You are on page 1of 31

BAB 1

MASALAH KAJIAN

TAJUK: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF BAGI MENINGKATKAN


PENGUASAAN KEMAHIRAN KOSA KATA DALAM MEMBINA AYAT BAGI MATA
PELAJARAN BAHASA MELAYU DALAM KALANGAN MURID TAHUN LIMA
1.1 Pengenalan
Di dalam bab ini , pengkaji akan membincangkan latar belakang matapelajaran bahasa Melayu di
Malaysia. Seterusnya pengkaji melihat kepada pembelajaran koperatif yang menjadi fokus
kajian. Penyataan masalah pula diperjelaskan dengan diikuti oleh soalan kajian, objektif kajian,
kepentingan kajian dan batasan kajian.
Salah satu masalah yang sering dihadapi oleh guru-guru bahasa Melayu ialah kegagalan muridmurid menguasai kemahiran kosa kata dalam membina ayat dalam bahasa Melayu. Tambahan
pula masalah kelas yang terdiri daripada murid-murid pelbagai tahap pencapaian, menjadi
semakin rumit untuk ditangani guru-guru yang masih memerlukan kepada kaedah mengajar
berpusatkan guru. Justeru, wujud keperluan untuk mencari kaedah-kaedah pengajaran yang
berbeza dengan apa yang lazim dilakukan di dalam bilik darjah.
Pembelajaran koperatif telah dikenal pasti sebagai salah satu kaedah pengajaran yang
berjaya membawa pelbagai kesan positif dalam kalangan murid-murid seperti yang telah
dinyatakan oleh Kagan (1992), namun demikian, kaedah ini boleh dikatakan belum lagi
mendapat perhatian yang meluas. Justeru, pengkaji dapati pembelajaran koperatif ini sangat
sesuai digunakan untuk menangani masalah penguasaan kemahiran kosa kata di dalam
kelas yang terdiri daripada murid-murid pelbagai tahap pencapaian.

1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN


Pendekatan yang diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi matapelajaran bahasa
Melayu pada masa kini adalah berpusatkan guru dan memberikan latihan secara kelas.
Pendekatan ini menyebabkan terdapat sebahagian pelajar tidak dapat mengikuti pembelajaran
dengan baik. Buktinya dapat dilihat berdasarkan pencapaian pelajar yang kurang memuaskan di
dalam ujian dan peperiksaan yang diadakan di peringkat sekolah. Justeru itu, kajian ini
dijalankan untuk mengenal pasti strategi pengajaran lain yang berkesan dan boleh disesuaikan
dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.
Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah, kemahiran kosa kata amat
penting supaya pelajar-pelajar dapat menyelesaikan soalan-soalan yang melibatkan aktivitiaktiviti penulisan, pembacaan, dan pemahaman mereka dalam mata pelajaran bahasa Melayu.
Sejak kebelakangan ini, masalah yang sering dihadapi oleh
murid-murid Tahun Lima tidak dapat memahami

pengkaji ialah sebilangan

makna atau erti

perkataan secara

denotatif yang dibaca dan didengar sehingga menjejaskan kefahaman mereka. Di samping
itu, murid-murid juga tidak dapat memahami makna perkataan secata konotatif
bagaimana

perkataan

memainkan peranannya dalam ayat

supaya komunikasi

iaitu
dapat

disampaikan dengan jelas dan berkesan. Masalah ini secara tidak langsung menjejaskan
mereka pada setiap peperiksaan yang mereka hadapi.
Kelemahan kosa kata dalam kalangan murid-murid telah menjejaskan

pemahaman dan

penulisan murid-murid dalam bahasa Melayu. Pengkaji berpendapat murid-murid Tahun Lima
Sekolah Kebangsaan Dato Syed Nahar memerlukan suatu pendekatan pengajaran yang bukan
saja fleksibel malah inovatif dan mudah diaplikasi oleh mereka. Justeru, kajian ini dijalankan
untuk mengenal pasti strategi pembelajaran koperatif dapat disesuaikan dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu bagi meningkatkan penguasaan kosa kata dalam kalangan muridmurid Tahun Lima di Sekolah Kebangsaan Dato Syed Nahar.

1.3 PERNYATAAN MASALAH


Berdasarkan penelitian keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010 yang telah diperoleh
bagi pelajar Tahun Lima, Sekolah kebangsaan Dato Syed Nahar, Kodiang, Kedah menunjukkan
bahawa pencapaian pelajar di dalam matapelajaran bahasa Melayu terutama pemahaman dan
penulisan masih lagi kurang memuaskan. Penyelidik mendapati bahawa keperluan peperiksaan
berasaskan sekolah yang diadakan empat kali dalam setahun bagi Sekolah Kebangsaan Dato
Syed Nahar, Kodiang, Kedah menggambarkan pencapaian pelajar-pelajar dalam mata pelajaran
bahasa Melayu, perlu ditingkatkan kerana terdapat ramai pelajar yang masih tidak menguasai
kemahiran kota kata dan menganggap matapelajaran bahasa Melayu amat menjemukan
mereka. Penyelidik juga mendapati bahawa pelajar-pelajar kurang berminat untuk membaca
bahan-bahan bacaan tambahan seperti yang dijalankan dalam Program Nilam dan bahan-bahan
rujukan di pusat sumber. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan di dalam kelas
menjadi salah satu faktor

yang menyebabkan murid-murid menjadi

pasif

dan

kurang

berkomunikasi sesama rakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Mereka terlampau
bergantung kepada guru untuk mendapatkan maklumat daripada teks atau rujukan tambahan.
Hasil pemerhatian yang dibuat, penyebab kepada keputusan yang kurang memuaskan itu
disebabkan pelajar-pelajar tidak mempunyai motivasi dan kesungguhan dalam mengulang kaji
pelajaran.
Bertitik tolak daripada permasalahan ini, satu alternatif kepada strategi pengajaran dan
pembelajaran sedia ada, pembelajaran koperatif

telah dipilih untuk dilaksanakan. Salah

satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar ialah Pembelajaran
Koperatif. Kajian yang telah dibuat oleh Newman dan Thompson (1987),

menunjukkan

interaksi sesama murid-murid yang menjadi ciri utama pembelajaran koperatif berupaya
meningkatkan pencapaian pelajar. Kajian ini amat penting untuk menentukan sejauh mana
keberkesanan

pembelajaran

koperatif

dalam meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa

Melayu dalam kalangan murid-murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan Dato Syed Nahar.

