You are on page 1of 20

RIS

SEMESTER 1 SESI 2010/2011

KOD & NAMA KURSUS

PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2014/2015


KAL 3033
PENDIDIKAN SOSIAL EMOSI KANAK-KANAK

TAJUK TUGASAN 1
BINCANGKAN DAN HURAIKAN BAGAIMANA KEPERCAYAAN ,
PERASAAN , SIKAP DAN NILAI MEMBERI KESAN KEPADA
PEMBENTUKAN KONSEP KENDIRI KANAK-KANAK.

DISEDIAKAN OLEH

NAMA

SITI NORBAYA BINTI MD.SAAD

NO. MATRIK

D20121061750

KUMPULAN

UPSI 01(A141PJJ)

NO TELEFON

012 - 5179327

NAMA

PENSYARAH

TARIKH SERAH

: PN. HASHIMAH BT HUSSIEN


: 28 NOVEMBER 2014

ISI KANDUNGAN
BIL ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT
3

1.0

PENGENALAN

2.0

DEFINISI KONSEP KENDIRI

4-6

3.0

PERKEMBANGAN KONSEP KENDIRI

6-9

4.0

JENIS-JENIS KONSEP KENDIRI

9 - 12

4.1 KONSEP KENDIRI POSITIF


4.1.1 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
KONSEP KENDIRI POSITIF
4.2 KONSEP KENDIRI NEGATIF
4.2.1. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
KONSEP KENDIRI NEGATIF
5.0

FAKTOR KEPERCAYAAN, PERASAAN , SIKAP DAN


NILAI YANG MEMPENGARUHI KONSEP KENDIRI
KANAK-KANAK

13 - 16

(I)
FAKTOR IBU BAPA
( II ) FAKTOR RAKAN SEBAYA
( III ) FAKTOR SEKOLAH DAN GURU
( IV ) FAKTOR GLOBALISASI DAN MEDIA MASSA
6.0

KESAN KEPERCAYAAN, PERASAAN , SIKAP DAN


NILAI KEPADA PEMBENTUKANN KOSEP KENDIRI
KANAK-KANAK

17 - 18

7.0

PENUTUP

19

8.0

RUJUKAN / BIBLIOGRAFI

20

1.0 PENGENALAN
Kendiri adalah konsep merujuk kepada fikiran, perasaan dan sikap terhadap diri.
Sukar

untuk

menentukan

bila

kanak-kanak

mula

memahami

kewujudan

mereka.

Mengukur kesedaran kanak-kanak pula bukan mudah. Kita tidak dapat bertanya kanakkanak berumur tiga tahun dengan menyoal. Kita memerlukan pendekatan secara tidak
langsung. Contohnya menyuruh kanak-kanak melihat cermin. Apabila ia menyentuh
hidungnya setelah melihat muka di cermin,

kita sedar bahawa kanak-kanak tahu yang itu

adalah rupanya. Ini menunjukkan kanak-kanak mula membina konsep tentang diri
mereka. Seterusnya kanak-kanak mula membina kesedaran kendiri iaitu sedar tentang
kewujudan diri mereka. Apabila dia sedar tentang kewujudan mereka, kanak-kanak
mula memperoleh konsep kendiri dan mula bertanya siapa diri mereka dan ingin mendefinisi
diri mereka.
Cara berfikir dan tingkahlaku seseorang murid dipengaruhi oleh konsep kendiri.
Konsep kendiri
mempengaruhi

yang positif akan menghasilkan keyakinan diri


kejayaan

dri

berkeyakinan dan menunjukkan

seseorang

murid.

Namun

yang tinggi

sebahagian

murid

dan

kurang

sikap yang pasif samaada didalam atau diluar sekolah.

Konsep kendiri seseorang sangat dipengaruhi kerjaya dalam sesuatu bidang. Tanpa
disedari konsep kendiri ini juga boleh berubah ubah dalam satu jangka waktu
tertentu. Ia dipengaruhi oleh faktor persekitarannya seperti ibubapa, keluarga, guru, rakan
sebaya dan juga masyarakat sekeliling. Sebagai contoh, apabila berlaku penceraian
dalam sesebuah keluarga , peristiwa ini mungkin meninggalkan kesan negatif keatas
diri seseorang. Kesannya ia mengubah konsep kendiri seseorang seterusnya mengubah
personalitinya kepada personality yang baru. Pencapaian akademiknya juga akan turut
terjejas disebabkan peristiwa tersebut.Joseph Campbell (1985) mempercayai bahawa
konsep kendiri yang berdikari , arah kendiri tidak berkembang sehingga 800 tahun dahulu.
Antara 700 dan 1500 , konsep kendiri dikenal sebagai yang lemah , berdosa ,
kasar, bersifat mementingkan yang betul dan cukup memahami diri untuk menentukan
jenis tindakan yang dirasakan betul. Dengan erti kata yang lain, kita mesti memahami diri
kita , baru kita boleh t entukan matlamat hidup dan kesempurnaan kendiri.

Hari ini, konsep kendiri kita, iaitu pengetahuan kita , andaian dan perasaan tentang
diri kita, adalah pusat kepada kebanyakan proses mental. Kesedaran kendiri adalah antara
satu konsep yang terpenting dalam psikologi. Kita tahu bahawa konsep kendiri setiap
individu adalah berbeza antara satu sama lain. Tetapi hairannya , tiada satu persetujuan
tentang struktur umum atau isi konsep kendiri. Ada pepatah mencadangkan bahawa
anda

mempunyai

jadi anda

satu

kendiri

benar

atau

kendiri

tulen

seperti

yang

dikatakan

sahaja. Kendiri benar mungkin sama dengan identiti yang kamu lebih suka

atau kendiri yang terbaik.Kendiri ini kemas, seragam,penerangan positif stabil yang relatif
tidak padan dengan realiti yang kebanyakkan kita mengalaminya. Nampaknya kita
mempunyai satu kendiri dengan banyak bahagian , ada yang disukai dan ada yang tidak.

