You are on page 1of 26

Konsep 5P merupakan asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam

KBSR. Konsep ini merupakan aspek penting dalam pengajaran dan pembelajaran
kerana melalui proses ini pelajar dapat menyesuaikan maklumat dalam ransangan
serta menghasilkan satu pelajaran yang bersepadu dan menyeluruh serta
mengelakkan kebosanan dalam kalangan murid. Konsep 5P terdiri daripada proses
penggabungjalinan kemahiran, penyerapan pengetahuan, penerapan nilai murni,
pemulihan dan juga pengayaan.
0.1

PENGGABUNGJALINAN KEMAHIRAN
Apa yang disebut sebagai strategi penggabungjalinan kemahiran ialah satu
proses yang menggabungkan pelbagai bidang kemahiran dalam satu
pengajaran dan pembelajaran bagi mewujudkan satu pelajaran yang
intergratif dan menyeluruh. Ia merupakan integrasi beberapa kemahiran yang
berkaitan

secara

bersepadu

serta

menyeluruh

dalam

suatu

proses

pengajaran dan pembelajaran. Tujuan strategi ini dilaksanakan ialah bagi


membantu murid dalam penguasaan pelbagai kemahiran dalam sesuatu
masa pengajaran dan pembelajaran secara serentak serta meningkatkan
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu strategi ini juga penting untuk menarik minat murid terhadap
proses

pengajaran

pengajaran

dan

dan

pembelajaran

pembelajaran

disamping

lebih

menjadikan

bermakna

murid.

proses
Proses

penggabungjalinan kemahiran juga dapat memberi ruang dan peluang bagi


pertumbuhan dan perkembangan murid secara seimbang dan menyeluruh
melalui pelbagai aktiviti yang dilaksanakan di dalam kelas yang melibatkan
murid secara aktif serta seluruh kelas.
Terdapat

tiga

jenis

bentuk

penggabungjalinan

penggabungjalinan

pelbagai

kemahiran

dalam

penggabungjalinan

kemahiran

daripada

penggabungjalinan

kemahiran

merentas

mata

satu

kemahiran
mata

pelajaran

kurikulum.

iaitu

pelajaran,
lain

dan

Penggabungjalinan

pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran ialah apabila proses


pengajaran

dan

pembelajaran

yang

dijalankan

melibatkan

pelbagai

kemahiran seperti kemahiran lisan atau pertuturan, membaca, menulis,


mengira, melukis, mewarna dan lain-lain.

Penggabungjalinan

ini

memerlukan

sekurang-kurangnya

dua

kemahiran yang digabungkan dalam sesuatu proses pengajaran dan


pembelajaran. Kemahiran-kemahiran ini boleh dibahagikan kepada dua
kategori iaitu kemahiran fokus dan kemahiran sampingan. Kemahiran fokus
merupakan kemahiran utama yang hendak disampaikan sebagaimana yang
terdapat dalam objektif pengajaran dan pembelajaran manakala kemahiran
sampingan pula ialah kemahiran yang digabungkanjalinkan setelah dipilih
berdasarkan kaitannya dengan kemahiran yang di fokus.
Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil dalam pelaksanaan
pengajaran yang melibatkan proses penggabungjalinan seperti membuat
penelitian terhadap keperluan mata pelajaran untuk mengenal pasti
kemahiran yang di fokus dan kemahiran sampingan yang akan terlibat ketika
proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Penilitian ini sangat
penting dalam menentukan kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai oleh
setiap pelajar agar objektif pengajaran dapat dicapai. Di samping itu guru
perlu memastikan keutamaan kemahiran agar kemahiran fokus dapat
dikuasai oleh murid berbanding kemahiran sampingan.
Selain itu guru juga perlu menetapkan susunan atau tertib kedudukan
kemahiran-kemahiran tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Sebagai persediaan sebelum bermulanya proses pengajaran guru boleh
menyediakan

keperluan

bahan-bahan

yang

diperlukan

bagi

tujuan

pelaksanaan kemahiran-kemahiran tersebut selaras dengan objektif mata


pelajaran.
Bentuk penggabungjalinan yang seterusnya ialah penggabungjalinan
kemahiran