Setelah dibuat tinjauan, peratusan murid-murid yang diperoleh dalam Peperiksaan Pertengahan
Tahun 2010, didapati bahawa peratus lulus murid-murid Tahun 5 Bestari dan 5 Pintar dalam
kertas pemahaman ialah 60.8% dan 50.8% , sementara 50.3% dan 40.8%

dalam kertas

penulisan bagi kedua-dua kelas tersebut. Kelemahan penguasaan kosa kata telah menjejaskan
pencapaian mereka dalam bahasa Melayu. Oleh itu, hasil kajian ini dapat membantu
guru bahasa Melayu menggunakan teknik yang sesuai

seperti pembelajaran koperatif

dalam meningkatkan penguasaan kosa kata dalam kalangan murid.


1.4 RANGKA KONSEPTUAL

PENGGUNAAN
KOSA KATA

KEBERKESANAN

PROSEDUR
KAJIAN

-PRESTASI MURID
MENINGKAT
-MINAT BERTAMBAH
-JAWAPAN TEPAT
DAN CEPAT

BORANG PERIBADI/PRESTASI
BAHASA MELAYU 2010

UJIAN PRA

PENGENALAN KOSA KATA/PENGAJARAN


TAJUK MENGGUNAKAN KOSA KATA

ANALISIS

RUMUSAN

guru-

1.5 MATLAMAT KAJIAN


Kajian

ini bertujuan untuk melihat sejauh mana keberkesanan pembelajaran koperatif dalam

meningkatkan penguasaan kemahiran kosa kata dalam kalangan murid-murid Tahun Lima di
Sekolah Kebangsaan Dato Syed Nahar,
kosa kata ini

merangkumi

kemahiran

06100 Kodiang Kedah Darul Aman. Penguasaan

membina ayat melalui Pembelajaran Koperatif.

1.5.1 Objektif Kajian


Objektif kajian ini adalah seperti berikut :
a) Meningkatkan penguasaan kemahiran kosa kata dalam kalangan pelajar-pelajar Tahun
Lima melalui Pembelajaran Koperatif dalam membina ayat dalam bahasa Melayu
b) Mengenal pasti keberkesanan pelaksanaan pembelajaran koperatif mengikut persepsi
murid dari segi :
i. Elemen-elemen di dalam pembelajaran koperatif terdiri daripada pembahagian
kumpulan, membuat latihan secara berkumpulan, kuiz , pengiraan skor kumpulan,
penggunaan pelekat bintang sebagai penghargaan kumpulan, pengajaran guru dan
penggunaan bahan bantu mengajar.
ii. Perubahan minat murid untuk belajar kemahiran kosa kata.
1.5.2 Soalan Kajian
Soalan kajian bagi objektif mengenal pasti keberkesanan pelaksanaan pembelajaran koperatif
untuk meningkatkan penguasaan kosa kata dalam membina ayat bahasa Melayu adalah seperti
berikut :
a) Apakah elemen-elemen yang membantu keberkesanan pembelajaran koperatif?
5

b) Adakah terdapat perubahan minat terhadap mata pelajaran bahasa Melayu bagi
murid-murid tahun 4 melalui pembelajaran koperatif?
c) Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh guru dan murid apabila melaksanakan
pembelajaran koperatif untuk meningkatkan penguasaan kosa kata?
d) Bagaimana guru mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu
di dalam kelas melalui pembelajaran koperatif?
e) Apakah pemilihan cara belajar yang lebih digemari oleh murid-murid tahun 4 bagi
mata pelajaran bahasa Melayu.
1.5.3 BATASAN KAJIAN
Kajian ini mempunyai batasan seperti berikut :
1.5.1 Sampel kajian ini terdiri daripada pelajar-pelajar Tahun Lima Sekolah Kebangsaan
Dato Syed Nahar, Kodiang Kedah Darul Aman.
1.5.2 Bilangan sampel murid terdiri daripada 2 kelas pada tahap sederhana terdiri
daripada 30 orang murid.
1.5.3 Dalam kajian mungkin wujud kesukaran untuk mengawal pembolehubah luar
yang memesongkan tujuan sebenar kajian, contohnya maklumat palsu yang
diberi oleh sampel kajian
1.5.4 Tempoh pengajaran dan pembelajaran dalam mengadakan aktiviti terhad kepada
10 jam sahaja termasuk suai kenal ( maklumat murid), soal selidik. pra ujian dan
ujian pos.
1.6 DEFINISI OPERATIONAL
1.6.1 Kaedah Konvensional
Kaedah konvensional adalah kaedah tradisional atau kaedah sedia ada yang digunakan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

1.6.2 Team-Games- Tournament (TGT)


TGT adalah satu teknik pengajaran secara koperatif yang melibatkan aktiviti perlawanan
permainan secara berkumpulan, di mana kumpulan yang berjaya akan diberi imbuhan
atau hadiah.
1.6.3 Ujian Pra
Ujian pra dijalankan untuk mengesan pengetahuan sedia ada murid tentang tajuk yang akan
dipelajari.
1.6.4 Ujian Pos
Ujian pos digunakan untuk menguji keberkesanan strategi pembelajaran koperatif dalam
meningkatkan prestasi dan minat

murid

dengan cara membandingkan keputusan antara

kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan.


1.6.5 Kumpulan Eksperimen
Terdiri daripada kumpulan pelajar Tahun Lima yang mengikuti proses pembelajaran bagi tajuk
penguasaan kosa kata melalui pembelajaran koperatif.
1.6.6 Kumpulan Kawalan
Terdiri daripada kumpulan pelajar Tahun Lima yang tidak menjalani proses pembelajaran dan
pengajaran secara pembelajaran koperatif.

