You are on page 1of 30

Asas

Pembudayaan
Keusahawanan
GXEX 1412

Kod Kursus : GXEX 1412


Tajuk Kursus : Asas Pembudayaaan
Keusahawanan
Jam Kredit : 2 jam
Pensyarah : Puan Ponmalar Alagappar
Prasyarat
: Tiada
Kursus Wajib Universiti

Hasil Pembelajaran:
Menerangkan konsep keusahawanan
dan kepentingan bidang keusahawanan
Menerangkan and menjelaskan
mengenai etika keusahawanan serta
mengaplikasi nilai-nilai murni
keushawanan
Membuat penilaian diri dan menilai sifat
keushawanan dalam diri
3

Mengaplikasi

aspek kreativiti dan


innovasi dalam keushawanan
Menyediakan rancangan perniagaan.

Sinopsis Kandungan Kursus:


Konsep

dan perkembangan keusahawan


Analisis kompetensi keusahawanan diri,
Etika keusahawanan,
Kreativiti dan innovasi dalan keusahawanan,
Peluang perniagaan
Kemahiran memulakan perniagaan
Merancang perniagaan dan
Kemahiran mengurus projek perniagaan
5

Di samping itu pengalaman amali melalui


kerja lapangan atau
penglibatan langsung pelajar dalam
pengendalian satu projek perniagaan
secara berkumpulan.
Latihan ini adalah untuk memberi kesan
kepada pelajar mengenai realiti dunia
perniagaan sebenar.

Rujukan Utama:
Kementerian

Pengajian Tinggi, Asas Pembudayaan


Keusahawanan, 2007, Penerbit Universiti Utara
Malaysia

Rujukan Lain:
Ab.Aziz

Yusof, Prinsip Keusahawanan, 2003,


Malaysia: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.
Rosli Mahmood 7 rakan-rakan, Prinsip-prinsip Asas
Keushawanan, 2007, Malaysia: Thomson
7

Topik 1:
Konsep dan Perkembangan
Keusahawan
1.1
1.2
1.3
1.4

Kepentingan Keusahawanan
Konsep ushawan dan Keusahawanan
Ciri keusahawanan
Perkembangan keusahawanan di
Malaysia

1.1 Kepentingan Keusahawanan


1.1.1 Pembangunan keushawanan
menjadi pemangkin kepada
perubahan dan perkembangan ekonomi
sebuah negara.
Juga melibatkan perubahan struktur
perniagaan dan masyarakat kepada
yang lebih baik
9

1.1.2 Membantu melahirkan individu positif


yang berjaya serta menpunyai ciri-ciri
survival, daya tahan dan daya saing
yang tinggi.
Ciri keushawanan ini akan membentuk
pemikiran yang berteraskan
keushawanan dalam kalangan
anggota masyarakat
10

1.1.3 Akan mengembangkan budaya


keushawanan dalam masyarakat.
Membentuk komuniti yang lebih
berdikari dan seterusnya menjadi
pemangkin kepada kelahiran
ramai keushawan yang memiliki ciri
keushawanan yang tinggi.
11

1.1.4 Usahawan ialah individu yang bukan


sahaja mencipta kekayaaan, tetapi
turut mendorong pembahagian
kekayaan yang dimliki, seterusnya
menyumbang kepada kesejahteraan
ekonomi.

12

1.1.5 Kelahiran ramai ushawan akan


meningkatkan daya saing sesebuah
negara di peringkat antarabangsa, di
samping membuka peluang pekerjaan
dan seterusnya mengurangkan kadar
penggangguran serta kemiskinan di
negara tersebut.
13

1.2 Konsep Usahawan dan


Keusahawanan
1.2.1 Usahawan ialah perintis kepada
kejayaan aktiviti perniagaan.
Mereka mengesan dan merebut
peluang disamping memasarkan
produk baharu atau menambahkan
nilainya.

14

Istilah Usahawan berasal daripada


bahasa perancis, iaitu entreprendre yang
membawa maksud memikul (tugas) atau
mencuba.
Antara orang yang masyhur
memperkenalkan istilah usahawan ini
ialah Joseph Schumpeter melalui karya
tulisannya yang berjudul Theory of
Economics Development pada tahun
1934.
15

Beliau menggambarkan usahawan


sebagai seorang buruh yang unik,
pencetus inovasi atau orang yang
membawa perubahan atau pembaharuan.
Ushawan juga dikatakan sebagai individu
yang bertanggungjawab kepada
pengeluran, pendorong daya cipta dan
yang baharu dan ganjil dalam operasi
biasa aktiviti ekonomi.
16

Scarborough dan Zimmer (1998) pula


mendefinisikan usahawan sebagai orang
yang mencipta perniagaan baharu dan
berkeupayaan menghadapi keadaan yang
tidak menentu untuk memperolehi
keuntungan dan pertumbuhan.

