You are on page 1of 5

MEMPERINGATI DETIK SEJARAH

KEMERDEKAAN MALAYSIA

Pilihan raya umum yang pertama ditandingkan pada tahun 1955. Parti-parti
seperti PAS, Parti Negara di bawah pimpinan Dato' Onn bin Jaafar, Parti
Buruh, Parti Progresif Perak, Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC dan
sebagainya bertanding dalam pilihan raya umum tersebut.Parti Perikatan
UMNO-MCA-MIC memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi yang
dipertandingkan. 1 kerusi lagi dimenangi oleh PAS. Dengan kemenangan
dalam pilihan raya, kabinet kerajaan telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman
menjadi Ketua Menteri yang pertama.
Pada tahun 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai suatu rombongan ke
London untuk membincangkan perkara-perkara mengenai kemerdekaan.
Rundingan ini mengambil masa tiga minggu di London. Perjanjian London
1956 ditandatangani pada 8 Februari 1956 yang menyatakan persetujuan
memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Sekembali ke Tanah Melayu,
Tunku Abdul Rahman mengumumkan tarikh kemerdekaan di Melaka.

Pada tahun 1956, suatu Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel ditubuhkan


untuk menggubal perlembagaan. Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel atau
lebih dikenali sebagai Suruhanjaya Reid yang dipengerusi oleh Lord Reid dari
Britian terdiri daripada pakar-pakar undang dari negara Komanwel. Laporan
yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Reid dipinda oleh Jawatankuasa Kerja
dan
diluluskan
oleh
Majlis
Undangan
Persekutuan.
Bendera Union Jack iaitu bendera British diturunkan di hadapan Bangunan
Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur pada tepat pukul 12 malam 31 Ogos
1957. Kemudian, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul
Rahman mengisytiharkan kemerdekaan di Stadium Merdeka. Jemaah Menteri
diumumkan juga pada hari pengisytiharan kemerdekaan.

Pengistiharan Kemerdekaan
Apabila tarikh Kemerdekaan telah ditentukan, Tunku telah mengarah Jabatan
Kerja Raya untuk membina sebuah stadium terbuka yang akan dijadikan
tempat pengistiharan Kemerdekaan. Tunku memilih sendiri lokasinya, di
sebuah bukit yang rendah berdekatan Jalan Birch dan stadium itu dinamakan
'Stadium Merdeka'.
Stadium Merdeka 5.00 pagi, 31 Ogos 1957, hujan turun dengan lebatnya.
Dato' Abdul Razak yang melawat Stadium pada pagi itu gelisah dengan
takungan air di tengah-tengah padang di mana Askar Melayu akan
mengadakan perbarisan kehormat. Dato' Razak adalah Timbalan Pengerusi,
Jawatankuasa Persiapan Kemerdekaan dengan Tunku sendiri adalah
Pengerusinya.
7.00 pagi, hujan mulai reda. Dato' Razak menalifon Tunku dan melaporkan
keadaan di stadium. Beliau mencadangkan agar ketibaan Raja-raja Melayu,
Duke serta isteri dan Pesuruhjaya Tinggi dilewatkan satu jam.

9.00 pagi, langit mulai cerah, rintik-rintik hujan semakin mengecil dan hilang
dari pandangan. Perabut dan perhiasan mula dibawa keluar dengan kadar
segera. Tunku telah bersiap sedia di rumahnya. Berbaju Melayu hitam,
berkain samping, berselitkan keris bersarong gading dipinggang serta
bertengkolok songket, Tunku menantikan saat untuk bertolak.
Di Stadium Merdeka, Tunku berdiri gagah menerima ketibaan Duke of
Gloucester yang memakai pakaian istiadat ketenteraan British berpangkat
Field Marshall. 'God Save The Queen' berkumandang ketika Duke of
Gloucester yang merupakan pakcik Queen Elizabeth II masuk dan mengambil
tempat. Duke telah diiringi oleh Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Donald
MacGillivray.
Raja-raja Melayu pula duduk dipayungi oleh sembilan payung kuning, Yang
DiPertuan Agong pula duduk di tengah-tengah, di kirinya Tunku dan di
kanannya Duke.
Duke kemudiannya menyerah 'Instrumen Kemerdekaan' yang mana
merupakan suatu pengakuan British bahawa ia menyerahkan kedaulatan Pulau
Pinang dan Melaka kepada negara baru ini dan seterusnya menarik balik
'perlindungan' yang diberikan kepada negeri-negeri Melayu.
Tunku kemudiannya membacakan pengistiharan Kemerdekaan yang antara
lainnya menyebut "Dengan nama Allah, Persekutuan Tanah Melayu untuk
selamanya sebuah negara yang demokratik dan Merdeka". Acapkali suaranya
tenggelam dan pekikan Merdeka! Merdeka! Merdeka! oleh rakyat sebuah
negara baru yang lahir dari suatu perjuangan yang suci.
Seorang anak bangsa yang menyaksikan segalanya di depan mata,
menghuraikan pengalamannya, Hujan renyai-renyai menghiasi pagi. Tanpa
disedari linangan air mata membasahi pipi. Stadium Merdeka dibanjiri oleh
anak-anak bangsa yang datang dari setiap pelusuk negeri. Masing-masing
hadir dengan harapan yang tinggi. Menjadi saksi, satu peristiwa yang penuh
bererti, yang tidak akan dilupai tersemat disanubari sampai mati. Merdeka
telah kita miliki 'Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Perdana Menteri Malaysia Pertama


BAPA KEMERDEKAAN

ALLAHYARHAM TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA ALHAJ IBNI


ALMARHUM SULTAN ABDUL HAMID HALIM SHAH
( 1957 - 1970)
Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman
melaungkan seruan Merdeka! pada 31 Ogos 1957.

Stadium Merdeka

Bendera Malaysia buat pertama kali di naikkan pada 31 Ogos 1957

Allahyarham Mohamed Hamzah, pencipta bendera Malaysia yang kini


dikenali sebagai Jalur Gemilang. Bendera Malaysia dicipta pada 1947.

You might also like