1.7 KEPENTINGAN KAJIAN


Kajian ini dapat

membantu guru untuk melatih murid supaya memberi fokus dan minat

terhadap kosa kata dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu sekolah rendah melalui
pembelajaran koperatif sebagai alternatif kepada pengajaran dan pembelajaran yang sedia ada
dalam melahirkan individu berupaya menjadi anggota masyarakat yang seimbang dalam aspek
intelek dan rohani.
Hasil kajian ini juga diharapkan boleh menjadi pendorong kepada guru bahasa Melayu untuk
beralih kepada kaedah yang berpusatkan murid

secara

lebih

berstruktur. Kaedah kuasai

eksperimen yang digunakan di dalam kajian ini boleh dijadikan rujukan kepada guru untuk
diaplikasikan di dalam bilik darjah.
Berdasarkan penggunaan pembelajaran koperatif yang menggalakkan kerjasama antara murid
yang berbeza tahap kebolehan, dapatan kajian ini diharapkan dapat mengubah persepsi bahawa
mempelajari bahasa Melayu adalah satu perkara yang remeh yang mana hanya murid yang
pandai sahaja yang boleh berjaya. Sehubungan

dengan itu lebih ramai murid yang akan

berminat belajar melalui pembelajaran koperatif dan pada masa yang sama prestasi murid secara
keseluruhannya meningkat dengan lebih baik.
1.8 RUMUSAN
Dalam bab ini penyelidik telah menjelaskan tentang pengenalan mata pelajaran bahasa Melayu,
rangka

konseptual, matlamat kajian, batasan kajian dan kepentingan kajian yang merupakan

kompenan penting dalam setiap kajian. Walaupun masalah wujud akibat dari kekangan masa,
murid-murid dan sebagainya, namun penggunaan kosa kata dalam pembelajaran koperatif ini
dirasakan

sesuatu

kecekapan

dan

yang

akan

minat murid

memberi tarikan

terhadap

penggunaan

kepada murid untuk meningkatkan


kosa kata

yang merupakan

fakta

asas dalam kemahiran menulis mahu pun membina ayat dan bagi membantu guru dan murid
dalam pengajaran dan pembelajaran.

BAB 2
TINJAUAN LITERATUR
2.1 PENGENALAN
Dalam bab ini, pengkaji membuat tinjauan kajian-kajian yang lepas berkaitan dengan
pembelajaran koperatif, hubungan sosial serta persepsi guru dan murid terhadap
pembelajaran koperatif. Tinjauan kajian ini memberi tumpuan kepada penggunaan teori
pembelajaran koperatif dalam mata pelajaran bahasa Melayu. Terdapat beberapa cara
pembelajaran koperatif yang telah diperkembangkan oleh tokoh-tokoh pendidikan, misalnya
Jigsaw 11, Teams-Games-Tournament (TGT), Student Teams- Achievenment Davision
(STAD), Belajar Bersama

( Learning Together), Permainan Panggil Nombor ( Numbered

Heads), dan Meja Bulat ( Round Table ).


2.2 LITERATUR BERKAITAN
Penggunaan kosa kata dalam pembelajaran koperatif bahasa Melayu dapat menggalakan muridmurid berinteraksi secara aktif dan positif dalam kumpulan. Ini membolehkan idea dan
pemeriksaan idea sendiri dalam suasana yang tidak terancam, sesuai dengan falsafah
konstruktisme.
2.2.1 Ciri-Ciri Pembelajaran Koperatif
Tokoh-tokoh terkenal seperti Johnson, Johnson dan Holubec (1990) dan Kagan (1992) telah
mengenal pasti beberapa ciri yang berhubung kait dengan pembelajaran koperatif yang
berkesan. Dua ciri yang utama ialah

saling pergantungan positif

interdependent) dan akautabiliti individu ( individual accaunbility).

( positive

Saling pergantungan positif , Cogan kata bersatu kita berjaya ; bercerai kita gagal
membayangkan maksud saling pergantungan positif (SPP) dengan padat
spesifik,

sekali. Secara

SPP ialah persepsi bahawa nasib ahli-ahli sekumpulan adalah serupa dan mereka

adalah saling bergantung di antara satu sama lain untuk mencapai sesuatu matlamat bersama.
Apabila wujudnya SPP di dalam sesuatu

kumpulan, semua ahli kumpulan akan sedar

bahawa mereka hidup sama-sama hidup, atau mati sama-sama mati. Jadi , kejayaan
seseorang ahli kumpulan akan membantu rakan-rakan lain untuk mencapai kejayaan dalam
pembelajaran masing-masing. Sebaliknya, jika seseorang ahli kumpulan gagal , maka semua
ahli kumpulan akan gagal.
Akauntibiliti individu (AI) bermaksud setiap ahli kumpulan perlu melibatkan diri secara aktif
untuk membantu kumpulan mencapai

matlamatnya. Setiap ahli kumpulan mempunyai

tanggungjawab untuk belajar. Ini bermaksud setelah menyiapkan sesuatu tugasan kumpulan
secara koperatif , setiap ahli kumpulan mesti berupaya membuat tugasan yang serupa
secara bersendirian. Jacobs ( 1993) mengumpamakan SPP dan AI sebagai madu lebah untuk
kerja kumpulan. Sifat meleket madu lebah adalah seperti SPP yang membantu murid-murid
meleket sebagai kumpulan. Pada masa yang sama, madu lebah juga merupakan glukosa yang
boleh membekalkan tenaga yang tinggi ,

seperti AI yang menjadi sumber dorongan untuk

semua ahli kumpulan bekerja secara aktif.


Slavin ( 1990 )

berpendapat pembelajaran

koperatif

hanya berkesan apabila mempunyai

tiga ciri berikut :

ganjaran kumpulan
tanggungjawab individu
peluang yang sama untuk berjaya.

Murid-murid akan diberi ganjaran


tertentu tanpa ada sebarang

apabila kumpulan mereka mencapai sesuatu kriteria

persaingan antara sesama kumpulan. Ganjaran kumpulan

menjadikan murid lebih bermotivasi untuk melibatkan diri di dalam aktiviti kumpulan.

10

2.2.2 Kaedah Pembelajaran Koperatif


Terdapat banyak kaedah pembelajaran koperatif yang spesifik, dua kaedah yang
merupakan fokus kajian ini iaitu Teams-Games-Tournaments (TGT) dan Numbered Heads
Together( NHT)
2.2.3 Teams-Games-Tournament(TGT)
Slavin (1982) menghuraikan langkah-langkah untuk melaksanakan kaedah Teams-GamesTournament(TGT) seperti berikut:
1. Guru mengajar seperti biasa
2. Murid-murid belajar dalam kumpulan heterogen yang terdiri daripada murid pelbagai
tahap pencapaian
3. Murid-murid pergi ke meja pertandingan masing-masing untuk bertanding. Setiap
meja pertandingan terdiri daripada seorang murid dari setiap kumpulan yang sama
tahap pencapaian.
4. Setelah tamat pertandingan, semua murid kembali kepada

kumpulan masing-masing.