daripada

mata

pelajaran

lain.Proses

ini

memerlukan

penggabungan kemahiran-kemahiran yang terdapat di dalam sesuatu mata


pelajaran lain ke dalam mata pelajaran yang diajar. Sebagai contoh yang jelas
dapat

dilihat

penggabungjalinan

yang

diaplikasikan

ialah

seperti

penggabungan kemahiran dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual


dengan mata pelajaran Kajian Tempatan iaitu melalui aktiviti seperti melukis
Jalur Gemilang atau pelan kedudukan sekolah. Penggabungjalinan ini perlu

diwujudkan antara satu mata pelajaran dengan mata pelajaran lain bagi
meningkatkan kemahiran dalam kalangan murid.
Penggabungjalinan kemahiran merentas kurikulum pula melibatkan
kemahiran-kemahiran yang terdapat dalam kurikulum seperti kemahiran
belajar untuk proses pembelajaran murid, kemahiran berfikir secara kreatif
dan kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah. Setiap kemahiran ini
mempunyai hubungan dan berkait rapat dengan kehidupan seharian murid.
Oleh itu kemahiran-kemahiran ini perlu dititikberatkan ole setiap guru semasa
proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Selain itu guru yang juga
perlu menitikberatkan soal kemahiran pelbagai kecerdasan serta kemahiran
generik kerana kemahiran ini melibatkan kecerdasan murid dan penting untuk
proses pertumbuhan dan perkembangan murid.
Implikasi daripada proses penggabungjalinan kemahiran ini objektif
bagi setiap mata pelajaran dapat dicapai disamping menjadikan proses
pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan bermakna. Proses ini juga
merupakan suatu pengukuhan kepada kemahiran yang telah diperoleh oleh
murid daripada mata pelajaran lain. Kemahiran sampingan yang terdapat
dalam penggabungjalinan dapat membantu penguasaan kemahiran fokus
sebagaimana yang dikehendaki dalam objektif pengajaran dan pembelajaran.
Selain

itu

murid-murid

juga

berpeluang

untuk

menyepadukan

kemahiran-kemahiran yang perlu dalam kehidupan. Kemahiran-kemahiran


yang telah mereka perolehi dalam proses pengajaran dan pembelajaran
dapat diaplikasikan dalam aktiviti kehidupan seharian seperti membaca,
menulis, melukis dan mengira. Penggabungjalinan juga berkeupayaan untuk
menimbulkan suasana pembelajaran yang menarik dan dapat mengelakkan
kebosanan murid disamping menggalakkan proses pertumbuhan dan
perkembangan murid-murid secara seimbang, harmonis dan bersepadu.
0.2

PENYERAPAN PENGETAHUAN
Penyerapan pengetahuan melibatkan proses penyebatian dan penyepaduan
pengetahuan atau unsur isi pengetahuan daripada suatu mata pelajaran lain

ke dalam isi pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar. Hal ini adalah kerana
setiap perkara yang dipelajari dalam suatu mata pelajaran adalah saling
berkaitan dan amat berguna bagi mata pelajaran lain. Sebagai contohnya isi
pengetahuan daripada mata pelajaran Sains dan Matematik diserapkan
seiring dengan penguasaan kemahiran-kemahiran dalam mata pelajaran
Pendidikan Seni Visual.
Konsep ini sedikit berbeza dengan konsep penggabungjalinan kerana
proses penyerapan pengetahuan melibatkan unsur pengetahuan dan
bukannya kemahiran. Dalam proses ini murid akan dapat melihat perkaitan
antara suatu mata pelajaran dengan mata pelajaran yang lain. Hasil daripada
penyerapan

ini

maka

wujudlah

beberapa

kelebihan

kepada

proses

pengajaran dan pembelajaran antaranya seperti aktiviti pengajaran dan


pembelajaran dapat menjadi lebih menarik walaupun tajuk yang hendak
dipelajari pada asalnya bersifat sebaliknya.
Oleh itu secara tidak langsung aktiviti pengajaran dan pembelajaran
menjadi lebih produktif serta efektif. Penguasaan ilmu yang lebih luas juga
turut berlaku kerana pelbagai maklumat dapat disampaikan disamping muridmurid menjadi lebih faham dengan sesuatu yang telah dipelajarinya melalui
penyerapan

kerana

semasa

proses

pengajaran

dan

pembelajaran

berlangsung isi pengajaran telah dihubungkaitkan dengan pengetahuan dari


mata pelajaran lain. Guru haruslah bijak memilih isi pengetahuan yang
menarik daripada mata pelajaran lain untuk meransang minat murid terhadap
pengajaran dan menjadi lebih ceria, aktif serta progresif.
0.3