2..0 DEFINISI KONSEP KENDIRI


Manusia

mempunyai

suatu

gambaran

atau

pandangan

tentang

diri

sendiri.

Gambaran inilah disebut konsep kendiri atau imej kendiri. Ia merangkumi gambaran
tentang rupa paras , kesihatan fizikal, kebolehan, kelemahan dan tingkahlaku kita.
Konsep kendiri boleh didefinisikan sebagai penilaian seseorang ke atas dirinya
sendiri atau bagaimana ia menganggap tentang dirinya sendiri samaada secara positif
atau negatif. Ia berkait rapat dengan perasaan kita terhadap kebolehan kita , perkara yang
berlaku pada diri kita dan perkara yang akan berlaku pada diri kita.
Untuk membina konsep kendiri seseorang juga menerima penilaian daripada orang lain.
Konsep kendiri seseorang meliputi persepsi tentang diri dan alam sekelilingnya melalui derianya
dan juga perasaan tentang kebolehannya meliputi keyakinan dan harga dirinya. Konsep kendiri
meliputi aspek jasmani dan juga psikologi. Ia juga berkaitan dengan pembelajaran yang dialami
semenjak kanak-kanak masih kecil lagi.
Menurut Shavelon dan Bolus (1982), konsep kendiri ialah tanggapan seseorang
terhadap dirinya yang meliputi kepercayaan , perasaan , sikap dan nilai. Ia adalah berbeza di
antara seseorang dengan individu lain.

Menurut Harter (1983), dalam bukunya ,Becoming a Person, konsep kendiri ialah agen
perkembangan diri individu terutamanya kanak-kanak. Kanak-kanak akan berkembang sebagai
objek iaitu merupakan sesuatu yang unik dan boleh diperhatikan tahap perkembangannya. Oleh
itu, ini memerlukan kerjasama daripada banyak pihak supaya konsep kendiri kanak-kanak subur
secara positif.
Carl Rogers (1950), mendefinisikan konsep kendiri sebagai suatu gambaran persepsi
seseorang tentang ciri-ciri dan kebolehannya , persepsi dan konsep kendiri berbanding dengan
orang lain dan persekitarannya .
Dari segi psikologi, Hall dan Landsay seperti yang dipetik oleh Staatts(1963),
berpendapat, konsep kendiri boleh dilihat dalam dua cara iaitu tanggapan diri seseorang individu
dan juga proses yang menentukan tingkah laku seseorang individu.
Syarifah Alawiyah (1987), pula menyatakan kendiri merupakan suatu organisasi ,
peribadi bagi seseorang individu yang unik dan dinamik lahir daripada interaksinya dengan
persekitaran. Hal tersebut seterusnya akan menentukan ciri tingkahlaku perasaan dan fikiran.
Sungguhpun taraf mental kanak-kanak telah ditentukan semenjak di dalam kandungan
lagi kita tidak boleh berserah sahaja kepada takdir tanpa berusaha untuk mempengaruhi
konsep kendiri kanak-kanak. Kendiri kanak-kanak ibarat pokok yang tumbuh perlu dibaja
dan disirami air. Begitulah juga keadaannya dengan konsep kendiri. Ini bermakna kita
perlu menjalankan tanggungjawab iaitu apakah langkah yang perlu diambil untuk
meningkatkan

konsep

kendiri

kanak-kanak

berdasarkan

perkembangan

kanak-kanak.

Kanak-kanak berkembang dari aspek fizikal, emosi, rohani, sosial dan kognitif. Kanakkanak adalah pelajar yang aktif, sentiasa ingin tahu dan ingin melakukan sesuatu tanpa
menyedari risiko. Menurut Froebel, kerja kanak-kanak adalah bermain. Dalam membina
strategi dan langkah-langkah untuk meningkatkan konsep kendiri kanak-kanak , ia

perlu

berdasarkan perkembangan bermain tersebut.


Kanak kanak suka meniru perwatakan orang yang lebih dewasa. Selain ibu bapa , guru
juga memainkan peranan yang penting sebagai agen membentuk perkembangan konsep
kendiri.Semasa murid berada di sekolah, guru hendaklah mempertingkatkan kualiti
5

kendiri kanak-kanak seperti mempunyai keyakinan yang tinggi dan percaya yang anda
boleh menyempurnakan tanggungjawab dalam kerjaya dengan betul , mempunyai kemahiran
mengurus kanak-kanak, boleh mengawal perasaan marah, mengeluarkan bunyi suara yang
lunak dan mesra ,keupayaan menyanyi dengan selesa di hadapan kanak-kanak,

dan

juga

guru hendaklah menerima kanak-kanak yang ada dalam kelas mereka tanpa syarat.

3.0 PERKEMBANGAN KONSEP KENDIRI


Pada peringkat Maskular anal / Autonomi lawan perasaan malu dan keraguan
(18 bulan hingga 3 tahun)

ia mempunyai kaitan dengan peringkat dubur (anal) dalam teori

Freud dan berlaku semasa kanak-kanak berusia di antara 2 3 tahun.

