You are on page 1of 3

Selamat pagi dan Salam 1Malaysia.

Terima kasih kepada saudari Pengacara Majlis.


Yang Berusaha En. Ahmad Kamal bin Mohd Don, Pengetua
SMK Datuk Bendahara,
Yang diraikan Cik Hajjah Faijah bte Saleh Pengetua SMK Tun
Tijah, Durian Daun, Melaka,
Yang berbahagia Datuk Abu Dolah Bin HItam, Yang Dipetua
PIBG SK Datuk Bendahara,
Yang Dihormati Barisan Guru Penolong Kanan,
Guru-guru Kanan Mata Pelajaran,
Guru-guru dan rakan-rakan sekalian.
Terlebih dahulu saya juga mengucapkan terima kasih kepada
pihak majlis kerana telah memberikan peluang kepada saya
mewakili semua pelajar SMK Datuk Bendahara untuk berucap
dalam majlis ini. Bersyukur kita pada pagi ini kerana dapat
bersama-sama meraikan majlis perpisahan Cik Hajah Faijah
yang sangat bermakna dan penuh erti ini.
Hadirin yang Dihormati,
Dalam salah satu tulisan karya agung Johann Paul Friedrich
Ritcher iaitu seorang penulis masyhur dari Jerman ada
menyatakan bahawa "man feelings are always purest and
most glowing in the hour of meeting and farewell". Setiap
pertemuan pasti akan ada perpisahan , yang pastinya setiap
perpisahan pasti amat menyedihkan.
Hari ini, kami berasa terharu dan sedih kerana bakal
kehilangan seorang GPK Pentadbiran yang amat kami sayangi
dan kasihi. Pada kami, Cik Hajah Faijah bukan sahaja
sebagai seorang GPK 1 tetapi ibarat seorang ibu dalam
sebuah keluarga besar SMK Datuk Bendahara.

Hadirin sekalian,
Memory is a way of holding onto the things you love, the
things you are, the things you never want to lost. Itulah Cik
Hajah Faijah kita, Gpk Pentadbiran, prihatin, tenang namun
tetap tegas dalam melaksanakan tanggungjawabnya. Itulah
butir-butir kata yang dapat digambarkan mengenai GPK
Pentadbiran kita.
Beliau bukan sahaja penyayang, melakukan tugas dengan
hati yang tulus, malah mementingkan pencapaian akademik
pelajar. Beliau amat mengutamakan pelajar-pelajar di SMK
Datuk Bendahara supaya sentiasa fokus terhadap
pembelajaran di dalam kelas dan tidak ponteng sekolah.
Para hadirin yang Dikasihi,
Pada kesempatan ini, saya sebagai wakil pelajar SMK Datuk
Bendahara merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan
dan terima kasih kepada Cik Hajah Faijah yang tidak pernah
mengenal erti jemu mentadbir sekolah ini dan
mengorbankan waktu demi kami pelajar-pelajar SMK Datuk
Bendahara. Kami berdoa semoga Tuhan akan melimpahkan
rahmat-Nya kepada Cik Hajah Faijah. Semoga Cik Hajah
Faijah akan terus mengekalkan usaha-usaha murni beliau
dalam membentuk sahsiah diri yang mulia kepada para
pelajar di sekolah baharu nanti.
Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Benar
kata pepatah Melayu, yang patah akan tumbuh, yang hilang
akan berganti,namun yang hilang tidak akan sama dengan
yang berganti. Walau bagaimanapun, yang hilang akan tetap
akan diingati, kekal abadi tersemat di hati.
Saya juga
berharap agar hubungan silaturrahim antara ibunda GPK 1
dengan anak-anak didik dan warga SMKDB akan terus terjalin

erat. Sesungguhnya jasa dan budi yang ditabur tidak dapat


dibalas dan tentunya akan dikenang sampai bila-bila.
Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan;
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi;
Kalau ada umur yang panjang,
Sudah tentu kita akan berjumpa lagi.
Salam kemaafan kami hulurkan,
Semoga kemesraan terus berpanjangan;
Ilmu diberi harap halalkan,
Semoga perjuangan kami mendapat keberkatan.
Sebelum mengundur diri, saya ingin mengambil kesempatan
ini untuk mewakili semua pelajar Tingkatan 6 atas untuk
memberi sesuatu sebagai tanda penghargaan kepada ibunda
kami, Cik Hajah Faijah Bte Saleh.
Sekian, terima kasih dan salam sejahtera.

You might also like