PENYERAPAN NILAI MURNI


Penyerapan nilai murni merupakan proses menerapkan nilai-nilai dalam
pelaksanaan kurikulum dan gerak kerja kokurikulum. Nilai-nilai murni ini
melibatkan

semangat

kewarganegaraan

masyarakat

Malaysia

yang

berlandaskan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Melalui


proses pengajaran dan pembelajaran, penyerapan nilai murni ini telah
dilakukan secara sedar dan terancang tetapi murid menyerap ilmu dan nilai
tersebut secara semulajadi dan sendirinya.

Walaubagaimanapun, secara terperincinya penyerapan nilai-nilai murni


ini telah berlangsung melalui dua pendekatan iaitu pendekatan implisit dan
juga pendekatan eksplisit. Pendekatan implisit digunakan apabila guru-guru
secara tidak langsung telah menerapkan sesuatu nilai dalam proses
pengajaran dan pembelajaran seperti apabila guru bercakap benar,
berpakaian kemas dan adil. Pendekatan ini boleh berlangsung secara
merentas kurikulum serta oleh semua guru kerana nasihat, bimbingan,
teguran, contoh dan teladan boleh berlangsung pada bila-bila masa dan di
mana-mana yang difikirkan sesuai.
Pendekatan eksplisit pula boleh diaplikasikan dengan mengadakan
ssesuatu peraturan, arahan, pekeliling dan sebagainya yang bertulis tentang
sesuatu perkara yang diharapkan sepert arahan untuk tidak membuang
sampah di merata-rata serta menjaga kebersihan persekitaran. Terdapat juga
sesetengah pihak sekolah yang mengadakan program atau aktiviti yang
khusus untuk menerapkan sesuatu nilai murni dalam kalangan murid seperti
program motivasi, khemah ibadat, sambutan Hari Kemerdekaan, Hari Guru,
kempen kebersihan dan pelbagai lagi aktiviti-aktiviti lain yang bersesuaian.
Penyerapan nilai murni melalui pendekatan eksplisit adalah lebih terancang
bersesuaian dengan matlamat dan kaedah pelaksanaan serta penilaian yang
jelas.
Terdapat 17 nilai murni yang perlu diserapkan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran iaitu:

NILAI

CONTOH

Baik hati

1. Belas kasihan
2. Bertimbang rasa
3. Murah hati
4. Saling memahami
5. Sedia memaafkan

Berdikari

1. Bertanggungjawab
2. Tidak berharap

atau

kepada bantuan orang lain


3. Jaya diri
4. Yakin kepada diri sendiri

bergantung

Berhemah tinggi

1. Kesopanan
2. Mengaku kesalahan sendiri
3. Ramah mesra

Hormat-menghormati

1. Hormat kepada ibu bapa


2. Hormat kepada orang yang lebih tua
3. Taat kepada raja dan Negara
4. Hormat kepadda hak asasi
5. Hormat kepada undang-undang
6. Menghargai maruah diri

Kasih sayang

1. Sayang kepada nyawa


2. Sayang kepada alam sekeliling
3. Cinta kepada Negara
4. Cinta kepada keamanan

dan

keharmonian
Keadilan

1. Bertindak adil
2. Sentiasa saksama

Kebebasan

1. Kebebasan di sisi undang-undang


2. Kebebasan dalam sistem demokrasi

Keberanian

1. Berani dengan tidak membuta tuli


2. Berani kerana benar
3. Berani mempertahankan kebenaran
4. Berani bertanggungjawab

Kebersihan fizikal dan mental

1. Kebersihan diri
2. Kebersihan persekitaran
3. Pertuturan dan kelakuan yang sopan

Kejujuran

1. Bersifat amanah
2. Bercakap benar
3. Sentiasa ikhlas

Kerajinan

1. Cekal
2. Daya usaha
3. Dedikasi
4. Gigih
5. Tekun

Kerjasama

1. Persaudaraan
2. Tanggungjawab bersama
3. Gotong-royong
4. Toleransi
5. Kebaikan bersama
6. Perpaduan

Kesederhanaan

1.

