You are on page 1of 17

MODEL PENGAJARAN

PENGENALAN
Sepanjang abad ke-20, satu corak pengajaran di sekolah rendah telah
dikenalpasti dan dirancang dan croak ini berbeza berbanding model pengajaran
yang lama. Dalam model pengajaran yang lama kurikulum pengajian telah
diasaskan kepada buku teks mengikut tahap gred persekolahan. Hari
persekolahan telah dibahagikan kepada waktu-waktu untuk pengajaran bagi
pelbagai subjek. Pola model pengajaran yang lama yang lazim adalah seperti
berikut:

Pelajaran dimulakan dengan mengulangkaji yang lepas


Isi kandungan pelajaran bari diperkenalkan dan dibangunkan
Seorang ketua dilantik semasa mengaplikasikan latihan atau aktiviti
Tugasan untuk latihan diberikan kepada individu (khususnya pemulihann
dan pengayaan
Ujian diberikan untuk menentukan kefahaman

Pola sebegini adalah dominan dan merupakan satu konsep yang ideal.
Malangnya ia mempunyai ciri-ciri kelemahan seperti guru menjadi dominan,
pembelajaran menjadi pasif, lembab, membosankan, dan kurang memberi
peluang penyelesaian terhadap perbezaan individu. Pelajar lemah tidak
disediakan bimbingan pemulihan dan yang maju tidak diberikan bimbingan
pengayaan, mengikut kesesuaian pelajar yang mempunyai latar belakang
berbeza-beza.
Isu pendidikan pada hari ini ialah bagaimana mengintegrasikan teknologi secara
berkesan dan berjaya dalam pengajaran. Arah aliran ekonomi, politik, dan sosial
mempunyai impak yang besar menyebabkan inovasi berlaku dalam pendidikan.
Isu budaya dan keadilan ekuiti juga mempunyai impak yang besar terhadap
penggunaan teknologi. Peningkatan kos dalam pendidikan dan perasaan tidak
puas hati tentang sistem pendidikan masa kini perlu dikaji semula. Kebanyakan
pembuat keputusan dan agensi swasta melihat pepbelajaran jarak jauh sebagai
satu cara mengurangkan kos penyampaian pendidikan berkualiti dan pengajaran
yang bermutu. Isu pembelajaran jarak jauh menjadi lebih popular daripada
penggunaan komputer secara peribadi ataupun sistem berangkaian. Selain
daripada itu, faktor ketidakserasian ekonomi, isu kepelbagaian budaya,
ketidaksamaan penyertaan gender, dan keperluan asas pendidikan yang tidak

mencukupi bagi kanak-kanak khas mempengaruhi arah aliran pendidikan pada


hari ini.
Pada masa yang sama, berlaku berdebat tentang
aplikasi kaedah pengajaran langsung dan
konstruktivisme di dalam sistem pendidikan pada hari
ini. Roblyer (1996) mengatakan bahawa kaedah
langsung lebih tradisional, guru menyampaikannya,
dan penggunaan teknologinya dipadankan dengan
masalah-masalah pendidikan yang tertentu. Para
pendidik cuba mempromosikan strategi pengajaran
dan pembelajaran konsturktivisme bagi menadatangani
masalah pendidikan pada hari ini.
Akhirnya, isu teknik seperti perubahan teknologi yang berlaku secara mendadak
menjadikan para peniaga dan pasukan yang bertanggungjawab terpaksa
mengemas kini perubahan-perubahan yang berlaku. mereka cuba mengambil
kira perubahan ini serta mempertimbangkan implikasi daripada perubahan ini
terhadap produk atau perkhidmatan yang disediakan (Remmick, 1997).
Pembelajaran koperatif
Pembelajaran koperatif adalah satu kaedah atau pendekatan dalam
pembelajaran di mana pelajar-pelajar dalam kumpulan saling berkongsi, bantu
membantu, mengambil bahagian dan bekerjasama antara satu sama lain dalam
proses pembelajaran.
Mereka berkongsi idea-idea dan sumber-sumber dengan ahli kumpulan. Semua
pelajar berkongsi bakat mereka. Pelajar yang lebih cekap atau pandai membantu
pelajar-pelajar yang kurang pandai dalam pembelajaran. Ahli-ahli kumpulan
mengambil bahagian secara aktif dan mereka bekerjasama mempelajari
kemahiran-kemahiran baru.
Dalam suasana pembelajaran koperatif, seseorang pelajar bukan sahaja
bertanggung jawab untuk pembelajaran diri sendiri, tetapi juga untuk
pembelajaran rakan-rakannya.
PRINSIP PEMBELAJARAN KOPERATIF

