You are on page 1of 2

PENGENALAN

Muzik adalah suatu kesenian yang tertumpu kepada aspek


pendengaran atau aural. Muzik amat digemari secara semulajadi oleh
kanak-kanak.

Umpamanya kanak-kanak yang berumur 2 tahun akan

mengoyang-goyangkan

badannya

mengikut

irama

muzik

yang

diperdengarkannya. Semua ini adalah merupakan bukti bahawa muzik ini


digemari secara semulajadi. Kanak-kanak juga akan mendapat banyak
faedah apabila kaedah pengajaran muzik ditumpukan kepada pengajaran
konsep muzik. Antara faedahnya ialah kanak-kanak akan memperolehi
kemahiran mendengar yang kritikal apabila menikmati bunyi muzik, di
samping memperoleh kemahiran muzik.
Kebanyakan jenis pendidikan dan perkembangan muzik berdasarkan
falsafah tiga orang ahli dan pendidik muzik. Mereka ialah Emili Dalcroze
dari Switzeland, Carl Orff dari Jerman dan Zoltan Kodaly dari Hunggary.
Berdasarkan idea-idea muzik yang ditemui di negara mereka masingmasing, ianya telah digunakan secara meluas di serata dunia. Disebabkan
idea-idea yang mereka peroleh mempunyai kaitan dengan budaya dan
konteks negara mereka sendiri, maka ia telah menyebabkan pendekatan
dan isi kandungan teori-teori mereka berbeza.

MATLAMAT
Kurikulum Pendidikan Muzik sekolah rendah bermatlamat untuk
membina potensi diri murid ke arah melahirkan insan kreatif yang
menghayati dan menikmati muzik secara intelektual menerusi
aktiviti muzikal.

OBJEKTIF PENDIDIKAN MUZIK SEKOLAH


RENDAH
Kurikulum Pendidikan Muzik sekolah rendah bertujuan untuk
membolehkan murid mencapai standard pembelajaran berikut;
mengaplikasi kemahiran muzik menerusi aktiviti nyanyian,
gerakan dan permainan alat muzik,
mengaplikasi pengetahuan membaca notasi muzik dalam
aktiviti muzikal,
menghasilkan idea muzikal kreatif menerusi aktiviti
nyanyian, gerakan dan bermain alat muzik,
membaca dan menulis notasi muzik,
menghargai pelbagai jenis muzik dengan menyatakan
secara lisan dari
aspek muzikal karya muzik yang
didengar; dan
mengamalkan nilai murni menerusi aktiviti muzikal.

You might also like