Sederhana

dalam

meningkatkan

kepentingan diri dan orang lain


2. Tidak keterlaluan dalam pertuturan dan
tingkah laku
Kesyukuran

1. Berterima kasih
2. Mengenang budi
3. Menghargai

Rasional

1. Boleh membuat pertimbangan


2. Boleh membuat penaakulan
3. Berfikiran logik dan terbuka

Semangat bermasyarakat

1. Bermuafakat
2. Kejiranan
3. Peka kepada

isu-isu

sosial

dan

masyarakat
Semangat kewarganegaraan

0.4

1. Berbangga menjadi rakyat Malaysia


2. Bersemangat patriotik
3. Berusaha ddan produktif

PEMULIHAN
Konsep seterusnya ialah konsep pemulihan. Konsep ini telah dibentuk
dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang sesuai bagi membantu murid yang
mengalami masalah dalam kemahiran asas 3M. Pendidikan pemulihan
adalah lebih terbatas dan lebih khusus sifatnya kerana ia bertujuan membaiki
kelemahan pembelajaran. Ia melibatkan murid-murid yang lambat, iaitu
mereka yang lembab mencapai pembelajaran berbanding dengan kanakkanak yang lain. Pencapaian pembelajaran murid-murid ini biasanya di bawah
tahap pencapaian yang sepatutnya (Koh Boh Boon, 1982).
Rasionalnya pendidikan pemulihan adalah amat penting kerana
melalui pendidikan pemulihan murid-murid yang lemah dapat diasuh dan
diberikan tumpuan yang lebih berbanding murid lain. Hal ini berlaku kerana
murid adalah berbeza dari segi pengalaman, minat dan juga kebolehan. Oleh
itu murid yang lemah atau menghadapi masalah tertentu perlulah diberi
perhatian dan bimbingan. Objektif pendidikan pemulihan diadakan adalah
untuk membolehkan murid-murid menguasai kemahiran-kemahiran tertentu
dengan mengikuti aktiviti-aktiviti alternatif yang sesuai dengan murid.

Selain itu pendidikan pemulihan ini juga membolehkan murid-murid


mendapat layanan dan kemudahan belajar yang sesuai dengan kemampuan
dan perkembangan mental mereka di samping membolehkan murid
mengurangkan masalah yang dihadapi melalui bantuan guru-guru dan juga
pihak

lain.

Murid

juga

turut

diberikan

peluang

untuk

mencuba

mengembangkan potensi diri mereka dalam pelajaran dan minat mereka


untuk mencuba ke tahap yang lebih maju serta sama-sama melibatkan diri
sepenuhnya dalam aktiviti-aktiviti sosial sama ada di dalam atau di luar bilik
darjah.
Antara faktor yang membawa kepada masalah pembelajaran ialah
apabilawujudnya perasaan tidak yakin, rendah diri dan takut dalam kalangan
murid. Selain itu masalah pembelajaran juga berlaku akibat daripada sikap
negatif yang ada dalam diri murid tersebut sendiri seperti tidak mahu
mengikut kata, tingkah laku yang kurang baik serta disiplin diri yang rendah.
Faktor kecacatan sejak lahir dan selepas lahir juga turut menyumbang
kepada masalah pembelajaran. Murid yang mengalami kecacatan ini akan
ditempatkan disekolah khas yang bersesuaian dengan keadaan mereka.
Aktiviti pemulihan boleh dilakukan melalui lima kaedah iaitu pengajaran
individu, pengajaran kumpulan kecil, pengajaran kumpulan besar, pengajran
bimbingan rakan sebaya dan juga pengajaran kolaboratif. Bagi pengajaran
individu guru akan membimbing murid bagi mengatasi masalah yang dihadapi
dengan alat bantuan yang sesuai manakala bagi pengajaran kumpulan kecil
pula guru akan membimbing murid yang berada dalam kelompok kumpulan
yang sama dan mempunyai masalah yang sama tetapi mendapat perhatian
secara individu dari guru.
Berapa langkah khas harus diambil kira ketika menjalankan langkahlangkah pemulihan bagi memastikan objektif aktiviti pemulihan tercapai
seperti membuat perancangan dan memilih teknik pengajaran yang sesuai,
menentukan masalah yang sama tidak berulang, mengikuti kemajuan murid
dengan menggunakan senarai semak dan juga membuat penentuan aktiviti
penhukuhan yang sesuai dan secocok bagi menyelesaikan masalah. Setelah
selesai proses pemulihan sebagaimana yang telah dijadualkan satu penilaian

harus dilakukan bagi menguji tahap penguasaan murid. Penilaian ini


bertujuan bagi memastikan sama ada objektif pengajaran pemulihan terlah
tercapai atau tidak dan tindakan susulan akan diambil ke atas murid.
0.5