Mengikut Teori

Erikson, tahap perkembangan manusia bermula pada umur 18 bulan hingga 3 tahun.
Perkembangan pada peringkat ini adalah berdasarkan konflik yang wujud dalam diri
kanak-kanak iaitu autonomi lawan rasa malu atau sangsi.
Pada peringkat ini kanak-kanak perlahan-lahan mula memahami bahawa mereka
boleh mengawal tindakannya.Ini bermakna kanak-kanak sudah mempunyai autonomi ke atas
diri mereka. Mulai usia 18 bulan, konsep kendiri seseorang mulai nyata. Seseorang kanakkanak mulai mengetahui apa yang diperkatakan dan lakukan

itu merupakan satu

tindakannya dan bukanlah orang lain. Keinginan untuk bertindak secara bebas juga
meningkat. Kanak-kanak lebih suka

membuat sesuatu tindakan itu secara individu dan

bukannya bergantung kepada orang lain untuk membuatnya. Pada peringkat ini

juga

seseorang

dan

kanak-kanak

mungkin

percaya

yang

dirinya

adalah

cekap

berkebolehan. Sebaliknya, jika dia berasa yang dirinya kurang cekap dia akan berasa
malu dan mula meragui kebolehan dirinya.
Tingkah laku kanak-kanak yang sentiasa dipuji dan diterima akan menyebabkan dia
berasa lebih berkeyakinan lagi. Sebaliknya, tingkahlaku yang menyebabkan dia didenda
atau dimarahi akan menyebabkan kanak-kanak itu berasa malu atau ragu-ragu. Menurut
Erikson, tingkahlaku yang tidak diingini hendaklah dikawal dan yang diingini dipuji
pula. Dengan cara ini kanak-kanak akan mengenal jenis-jenis tingkahlaku yang digalakkan
dan yang hendak dielak. Kecenderungan kanak-kanak hendak berfungsi secara bebas
6

hendaklah diterima serta didorongkan. Perasaan autonomi dan kawalan kendiri akan
terbentuk jika ibu bapa memberi bimbingan kepada anak-anak. Dengan ini, anak-anak
akan memiliki perasaan positif terhadap orang lain dan berasa bangga. Nilai (virtue) yang
timbul di sini adalah will, iaitu kehendak atau kuasa untuk membuat keputusan dan
penilaian dengan bebas atau mengawal dengan kemahuan sendiri. Menerusi kefahaman ini,
dapat autonomi bermaksud kanak-kanak pada peringkat usia 18 bulan hingga 3 tahun
berusaha menunjukkan autonomi untuk berdikari daripada orang dewasa atau orang lain
yang sebaya dengannya. Walau bagaimanapun semasa kanak-kanak hendak mendapatkan
autonomi, mereka mengalami perasaan sangsi sama ada boleh menangani situasi. Mereka
rasa malu jika gagal menangani sesuatu tindakan. Campuran autonomi, malu dan
sangsi memberikan satu kekuatan kepada kanak-kanak bahawa mereka boleh bertindak
ke atas dunia dengan kekuatan sendiri.
Pada peringkat Lokomotor genital /Inisiatif lawan bersalah (3 hingga 6 tahun),
mempunayai kaitan dengan peringkat phallic dalam teori Freud. Jika konflik pada peringkat
sebelumnya berjaya diatasi , kanak-kanak berasa dirinya kini mempunyai hak. Ketika ini
kanak-kanak
aras

yang

perkembangan

diperingkat

berumur
yang

tahun

tinggi

jika

perasaan

autonominya

sudahpun

adanya

galakkan.Selain

itu,

mencapai

kanak-kanak

ini juga ingin meneroka dan mencuba sesuatu yang baru dan mencabar.

Keinginan seperti ini dikenali sebagai inisiatif. Perkembangan inisiatif adalah amat
penting dalam lingkungan usia 3 hingga 6 tahun. Sekiranya trait inisitif hendak dipupuk ,
kanak-kanak

seharusnya

sentiasa

didorong

untuk

mencuba

sesuatu

yang

baru.

Piaget menekankan aktiviti ini sebagai keperluan untuk perkembangan intelek. Ia juga
perlu untuk perkembangan psikososial.Inisiatif merupakan trait yanga akan membantu
kita sepanjang hayat.
Sekiranya tidak digalakkan pada peringkat ini, perkembangan seseorang kanak-kanak
itu mungkin terjejas.Dari galakkan yang diberikan kepada kanak-kanak untuk meneroka
dan mencuba, mereka akan menyedari keupayaan mereka serta potensinya. Mereka akan
mula mengetahui yang mereka itu boleh mengarahkan diri mereka untuk mencapai sesuatu
yang berfaedah.Kanak-kanak dalam keadaan tersebut akan membesar menjadi seoarang
dewasa yang berinisiatif. Jika sebaliknya, kanak-kanak yang tidak dibenarkan mencuba
7

dan meneroka akan membesar menjadi individu yang kurang berinisiatif serta rendah
keyakinan diri. Kanak-kanak seperti ini sering berasa bersalah. Perkembangan konsep
kendiri yang sebeginilah yang akan dilihat membentuk konsep kendiri yang negatif.
Pada peringkat Latency /Ketekunan lawan kompleks rendah diri (6 hingga 12 tahun),
dilihat ada persamaan

teori Freud. Ketika mencapai usia 6 tahun , kanak

adalah amat

bertenaga. Kebolehan dalam berbahasa telah meningkat. Mereka mula mencapai peringkat
operasi konkrit. Mereka berupaya mengambarkan tranformasi dan pertalian diantara dua
situasi yang berkaitan iaitu memahami proses pembalikan serta berfikiran logik. Mereka
juga boleh memahami konsep ruang , kelajuan ,masa dan sebab musabab sesuatu kejadian.
Mereka juga berkeupayaan menyusun idea-idea mengikut urutan juga boleh memahami
sesuatu idea dari beberapa segi. Ini juga bermakna mereka sudah bersedia untuk
menerima pandangan-pandangan orang lain. Bahasa mula digunakan dengan agak betul dan
tepat selagi ia adalah tentang objek-objek yang konkrit.
Konsep tentang kejujuran dan taat setia masih lagi sukar difahami. Persaingan
dalam permainan mula bertambah hebat. Kanak-kanak tidak lagi mudah menerima
kekalahan dan pertengkaran juga sentiasa berlaku dalam permainan di mana unsur
persaingan

adalah

kuat.Menurut

Erikson

kanak-kanak

pada

peringkat

ini

perlu

menyalurkan tenaga mereka kearah menghasilkan sesuatu yang baik. Tugasan yang
dijalankan hendaklah menghasilkan sesuatu seperti penyelesaian, produk, kemahirqan
atau kefahaman. Apabila tenaga kanak-kanak ditujukan kepada tugasan yang bertujuan ,
ketekunan