Semasa menyediakan bilik darjah untuk Pembelajaran Koperatif, prinsip-prinsip

berikut haruslah diperhatikan:


Kelas dibahagikan kepada kumpulan- kumpulan kecil antara 2 - 6 ahli.
Kumpulan ini dianggotai oleh pelajar-pelajar yang mempunyai pelbagai
kebolehan (pandai, sederhana dan lemah).
Kelas dibahagikan kepada kumpulan- kumpulan kecil antara 2 - 6 ahli.
Kumpulan ini dianggotai oleh pelajar-pelajar yang mempunyai pelbagai
kebolehan (pandai, sederhana dan lemah).
Ahli-ahli kumpulan berusaha mencapai matlamat kumpulan, iaitu satu skor
atau kejayaan purata yang lebih tinggi yang pernah dicapai pada satu masa
dulu.
Tugas kumpulan dibahagikan antara ahli-ahlinya. Setiap ahli kumpulan
dikehendaki menyumbang ke arah pencapaian matlamat kumpulan.
Kejayaan ahli-ahli individu dianggap sebagai kejayaan kumpulan.
Ahli-ahli kumpulan menyokong, menerima dan mempercayai antara satu
sama lain. Mereka patut menganggap sumbangan dan tingkah laku ahli-ahli
kumpulan sebagai sumbangan dan tingkah laku sendiri. Mereka harus
menerima kekuatan dan kelemahan setiap ahli kumpulan.
Ahli-ahli kumpulan tolong menolong, berkongsi dan bekerjasama dalam
proses pembelajaran. Pelajar-pelajar yang pandai harus mendorong pelajarpelajar lemah supaya berusaha untuk mencapai kejayaan kumpulan.
ELEMEN PEMBELAJARAN KOPERATIF
Kebergantungan positif
Kerjasama antara ahli kumpulan
amat diperlukan dalam mencapai
kejayaan kumpulan
Setiap ahli kumpulan
bertanggungjawab memberi
sumbangan yang tersendiri
Komunikasi secara bersemuka
Menerangkan secara lisan
bagaimana untuk menyelesaikan
masalah
Berkongsi pengetahuan dengan
individu yang lain
Membincangkan konsep yang
dipelajari
Menghubungkaitkan pembelajaran
kini dengan pembelajaran yang
lepas
Kebertanggungjawaban individu dan kumpulan

Memastikan saiz kumpulan sentiasa


kecil. Semakin kecil saiz kumpulan,
semakin tinggi
kebertanggungjawaban individu
Memberikan ujian individu kepada
setiap pelajar
Pelajar dipilih secara rawak dan
diuji secara lisan dengan
membentangkan hasil kerja
kumpulan kepada guru atau seluruh
kelas
Pemerhatian setiap kumpulan dan
merekodkan kekerapan setiap
penglibatan ahli kumpulan dalam
kerja kumpulan
Menugaskan seorang pelajar untuk
menjadi pemeriksa. Pemeriksa
akan meminta ahli kumpulan yang
lain untuk menerangkan tentang
rasional jawapan kumpulan
Pelajar cuba mengajar apa yang
telah dipelajari kepada orang lain
Kemahiran Interpersonal dan Kumpulan Kecil
Kepimpinan
Membuat keputusan
Membina kepercayaan
Komunikasi
Kemahiran pengurusan konflik
Pemprosesan Berkumpulan
Ahli kumpulan membincangkan
bagaimana tahap pencapaian
matlamat mereka dan mengekalkan
hubungan kerja yang efektif.
Menghuraikan tindakan ahli
kumpulan yang membantu dan
tidak membantu.
Membuat keputusan tentang
bagaimana perlakuan diteruskan
atau diubah.
Elemen Pembelajaran Koperatif

MENGAPA PEMBELAJARAN KOPERATIF PATUT DILAKSANAKAN?


