid untuk belajar.
Menurut Abdullah & Ainon (2002), guru mendapati murid hanya membuat apa yang disuruh
oleh guru disebabkan mereka takut kena marah oleh guru. Ramai guru yang mencipta rasa
tidak selamat bagi tujuan mendorong murid belajar. Dalam hal ini murid didorong untuk
belajar atas dasar takut bukan minat untuk belajar. Oleh itu, saya bercadang untuk
melengkapkan diri dengan ilmu psikologi pendidikan bagi menjadi seorang guru cemerlang
yang dapat mendorong murid untuk belajar dengan kesedaran kendiri. Saya bercadang
untuk menggunakan pendekatan memberi motivasi kepada pelajar untuk meningkatkan
estimnya. Estim ialah perasaan yang dirasai yang menilai diri sendiri. Ia mempunyai kaitan
yang kuat dengan keyakinan diri dan kejayaan. Kata-kata guru mempunyai kesan serius
kepada estim murid-murid di mana kata-kata guru itu dapat meninggikan mahupun
menjatuhkan estim murid-muridnya.(Abdullah & Ainon, 2010). Selain itu saya juga akan
berusaha untuk mengaplikasikan teori-teori pembelajaran seperti Teori Behaviorisme dan
Sosial Kognitif. Saya boleh mengaplikasikan teknik peneguhan positif dan peneguhan
negatif untuk membentuk tingkah laku murid yang diingini. Saya juga akan menggunakan
pendekatan yang lebih berbentuk kasih sayang. Menurut Noriati, Boon & Wong (2010), guru
ialah pengganti ibu bapa di sekolah. Jadi saya berperanan untuk membantu murid-murid
menghadapi persekolahan dengan lebih yakin dengan mempamerkan kasih sayang serta
kemesraan untuk mendorong murid menjadi pelajar yang lebih baik. Noriah (2003) juga
menyatakan bahawa guru yang penyayang akan cuba menyediakan satu persekitaran
pembelajaran yang kondusif dimana murid-murid akan dapat belajar elalui pengalaman
mereka tanpa berasa terancam atau takut untuk digagalkan. Secara tidak langsung guru
akan menjadi pendorong kejayaan murid-murid.
Perancangan saya untuk membentuk diri menjadi seorang guru cemerlang yang
seterusnya ialah dengan mengamalkan budaya reflektif. Menurut Boon (2005), dengan
mengamalkan pemikiran reflektif, guru dapat meningkatkan profesionalisme diri dari segi
keilmuan, ketrampilan dan kemahiran serta menjadi more thoughtful teacher. Semasa

menjalankan temubual dengan guru cemerlang pula, beliau berkongsi kelebihan-kelebihan


mengamalkan budaya reflektif. Menurut beliau, dengan mengamalkan budaya reflektif
seperti penulisan reflektif, muhasabah diri selepas sesi pengajaran dan penyediaan portfolio
pengajaran, guru dapat menganalisis kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Apabila guru
mereflek diri, secara tidak langsung guru akan berfikir lebih kritis dan kreatif bagi menambah
baik kualiti pengajaran mreka. Selain itu dengan amalan reflektif, guru bukan sahaja dapat
menilai tahap perkembangan diri sendiri malahan guru juga dapat menilai tahap
perkembangan pelajaran murid. Melalui cara ini guru dapat memberi maklumbalas kepada
murid yang sekaligus dapat membantu murid mengenalpasti kelebihan dan kekurangan
dalam pelajaran dan berusaha untuk membaikinya. Abdullah & Ainon (2002) pula
mengesyorkan para guru memberi maklum balas dengan disertai ganjaran dalam bentuk
pengiktirafan sebagai pendorong berkesan kepada murid untuk meningkatkan prestasinya.
Oleh itu, mulai daripada sekarang saya akan memantapkan kemahiran penulisan reflektif,
kemahiran membuat intropeksi dan menilai hasil kerja sendiri bagi membantu saya untuk
memupuk amalan reflektif apabila bergelar guru yang sebenar kelak.
Seterusnya, saya terfikir mengenai satu peribahasa Melayu iaitu seperti katak di bawah
tempurung. Peribahasa ini menggambarkan seseorang yang sangat cetek pengetahuannya
tentang dunia luar. Oleh itu, untuk menjadi seorang guru yang cemerlang, saya perlu
menjadi seorang yang sentiasa peka dengan perubahan di persekitaran dan dalam
pendidikan seperti trend semasa, isu-isu terkini dalam pendidikan dan dunia. Hal ini kerana
menurut Noriati, Boon, Sharifah & Zuraidah (2010), guru perlu melengkapkan diri dengan
pembaharuan dan perubahan kurikulum agar tidak ketinggalan terhadap perkembangan
pesat yang berlaku dalam dunia pendidikan. Apabila saya peka dengan segala perubahan
ini, maka saya akan lebih mudah untuk menyesuaikan diri bagi menyahut cabaran
merealisasikan perubahan-perubahan ini untuk kebaikan murid. Antara sumber dan rujukan
yang boleh saya rujuk supaya sentiasa peka dengan perkembangan pendidikan Malaysia
ialah dengan melayari portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia www.moe.gov.my.
Terdapat banyak info-info semasa mengenai pendidikan dalam laman web tersebut yang
boleh saya jadikan rujukan. Selain itu, saya juga harus melazimi membaca surat khabar
seperti Utusan Malaysia dan The Star untuk mengetahui perkembangan terkini Malaysia dari
aspek yang lebih luas. Pengetahuan semasa ini amatlah penting kepada saya kerana ia
dapat digunakan di dalam kelas semasa sesi pengajaran. Saya boleh menjadikan isu-isu
semasa sebagai topik perbincangan dan mengaitkan nilai-nilai atau pengajaran yang boleh
didapati daripada isu tersebut dengan pengajaran saya. Secara tidak langsung saya juga
menggalakkan murid-murid untuk berusaha melengkapkan diri dengan berita-berita semasa
dan tidak menjadi seperti katak di bawah tempurung.

