You are on page 1of 3

PERLU BERSATUPADU DALAM MEMERANGI DADAH

Masyarakat pada hari ini diseru agar bekerjasama untuk


membantu mengawal dan mencegah penggunaan dadah
di kalangan generasi muda, kata Menteri Perumahan,
Dato Sri Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Abang Haji
Openg di salah sebuah hotel terkemuka di sini pagi tadi.

Dalam menjayakan pembentukan masyarakat kita yang


bebas daripada pengaruh dadah, usaha ini haruslah
dilaksanakan secara menyeluruh dan bersepadu melalui
segala ruang dan peluang yang wujud dalam keluarga,
sekolah, tempat kerja dan komuniti, ujar beliau semasa
merasmikan Program Penglibatan Ketua
Masyarakat/Ketua kaum/Pengerusi JKKK/Pemimpin NGO
Pendidikan Pencegahan Dadah anjuran PEMADAM dengan
kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan Negeri
Sarawak pada hari ini.

Menurut beliau lagi, melalui pendedahan pendidikan yang


bermula dari peringkat pemimpin, ia dapat memberi
maklumat yang betul, lengkap dan menepati keperluan
sasaran yang menjadi faktor penting kepada
keberkesanan program pencegahan dadah.

"Selain itu, ia juga dapat menjayakan agenda


membangkitkan kesedaran masyarakat, khususnya belia
dan remaja untuk bersama-sama bertanggungjawab
dalam memerangi dadah."
Beliau juga menegaskan kerjasama daripada JKKK amat
perlu dalam membanteras penyalahgunaan dadah
sekaligus membantu memulihkan mangsa yang terjebak
dengan najis dadah.

Program ini adalah salah satu program pendidikan yang


mampu membantu pihak berkenaan untuk
merealisasikan matlamat mewujudkan keluarga, sekolah,
tempat kerja dan masyarakat bebas daripada dadah
disamping dapat menjana kesedaran masyarakat hari ini
untuk bersatu padu menentang musuh utama negara.

Sehubungan itu, beliau menegaskan kejayaan


pelaksanaan modal insan dalam Rancangan Malaysia Ke
9 adalah menjadi tanggungjawab dan tugas semua pihak
terutama generasi muda.

Generasi muda adalah harapan dan tunggak kejayaan


kemajuan pembangunan pada masa hadapan.

Terdahulu dalam ucapan beliau, Datuk Paduka Sharifah


Mordiah Tuanku Haji Fauzi selaku Pengerusi PEMADAM
menegaskan perlunya penglibatan pemimpin di setiap
peringkat dalam menentang penularan dadah melalui
pendedahan pendidikan dengan berkongsi idea, menimba
ilmu dan peka dengan isu semasa yang berlaku pada hari
ini.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengerusi


Jawatankuasa Pengelola, Encik Wan Ali Tuanku Helmi dan
Ahli Dewan Undangan Negeri N.5 Semariang, Sharifah
Hasidah Syed Aman Ghazali.

You might also like