You are on page 1of 3

1 Malaysia bermatlamat untuk mengekal dan meningkatkan perpaduan kerana banyak memberi

kepentingan kepada negara kita yang mempunyai pelbagai kaum. Seharusnya, institusi sekolah
dapat memainkan peranan dalam memupuk perpaduan nasional. Bincangkan.
Skema Jawapan :
Pengenalan
Perpaduan sememangnya telah menjadi teras utama dalam hala tuju negara menuju
kecemerlangan bermula sejak negara mencapai kemerdekaan. Kerajaan telah memperkenalkan
konsep 1Malaysia bertujuan menyemarakkan semula semangat perpaduan dan persaudaraan
dalam kalangan rakyat di negara ini. Sekolah merupakan antara institusi penting bagi
merealisasikan hasrat ini.
Bil

Idea/Isi
A. Kepentingan
perpaduan

Huraian

Menjadi sebuah negara


merdeka

2.

Mewujudkan semangat
- Menggalakkan semangat kekitaan dan menghapuskan
kekitaan dalam masyarakat
sikap mementingkan diri sendiri.
- Semangat ini akan mengelakkan berlaku permusuhan
antara kaum.
- Akibatnya, wujudlah keharmonian antara kaum dan
mengurangkan isu perkauman.

3.

Membangunkan ekonomi
negara

- Pelbagai ranjau dan duri yang telah dilalui oleh generasi


terdahulu untuk menuntut kemerdekaan.
- Hasil perpaduan masyarakat ketika itu yang berganding
bahu menuntut kemerdekaan telah membuka mata pihak
Inggeris supaya memberikan kemerdekaan kepada
Tanah Melayu.
- Perpaduan yang telah wujud kini adalah warisan daripada
nenek moyang yang harus dikekalkan agar masyarakat
kini dapat hidup harmonis tanpa campur tangan anasir
luar.

- Menarik minat pelancong asing untuk mengenali


dengan lebih dekat lagi budaya masyarakat Malaysia
yang berbeza kaum dan agama tetapi dapat hidup dengan
harmonis di bawah satu bumbung.
- Perpaduan antara kaum berjaya melahirkan suasana yang
harmonis.
- Menarik minat pelabur asing dan menggalakkan
perkembangan industri pelancongan di negara ini.
- Kedua-dua kegiatan ini dapat menyediakan peluang
pekerjaan dan seterusnya mengembangkan ekonomi
negara.

4.

Merealisasikan wawasan
negara.

- Perpaduan dapat mengekalkan keharmonian dan


kedamaian rakyat di Malaysia.
- Kedamaian dan kesejahteraan dapat mengelakkan
berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham
antara satu sama lain.
- Justeru, cabaran pertama dalam merealisasikan Wawasan
2020 dapat diatasi.

B. Cara-cara memupuk
perpaduan di sekolah
5.

6.

7.

8.

Memantapkan pelaksanaan - Keseragaman sukatan pelajaran, buku teks, peperiksaan,


Dasar Pelajaran
pakaian seragam, sistem latihan guru dan bahasa
Kebangsaan
pengantar.
- Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
utama dalam sistem pendidikan kebangsaan, telah
mewujudkan generasi daripada pelbagai etnik yang lebih
memahami antara satu sama lain dan mengelakkan
prasangka kaum.
Aktiviti sekolah sebagai
- Setiap subjek yang diajar di sekolah harus
medium perpaduan
menitikberatkan aspek-aspek pendidikan yang harmonis.
- Pendedahan kepada nilai-nilai yang sama seperti
perasaan kasih sayang, hormat menghormati, saling
bantu membantu, berbudi bahasa, cintakan keamanan,
bencikan kekejaman, jujur, bertanggungjawab dan
sebagainya.
- Aktiviti kokurikulum dan khidmat masyarakat yang
disertai oleh kumpulan etnik membolehkan pelajar
berinteraksi dan melaksanakan aktiviti-aktiviti bersama.
Pendemokrasian
- Memastikan agar semua kaum dapat menikmati
pendidikan
kemudahan yang sama dalam pendidikan sama ada
mereka bersekolah di bandar atau di luar bandar /antara
Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Jenis Kebangsaan.
- Pelajar-pelajar berhak untuk bersekolah di mana-mana
sekolah di negara kita.
- Dengan ini sekolah dapat memupuk proses integrasi
antara etnik.
Pelaksanaan Sekolah
- Sekolah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam
Wawasan
satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum dan
agama.
- Membolehkan pelajar-pelajar yang berlainan etnik
menggunakan pelbagai kemudahan secara bersama.
- Matlamat penubuhan sekolah ini adalah untuk
mewujudkan perpaduan atau integrasi antara murid yang
berlainan etnik dan agama.
- Melahirkan sifat toleransi, persefahaman yang tinggi dan
menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua
pelajar melalui perkongsian kemudahan sekolah dan
2

9.

Pelaksanaan sekolah satu


aliran

pelaksanaan aktiviti.
- Sistem yang menggunakan satu bahasa pengantar sahaja
di sekolah.
- Tidak akan menghapuskan bahasa ibunda kaum-kaum
lain (dijadikan mata pelajaran elektif).
- Boleh bergaul secara meluas dan memahami budaya
kaum-kaum lain.
- Semangat perkauman akan dapat dihapuskan.
- Pergaulan antara pelbagai etnik menjadikan mereka lebih
bertoleransi antara satu sama lain.

Kesimpulan.
Kita seharusnya mempertahankan nilai-nilai perpaduan yang diasaskan sebelum ini. Pendidikan
merupakan medium terpenting bagi mewujudkan perpaduan antara etnik. Kegagalan sekolah
dalam proses integrasi akan menyebabkan kegagalan integrasi dalam pendidikan di negara ini.
Jawapan : 2 + 3 / 3 + 2
Pemarkahan:
Idea
Huraian
Bahasa
Format

:
:
:
:

5
15
4
1

Jumlah

25

You might also like