Hasil kajian menunjukkan bahawa:
Pembelajaran Koperatif mewujudkan suasana pembelajaran yang menggalakkan
Semua pelajar dalam kumpulan pembelajaran bantu membantu, berkongsi
dan bekerjasama antara satu sama lain.
Ini mewujudkan suasana pembelajaran yang terbuka. Ahli-ahli kumpulan rasa
bebas bertanya untuk mendapat penjelasan. Dengan perbincangan yang
berterusan dalam kumpulan masing-masing dan juga dengan ahli-ahli lain di
dalam kelas. Pembelajaran Koperatif dapat mengatasi kesukaran dalam
pembelajaran.
Pembelajaran Koperatif mewujudkan kumpulan pembelajaran kecil.
Semasa mempelajari konsep-konsep utama atau susah, guru boleh
memecahkan pelajar-pelajar ke kumpulan kecil dan membenarkan mereka
mengadakan perbincangan. Pelajar-pelajar yang pandai boleh membantu
pelajar yang lemah supaya mencapai kemajuan yang sama. Guru juga boleh
mengajar kumpulan-kumpulan terpilih (yang pandai atau yang lemah)
manakala ahli-ahli lain melakukan projek-projek sendiri, seperti tugasan
membaca atau latihan bertulis.
Pembelajaran Koperatif boleh mengurangkan masalah disiplin dalam kelas.
Setiap ahli kumpulan bertanggungjawab ke atas kejayaan kumpulan dan
dikehendaki membantu memelihara tingkah laku yang baik bagi semua ahli
dalam kumpulan.
Pembelajaran Koperatif meningkatkan skor pencapaian kelas.
Dengan memberi bantuan kepada pelajar lemah, pelajar pandai boleh
menguasai konsep-konsep utama mengenai sesuatu topik dengan lebih
berkesan. Pada masa yang sama, pelajar lemah juga belajar dari rakan-rakan
sebayanya yang dapat menerangkan topik-topik dalam bahasa yang senang
difahaminya.
Pembelajaran Koperatif menjadikan pelajar-pelajar lebih kreatif
Pelajar-pelajar diberi masa yang mencukupi untuk belajar sendiri dan
menyelesaikan masalah-masalah atas usaha sendiri. Mereka bebas memilih
strategi pembelajaran sendiri. Pembelajaran Koperatif boleh menolong
pelajar-pelajar berdikari semasa membuat keputusan.
Pelajar-pelajar dalam bilik darjah koperatif dapat menguasai kemahiran
pengurusan, kepimpinan, pengurusan konflik, kemahiran interpersonal dan
komunikasi.
Pembelajaran Koperatif menyediakan pelajar-pelajar menghadapi dunia yang
sebenar - dunia bekerjasama dan bukan dunia konfrantasi.
BILAKAH GURU PATUT MENGGUNAKAN KAEDAH PEMBELAJARAN
KOPERATIF?
Pembelajaran Koperatif boleh digunakan dalam pembelajaran semua mata
pelajaran dan di semua tingkatan, khasnya bidang-bidang mata pelajaran di mana
5

pelajar-pelajar perlu belajar dan mengembangkan sifat-sifat berikut:


Kemahiran menyelesaikan masalah
Melalui bekerjasama dan usaha menyelesaikan masalah bersama, pelajarpelajar akan menguasai kemahiran tersebut yang boleh digunakan dalam
kehidupan seharian.
Menetapkan matlamat pembelajaran
Guru boleh mengarahkan pelajar yang pandai, sederhana dan lemah
berkumpul bersama supaya mempelajari konsep-konsep utama tentang
sesuatu topik untuk sesuatu mata pelajaran. Pelajar lemah akan berpeluang
memahami topik itu sebelum dimulakan dengan topik yang lain.
Pemikiran yang bercambah
Apabila ahli kumpulan diberi sesutau tugas/tanggungjawab, mereka bebas
mencadangkan atau mengeluarkan jawapan untuk menyelesaikan sesuatu
masalah.
Tugasan-tugasan sukar
Pelajar-pelajar mempunyai masa yang mencukupi untuk menjelaskan tugasan
dengan rakan-rakan sebaya dan boleh mengagihkan tugasan itu di kalangan
ahli-ahli kumpulan pembelajaran berdasarkan kebolehan masing-masing.
Pentingnya mutu pencapaian
Setiap ahli kumpulan berusaha mencapai matlamat kumpulan. Maka ahli-ahli
kumpulan akan mempengaruhi satu sama lain supaya memaksimakan
sumbangan ke arah pencapaian matlamat kumpulan dan kemudian pula
meningkatkan mutu pencapaian ahli (pelajar pandai membantu pelajar lemah
pelajar yang pandai akan menjadi bertambah pandai).
Demokrasi dalam bilik darjah
Pelajar-pelajar akan belajar dan bekerjasama sebagai satu kumpulan, saling
hormat menghormati dan mematuhi peraturan-peraturan kumpulan. Ini
memudahkan pengurusan bilik darjah.
Mengembangkan kemahiran sosial
Pelajar-pelajar dari bilik darjah koperatif dapat melahirkan / mengembangkan
kemahiran sosial yang baik seperti berkomunikasi, menerima, menyokong
dan bekerjasama.
Kesedaran tanggungjawab bersama
Ahli kumpulan dikehendaki bekerjasama untuk mencapai matlamat kumpulan.
Ketiadaan sumbangan walaupun seorang ahli boleh menjejaskan pencapaian
matlamat kumpulan. Oleh sebab itu, setiap ahli kumpulan bertanggungjawab.
Perlunya mengurangkan persaingan dan meningkatkan kerjasama
Ahli kumpulan membantu antara satu sama lain dan akan belajar lebih kerana
kejayaan individu dianggap kejayaan kumpulan