individu

tersebut

akan

dipupuk.Ketekunan

ini

akan

meningkatkan

ketrampilan iaitu keupayaan untuk melakukan atau membuat sesuatu. Pada

lagi

peringkat

ini , merupakan kunci bagi perkembangan sikap yang rajin melalui keinginan untuk
menjalankan aktiviti yang berfaedah. Keinginan ini hendaklah sentiasa digalakkan.
Sekiranya keinginan itu dihalang ,suatu perasaan rendah diri dan kurang yakin akan
dibentuk . Orang dewasa akan menjadi marah jika sesuatu aktiviti itu menimbulkan
kebisingan. Amalan seperti inilah akan menyebabkan seeorang kanak-kanak itu rasa bersalah.
Oleh

yang

demikian,aktiviti-aktiviti

yang

berfaedah

dilakukan

oleh

kanak-kanak

hendaklah dipuji dan d igalakkan agar sikap ketekunan mereka dapat dipupuk.

4.0 JENIS-JENIS KONSEP KENDIRI


Persekitaran memainkan peranan penting dalam peningkatan kendiri. Persekitaran
seperti didikan agama, budaya keluarga, rumah, rakan sebaya, sekolah, jiran tetangga,
saudara mara dan harapan guru boleh memberi implikasi kepada konsep kendiri. Kasih
sayang dan penerimaan orang lain daripada persekitaran boleh mengubah konsep
kendiri seseorang kanak-kanak. Kekuatan konsep kendiri bergantung kepada bagaimana
seseorang bertindak balas kepada elemen-elemen persekitaran. Kanak-kanak yang dididik
dengan kasih sayang dan sempurna akan membentuk pandangan positif tentang diri, begitu
juga sebaliknya. Konsep kendiri dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu konsep
kendiri positif dan negatif.

4.1 KONSEP KENDIRI POSITIF


Jika kita perhatikan seseorang yang sering dikaitkan dengan kejayaan dalam hidup
ialah mereka yang dapat membina konsep kendiri yang positif. Mereka yang mempunyai
konsep kendiri yang positif ini sentiasa menerima layanan dan perhatikan yang baik

sama ada

daripada ibubapa sendiri , keluarga, guru , rakan-rakan mahu pun orang berada
di persekitarannya. Individu ini akan sentiasa mengalami lebih banyak kejayaan berbanding
dengan

kegagalan

Individu

ini

juga

sering

berasa

gembira,

berkeyakinan

dan

mempunyai kepercayaan yang penuh terhadap dirinya sendiri untuk melakukan sesuatu.
Individu ini juga tidak mudah melatah atau mengalah dan sanggup menghadapi
sebarang cabaran dan dugaan dan sekiranya berlakunya kegagalan , akan diterimanya
dengan tenang dan tabah. Selain itu juga , individu ini bersifat optimistik, lebih terbuka
sikapnya

serta sedia menerima pendapat dan kritikan orang lain. Dia juga bersifat lebih

tenang , mudah berinteraksi

dengan orang lain serta senang didampingi. Individu ini

sentiasa tenang dan stabil serta seimbang dari segi emosi.Individu dalam kategori ini
juga sentiasa merasa bahagia , tidak mudah mengalah dan sentiasa berusaha untuk
memikul tanggungjawab dengan amanah.

4.1.1. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KONSEP KENDIRI POSITIF


Terdapat

banyak

faktor

yang

mempengaruhi

pembentukan

konsep

kendiri.

Antaranya adalah pengalaman,penampilan fizikal, pengaruh budaya, kasih sayang dan


layanan baik dari keluarga dan juga keadaan persekitaran. Individu yang sentiasa
memperoleh ganjaran yang positif seperti pujian yang membina, hadiah dan sebagainya
sejak dari kecil apabila melakukan sesuatu samaada mendapat kejayaan mahupun
kegagalan adalah antara individu
Peneguhan

yang memperolehi konsep kendiri

yang paling berkesan berkesan

yang positif.

adalah datangnya dari ibubapa kerana

mereka merupakan orang yang paling dekat dengan individu tersebut. Di antara
contoh peneguhan yang positif ialah Pandainya anak mama dan juga Baik anak mama
hari ini.
Individu yang sentiasa mendapat kasih sayang dan layanan yang baik daripada
ibubapa dan keluarga juga berkemungkinan besar akan dapat membentuk konsep kendiri
yang positif. Ini kerana individu tersebut tidak akan merasa kekurangan dan kekosongan.
Dalam hidupnya.Mereka akan sentiasa merasa di hargai dan merasa ada orang yang
ada bersama-samanya dalam melakukan sesuatu.
Keadaan dan persekitaran keluarga juga turut mempengaruhi seseorang individu
dalam membentuk konsep kendiri yang positif. Keadaan keluarga yang stabil dan harmoni
akan membantu seseorang membina konsep kendiri yang baik. Sekiranya keluarga berada
dalam keadaan yang harmonis dan ceria, setiap daripada ahli keluarga akan berasa selamat
dan gembira dilahirkan dalam keluarga tersebut.
Selain itu individu yang sering mendapat pengiktirafan sama ada dari ibu bapa ,
guru dan rakan-rakannya berjaya membentuk konsep kendiri positif. Individu ini akan
sentiasa dalam keadaan riang dan gembira kerana dapat membuatkan orang yang
berada di persekitarannya mempercayai dan yakin dengan kebolehannya. Keyakinan
tinggi yang ada dalam diri

individu sendiri juga dapat membentuk konsep kendiri yang

positif dalam dirinya. Ini kerana kepercayaan yang kuat dan teguh kepada diri sendiri akan
menyebabkan individu

terbabit akan berusaha untuk melakukan yang terbaik

untuk

dirinya tanpa merasa takut dan malu apabila mengalami kegagalan.