PENGAYAAN
Cabang konsep yang terakhir ialah aktiviti pengayaan. Aktiviti pengayaan
melibatkan murid-murid yang berpencapaian melebihi sederhana atau muridmurid pintar cerdas. Konsep ini mengambil kira bahawa murid-murid yang
pintar cerdas adalah cepat dalam menyiapkan latihan, kerja atau aktiviti yang
diberikan kepada mereka. Konsep ini dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti
tambahan kepada aktiviti-aktiviti asas pembelajaran yang dijalankan di dalam
atau di luar bilik darjah. Pada kebiasaannya aktiviti pengayaan dijalankan ke
atas kumpulan murid yang telah mencapai tahap yang memuaskan atau telah
menguasai kemahiran asas.
Aktiviti ini mengandungi unsur-unsur untuk meluaskan pengetahuan
dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari oleh
murid. Aktiviti pengayaan juga dapat membuka peluang kepada murid untuk
mengembangkan minat, daya kreativiti, sifat ingin tahu, bakat kepimpinan
serta dapat melibatkan diri dalam membuat keputusan untuk diri, kumpulan
dan juga masyarakat.
Objektif bagi aktiviti pengayaan adalah untuk membolehkan murid
menjalani aktiviti yang lebih mencabar kebolehan mereja disamping
menambahkan minat dan pengalaman yang dapat membantu mereka ke arah
perkembangan diri dan bakat mereka. Selain itu aktiviti ini juga dapat
membuatkan murid berminat untuk belajar sendiri dan mempunyai sifat
berdikari bagi membolehkan mereka meneruskan pembelajaran seumur
hidup serta meelahirkan daya kreativiti menerusi pemikiran dan kebolehan
untuk menilai kerja mereka sendiri.

Secara keseluruhannya pelaksanaan konsep 5P ini dalam KBSR adalah penting dan
wajar demi meningkatkan kredibiliti anak bangsa. Konsep integrasi dalam kurikulum
dan pengajaran yang diterapkan adalah ke arah pembangunan individu insan yang

seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Di dalam
KBSR konsep ini membawa maksud bahawa penguasaan ilmu pengetahuan,
kemahiran, bahasa dan pemupukan nilai-nilai murni secara bersepadu dan
menyeluruh.

Kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu


Semua rakyat Malaysia sedia maklum dengan penubuhan Jawatankuasa Razak pada
tahun 1956, jelas dapat dilihat bahawa wawasan yang ingin dicapai dalam pembentukkan
negara berkaitan juga dengan aspek bahasa juga diambil kira. Laporan Razak ini telah
menegaskan peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem
pendidikan negara kita. Rancangan ini kemudian telah dikukuhkan lagi oleh Jawatankuasa
Rahman Talib pada tahun 1960. Jawatankuasa ini telah menjadi asas kepada pembentukan
Akta Pendidikan 1961 dan diperteguhkan lagi dalam Akta Pendidikan 1996.
Peranan atau kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa pengucapan ilmu dapat
dilihat apabila bahasa ini dijadikan bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan negara
kita. Apabila bahasa ini digunakan maka bahasa Melayu dapat mengisi erti pendemokrasian
pendidikan kerana sebahagian besar rakyat mendapat ilmu melalui satu bahasa sahaja.
Apabila semua orang mengunakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu maka jurang
pendidikan dapat dielakkan kerana kita sudah mempunyai sistem pendidikan kebangsaan dan
bukan sistem yang memisahkan jurang antara rakyat. Selain daripada itu penggunaan bahasa
kebangsaan ini juga dapat mengembangkan ilmu dan memudahkan proses penyampaian ilmu
kepada masyrakat menjadi lebih berkesan.
Kejayaan hasil daripada penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu apabila
ratusan ribu ahli ilmu, korporat, professional dan tenaga pembangunan negara dalam pelbagai
bidang telah berjaya dihasilkan setelah Akta Pendidikan ini diwartakan. Aspek kejayaan
sistem pendidikan mengunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar kerana kesatuan
sikap, pemikiran. Sistem nilai dalam kalangan generasi muda kita. Selain daripada itu