CARA MEWUJUDKAN BILIK DARJAH PEMBELAJARAN KOPERATIF

Pelajar | Guru | Ahli-ahli Komuniti


Matlamat bilik darjah Pembelajaran Koperatif boleh dicapai melalui cadangancadangan berikut:
PELAJAR
Pelajar dibahagikan kepada kumpulan 2 6 orang yang terdiri daripada
pelbagai kebolehan, pelbagai kaum dan jantina
Tempat duduk disusun supaya pelajar-pelajar senang berkumpul dan
berkongsi idea, sumber-sumber, bahan-bahan dengan ahli yang lain.
Susunan kerusi / tempat duduk patut memudahkan pemerhatian dan
pengawalan guru.
Untuk setiap tugasan pembelajaran, seorang dari ahli kumpulan menjadi
ketua, seorang ahli lain sebagai pencatat manakala yang lain sebagai
peserta. Ahli-ahli kumpulan kemudian membahagikan tanggungjawab di
kalangan mereka dan setiap ahli menyumbang ke arah kejayaan kumpulan.
Ketua kumpulan pula menggalakkan setiap ahli mengambil bahagian dalam
kegiatan tugasan kumpulan.
Ahli-ahli kumpulan boleh mengkritik idea-idea ahli. Soalan yang
dikemukakan bertujuan mendapatkan penjelasan dan membantu kumpulan
itu memahami perbezaan antara idea-idea yang dikemukakan.
Pelajar-pelajar patut menghormati dan mendengar pandangan daripada ahli
kumpulan.

CARA MEWUJUDKAN BILIK DARJAH PEMBELAJARAN


KOPERATIF
Pelajar | Guru | Ahli-ahli Komuniti

Matlamat bilik darjah Pembelajaran Koperatif boleh dicapai melalui cadangancadangan berikut:
PELAJAR:
Pelajar dibahagikan kepada kumpulan 2 6 orang yang terdiri daripada
pelbagai kebolehan, pelbagai kaum dan jantina
Tempat duduk disusun supaya pelajar-pelajar senang berkumpul dan
berkongsi idea, sumber-sumber, bahan-bahan dengan ahli yang lain.
Susunan kerusi / tempat duduk patut memudahkan pemerhatian dan
pengawalan guru.

Untuk setiap tugasan pembelajaran, seorang dari ahli kumpulan menjadi


ketua, seorang ahli lain sebagai pencatat manakala yang lain sebagai
peserta. Ahli-ahli kumpulan kemudian membahagikan tanggungjawab di
kalangan mereka dan setiap ahli menyumbang ke arah kejayaan kumpulan.
Ketua kumpulan pula menggalakkan setiap ahli mengambil bahagian dalam
kegiatan tugasan kumpulan.
Ahli-ahli kumpulan boleh mengkritik idea-idea ahli. Soalan yang
dikemukakan bertujuan mendapatkan penjelasan dan membantu kumpulan
itu memahami perbezaan antara idea-idea yang dikemukakan.
Pelajar-pelajar patut menghormati dan mendengar pandangan daripada ahli
kumpulan.
Matlamat bilik darjah Pembelajaran Koperatif boleh dicapai melalui cadangancadangan berikut:
GURU:
Menetapkan garis panduan untuk tugasan kumpulan dan membantu pelajarpelajar memahami peraturan-peraturan kumpulan seperti pembahagian
tugasan antara pelajar pandai, sederhana dan lemah.
Memupuk kepercayaan di kalangan pelajar, membantu dan
mengembangkan kemahiran berkomunikasi.
Membantu pengawasan idea-idea dan pembahagian tugasan antara ahli-ahli
kumpulan.
Sebagai penasihat kepada setiap kumpulan dan memantau kemajuan ahli
kumpulan.
Memuji dan menyokong pelajar-pelajar supaya bekerjasama. Saguhati atau
hadiah diberi berdasarkan pencapaian matlamat.
Menetapkan tempoh pembelajaran yang hendak dijalankan untuk sesuatu
kumpulan. Penemuan-penemuan penyelidikan menunjukkan bahawa setiap
kumpulan patutlah berterusan untuk sekurang-kurangnya satu semester
supaya dapat mewujudkan kepercayaan di kalangan ahli-ahlinya.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru boleh menggunakan sehingga 70
peratus daripada masa yang diperuntukkan untuk pembelajaran koperatif.
Guru-guru harus bekerja sebagai satu kumpulan (pasukan). Semasa
memperkenalkan pembelajaran koperatif guru-guru patut bantu membantu
berkongsi dan bekerjasama menghasilkan bahan-bahan kursus dan
mengatasi masalah-masalah yang mungkin berbangkit semasa pelaksanaan
kaedah Pembelajaran Koperatif.
Menggalakkan pelajar-pelajar belajar sendiri dan memainkan peranan
sebagai fasilitator.