Markah setiap murid dijumlahkan untuk membuat skor markah kumpulan.


5. Guru

mengumumkan skor-skor kumpulan dan memberi penghargaan kepada

kumpulan yang menjadi juara.


2.2.4 Numbered Heads Together ( NHT)
Kagan (1992) menghuraikan empat langkah asas untuk melaksanakan kaedah NHT :
1. Setiap murid dalam kumpulan diberikan satu nombor
2. Guru kemukakan soalan
3. Semua murid berbincang dalam kumpulan masing-masing untuk mencari jawapan
dan memastikan semua ahli kumpulan mengetahui jawapan itu.
4. Guru panggil satu nombor secara rawak. Semua murid nombor berkenaan dari setiap
kumpulan menjawab soalan guru tadi.
11

Untuk memperkuat SPP, NHT boleh dijalankan dalam bentuk pertandingan antara
kumpulan.

Jawapan betul daripada murid setiap kumpulan boleh diberi markah.

Kumpulan yang mengumpul markah paling tinggi menjadi juara diakhir pertandingan. Selain
daripada itu, guru juga boleh panggil nombor sebelum memberi soalan supaya murid-murid
boleh dilatih berdikari. Contohnya pengkaji memberi beberapa perkataan seperti Harga,
Besar, Faham dan lain-lain perkataan. Daripada perkataan tersebut setiap kumpulan
dikehendaki membina ayat yang lengkap. Kumpulan yang dapat membina ayat dengan cepat
dan betul akan diberi markah.
Satu perkara penting dalam pertandingan TGT dan NHT ialah memastikan setiap orang murid
akan bertanding dengan murid-murid lain yang sama tahap pencapaian dengannya. Cara paling
senang untuk mencapai tujuan ini ialah dengan memberi nombor yang sama kepada murid yang
sama tahap pencapaian dalam setiap kumpulan. Kedua-dua kaedah ini mempunyai ciri
utama untuk pembelajaran koperatif. Bagi TGT, setiap kumpulan mempunyai

matlamat

yang sama, iaitu mengumpul sebanyak mungkin kad markah.


Oleh yang demikian, SPP wujud kerana semua ahli kumpulan perlu bersatu tenaga untuk
bertanding dengan kumpulan-kumpulan yang lain. Tambahan lagi, ganjaran kumpulan yang
diberi dalam bentuk penghargaan untuk kumpulan juara juga menggalakkan kewujudan
SPP. Pada masa yang sama, AI wujud kerana setiap ahli kumpulan didorong untuk belajar
sebelum pergi ke meja pertandingan.
Bagi NHT pula, matlamat bersama kumpulan ialah memastikan semua ahli kumpulan boleh
menjawab soalan guru.
masing

Oleh yang demikian,

berkehendakkan

SPP wujud

kerana

kumpulan masing-

wakil kumpulan yang dipanggil nombornya dapat memberi

jawapan yang dikehendaki. AI pula wujud kerana guru memanggil nombor secara rawak.
Akhirnya, semua ahli kumpulan akan dikehendaki menjawab soalan guru.

12

2.3 TEORI-TEORI BERKAITAN


Terdapat beberapa teori yang menerangkan
membantu

dalam

pembelajaran

bagaimana pembelajaran

bahasa Melayu

berdasarkan

koperatif

teori

dan

dapat
prinsip

pembelajaran koperatif seperti Behaviorisme dan teori Vygosky yang menyokong konsep
pembelajaran koperatif.
a) Teori Behaviorisme
Teori tingkah laku Behaviorisme merupakan teori contoh pembelajaran yang tertua sekali
dalam dunia pendidikan.

Menurut teori ini, pembelajaran

terdapat perubahan tingkah laku dalam seseorang.

dikatakan

Skiner telah

berlaku apabila

memperkenalkan kaedah

pengajaran terancang dalam kerangka Rangsangan Tindak balas atau Stimulus - Respons.
Menurut beliau setiap rangsangan ( R ) yang diberi ke atas seseorang akan menyebabkan
orang tersebut akan menghasilkan tindak balas ( T ) ke atas rangsangan yang diberi. Beliau
berpendapat pembelajaran sebenar boleh berlaku dalam kerangka ( R-T). Berdasarkan teori
Behaviorisme , guru yang mengajar berdasarkan pembelajaran koperatif seharusnya memberi
sebanyak mungkin rangsangan

kepada

murid agar murid memberi tindak balas ke

atas

rangsangan-rangsangan yang diberikan.


b) Teori Pembelajaran Vygosky
Teori

pembelajaran

Vygosky

menegaskan

kepentingan

lisan dan

panduan dalam

pembelajaran, sebab pembelajaran adalah kompleks dan dipengaruhi secara kuat oleh budaya
yang dialami oleh seseorang individu. Vygosky (1978), juga menganggap interaksi sosial
adalah penting perkembangan kognitif seseorang

individu. Amalan dan

disarankan oleh teori tersebut juga diamalkan dalam pembelajaran koperatif.

13

unsur

yang

2.4 KAJIAN-KAJIAN BERKAITAN


Para sarjana telah memperkenalkan pelbagai teknik untuk

mengendalikan pembelajaran yang

menggunakan pendekatan dan penekanan yang berbeza-beza. Antara teknik-teknik yang kerap
disenaraikan dalam literature ialah Belajar Bersama ( Learning Together) oleh Johnson
rakan-rakan

di

dan

University of Minnesota. Pembelajaran Pasukan Pelajar (Student Tearm

Learning) oleh Slavin dan rakan-rakan University of Texas, Penyiasatan Kumpulan ( Group
Investigation) oleh Saran dan rakan-rakan di Tel Aviv
Berstruktur oleh Kagan di University of California,

University dan Pendekatan

Riverside. Pengajaran rakan sebaya

memainkan peranan yang sangat penting menurut cara Jigsaw 11.