10

4.2 KONSEP KENDIRI NEGATIF

Jika kita lihat individu yang sering dikaitkan dengan kegagalan sama ada dalam
bidang apa sekalipun , biasanya tidak lari daripada mempunyai konsep kendiri yang negatif.
Berbeza penampilannya dengan individu yang mempunyai konsep kendiri yang positif

di

mana individu jenis ini akan sentiasa berasa tidak puas hati , tidak gembira , cepat merajuk
serta perasaannya mudah tersinggung. Individu dalam kategori ini biasanya merasakan
dirinya tidak berguna lagi kerana kualiti hidupnya amat teruk dan tiada usaha untuk
mengatasi masalah kehidupannya.
Mereka ini sering dimarahi ataupun dikritik sama ada oleh ibu bapa, guru , rakanrakan dan sesiapa sahaja yang berada di persekitarannya. Mereka juga kurang menerima
kasih sayang atau perhatian. Mereka biasanya kurang diterima oleh guru, rakan sebaya

mahu

pun orang lain . Keadaan ini akan memburukkan lagi keadaan dimana individu tersebut
akan berasa dirinya mempunyai aras keyakinan yang rendah. Seterusnya keadaan ini
akan menyebabkan individu berkenaan akan membentuk sifat rendah diri dalam dirinya.
Akibat daripada itu individu tersebut akan menjadi seorang yang pasif , sentiasa dalam
keadaan yang muram dan tidak mudah untuk bergaul dengan orang lain atau tidak
mahu bersosialisasi dengan persekitarannya.
Mereka yang tergolong dalam golongan individu yang mempunyai konsep kendiri
negatif biasanya suka melakukan kerja-kerja yang mudah dan senang untuk menjamin kejayaan.
Mereka

juga

suka

bergaul

dan

bermain

dengan

individu

yang

lebih

muda

darinya

dan yang mempunyai kemampuan intelektual yang rendah. Apa yang amat

menyedihkan , mereka ini amat mudah dipermainkan oleh orang lain. Individu yang
mempunyai

konsep

kendiri

yang

negatif

mempunyai

emosi

dan

mental

yang

mudah dipengaruhi oleh unsur-unsur luar kerana tiada keyakinan , tidak berpendirian
dan tidak tabah. Pelajar ini mudah dipengaruhi dan mudah terjerumus dengan aktiviti yang
tidak sihat.

11

4.2.1 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KONSEP KENDIRI NEGATIF


Semua orang sudah mengetahui bahawa

seorang individu yang baru dilahirkan

masih belum mempunyai konsep kendiri. Konsep kendiri yang kita ketahui terbentuk
daripada proses berinteraksi dengan orang lain sama ada konsep kendiri positif atau
pun negatif. Konsep kendiri yang negatif daripada kurangnya kasih sayang , perhatian
dan belaian daripada ibu bapa , guru ataupun orang dewasa yang lain. Ini mengakibatkan
wujudnya perasaan tidak dipunyai serta kekurangan dalam diri individu tersebut. Daripada
perasaan ini akan lahirlah suatu penerimaan yang negatif dalam diri dan akhirnya
akan membentuk satu yang dinamakan konsep kendiri yang negatif.
Suasana

dalam keluarga juga merupakan faktor yang boleh mendorong kepada

pembentukkan konsep kendiri. Sekiranya suasana keluarga bahagia dan harmoni akan
dapat membentuk konsep kendiri yang positif. Keadaan ini keluarga yang sebaliknya akan
membentuk konsep kendiri yang negatif. Ini kerana keadaan keluarga yang kucar kacir
serta dengan keadaan ibu bapa yang sering bergaduh dan tidak memberikan perhatian dan
kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak-anak akan menyebabkan anak-anak yang
sedang membesar berasa tidak selamat berada dalam keluarga tersebut. Perasaan ini pula
akan

menyebabkan

anak-anak.sentiasa

dalam

keadaan

ketakutan

serta

kerungsingan

dan seterusnya akan terbentuklah konsep kendiri yang negatif.


Kedudukan sosioekonomi keluarga yang rendah berbanding dengan keluarga lain
juga merupakan satu punca yang mengakibatkan terbentuknya konsep kendiri yang
negatif. Individu tersebut akan merasa rendah diri kerana keperluan dan kehendaknya
tidak dipenuhi oleh keluarganya seperti keluarga yang lain.
Aspek fizikal yang tidak sempurna juga dapat membentuk konsep kendiri yang
negatif. Kecacatan yang dimiliki akan dirasai sebagai penghalang kepadanya untuk
bergaul dan menyertai aktiviti-aktiviti seperti orang lain. Keadaan ini akan

Menyebabkan

individu tersebut akan berasa rendah diri dan merasakan bahawa dirinya tidak berguna
kepada orang lain.

12

5.0 FAKTOR KEPERCAYAAN , PERASAAN , SIKAP DAN NILAI YANG


MEMPENGARUHI KONSEP KENDIRI

Peranan
tidak

penting

KANAK-KANAK

persekitaran dalam pembentukan identiti seseorang kanak-kanak

boleh diabaikan. Peranan ini dimainkan oleh individu-individu yang signifikan

seperti ibu bapa, ahli keluarga, rakan sebaya, guru dan media massa. Kesemua faktorfaktor ini memberikan pengaruh yang kuat dalam pembentukan jati diri setiap kanak-kanak
.
(I)