CARA MEWUJUDKAN BILIK DARJAH PEMBELAJARAN KOPERATIF


Pelajar | Guru | Ahli-ahli Komuniti

Matlamat bilik darjah Pembelajaran Koperatif boleh dicapai melalui cadangancadangan berikut:
AHLI-AHLI KOMUNITI :
Pelajar-pelajar dalam pembelajaran koperatif dikehendaki belajar atas usaha
diri sendiri. Mereka harus mengadakan rujukan di perpustakaan,
mengendalikan temuramah dengan kakitangan sumber dalam komunitinya,
selain daripada membuat latihan dan pembacaaan tambahan.
Pelajar-pelajar memerlukan sokongan dan kerjasama daripada ibu bapa.
Guru-guru juga perlu memperolehi nasihat daripada ahli-ahli komuniti.
Kadang-kadang ahli komuniti memegang jawatan dalam lembaga sekolah,
terlibat secara aktif dalam perkembangan rancangan atau program
pembangunan akademik sekolah supaya menyedari tanggungjawab ke arah
kejayaan anak-anak mereka.

BAGAIMANA STRUKTUR PEMBELAJARAN KOPERATIF DILAKSANAKAN

Fan-N-Pick
Setiap ahli ada peranan, dan setiap peranan dimainkan secara bergilir-gilir.
Sebagai contoh:
Pelajar 1 : Susun kad seperti kipas

Pelajar 2 : Pilih kad dan bacakan soalan


Pelajar 3 : Jawab soalan

Pelajar 4 : Beri respon dan pujian kepada jawapan yang diberi


Inside-Outside Circle
Cari pasangan

Bentuk dua bulatan, satu di dalam (Bulatan 1) dan satu du luar (Bulatan 2).
Berdiri menghadap pasangan.
Guru memberi soalan / tugasan kepada murid dalam Bulatan 1
Pelajar dalam Bulatan 2 menjawab dan rakannya hanya mendengar.
Beri pujian dan kukuhkan jawapan kawan apabila ia telah habis bercakap
Kemudian tukar peranan dengan soalan baru

Akhir sekali tukar pasangan dengan rakan di sebelah kanan dalam bulatan.
Match-Mine
Empat orang murid duduk dalam satu pasukan
Setiap dua orang cari pasangan dalam pasukan tersebut
Setiap pasangan diberi kad untuk memisahkan mereka
Pelajar 1 mengarahkan Pelajar 2 melukis atau meneka gambar yang ada
pada Pelajar 1 (Pelajar 2 tidak dapat melihat apa yang dipegang oleh
pelajar 1). Apa yang dilukis atau ditekanya bergantung kepada
kefahamannya dari arahan atau mesej yang disampaikan oleh Pelajar 1.
Pelajar 1 melihat hasil yang dibuat oleh pelajar 2 dan mereka saling kukuh
mengukuh.

Kemudian kedua-duanya tukar peranan.


Same-Different
Dua orang pelajar dalam kumpulan mencari persamaan dan perbezaan
dalam dua gambar yang ada pada setiap orang daripada mereka.
Kemudian mereka bandingkan jawapan

Akhir sekali tukar pasangan dalam kumpulan.


Rally Robin
Pelajar dalam bentuk berpasangan bergilir-gilir memberi respon tentang
sesuatu perkara secara lisan.
Round Robin
Aktiviti seperti Rally Robin tetapi dilakukan dalam pasukan berempat.
Rally Table
Secara berpasangan pelajar bergilir-gilir memberi respon atau
menyelesaikan masalah dengan menulis di atas kertas yang sama dan
menggunakan pen / pensil yang sama.
Round Table
Dilakukan seperti Rally Table tetapi dalam pasukan berempat.

