You are on page 1of 4

Imam ahli sunnah wal Jamaah, Abu Hasan al

Asy'ari Imam Abu Hasan al-Asy'ari lahir di


basrah [Iraq] pada tahun 260 H yakni 55
tahun sesudah meninggalnya imam Syafie,
dan Imam Abu Hasan al-Asy'ari meninggal di
basrah juga pada tahun 324 H pada usia 64
tahun. Nama lengkap beliau ialah adalah
Abu Hasan Ali bin Ismail, bin Abi Basyar,
Ishaq bin salim, bin Ismail, bin Musa, bin
bilal, bin Abi burdah bin Abi Musa al-Asy'ari.
Beliau pada mulanya adalah murid dari bapa
tirinya iaitu seorang ulama besar dari kaum
muktazilah, iaitu Syeikh Abu Ali Muhammad
bin abdul wahab al-jabai [meninggal pada
tahun 303 H]. Imam Abu Hasan al-Asy'ari
kemudiannya keluar dari golongan
muktazilah pada ketika itu. Pada masa itu,
iaitu pada abad ke III H, banyak sekali
ulama-ulama muktazilah yang mengajar di
basrah, Kufah dan Baghdad. Dalam sejarah
mengenai kesesatan muktazilah pada ketika
itu, terjadi peristiwa bahawa kaum
muktazilah mengatakan al-Quran itu adalah
makhluk. Maka sepakat ulama, barangsiapa
menyakini al-Quran itu adalah makhluk,
maka ia adalah kekufuran. Banyak ulamak

ketika itu yang menjadi korban kerana tidak


sefaham dengan golongan muktazilah.
Imam Abu Hasan al-Asy'ari pada ketika itu,
beliau melihat bahawa dalam fahaman kaum
muktazilah banyak terdapat kesalahan yang
besar, banyak yang bertentangan dengan
iktiqad dan kepercayaan yang dibawa oleh
baginda Shallallahu 'alaihi wasallam dan
sahabat-sahabat baginda serta banyak
bercanggah dengan al-Quran dan hadis.
Maka kerana itu, beliau keluar dari golongan
muktazilah dan taubat kepada Allah ke atas
kesalah-salahannya yang lalu. Bukan saja
begitu tetapi bahkan beliau tampil ke
hadapan untuk melawan dan mengalahkan
kaum muktazilah yang sesat pada ketika itu.
Pada suatu hari, beliau naik ke mimbar di
masjid basrah yang besar itu dan
mengucapkan kata-kata yang lantang yang
di dengar oleh banyak kaum muslimin yang
berkumpul pada ketika itu. Di antara katakata beliau: Saudara-saudara kaum
muslimin yang terhormat, siapa yang sudah
mengetahui saya, baiklah. Tetapi bagi yang
belum mengetahui saya. Saya ini adalah
Abu Hasan Ali al-Asy'ari anak dari Ismail bin

Abi Basyar. Dulu saya berpendapat bahawa


Quran itu makhluq, bahawa Allah tidak boleh
dilihat dengan mata kepala di hari akhirat
kelak, dan bahawasanya manusia
menjadikan [iaitu menciptakan]
perbuatannya, serupa dengan kaum
muktazilah. Maka sekarang ini saya
nyatakan terus terang bahawa saya telah
taubat dari fahaman muktazilah dan
sekarang saya lemparkan iktiqad muktazilah
itu seperti saya melemparkan baju saya ini.
[maka ketika itu dibuka baju beliau dan
dilemparkan] dan saya setiap saat bersiap
untuk menolak fahaman muktazilah yang
salah dan sesat itu. Bermula dari situ, imam
Abu Hasan al-Asy'ari berjuang melawan
kaum muktazilah dengan lisan dan tulisan,
berdebat dan bertanding dengan kaum
muktazilah di mana-mana, merumuskan dan
menuliskan dalam kitab-kitab beliau akan
iktikad-iktiqad kaum Ahlu sunnah wal
Jamaah sehingga nama beliau masyhur
sebagai seorang ulama tauhid yang dapat
menundukkan dan menghancurkan fahaman
muktazilah yang salah itu. Beliau
mengumpulkan sebaik-baiknya dari al-Quran

dan hadis akan fahaman dan iktiqad-iktiqad


Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam
dan sahabat-sahabat Nabi, kemudian
diringkaskan dan diperincikan dengan
sebaik-baiknya.

You might also like