17

Kuratko dan Hogetts (2007) menyatakan


bahawa usahawan ialah individu yang
dapat mengenal pasti peluang dalam
keadaan di mana orang lain melihatnya
sebagai gangguan atau kecelaruan.

18

Usahawan merupakan pemangkin kepada


perubahan ekonomi dan kegiatan
keusahawanan mereka akan membawa
dunia perniagaan ke hadapan.
Menyumbang kepada penciptaan
berterusan, yang seterusnya
mencorakkan masa hadapan.
19

1.2.2 Keusahawanan
Menurut Hisrich dan Peter (1998),
keusahawanan ialah suatu proses dinamik
untuk mencipta kekayaan.
Kekayaan dicipta oleh individu yang
menanggung risiko dalam bentuk modal,
masa dan komitmen kerjaya.
20

Kuratko dan Hodgetts (2007) menjelaskan


keusahawanan sebagai proses inovasi dan
penciptaan melalui empat dimensi, iaitu
individu, organisasi, alam sekitar dan
proses dengan kerjasama rangkaian dalam
kerajaan, pendidikan dan perlembagaan.
Keusahawaan merupakan simbol kepada
kelangsungan dan pencapaian perniagaan.

21

Keusahawanan lebih daripada sekadar


menubuhkan dan menjalankan
perniagaan. Keusahawaan merangkumi
sikap, kemahiran dan pengetahuan.
Pengkajian bidang keusahawan telah
merentasi pelbagai disiplin ilmu.

22

1.3 Ciri Keushawanan


Sebelas ciri utama keusahawaan menurut
Kao (1991) adalah seperti yang berikut:
Komitmen,

keazaman dan ketabahan yang


sepenuhnya.
Dorongan untuk kejayaan dan berkembang
maju
Orientasi kepada peluang dan matlamat.

23

Mengambil

inisiatif dan tanggungjawab

peribadi.
Membuat keputusan yang berterusan
Realistik
Mencari dan menggunakan maklumbalas
Mempunyai lokus kawalan dalaman
Mengambil risiko yang sudah diperincikan.
Dorongan yang rendah ke arah status dan
kuasa
Integriti dan boleh dipercayai
24

Lima belas ciri usahawan berjaya menurut


perspektif Islam (Mohd Salleh et al., 2005)
ialah:
Mempunyai

keinginan dan kesungguhan yang

tinggi
Mempunyai niat yang betul
Mempunyai ilmu dan kemahiran perniagaan
yang cukup

25

Bertanggungjawab

kepada semua yang


berkepentingan dengannya.
Sentiasa berjimat mengunakan sumber
Mempunyai kemahiran dalam membuat
keputusan.
Berfikiran ke hadapan
Mempunyai kemahiran berkomunikasi
Sentiasa menjaga kualiti
26

Menghindari

aktiviti yang diharamkan


Mengelakkan belenggu hutang
Sentiasa menilai tindakan dan berwaspada
Bersyukur dengan kejayaan
Tidak boros dan tidak tamak dengan
kekayaan
Sentiasa membayar hutang jika
menanggungnya.
27

1.4 Perkembangan Keusahawanan


di Malaysia
1.4.1 Keusahawaan bermula seawal zaman
kesultanan Melaka apabila penduduk tempatan
berurus niaga dengan pedagang
asing.
1.4.2Apabila British memerintah Tanah Melayu,
mereka menjalakan sistem pemeritahan
pecah dan perintah. Kaum melayu menjadi
pentadbir dan petani,kaum Cina bekerja di
lombong dan berniaga, manakala kaum
India bekerja di sektor perladangan.
28

1.4.3 Selepas kemerdekaan, pelbagai dasar


dilaksanakan seperti Dasar Ekonomi
Baru (1971-1990), Dasar
Pembangunan Negara (1990-2000) dan
Wawasan 2020. Sambutan semua
pihak menggalakkan dan mereka
memberikan sokongan terhadap
pembangunan keusahawanan di
Malaysia.

29

1.4.4 Kementerian Pembangunan


Usahawan ditubuhkan pada tahun
1995 sebagai badan yang mengawal dan
mempromosikan pembangunan
keusahawanan di Malaysia.
Sejak tahun 2005, Kementerian
tersebut dikenali sebagai Kementerian
Pembangunan Usahawan dan
Koperasi Malaysia.
30

You might also like