10

BAGAIMANA STRUKTUR PEMBELAJARAN KOPERATIF DILAKSANAKAN

Fan-N-Pick
Setiap ahli ada peranan, dan setiap peranan dimainkan secara bergilir-gilir.
Sebagai contoh:
Pelajar 1 : Susun kad seperti kipas

Pelajar 2 : Pilih kad dan bacakan soalan


Pelajar 3 : Jawab soalan

Pelajar 4 : Beri respon dan pujian kepada jawapan yang diberi


Inside-Outside Circle
Cari pasangan
Bentuk dua bulatan, satu di dalam (Bulatan 1) dan satu du luar (Bulatan 2).
Berdiri menghadap pasangan.
Guru memberi soalan / tugasan kepada murid dalam Bulatan 1
Pelajar dalam Bulatan 2 menjawab dan rakannya hanya mendengar.
Beri pujian dan kukuhkan jawapan kawan apabila ia telah habis bercakap
Kemudian tukar peranan dengan soalan baru

Akhir sekali tukar pasangan dengan rakan di sebelah kanan dalam bulatan.
Match-Mine
Empat orang murid duduk dalam satu pasukan
Setiap dua orang cari pasangan dalam pasukan tersebut
Setiap pasangan diberi kad untuk memisahkan mereka
Pelajar 1 mengarahkan Pelajar 2 melukis atau meneka gambar yang ada
pada Pelajar 1 (Pelajar 2 tidak dapat melihat apa yang dipegang oleh
pelajar 1). Apa yang dilukis atau ditekanya bergantung kepada
kefahamannya dari arahan atau mesej yang disampaikan oleh Pelajar 1.
Pelajar 1 melihat hasil yang dibuat oleh pelajar 2 dan mereka saling kukuh
mengukuh.

Kemudian kedua-duanya tukar peranan.


Same-Different
Dua orang pelajar dalam kumpulan mencari persamaan dan perbezaan
dalam dua gambar yang ada pada setiap orang daripada mereka.
Kemudian mereka bandingkan jawapan

Akhir sekali tukar pasangan dalam kumpulan.


Rally Robin

11

Pelajar dalam bentuk berpasangan bergilir-gilir memberi respon tentang


sesuatu perkara secara lisan.
Round Robin
Aktiviti seperti Rally Robin tetapi dilakukan dalam pasukan berempat.
Rally Table
Secara berpasangan pelajar bergilir-gilir memberi respon atau
menyelesaikan masalah dengan menulis di atas kertas yang sama dan
menggunakan pen / pensil yang sama.
Round Table
Dilakukan seperti Rally Table tetapi dalam pasukan berempat.

Simultaneous Round Table


Dalam pasukan, pelajar menulis respon terhadap masalah yang diberikan
dalam kertas masing-masing.
Kemudian mereka mengedar catatan mereka mengikut pusingan jam
supaya setiap ahli pasukan dapat menambah / membetulkan apa yang
ditulis.
Spin-N-Think
Kadbod yang ada anak panah yang boleh dipusingkan untuk menentukan
giliran siapa yang menyoal, menjawab, membetulkan dan memuji.
Talking Chips
Setiap ahli dalam pasukan meletakkan cip di tengah-tengah apabila ingin
bercakap dan memberi pendapat.

Mereka tidak boleh mengulangi giliran bercakap sehingga setiap orang


diberi peluang.
Jigsaw Problem Solving
Dalam pasukan berempat, pelajar mencari klu atau pelengkap kepada
masalah dengan bergerak kepada kumpulan lain.
Mix-N-Match
Pelajar bergaul dan bergerak mencari bahan / perkara yang boleh
dipadankan dengan bahan yang ada pada dirinya.
Trade-A-Problem
Pasukan membina masalah / soalan dan menghantar kepada pasukan lain
untuk dicari penyelesaian.
Team Stand-N-Share
Ahli pasukan berdiri
Guru / rakan lain memberi soalan

Pasukan hanya boleh duduk jika bersetuju dan berkongsi jawapan /

12

pendapat dengan pasukan lain.


Find the Fib / Guess the Fib
Seorang ahli dalam pasukan memberi tiga penerangan tentang sesuatu,
yang sebenarnya hanya dua yang betul atau benar. Satu lagi adalah salah.

Ahli lain diminta mencari mana yang salah.

Line Ups
Dalam pasukan berempat, pelajar membuat barisan
Pasukan diminta memberi jawapan kepada masalah yang diberi
Pasukan membuat garisan lurus kalau setuju dan garisan terpisah-pisah
kalau tidak setuju.
Formations
Pasukan membentuk symbol, perkataan atau cara lain untuk menunjukkan
kesepakatan.
Window Pane
Guru melukis satu gambar tentang sesuatu konsep / perkara pada carta
atau papan hitam.

