You are on page 1of 2

Motion study and time study adalah sebuah pembelajaran sistematik dari sistem

kerja dengan tujuan mengembangkan sistem dan kaedah yang lebih baik. Pada
umumnya penentuan sistem dan kaedah yang digunakan dalam sebuah industri
sangat bergantung kepada tujuannya, misalnya dalam sebuah manukfaktur seperti
GX corporation yang membuat sarung tangan getah. Kajian masa dilakukan untuk
meningkatkan produktiviti dengan cara genba dan sebagainya. Daripada kajian masa,
kita juga boleh mencari dan mengenal pasti sistem yang lebih baik bagi
meningkatkan kualiti produk. Kajian masa bukan sahaja untuk menilai masa operator
bekerja tetapi mencari sebarang peluang yang membolehkan syarikat mendapatkan
keuntungan yang lebih.
Perlaksanaan sesuatu sistem baru juga memerlukan kajian masa kerana
dikhuatiri kaedah tersebut mungkin terdapat kesan yang boleh menyebabkan kualiti
produk berkurang. Maka, sepanjang dalam melaksanakan eksperimen kita juga perlu
membuat kajian masa supaya sebarang kemungkinan buruk itu tidak akan terjadi.
Jika sistem baru itu berjaya, sistem tersebut akan diseragamkan.
Setelah kaedah terbaik ditentukan, langkah selanjutnya adalah menyeragamkan
kaedah itu sendiri. Dalam menyeragamkan kaedah tersebut, , perlu adanya
pembahagian kerja yang jelas dan pembatasan kerja yang baik agar berjalan supaya
lebih berkesan. Dalam hal ini, setiap jenis pekerjaan dibezakansecara terperinci dan
spesifik.
Selain itu,ia juga digunakan untuk mengukur standard waktu normal yang
diperlukan operator terlatih dan berpengalaman daripada kecepatan normal. Standard
waktu tersebut seringkali digunakan untuk perencanaan dan penjadualan kerja
sehingga kos produksi, termasuk kos membiyai buruh. Kajian masa juga bertujuan
untuk melatih operator. Operator perlu mendapatkan pelatihan supaya kerja-kerja
yang dilakukannya lebih berkualiti. Hal ini biasanya diatur oleh pegawai atasan dan
orang yang bertanggungjawab dalam jabatan tersebut.

Jabatan LSS hanya

mencadangkan atau memberikan arahan jika terdapat berlakunya kerugian masa


seperti operator tidak menjalankan kerjanya dengan baik.
Kajian masa sangat penting bagi industri kerana sangat berkait rapat dengan
perancangan kapasiti yang akan menentukan peningkatan output(pengeluaran) dari
operasi sesuatu industri.

You might also like