You are on page 1of 4

INSTITUT PENDIDIKANGURU KAMPUS IPOH

TUGASAN PROJEK
PROGRAM: Program Pensiswazahan Guru
(PPG )

NAMA PELAJAR:

KOD DAN NAMA KURSUS :


EDU 3063 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

SEMESTER : 1/2015

TARIKH MULA : 14 Februari 2015

TARIKH HANTAR : 13 Mac 2015

Hasil Pembelajaran Khusus


1. Menjelaskan konsep budaya dan kepelbagaian kelompok di Malaysia.
2. Menghuraikan konsep ketaksamaan peluang pendidikan.
3. Menganalisis kepelbagaian sosiobudaya dan implikasinya terhadap pengajaran
dan pembelajaran.
4. Menghasilkan pelan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang mesra
budaya.
5. Membincangkan langkah-langkah untuk menangani isu-isu kepelbagaian budaya
dan bahasa di dalam bilik darjah.
Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3, 4 dan 5.

II

Objektif Projek
1. Melengkapkan diri dengan pengetahuan tentang konsep, matlamat, keperluan
dan kepelbagaian budaya.
2. Memahami dan menghormati adat resam serta pantang larang kaum-kaum yang
berbeza d Malaysia.
3. Mewujudkan kesedaran tentang kepelbagaian budaya dan cabaran yang bakal di
hadapi dalam kalangan guru.
4. Memahami peranan, tugas dan berempati terhadap kanak-kanak dari pelbagai
latar belakang budaya.
5. Mengaplikasikan semua topik untuk penilaian ujian bertulis.

III

Tugasan Projek ( 100%)


Projek ini terdiri daripada empat bahagian, iaitu Bahagian A, B, C dan D.

Perbincangan Kes

(40%) - Individu

Baca situasi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang diberi.
Cikgu Z merupakan guru baharu yang ditempatkan di sebuah sekolah pedalaman di
Sarawak. Beliau berasal dari Kuala Lumpur dan baharu sahaja menamatkan
program PISMP di IPG Kampus Ipoh.Beliau diamanahkan untuk menjadi guru Kelas
4 Dedikasi yang terdiri daripada 30 orang murid dari pelbagai bangsa dan budaya.
Cikgu Z percaya kepekaan dan kesedaran terhadap kepelbagaian sosiobudaya akan
dapat mewujudkan satu bangsa Malaysia yang bersatu melalui penyatuan pemikiran
dan persefahaman. Implikasi terhadap kepekaan dan kesedaran ini rakyat Malaysia
dapat menjalani kehidupan dalam suasana yang harmoni dan saling bekerjasama
antara satu sama lain bertujuan untuk mewujudkan masyarakat 1 Malaysia selaras
dengan matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025.
Berdasarkan penyataan di atas, jawab soalan-soalan yang berikut:
1. a. Berdasarkan aspirasi sistem pendidikan secara menyeluruh dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015, Jelaskan faktor-faktor
kepelbagaian budaya yang mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran di
dalam bilik darjah Cikgu Z.
b.

Kenalpasti isu-isu yang dihadapi oleh Cikgu Z, seterusnya membincangkan


langkah-langkah untuk menangani isu-isu kepelbagaian budaya dan bahasa
di dalam bilik darjah supaya dapat merealisasikan
konsep 1 Malaysia
selaras dengan matlamat anjakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013 -2025.
c. Lakarkan pelan lantai bilik darjah yang mesra budaya yang bersesuaian
dengan situasi Cikgu Z.
Jelaskan kriteria-kriteria yang perlu diambil
perhatian untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya
dalam kalangan pelajar Tahun 4 Dedikasi.

Ujian bertulis ( 20%)


2. a. Satu ujian bertulis (aneka pilihan) akan diadakan pada 4 April 2015.

Pembelajaran Atas Talian


3.

(10%)

Mengambil bahagian yang aktif di dalam Portal Pembelajaran atas talian (OLL)
dengan mengemukakan pandangan serta perbincangan ilmiah dalam forum
yang disediakan.

D.

Pembentangan Kumpulan (20%) dan Penglibatan aktif semasa tutorial (10%)


4.
Pembentangan soalan tutorial dinilai berdasarkan tiga aspek, iaitu
(i) kandungan dan penyusunan fakta,
(ii) kreativiti penyampaian dari segi penggunaan ICT, dan
(iii) kelancaran penyampaian.
Penglibatan aktif semasa sesi tutorial diperhatikan. Penilaian aktif adalah
berdasarkan aspek
(i) memberi hujah tambahan yang bernas
(ii) membincangkan isu-isu yang timbul dari topik tutorial
(iii) memberi justifikasi terhadap hujah yang dikemukakan.

i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.

Panduan Pelaksanaan Projek


1. Panjang penulisan hendaklah tidak melebihi dari 20 muka surat tidak termasuk
rujukan dan lampiran
2. Ditaip dengan komputer menggunakan jenis tulisan Arial,saiz font 11, dan
langkau 1.5 baris.
3. Sumber/bahan rujukan perlu dinyatakan mengikut format APA.
4. Bahagian kulit luar hendaklah dilengkapkan dengan maklumat berikut :
Nama Pelajar :
No. Kad Pengenalan :
Kumpulan//Ambilan :
Pengkhususan :
Mata Kursus :
Nama Pensyarah :
Tarikh Serahan :
5. Tajuk dan arahan tugasan hendaklah diletakkan di muka surat kedua (selepas
kulit).
6. Amalan plagiat tidak dibenarkan.
7. Tugasan ini membawa markah 100 dan wajaran 50%.

Tugasan yang baik harus mengandungi butir-butir berikut :


1.

Tugasan yang dilengkapkan dengan maklumat yang menyeluruh, tersusun dan


terperinci terhadap topik/ isu.
2. Terdapat bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda.
3. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian hasil kajian dan
sokongan ilmiah.
4. Rumusan yang ringkas, padat dan komprehensif.
5. Refleksi keseluruhan individu.
6. Rujukan sumber yang terdiri buku, jurnal, dan laman web.
7. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.
8. Bukti bukti, bahan-bahan dan citation yang dapat menyokong hujah-hujah anda..
9. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren.
10. Penulisan akademik harus menunjukkan kefasihan bahasa, kematangan hujjah
dalam menterjemah maklumat secara kritikal dan analitikal.

Kriteria Pentaksiran
Tugasan akan disemak berdasarkan kriteria Rubrik Pemarkahan yang ditetapkan untuk
tugasan ini.

Tugasan disediakan oleh :

Disemak oleh :

(
)
Penyelaras Budaya Dan Pembelajaran PPG
Jabatan Ilmu Pendidikan
IPGK Ipoh

(DR TAN AI LEE)


Pakar Bidang (SME)
Jabatan Ilmu Pendidikan
IPGK Ipoh

Disahkan oleh :

( ZULKUFLI BIN MAHAYUDIN )


Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan
Jabatan Ilmu Pendidikan
IPGK Ipoh

You might also like