Ahli dalam pasukan bergilir-gilir menyambung melukis untuk menerangkan


lagi konsep / perkara tersebut.
Showdown
Setiap ahli pasukan menulis satu jawapan / penyelesaian kepada masalah.
Pada masa yang ditetapkan semua pelajar menunjukkan jawapan secara
serentak.

Setiap ahli membetulkan dan mengukuhkan jawapan rakan.


Lyrical Lessons
Pasukan menulis lirik / menyanyi lagu mengikut rentak tradisional yang
disukai kanak-kanak.
Timed Pair Share
Secara berpasangan, Pelajar 1 berkongsi pengalaman satu penyelesaian
dalam masa yang ditetapkan dengan Pelajar 2.

Kemudian tukar peranan.


Stir the class
Pasukan duduk dalam bulatan
Membincangkan jawapan untuk menyelesaikan masalah
Apabila sudah dapat satu penyelesaian, berdiri bahu ke bahu untuk
menunjukkan persetujuan

13

Bila loceng berbunyi, ahli yang nombornya dipanggil bergerak ke pasukan


baru untuk soalan yang berikutnya.
Team Word-Web
Pelajar menulis topic di tengah-tengah kertas mahjong

Setiap ahli pasukan menulis idea dalam peta minda mengikut warna pen
yang berbeza untuk menunjukkan sumbangan idea setiap dari mereka.

BAGAIMANA STRUKTUR PEMBELAJARAN KOPERATIF DILAKSANAKAN


Mendeklamasi sajak / Menyanyi lagu
Seorang pelajar mendeklamasikan baris pertama sajak atau lagu
Kemudian diikuti oleh rakan pasangannya.
Akhirnya bersama-sama mendeklamasi / menyanyi dalam harmoni.
Paraphrase Passport
Pelajar hanya boleh memberi sumbangan idea setelah ia boleh mengulang
jawapan kawan sebelumnya.
Mix-Freeze Group
Pelajar membentuk pasukan mengikut arahan guru

Bagi yang tidak sempat membentuk pasukan dalam masa yang ditetapkan,
diletakkan dalam Lost and Found
Think-Pair-Share
Guru mengemukakan masalah kepada ahli pasukan
Setiap ahli diberi masa untuk berfikir, kemudian membincangkannya
dengan ahli pasukan yang lain secara berpasangan.

Semua ahli pasukan diminta pula berkongsi jawapan kepada penyelesaian


masalah.
Roam the Room
Dengan isyarat guru, murid secara individu bergerak untuk melihat hasil
perbincangan atau hasil kerja rakan-rakan.

Apabila guru beri isyarat kedua, semua balik ke tempat asal dan berkongsi
dalam pasukan apa yang dipelajari dari rakan atau pasukan lain.
Gallery Tour
Seperti di atas tetapi mereka bergerak secara pasukan
Hasil pasukan lain ditampal atau dilukis atas meja untuk pasukan lain
melihat / membacanya.
Pasukan asal hendaklah meletakkan kertas dan pensil di atas meja supaya
pasukan yang dating melawat boleh memberi komen atau pengukuhan

14

hasil kerja mereka.


Ahli kumpulan juga diarahkan oleh guru untuk berpecah sementara waktu
untuk melihat stesen lain pula.

Setelah kembali semula ke pasukan asal, ceritakan atau laporkan


pembelajaran / pengalaman yang diperoleh.
Three Stray, One Stay
Tiga ahli pasukan pergi melihat hasil atau berbincang dengan pasukan lain
(4 orang satu kumpulan)
Seorang tinggal untuk menyambut kedatangan rakan lain untuk
menjelaskan kedudukan / hasil kerja pasukannya.
Apabila selesai murid 2 pula tinggal dan jalankan tugas di atas

Kemudian murid 3 pula tinggal dan begitulah seterusnya.


Rotating View
Pasukan bincang topic
Buat carta / pengurusan grafik
Kemudian ke kumpulan lain untuk sampaikan pendapat mereka atau beri
pendapat tentang hasil perbincangan kumpulan itu.
Buat carta / pengurusan grafik yang baru untuk kumpulan itu.

Begitulah seterusnya.