Berdasarkan cara ini, pembahagian tugas diagihkan di kalangan murid dalam kumpulan yang
pelbagai kebolehan. Bahan pembelajaran dipecahkan kepada topik-topik kecil. Setiap murid
diagihkan tugas untuk mempelajari satu topik kecil. Setelah menguasai topik kecil, murid akan
mengajar rakan-rakan yang

lain

dalam kumpulannya sehingga semua ahli kumpulan

menguasai semua topik kecil itu. Selepas itu satu aktiviti dijalankan untuk menguji
ada semua ahli kumpulan berjaya memahami dan menyempurnakan tugasan
Jigsaw

merupakan cara pengajaran

berpusatkan

sama

yang diberi.

murid. Kemungkinan besar bahan

baharu dapat dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada dan membantu penstrukturan semula idea.
Kajian yang telah dibuat oleh Nor Azizah (2001), menunjukkan bahawa Pembelajaran Koperatif
Struktur STAD dan Jigsaw 2 dalam pelajaran Sains didapati Pembelajaran Koperatif telah
menimbulkan rasa seronok belajar dan berlaku peningkatan pencapaian dibandingkan dengan
pembelajaran secara tradisional.
2.4.1 Persepsi Guru dan Murid Terhadap Pembelajaran Koperatif
Walaupun kajian

mengenai

pembelajaran koperatif dari berbagai aspek telah banyak

mendapat perhatian para penyelidik, namun kajian

yang melibatkan pesepsi murid dan guru

terhadap pembelajaran koperatif agak kurang dilaporkan. McManus dan Gettinger ( 1996) telah

14

mengkaji tentang penilaian guru dan murid terhadap pembelajaran koperatif yang dilaksanakan
di dalam kelas mereka.
Menurut persepsi murid , pembelajaran koperatif memberi kesan yang paling baik dalam aspek
akademik, seperti mendapat gred yang lebih baik. Murid

juga dilaporkan

lebih suka

menyiapkan kerja secara berkumpulan berbanding dengan secara individu. Antara aspek positif
tentang pembelajaran koperatif yang dinyatakan oleh murid ialah dapat mendengar pendapat
rakan, dapat menyiapkan kerja dengan lebih cepat, mendapat bantuan dan berpeluang
bekerja dengan rakan.
Jules (1992), membincangkan pembelajaran

koperatif

menurut

persepsi

seorang

murid

yang berkebolehan rendah. Berdasarkan temubual yang dibuat, Jules mengenal pasti beberapa
aspek penting positif pembelajaran
Antara aspek yang dimaksudkan
sosial

koperatif

adalah

dan tanggungjawab individu. Saling

yang

saling

dinyatakan

oleh

murid

bergantung yang positif,

bergantung

tersebut.
kemahiran

yang positif dilihat apabila murid

tersebut menyatakan bahawa pengaruh rakan dan keinginan ahli-ahli kumpulan.


Sherman dan Thomas (1986), telah membandingkan kesan Pembelajaran Koperatif dengan
kaedah secara individu dalam kelas matematik di sebuah sekolah menengah atas. Satu kelas
dijadikan sebagai kelas eksperimen (n=20) manakala satu kelas lagi menjadi kelas kawalan
(n=18). Kedua-dua kelas tersebut diajar oleh dua orang guru yang berlainan. Sampel kajian
terdiri daripada pelajar yang rendah tahap pencapaian. Kelas eksperimen menggunakan teknik
STAD dan teknik TGT. Kajian kuasai eksperimen ini berbentuk kumpulan kawalan yang tidak
diubahsuai, ujian pra dan pasca. Peningkatan kebolehan pelajar diukur dengan ujian yang
dibentuk oleh guru terdiri daripada 30 item sebagai ujian pra dan pasca. Kebolehpercayaan ujian
tersebut adalah 0.86. Dengan menggunakan teknik statistik anova menunjukkan terdapat
perbezaan dan signifikan bagi peningkatan kebolehan kumpulan Pembelajaran Koperatif
berbanding dengan kumpulan kawalan.
Implikasi kajian ini jelas menunjukkan teknik STAD berupaya meningkatkan kebolehan pelajar
kerana teknik STAD dapat mewujudkan suasana saling bergantung melalui ganjaran
15

berkumpulan. Walau bagaimanapun, oleh kerana kajian ini menggunakan guru yang berbeza bagi
kumpulan kawalan dengan kumpulan eksperimen kemungkinan dapatan kajian ini dipengaruhi
oleh faktor tersebut.
Slavin (1983), mengkelaskan struktur tugas di dalam pembelajaran Koperatif boleh dibahagi
kepada dua jenis iaitu kumpulan belajar dan pengkhususan tugas. Manakala struktur ganjaran
pula dikategorikan kepada tiga bentuk iaitu ganjaran diberi kepada individu berdasarkan
peningkatan kebolehan individu tersebut, ganjaran yang diberikan kepada kumpulan berdasarkan
peningkatan kebolehan kumpulan, dan ganjaran yang diberikan kepada kumpulan berdasarkan
peningkatan kebolehan setiap individu di dalam kumpulan tersebut.
Tinjauan ke atas 46 kajian yang dibuat oleh Slavin (1983), menunjukkan ciri-ciri ganjaan
berumpulan sebagaimana yang digunakan di dalam teknik TA membantu meningkatkan
kebolehan pelajar. Di dalam tinjauan tersebut, beliau member tumpuan kepada hubungan antara
peningkatan kebolehan pelajar peringkat sekolah rendah dan menengah dengan struktur tugas
dan struktur ganjaran.
Kajian di Barat yang telah dibuat oleh Johnson dan Johnson (1994), telah membuktikan bahawa
Pembelajaran Koperatif ini bukan sahaja membantu meningkatkan tahap kebolehan akademik
pelajar tetapi berkesan untuk memupuk kerjasama, minat pada sekolah, rakan dan matapelajaran.
Slavin (1990), berpendapat Pembelajaran koperatif menyebabkan pelajar merasakan mereka
lebih disukai oleh rakan-rakan dan lebih berkeyakinan di dalam matapelajaran mereka.