Faktor Ibu Bapa

Pengaruh persekitaran sosial yang paling awal diterima oleh seseorang manusia sudah
tentulah daripada ibu bapa .Ibu bapa memainkan peranan penting dalam mencorakkan
pendidikan anak-anak dan membentuk asas-asas perkembangan diri seseorang anak.
Ibu bapalah yang dapat membantu anak-anak memperolehi pendidikan yang cemerlang dan
bermutu. Oleh itu, mereka bertanggungjawab membentuk sikap yang positif di dalam
diri anak-anak seperti ingin belajar, rajin membaca, ingin tahu, suka bergaul dengan orang
lain, sentiasa aktif dan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti sekolah. Ibu bapa juga
harus menunjukkan contoh sikap ini kepada anak-anak dan membimbing kelakuan
mereka.
Ibu bapa juga bertanggungjawab meletakkan asas-asas nilai murni dan pembentukan
konsep

diri yang positif di kalangan anak-anak (Zaleha Sulaiman 1995).ibu bapa juga

jelasnya merupakan ejen sosialisasi yang paling penting bagi kanak-kanak sebelum mereka
dipengaruhi oleh ejen sosialisasi yang lain. Walaupun sekolah merupakan satu lagi
ejen sosialisasi yang kuat mempengaruhi
mungkin

kanak-kanak tetapi pengaruh ibu bapa

lebih kuat kerana jumlah jam kanak-kanak berada di rumah adalah lebih

panjang dari jumlah jam kanak-kanak berada di sekolah (Johari Talib 2007).
Memahami watak dan kerenah anakanak merupakan tanggungjawab pendidikan yang
sangat mustahak bagi kedua ibu bapa. Mahu tidak mahu, suka tidak suka, berminat atau
tidak berminat . Ibu bapa tidak dapat mengelak dari terlibat dengan tanggungjawab ini.

13

Oleh yang demikian, ibu bapa hendaklah mempunyai panduan dan pengetahuan pendidikan
yang sewajarnya, supaya kanak-kanak di bawah asuhan dan jagaanmereka mendapat
bimbingan dan pendidikan yang selayaknya (Mahyuddin Shaari 2009).
Menurut Mohamad Ali Hassan (2004), ibu bapa memainkan peranan yang cukup
penting dalam pendidikan anak-anak dengan cara menghayati fitrah anak yang suci,
mendisiplinkan anak-anak sejak peringkat awal, menyediakan kemudahan dan sumber
pembelajaran

yang

diperlukan,

membantu

anak

membina

matlamat,

memberikan

motivasi, menggalakkan kejayaan dalam pelajaran melalui ganjaran atau sebagainya,


mengikuti perkembangan kemajuan anak dan membantu dalam penyelesaian masalah,
memperkayakan pengalaman anak dengan persekitarandan sosial, memberikan contoh
teladan yang baik dan berkongsi pengalaman, menyemai budaya suka belajar seawal
usianya.
Ibu bapa juga digalakkan untuk bekerjasama dengan pihak sekolah bagi melaksanakan
program pengembangan minda, rohani, emosi dan jasmanikepada anak-anak mereka
(Azhar 2006). Sehubungan dengan itu, ibu bapa juga hendaklah memantau dan mengawal
selia akademik anak-anak mereka. Kajian menunjukkan bahawa penglibatan ibu bapa
dalam aktiviti persekolahan anak-anak adalah penting dalam membantu perkembangan
sosio-emosi kanak-kanak (Bronfenbrenner, 1979; Vygotsky 1978).Ibu bapa yang menyertai
aktiviti persekolahan anak-anak mereka, menghadiri perjumpaan dengan guru, membantu
anak-anak

menyiapkan

kerja

sekolah

dan

memantau

pergerakan

mereka

akan

mempengaruhi pencapaian akademik anak-anak mereka.


Semakin aktif ibu bapa memberi perhatian kepada kerja sekolah anak-anak dan semakin
banyak perhatian diberi kepada pergerakan tingkah laku mereka, maka semakin tinggi
pencapaian kanak-kanak
menjelaskan

bahawa

(Epstein 1986; Sternberget al. 1992). Johari (2007) juga

aspek-aspek

aktiviti sekolah anak-anak

keibubapaan

seperti

penglibatan

ibu

bapa

dalam

serta pemantauan ibu bapa terhadap pergerakan anak-anak adalah

penting diberi perhatian keranaaspek tersebut memberi kesan kepada pencapaian pembelajaran
dan pencapaian akademik anak-anak.Justeru ibu bapa sewajarnya berusaha memahami
dan menjaga minat, bakat dan naluri, kemampuan tabii anak-anak mereka dalam
usaha membina masa depan mereka, berlandaskan prinsip falsafah pendidikan Islam.
14

( II ) Faktor Rakan Sebaya


Rakan sebaya juga dikenal pasti mempunyai pengaruh yang kuat terhadap proses
pembentukan akhlak di kalangan pelajar sekolah (Che Noraini, 2005). Di sekolah, mereka
mula membuat perhubungan dengan rakan di luar persekitaran keluarga. Di sini, kita
akan nampak dengan jelas bahawa kanak-kanak sedang melalui transisi daripada interaksi
sosial di dalam keluarga kepada peranan dan kedudukan sebagai orang dewasa. Ini adalah
kerana rakan sebaya mempunyai sub-budaya yang tersendiri. Sehubungan dengan itu,
pengaruh rakan sebaya adalah penting dalam perkembangan kanak-kanak, khasnya
dari perkembangani intelek, sahsiah, emosi dan sosial. Misalnya; kanak-kanak bergaul
dengan akan sebaya yang rajin belajar akan mendorong perkembangan intelek dan
potensinya ke tahap optimum. Kanak-kanak yang bersosialisasi dengan rakan sebaya
yang bersopan santun akan menyerap nilai-nilai murni yang positif daripada mereka.