BAGAIMANA STRUKTUR PEMBELAJARAN KOPERATIF DILAKSANAKAN


The Yarn Yarn
Setiap kali seseorang ingin memberi pendapat, ia diberi benang untuk dililit
ditangan.
Akhirnya, kumpulan dapat tahu siapa yang lebih banyak memberi pendapat
/ idea.
Kinesthetic Symbols
Murid membentuk symbol tangan atau badan untuk menerangkan isi
kandungan pelajaran
Team Statements
Pelajar berfikir dan berbincang dalam pasangan untuk membentuk
pernyataan individu

Kemudian semua bekerjasama untuk membentuk pernyataan pasukan


yang dipersetujui semua.
Who am I
Setiap pelajar diberi identitinya pada belakang bajunya (disemat di
belakang baju)

15

Setiap dari mereka diberi tiga soalan sahaja untuk bertanya kepada kawan
lain tentang identity masing-masing.
Rakannya hanya boleh menjawab ya atau tidak

Apabila identity diperoleh hasil dari klu jawapan yang diberi oleh rakan,
individu tersebut boleh menjadi pakar rujuk kepada rakan lain yang belum
dapat mengenalpasti identitinya.
Sages Share
Pelajar buat sumbangsaran dan setiap dari mereka yang boleh
menceritakan lebih lanjut akan idea tersebut, mencatat initial mereka.

Rakan lain bergilir-gilir untuk menemuramah rakan yang bijak (yang


menulis initial tadi) untuk kefahaman lebih lanjut tentang ideanya.
Traveling File
Setiap pasukan dibekalkan sebuah fail yang di dalamnya ada soalan, keas
atau masalah untuk dibincangkan.
Selepas 10 15 minit, soalan dan catatan jawapan dimasukkan semula ke
dalam fail dan diedarkan kepada pasukan lain.
Setiap pasukan yang mendapat fail baru dari pasukan lain dikehendaki
membaca soalan dan jawapan yang ada dalam fail berkenaan sebelum
dibincang, ditambah, dihurai atau disunting.

Setelah setiap pasukan respon kepada 2 atau 3 traveling file, soalan-soalan


dan jawapan tersebut dibincangkan dalam kelas secara keseluruhan.
Team Interview
Setiap ahli pasukan berkenalan antara satu sama lain dengan bertanyakan
maklumat diri berhubung dengan nama, tempat asal, hobi dan lain-lain
(sambil berdiri).
Team Project
Setiap ahli pasukan bekerjasama memberi sumbangan menamakan
pasukan, membentuk pasukan sorak (team cheers), logo pasukan dan
warna pasukan.

BAGAIMANA STRUKTUR PEMBELAJARAN KOPERATIF DILAKSANAKAN


Values Lines
Setiap ahli pasukan menyenaraikan nilai-nilai dari yang tertinggi hingga
yang terendah dalam aspek kehidupan seharian seperti keselamatan famili,
keamanan dunia, keseronokan hidup.

16

Selepas itu setiap ahli menyenaraikan pula nilai-nilai murni bedasarkan


keutamaannya seperti penyayang, jujur, bebas, bertanggungjawab, setia
dan lain-lain.

Setiap ahli berikutnya membuat perbandingan untuk menilai hasil kerja


mereka.
Find-Someone-Who
Pelajar dikehendaki mecari seseorang yang mempunyai ciri-ciri tertentu
seperti rancangan televisyen yang digemari, makanan kegemaran, atau
pun pelajar diberi lambaran kerja yang mengandungi beberapa soalan
untuk dicari jawapannya daripada rakan sekelasnya yang tahu.
Rotating Review
Setiap pasukan membincangkan sesuatu topic, kemudian mencatatkannya
di kertas sebak dan memaparkan di tempat pasukan masing-masing.
Setiap pasukan akan bergerak dari satu pasukan ke pasukan lain untuk
membuat penilaian hasil kerja setiap pasukan.

Setiap ahli pasukan boleh membuat komen, tambahan idea atau persoalan
pada kertas berkenaan dengan menggunakan warna pen yang berbeza.
Three-Step Interview
Empat orang pelajar dalam satu pasukan
Langkah 1 : Secara berpasangan seorang pelajar menjadi penemuduga
dan seorang lagi ditemuduga
Langkah 2 : Pasangan bertukar peranan di atas

Langkah 3 : Setiap pelajar secara bergilir berkongsi pengalaman yang


dilalui semasa temuduga dengan ahli pasukan yang lain.
Two-Box Induction
Wujudkan 2 kategori, iaitu contoh dan bukan contoh.
Fasilitator beri ransangan
Ahli pasukan berbincangan secara Round Table untuk wujudkan hipotesis

Setelah hipotesis dibuat secara berulang-ulang dan konsep berkenaan


telah dipersetujui oleh semua ahli, satu keputusan dibuat untuk menerima
konsep tersebut.

17

You might also like