16

2.5 RUMUSAN
Melalui

kajian

penggunaan

literatur

kosa kata

yang dibuat, kajian ini


dan

beberapa

teori

memberi

tumpuan kepada kesan

yang berkait rapat dengan pembelajaran

koperatif. Keberkesanan penggunaan kosa kata kaedah kumpulan dapat meningkatkan


pencapaian prestasi dan juga sikap positif dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa
Melayu diuji.
Secara amnya, pengajaran dan pembelajaran berdasarkan pengajaran koperatif
berpusatkan murid dapat meningkatkan kemahiran kognitif dalam kalangan
menjadikan

pengajaran dan

murid dan

pembelajaran lebih bermakna. Teori pembelajaran koperatif

yang mempunyai prinsip dan keistimewaan tersendiri memberi kesan yang baik
sememangnya

yang

mengurangkan

dan

beban kognitif seseorang individu. Secara keseluruhannya,

kajian ini mendokumentasi penilaian guru dan murid terhadap pembelajaran koperatif.
Pembelajaran koperatif digunakan bagi meningkatkan kefahaman konsep penggunaan kosa
kata dan meningkatkan minat serta pengetahuan mereka terhadap tajuk.
ini guru atau penyelidik cuba melihat perhubungan pembelajaran koperatif
kosa kata

dalam pengajaran dan pembelajaran koperatif

memudahkan,

mempercepatkan

mereka

Melalui kajian
berdasarkan

bahasa Melayu sama ada

menjawab soalan dan pembelajaran bertambah

menarik.

17

BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
Dalam bab ini akan membincangkan tentang kaedah dan prosedur penyelidikan yang meliputi
rekabentuk kajian, sampel kajian, instrumen kajian, prosedur pengumpulan data, dan cara
menganalisis data.
3.2 Reka Bentuk Kajian
Reka bentuk kajian yang digunakan oleh penyelidik adalah secara kuasi-eskperimen yang
melibatkan dua kumpulan murid iaitu kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Neuman
(1991) berpendapat bahawa kaedah ini sesuai digunakan untuk menguji perbandingan kesan
dalam pelbagai situasi dan teknik eksperimen yang sepenuhnya tidak dapat dilakukan, terutama
dalam situasi sebenar di sekolah. Sebanyak dua buah kelas Tahun Lima Bestari dan Lima Pintar
telah digunakan sebagai kajian iaitu kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan.
Reka bentuk kajian yang dijalankan adalah
eksperimen dan kumpulan kawalan.
Pembelajaran Koperatif, manakala

ujian pra dan ujian pos kepada kumpulan

Kumpulan eksperimen akan menggunakan strategi


kumpulan

kawsalan

akan menggunakan kaedah

konvensional. Pembolehubah manipulasi yang terlibat ialah pencapaian, minat dan sikap
murid. Pencapaian diukur dengan merujuk kepada ujian menjawab soalan objektif manakala
minat dan sikap diukur dengan menggunakan borang soal selidik.
Seterusnya,

penilaian kuantitatif digunakan bagi mengukur perbezaan pencapaian prestasi

murid sebelum dan selepas menggunakan penguasaan kosa kata. Jawapan-jawapan dikumpul dan
dianalisis untuk mendapatkan gambaran sebenar penggunaan kosa kata terhadap pembinaan ayat
mudah melalui Pembelajaran Koperatif. Seterusnya borang maklumat
18

murid

dan

soal

selidik diberi untuk mengetahui latar belakang serta pembelajaran koperatif dalam aspek minat,
motivasi , sikap murid terhadap pembelajaran koperatif.
UJIAN PRA

KUMPULAN
EKSPERIMEN

KUMPULAN
KAWALAN

PENGAJARAN
KOPERATIF
KEBERKESANAN
PENGGUNAAN
KOSA KATA
UJIAN POS

BORANG
MAKLUMAT DAN
SOAL SELIDIK

Rajah 1 : Langkah Menjalankan Kajian

19

ANALISIS

3.3 SAMPEL KAJIAN


Sampel kajian dijalankan di Sekolah Kebangsaan Dato Syed Nahar, Kodiang Kedah. Sekolah
ini terdiri daripada murid lelaki dan perempuan yang berbangsa Melayu sahaja. Kajian ini
akan menggunakan kaedah eksperimen yang dijalankan pada waktu persekolahan. Kelas
yang terlibat merupakan kelas sedia ada yang ditentukan oleh pihak sekolah pada awal
persekolahan. Pemilihan sampel kajian terdiri daripada murid yang mempunyai tahap sederhana
dan mempunyai kebolehan yang berbeza. Satu kelas akan menggunakan kaedah TGT dan NHT
dalam pembelajaran koperatif, satu kelas lagi akan menggunakan kaedah konvensional. Sampel
kajian ini melibatkan 15 orang pelajar Tahun Lima Bestari sebagai kelas eksperimen dan 15
orang pelajar Tahun Lima Pintar sebagai kelas kawalan.

3.4 INSTRUMEN KAJIAN


Pemilihan instrumen adalah penting bagi sesuatu kajian kerana instumenlah yang akan
menentukan sama ada matlamat yang dikehendaki dapat dicapai atau tidak. Pemilihan instrumen
kajian bergantung kepada objektif penyelidikan dan reka bentuk kajian. Dalam kajian ini
instrument terdiri daripada borang maklumat murid dan set kertas ujian iaitu ujian pra dan ujian
pos dan satu borang soal selidik digunakan untuk menguji pengetahuan sedia ada dan mengesan
tahap pencapaian kedua-dua kumpulan sebelum pengajaran dilakukan.
Manakala ujian pos pula digunakan untuk menguji minat dan prestasi murid

kumpulan

eksperimen dan juga kumpulan kawalan selepas tamat sesi pembelajaran pula

bertujuan

menentukan

persepsi

murid

terhadap

mata pelajaran

bahasa Melayu daripada segi

penggunaan kosa kata. Keempat-empat instrumen itu dibina sendiri oleh pengkaji bagi
mendapatkan

maklumat mengenai sampel kajian untuk menentukan tahap keupayaan

penguasaan kosa kata dan sikap mereka terhadap pembelajaran koperatif , seterusnya masa
juga diambil ketika murid menyelesaikan soalan dan penyelidik membuat perbandingan

20

sama ada pembelajaran koperatif membantu

murid menyelesaikan soalan dengan cepat dan

tepat.
3.4.1 Borang Maklumat Murid
Bahagian ini mengandungi maklumat tentang latar belakang sampel kajian, maklumat yang
dikehendaki meliputi nama, jantina pendapatan keluarga dan
pelajaran

bahasa Melayu.

keputusan ujian bagi mata

Borang ini mengandungi beberapa soalan mengenai persepsi

terhadap mata pelajaran bahasa Melayu sebelum pembelajaran koperatif ( Contoh Borang
Maklumat Murid. Rujuk Lampiran )
3.5 PENGUMPULAN DAN PEMPROSESAN DATA
Pengumpulan data kuantitatif dilakukan dengan menggunakan statistik deskriptif dan
inferens. Statistik
frekuensi
eksperimen

deskriptif

dan peratusan
dan

dilakukan

dengan

menentukan

min, sisipan

untuk membandingkan ujian pra dan ujian pos antara kumpulan

kumpulan

kawalan. Manakala

statistik

inferens digunakan untuk

mengira nilai dalam menentukan hipotesis kajian. Aras kesignifikan kajian


0.05.

piawai,

Seterusnya analisis ujian juga

ditetapkan pada

digunakan untuk menentukan sikap antara kumpulan

kawalan terhadap pembelajaran koperatif.