( III ) Faktor Sekolah dan Guru


Guru dan sekolah merupakan ejen perubahan dan bersama-sama diberi tugas untuk
memperkembangkan

potensi

individu

secara

menyeluruh

dan

bersepadu,

demi

mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani

berdasarkan

kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Tugas

murni

ini

telah dimaktubkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan tahun 1988 iaitu:Pendidikan


di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis
dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan,
dan

berakhlak

kemakmuran

mulia,

masyarakat

dan

serta

memberi

sumbangan

negara.Sehubungan

dengan

terhadap
itu

juga,

keharmonian
guru

dan

sekolah merupakan pengaruh yang paling penting dalam perkembangan pelajar daripada
15

segi fizikal, intelek, emosi dan sosialnya. Guru yang bersifat penyayang melahirkan pelajar
yangberilmu,
mencapai

berketrampilan,

kesejahteraan

kemakmuran dan cekap

diri

berakhlak
serta

mulia,

memberi

bertanggungjawab

sumbangan

terhadap

dan

berkeupayaan

keharmonian

dan

menguruskan aktivitipengajaran pembelajaran dalam bilik darjah

akan negara.
Iklim sekolah yang kondusif serta dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan
yang diharapkan itu. Jadi guru yang mempunyai sangkaan bahawa pelajarnya lemah
akan mendapati pelajarnya benar-benar lemah (Zaleha 1995). Terdapat banyak kajian dan
tulisan yangberkaitan dengan perlakuan guru dan kesannya terhadap pencapaian pelajar.
Kajian-kajian tersebut memperlihatkan kesan-kesan positif dan negatif tentang implikasi
sikap, nilai prestasi pengajaran pembelajaran akan membantu perkembangan kognitif,
efektif dan psikomotor pelajar.

( IV )

FAKTOR GLOBALISASI DAN MEDIA MASSA


Cabaran zaman moden yang melanda masyarakat kita hari ini seperti pengaruh

media cetak dan elektronik serta kemajuan sains dan teknologi dalam era dunia tanpa
sempadan, telah memburukkan lagi keadaan kerana telah menjadikan sejumlah anggota
masyarakat

kita

hilang

jati

diri.

Perkembangan

individu

pula

dipengaruhi

oleh

pendedahannya kepada sumber teknologi yang terdapat di alam kehidupannya (Hamidah


Sulaiman 2005). Sumber teknologi ini merujuk kepada maklumat-maklumat yang diperolehi
daripada bahan-bahan bacaan seperti kanak-kanak kepada sumber teknologi yang sihat
akan meningkatkan kadar perkembangan kognitif, emosi dan sosialnya.
Sebaliknya, kanak-kanak yang didedahkan kepada sumber teknologi yang berunsur
keganasan, kuning atau kezaliman, akan membentuk sikap yang negatif dan personaliti
yang tidak diingini. Pembelajaran pemerhatian sangat bernilai bagi menerangkan tingkah
laku manusia yang kompleks. Sebagai contohnya, media angat berpengaruh terhadap
pendidikan, tingkah laku dan keperibadian anak. Televisyen misalnya merupakan satu
contoh alat yang banyak mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak. Banyak tingkah laku
yang tidak sopan dan agresif ditiru melalui model di dalam TV (Asmawati Desa 2004).
16

6.0 KESAN KEPERCAYAAN , PERASAAN , SIKAP DAN NILAI KEPADA


PEMBENTUKAN KONSEP KENDIRI KANAK-KANAK
Dalam konsep kendiri , kepercayaan , perasaan , sikap dan nilai memainkan peranan
penting dalam membentuk konsep kendiri kanak-kanak sama ada konsep kendiri positif
ataupun kosep kendiri negatif. Kanak-kanak yang mempunyai kepercayaan terhadap
dirinya dan kepercayaan terhadap diri orang lain akan mempunyai kosep kendiri yang
positif . Mereka dapat menjalani kehidupan alam kanak-kanak dengan penuh kegembiraan.
Keadaan ini adalah kerana kanak-kanak ini percaya kepada kebolehan dirinya sendiri
dalam melakukan apa sahaja seperti belajar , berkawan dan berinteraksi dengan individu
lain dan persekitarannya. Kanak-kanak ini percaya bahawa dirinya disayangi oleh ahli
keluarganya , guru-guru , kawan-kawannya

dan

orang-orang

laian

di sekelilingnya .

Kepercayaan ini akan meningkatkan keyakinan dirinya dan dapat membentuk konsep
kendiri yang positif.
Kanak-kanak yang mempunyai kepercayaan diri yang rendah terhadap diri sendiri
dan juga orang lain akan sentiasa mersa rendah diri . Kanak-kanak seperti ini mungkin
tidak mendapat perhatian dan kasih sayang yang sewajarnya daripada keluarga . Mereka
juga sering dikritik dan dipersalahkan . Keadaan ini akan menjadikan kanak-kanak itu
merasa diri tidak diperlukan dan merasa rendah diri dan akan membentuk konsep kendiri
negatif.
Secara umumnya kanak-kanak selalu digambarkan sentiasa ceria dan gembira, tetapi
hakikatnya ada kanak-kanak yang mengalami tekanan perasaan yang menyebabkan mereka
sedih dan muram. Perasaan yang dialami oleh seseorang kanak-kanak akan membentuk
kosep kendiri mereka . Kanak-kanak yang ceria dan riang adalah golongan kanak-kanak
yang mempunyai kosep kendiri positif , sebaliknya kanak-kanak yang mempunyai konsep
kendiri negatif pula akan sentiasa berasa tidak puas hati, tidak gembira, cepat merajuk serta
perasaannya mudah tersinggung . Perasaan yang dialami oleh ke dua dua kategori kanakkanak ini adalah dipengaruhi oleh

faktor keluarga dan persekitaran .

17

Kanak-kanak yang pemurah dan suka membantu orang lain merupakan kanak-kanak
yang

mempunyai

konsep

kendiri

positif.