Saya juga akan berusaha untuk meningkatkan profesionalisme diri untuk menjadi
seorang guru yang cemerlang. Terdapat beberapa tindakan yang boleh dilakukan oleh
seseorang guru bagi meningkatkan profesionalisme dirinya. Boon (2005) mencadangkan
amalan reflektif sebagai langkah untuk meningkatkan profesionalisme diri. Di sekolah pula,
saya boleh mengikuti kursus-kursus pendidikan yang dianjurkan oleh KPM, JPN seperti
LDAP(Latihan Dalam Perkhidmatan) dan Kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan
bagi meningkatkan profesionalisme diri. Seterusnya, Zohari (2012) pula mengesyorkan
kaedah penyelidikan dan penulisan ilmiah bagi meningkatkan profesionalisme diri. Menurut
beliau, seorang guru perlu melaksanakan penyelidikan kerana ianya dapat membantu guru
mendalami dan meningkatkan pengetahuan dalam bidang ilmu masing-masing. Hasil
penyelidikan itu seterusnya dapat disebar dan dikongsikan dengan masyarakat di sekeliling.
Antara penyelidikan yang sesuai dijalankan oleh guru ialah penyelidikan tindakan. Menurut
Noriati, Boon & Wong (2010), penyelidikan tindakan ialah satu bentuk penyelidikan yang
dilaksanakan oleh guru dan tentang guru. Dengan menjalankan penyelidikan, guru
meningkatkan ilmu pengetahuan dan pemahaman amalan bilik darjah dan meningkatkan
kemahiran mengajar. Sebagai guru pelatih, saya masih dalam usaha untuk menyiapkan
penyelidikan tindakan yang bertajuk Menambah baik Cara Pengendalian Aktiviti Stesen
dengan Kad Arahan Berwarna bagi memenuhi keperluan kursus. Semoga pengalaman
menjalankan penyelidikan tindakan ini memberi kekuatan kepada saya untuk meneruskan
amalan menjalankan penyelidikan untuk memantapkan kualiti diri. Selain itu, saya juga
bercadang untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi sekiranya
berpeluang selepas ini. Hal ini kerana, apabila menyambung pelajaran, saya akan sentiasa
dekat dengan buku. Jadi pengetahuan saya akan bertambah dan berkembang dari semasa
ke semasa. Saya berharap saya dapat menjadi pakar di dalam bidang pendidikan.

Semoga apa yang saya harapkan akan menjadi kenyataan. Saya akan berusaha
bersungguh-sungguh untuk menjadikan pelan pembelajaran ini sesuatu yang realistik.
Semoga pelan pembelajaran yang dirancang ini dapat membantu memberi saya bimbingan
untuk mengorak langkah di masa hadapan untuk menjadi seorang guru yang cemerlang.

You might also like