21

3.6 PROSEDUR ANALISIS DATA


Data yang dipungut dalam kajian ini akan direkod dan diproses dengan
perisian SPSS ,

menggunakan

manakala data tentang profil subjek kajian dianalisis menggunakan

statistik deskriptif, iaitu kekerapan dan peratusan. Untuk memudahkan proses analisis data,
setiap jawapan yang dipilih dalam ujian akan diberi skor tertentu seperti yang terdapat pada
jadual di bawah.
Kadar skor
Jika satu jawapan yang diberi betul
Jika jawapan yang diberi adalah salah

Dalam

Nilai skor
5.0
0

kajian ini terdapat 20 item yang dibina untuk mengenal pasti kelemahan murid

terhadap kemahiran-kemahiran yang diuji. Jika responden menjawab dengan betul


item-item

yang

disampaikan oleh

dikemukakan,

ini

bermakna

mereka

dapat

memahami

apa yang

guru dan berupaya menguasai kemahiran-kemahiran yang terdapat

di dalamnya. Jika jawapan yang diberi adalah salah, ini menunjukan murid kurang atau tidak
memahami apa yang disampaikan. Selain itu, ketidakfahaman ini juga boleh disebabkan
kaedah yang digunakan menyukarkan sesuatu kemahiran itu difahami murid atau
tidak

pun

dapat menarik minat mereka untuk terus mengikuti isi pelajaran seterusnya.

ianya
Jumlah

markah yang diperuntukan bagi 20 soalan ini ialah 5.0 markah bagi setiap soalan menjadikan
semuanya

100 markah. Daripada jadual berikut, skor yang diperoleh murid dikategorikan

kepada tiga tahap kefahaman:


Skor
0-39
40-69
70-100

Tahap Kefahaman
Rendah
Sederhana
Tinggi

Pengkaji menyediakan kertas ujian pra dan ujian pos bagi penguasaan kosa kata untuk
22

menjawab soalan objektif. Kajian rintis dijalankan ke atas soalan-soalan yang dibina
bertujuan memastikan item-item ini sah dengan apa yang hendak diuji.
Seterusnya pengkaji membuat analisi dan menilai bahagian atau kemahiran yang menjadi
masalah

kepada

murid. Daripada data yang bakal diperoleh, pengkaji merancang sesi

pengajaran koperatif

bertujuan untuk mengatasi masalah penguasaan kosa kata. Masa juga

diambil untuk menguji adakah terdapat pengaruh pengajaran koperatif antara murid menjawab
soalan.

Pengkaji

mencatat masa setiap murid yang menjawab habis dengan menggunakan

kosa kata. Ini kerana masa maksimum 30 minit. Begitu juga murid yang tidak menggunakan
kosa kata.

Setelah selesai sesi pembelajaran seperti yang ditetapkan, sampel

diberikan ujian pos untuk mengukur sama ada terdapat peningkatan prestasi
sasaran.

Borang

soal selidik

kajian akan

bagi

kumpulan

juga diedarkan kepada murid kumpulan kumpulan kawalan

untuk mendapat respons mereka terhadap pembelajaran koperatif dan penguasaan kosa kata. Soal
selidik ini mengandungi 14 item (Rujuk Lampiran 1(a) dan borang soal selidik berkaitan persepsi
murid tentang Pembelajaran Koperatif ketika pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu
menggunakan kosa kata mengandungi 8 item (Rujuk Lampiran 1 (b). Insrumen ini diukur
berdasarkan Skala Likert yang diubah suai untuk memudahkan pelajar sekolah rendah
menjawabnya. Angka-angkanya seperti dalam jadual di bawah :Jadual Skala Likert
Pilihan Kenyataan
Sangat tidak setuju

Skor
1

Tidak setuju

Tidak pasti

Setuju

Sangat setuju

3.7 RUMUSAN
23

Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen untuk kumpulan eksperimen dan
kumpulan kawalan. Mereka kemudian

dibahagikan

kepada

dua kelas yang berbeza.

Kesemua kumpulan ini akan menduduki ujian pra untuk menguji pengetahuan sedia ada mereka
tentang tajuk yang dipelajari.
penggunaan kosa kata dalam

Seterusnya kumpulan eksperimen akan didedahkan dengan


pengajaran

dan

pembelajaran

secara

intensif manakala

kumpulan kawalan tanpa menggunakan pembelajaran koperatif. Selepas tamat tempoh sesi
pembelajaran yang ditetapkan , kesemua kumpulan ini juga perlu menjawab soalan di dalam
borang soal selidik untuk mendapatkan pandangan mereka berkenaan pembelajaran koperatif
dan pengajaran kosa kata. Masa juga diambil untuk melihat adakah masa tersebut mempengaruhi
pengajaran dan pembelajaran kaedah Pembelajaran Koperatif dalam kemahiran kosa kata.

LAMPIRAN 1 (a)
24

CONTOH BORANG MAKLUMAT MURID


Arahan :

Tulis maklumat yang diperlukan pada ruang yang disediakan

Nama

: .

Tarikh Lahir

: .

Umur

: .

Darjah

: ..

Bangsa

:.

Jantina

: .

Hobi

:.

Cita-cita

:.

Alamat Rumah

Pekerjaan bapa

Pekerjaan Ibu

Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010 Bahasa Melayu:Pemahaman :.. Penulisan :.


Keputusan Bahasa Melayu ( Terkini ) : ..
Pendapat Kamu Tentang Pengajaran Bahasa Melayu Menggunakan Kaedah Kosa Kata :
.