Mereka

merasa

bertanggungjawab

untuk

menghulurkan bantuan dan menyelesaikan masalah ahli keluarga , rakan-rakan dan orang lain
yang memerlukan. Perbuatan ini sangat mulia dan patut ada dalam setiap diri kanak-kanak.
kanak-kanak yang mempunyai sifat-sifat diatas didapati senang mendapat kawan dan
disenangi oleh orang persekitaran. Ramai orang suka mendampingi mereka kerana sikap
mereka yang tidak sombong, pandai menghargai rakan dan sentiasa membantu orang
yang memerlukan bantuan. Kanak-kanak bersikap seperti ini mempunyai konsep kendiri
positif.
Kanak-kanak

yang sering dikaitkan dengan kegagalan sama ada dalam apa bidang

sekali pun biasanya tidak lari daripada mempunyai konsep kendiri yang negatif.
Berbeza penampilannya dengan individu yang mempunyai konsep kendiri yang positif
di mana kanak-kanak jenis ini akan sentiasa berasa tidak puas hati, tidak gembira,
cepat merajuk serta perasaannya mudah tersinggung. Individu seperti ini sering dimarahi
ataupun dikritik sama ada oleh ibu bapa, guru, rakan-rakan dan sesiapa sahaja yang
berada di persekitarannya.
Mereka juga kurang menerima kasih sayang atau perhatian. Mereka biasanya kurang
diterima oleh guru, rakan sebaya mahupun orang lain. Keadaan ini akan memburukkan
lagi keadaan di mana individu tersebut akan berasa dirinya mempunyai aras keyakinan
yang

rendah.

Seterusnya

keadaan

ini

akan

menyebabkan

kanak-kanak

berkenaan

akan membentuk sifat rendah diri dalam dirinya. Akibat daripada itu kanak-kanak tersebut
akan menjadi seorang yang pasif, sentiasa dalam keadaan yang muram dan tidak mudah
untuk bergaul dengan orang lain atau tidak mahu bersosialisasi dengan persekitarannya.
Mereka yang tergolong dalam golongan kanak-kanak yang mempunyai konsep
kendiri negatif ini lazimnya suka bergaul dan bermain dengan kanak-kanak yang lebih
muda darinya dan yang mempunyai kemampuan intelektual yang rendah. Apa yang amat
menyedihkan, kanak-kanak ini ama t mudah dipermainkan oleh orang lain.

18

7.0

PENUTUP
Setiap daripada kita tentunya mempunyai gambaran atau pandangan terhadap diri sendiri.

Gambaran sedemikian disebut konsep kendiri. Secara keseluruhannya ,ia merangkumi gambaran
tentang rupa , kesihatan, kebolehan , kelemahan dan tingkahlaku.
Konsep kendiri adalah dinamik dan sentiasa berubah-ubah. Konsep kendiri bergantung
kepada interaksi sosial seseorang yang mempengaruhi persekitaran. Semakin banyak seseorang
bergaul, pengalamannya juga bertambah. Rogers(1951) telah menyatakan bahawa manusia itu
memang mempunyai potensi untuk menuju kearah kesempurnaan kendiri dengan syarat
seseorang itu harus mempunyai keyakinan terhadap dirinya . Adalah penting untuk seseorang
memiliki konsep kendiri yang baik yang akan membantunya menuju ke arah kesempurnaan
kendiri bagi menjamin kehidupan yang lebih bermakna. Usaha meningkatkan konsep kendiri
perlu juga terus dijalankan agar pelajar dapat menempuh masa depan dengan penuh cemerlang.
Konsep kendiri juga

dibentuk hasil daripada interaksi kita dengan orang lain dan

penyesuaian kita dengan alam sekitar. Lazimnya penyesuaian yang berjaya akan membawa
kepada konsep kendiri yang positif manakala kegagalan akan membawa kepada konsep kendiri
yang negatif. Disamping itu tanggapan orang lain terhadap diri kita juga mempengaruhi konsep
kendiri seseorang itu.
Individu yang mempunyai konsep kendiri yang positif biasanya akan dapat menghadapi
masalah dan cabaran dengan tabah. Individu sebegini dilihat bersifat optimistik , lebih terbuka
sikapnya serta bersedia menerima pendapat dan kritikan dari orang lain. Seseorang itu juga akan
kelihatan lebih relaks atau tenang, mudah berinteraksi dengan orang lain, senang
dihampiri.Keadaan emosinya juga lebih stabil.
Individu yang sentiasa mengalami kegagalan dalam kehidupannya, kerjayanya atau
bidang akademiknya, lazimnya mempunyai konsep kendiri yang negatif. Kanak-kanak yang
sentiasa dimarahi ,dikritik , kurang menerima perhatian dan kasih sayang sering mempunyai
konsep kendiri yang negatif. Mereka akn bersifat tidak gembira, tidak berpuashati, cepat merajuk
serta mudah tersinggung akan menyebabkan diri mereka kurang diterima oleh orang lain,
contonya rakan sebaya. Keadaan ini akan memburukkan lagi imej kendiri mereka.

19

8.0 RUJUKAN /BIBLIOGRAFI

Azizi Yahaya dan Jaafar Sidek Latif (2006).Siri Kaunseling :Membentuk Identiti
Remaja.Bentong :PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Azlina Abu Bakar(2002). Psikologi Personaliti Individu. Shah Alam:Karisma Publications Sdn.
Bhd.

Azizi Yahaya,Fawziah Yahaya, Zurihanmi Zakariya dan Noordin Yahaya(2005).Pembangunan


Kendiri. Skudai:Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Sharifah Alwiah Alsagof.(1987).Psikologi Pendidikan 1.Kuala Lumpur.Heinemann(Malaysia)


Sdn.Bhd.

Faizah Yunus (2007).Kaizen Dalam Pengurusan Organisasi.Dalam MD Nasrudin Md Akhir,


Asmadi Hassan(2007) Dinamisme Politik dan Sosiobudaya Jepun, Universiti Malaya,
Kuala Lumpur: Falkulti Satera dan Sains Sosial , Jabatan Pengajian Asia Timur.

http://cikgupsikomuzik.blogspot.com/2012/08/konsep-kendiri-dan-personaliti.html
http://eprints.utm.my/10353/1/bab6.pdf
http://wendegreeinmajorandminor.blogspot.com/2011/12/sosioemosi-kanak-kanak.html
http://www.slideshare.net/vhere1/konsep-kendiri-20764658

20

You might also like