You are on page 1of 2

TUGASAN 2

ARAHAN :
Jawab soalan di bawah dalam (upload) selewat-lewatnya 10 Ogos 2012

Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah diperkenalkan selepas berlakunya peristiwa 13 Mei
1969.Terangkan matlamat DEB dan strategi pelaksanaan yang telah dirangka bagi
mencapai kadar pertumbuhan ekonomi negara dengan mengambilkira implikasi
terhadap hubungan etnik .
nota: satu mukasurat sahaja.

Antara penyebab berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 adalah wujudnya kecemburuan


sosial atas perbezaan taraf ekonomi antara etnik. Oleh itu, Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah
dirangka oleh kerajaan agar dapat memberi peluang kepada kelompok etnik Melayu
meningkatkan kemampuan ekonomi mereka supaya tidak ketinggalan berbanding kelompok
etnik lain. Jurang keluarga miskin antara kawasan bandar dan kawasan luar bandar juga
dititikberatkan.
Dengan terbentuknya Dasar Ekonomi Baru ini, kerajaan berhasrat dapat
menyelesaikan masalah perbezaan ekonomi antara sektor dan juga etnik agar kestabilan
ekonomi serta politik dapat dicapai tanpa menggugat mana-mana pihak. DEB telah
menetapkan dua sasaran utama iaitu yang pertama mengurangkan dan seterusnya
membasmi kemiskinan dengan memperbanyakkan peluang-peluang pekerjaan kepada
semua rakyat tanpa mengira etnik mereka dan yang kedua adalah menyusun semula
masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan etnik
mengikut fungsi-fungsi ekonomi.
Di antara matlamat DEB ialah menyusun semula pemilikan harta dengan
meningkatkan pemilikan saham Bumiputera. Jumlah pemilikan hanyalah sehingga sekurangkurangnya 30% sahaja dan ini menunjukkan DEB tidaklah bersifat diskriminatif. Pelbagai
usaha dijalankan oleh DEB seperti mewujudkan peluang pekerjaan kepada semua golongan
rakyat yang menganggur dan memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran,
latihan, kesihatan, kemudahan-kemudahan infra-struktur dan lain-lain.
Dari segi strategi pelaksanaan pula, DEB cuba meninggikan daya pengeluaran dan
taraf kehidupan golongan miskin melalui proses memodenkan kawasan luar bandar dan
mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga. Malahan DEB
juga telah menubuhkan beberapa agensi saperti MARA, Bank Bumiputera, Amanah Saham
Nasional serta memajukan negeri dan kawasan yang dianggap mundur melalui kaedah
pembangunan yang baru seperti DARA, KESEDAR, KEJORA dan sebagainya.
Kini dalam Rancangan Malaysia yang ke-10, Kerajaan bertekad untuk
mempertingkatkan infrastruktur asas kawasan luar bandar yang bertaraf dunia seperti
pelaksanaan projek jalur lebar berkelajuan tinggi dan juga liputan kemudahan asas seperti
jalan, bekalan elektrik dan air, serta jaringan komunikasi kepada kawasan luar bandar.
Kerajaan juga bertekad untuk menambah baik sistem pengangkutan awam bandar dan
perumahan asas yang mampu dimiliki untuk kesejateraan hidup rakyat yang sememangnya
bermanfaat kepada semua etnik.
Pembangunan ekonomi di Malaysia bukanlah hanya untuk kepentingan ekonomi
semata-mata tetapi juga untuk dijadikan sebagai landasan pembinaan negara-bangsa. Oleh
itu, pastilah menjadi tanggungjawab kerajaan dan semua pihak bagi memastikan apa sahaja
dasar yang diperkenalkan membawa faedah kepada semua lapisan masyarakat tanpa
meminggirkan mana-mana etnik.

You might also like