25

LAMPIRAN 1 (b)
CONTOH BORANG SOAL SELIDIK
Persepsi Murid Tentang Pembelajaran bahasa Melayu apabila menggunakan kosa kata.
Tandakan ( / ) pada ruang yang berkenaan bagi setiap pernyataan di bawah berlandaskan
persepsi mengikut skala berikut :1= sangat tidak setuju

2= tidak setuju

3= tidak pasti

4= setuju

5= sangat setuju

Bil
1

Pernyataan
Pembelajaran bahasa Melayu lebih menarik dengan

menggunakan kosa kata


Saya lebih berminat untuk belajar bahasa Melayu dengan

menggunakan kosa kata


Pembelajaran kosa kata mempercepatkan mendapat jawapan

4
5

tepat
Pencapaian saya meningkat apabila belajar kosa kata
Penggunaan kosa kata meningkat kefahaman saya dalam

membina ayat
Penggunaan kosa kata patut diguna pakai pada mata pelajaran

bahasa Melayu
Penggunaan kosa kata membuatkan saya tertekan belajar mata

pelajaran bahasa Melayu


Penggunaan kosa kata patut diteruskan

2 3

LAMPIRAN PRA/PASCA SOALAN CONTOH

Jawab semua soalan yang diberikan. Bulatkan jawapan yang betul.


1. ..barangan semakin naik sejak kebelakangan ini.
A Harga

B Nilai

C Hasil

2. Semua peserta kursus diberikan sijil .


26

D Jualan

A kehadiran

B penghargaan

C keahlian

D persatuan

3. Kedua ibu bapa Azmi ..hati apabila melihat Azmi melanjutkan pelajaran
di universiti.
A megah

B iri

C berbesar

D kecil

4. Dia menghabiskan ..banyak masa untuk menonton rancangan televisyen


sehingga mengabaikan pelajaran.
A terlalu

B sebahagian

C separuh

D suku

5. ..Aziz bukan sahaja dalam bidang sukan tetapi juga pandai dalam bidang
seni.
A Kehebatan

B Kebolehan

C Kemalasan

D Kerajinan

6. Mereka . tangan apabila bertemu


A berjabat

B berpegang

C bersalam

D berpeluk

7. Makanan berkhasiat penting untuk membantu kita


A menyihat

B membaakar

C meninggi

D merendah

8. ..Jepun telah meninggalkan kenangan pahit kepada rakyat Malaysia


A Penaklukan

B Pendudukan

C Penguasaan

D Peperangan

9. Saya berharap agar persahabatan kita akan terus.


A terjalin

B dijalinkan

C terjalin

D menjalin

10. Sampah sarap yang berlonggok di tepi jalan itu berbau.


A harum

B masin

C pahit

27

D busuk

11. Kebakaran di kilang itu telah pada malam tadi


A berada

B berlaku

C muncul

D berpunca

12. Gadis berbaju merah itu telah terpilih untuk berlakon dalam iklan syampu
keluaran syarikat terkemuka.
A lembut

B jelita

C pemalu

D halus

13. Guru Besar telah mengambil. terhadap murid-murid yang melanggar


peraturan sekolah.
A tindakan

B pesanan

C peluang

D amaran

14. Pesilat perlu menangkis perlu menangkis pergerakan musuh dengan..


A kemas

B tangkas

C malas

D aktif

15. Dia akan rumah neneknya di kampong


A gembira

B rindu

C riang

D pilu

16. Pulau Langkawi adalah tempat yang selalu. oleh pelancong


A dikunjungi

B mengunjungi

C berkunjung

17. Tok Janggut antara .Melayu yang terbilang


A olahragawan

B seniman

C pahlawan

18. Azman aktif dalam pasukan pengakap sekolahnya


A kegiatan

B majlis

C acara

28

D persembahan

19. Sebarang .boleh dihantar terus kepada pihak berkuasa.


A tulisan

B aduan

C kenyataan

D catatan

20. Pasukan bola sepak Negara menjalani..selama empat bulan bagi


menghadapi perlawanan itu.
A berlatih

B terlatih

C latihan

D pelatih

KERTAS SOALAN TAMAT

LAMPIRAN POS SOALAN CONTOH


NAMA..

TAHUN

Jawab semua soalan yang diberikan. Bulatkan jawapan yang betul


1. Pakaian yang dipakainya memang untuk majlis tersebut
A cocok

B buruk

C koyak

2. Kuih-muih tradisional itu dijual

29

D ketat

A basi

B laris

C cepat

D masam

3. Datuk membuat untuk menangkap burung


A umpan

B jerat

C jebak

D jala

4. Tiba-tiba sahaja lelaki itu. daripada pandangan kami


A lari

B lenyap

C pemalu

D halus

5. Pak Cik Ismail mengasah pisau torehnya yang di bawah pokok


A tajam

B tumpul

C berkilat

D sumbing

6. Lima ekor ayam peliharaan Pak Leman mati kerana termakan


A manisan

B ubat

C penawar

D racun

7. Baru sepuluh minit perlawanan dimulakan tetapi pasukan lawan sudah.


A kepenatan

B kekuatan

C kemenangan

D kekalahan

8. ..nenek saya sudah berkurangan


A terdengar

B mendengar

C pendengaran

9. Janganbingit telinga saya mendengarnya.


A bergendang

B bernyanyi

C berpekik

10. Rumah di hujung kampung itu telah akibat dilanda ribut


A baru

B roboh

C kuat

11. Penduduk ..di kawasan itu akan menerima bantuan makanan dan
pakaian daripada kerajaan.
A kaya

B miskin

C kuat

12. Pisau yang..itu telah diasah oleh ayah semula.


A pendek

B tajam

C tumpul

13. Encik Azman jirannya dengan baik

30

D letih

A menegur

B menyahut

C mencabar

D menanya

14. Jangan pakai pakaian yang


A sesak

B ketat

C padu

D longgar

15. Pihak polis menasihati ibu bapa supaya..anak-anak mereka


A membelek

B menahan

C mengawasi

16. Kita perlu bersikap walau di mana kita berada.


A curang

B setia

C amanah

17. Mak Jah menjual . jenis kuih di warungnya.


A pelbagai

B satu

C sejenis

18. Hubungan mereka semakin .selepas kejadian itu


A tahan

B akrab

C renggang

19. Orang kaya itu sering.. orang miskin


A mengupah

B menghina

C memeras

20. .. Aminah menggulung hujah dalam perbahasan itu menarik


perhatian para penonton.
A Kecekapan

B kemahiran

C kehandalan

KERTAS SOALAN TAMAT

31

You might also like