disebabkan juga budaya berbahasa yang secara relatifnya seragam. Kejayaan dan kepentingan
semua ini dapat dilihat oleh pihak sekolah yang berperanan mengajar generasi masa kini
bahasa Melayu. Melalui bahasa Melayu juga prasangka buruk antara kaum dapat dielakkan.
Selain daripada kepentingan yang telah disebutkan tadi bahasa Melayu juga amat
penting untuk hal ehwal pembinaan negara kita sebagai negara bangsa. Hal ini kerana bahasa
Melayu amat penting untuk mengeratkan perhubungan dalam pembinaan konsep kebangsaan
dan kenegaraan yang dikenali sebagai Malaysia. Sesungguhnya perkembangan bahasa
Melayu sebagai bahasa ilmu amat penting untuk menyatukan roh bangsa, asas jati diri dan
citra bangsa selain daripada untuk menyampaikan ilmu pengetahuan.
KONSEP PENGGABUNGJALINAN, PEYERAPAN, PENGAYAAN, PEMULIHAN DAN
PENILAIAN(5P)
Penggabungjalinan
Penggabungjalinan merupakan proses yang penting dalam pengajaran dan
pembelajaran. Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak.
Penggabungjalinan berlaku antara kemahiran berbahasa daripada bidang yang
berlainan, iaitu interbidang dengan kemahiran berbahasa dalam bidang yang
sama, iaitu intrabidang. Selain itu, aspek tatabahasa, kosa kata dan peribahasa
juga digabungjalinkan. Penggabungjalinan unsur-unsur tertentu dihuraikan
seperti yang berikut:
i. Kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan
menulis boleh digabungkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran,
sekurang-kurangnya antara dua kemahiran. Misalnya kemahiran berbahasa
mendengar dan bertutur digabubungjalinkan dengan kemahiran berbahasa
membaca. Penggabungjalinan bertujuan untuk mencapai hasil pembelajaran.
ii. Tatabahasa boleh digabungkan secara terancang dalam konteks, dengan
kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan dan menulis.
iii. Kosa kata dan peribahasa yang hendak diajarkan harus digabungkan secara
terancang dengan semua aktiviti kemahiran bahasa, misalnya aktiviti lakonan
atau perbahasan; membaca teks yang mengandungi kosa kata (sama ada umum
atau istilah) dan peribahasa serta melalui latihan menggunakan kosa kata dan
peribahasa yang betul dalam pelbagai genre penulisan.
Prinsip-prinsip penggabungjalinan
Mudah ubah, bergantung kepada matlamat dan objektif yang hendak dicapai
Guru mesti tahu apa dan berapa kemahiran yang ingin digabungkan
Kemahiran fokus dan sampingan hendaklah dirancang dengan baik
Berdasarkan kebolehan dan pencapaian murid
Bentuk-bentuk penggabungjalinan
Ada 3 bentuk penggabungjalinan

1. Penggabungjalinan kemahiran
2. Penggabungjalinan bahan
3. Penggabungjalinan aktiviti
1. Penggabungjalinan kemahiran dalam satu mata pelajaran.
K1: Kemahiran mendengar
K2: Kemahiran bertutur
K3: Kemahiran membaca
K4: Kemahiran menulis
Sila rujuk rajah di bawah:

2. Penggabungjalinan Aktiviti
Anda boleh menggabungkan sekurang-kurang dua aktiviti atau lebih mengikut
keperluan dan kesesuaian. Aktiviti-aktiviti itu merangkumi aspek lisan. Bacaan
dan kefahaman dan tulisan.
3.Penggabungjalinan Bahan
Penggabungjalinan ini memberikan tumpuan kepada bahan atau tema
pengajaran dan pembelajaran. Bahan itu boleh terdiri daripada bahan utama
atau bahan sokongan. Peracangan harus dibuat bagi menentukan bahan yang
dipilih sesuai dngan keperluan, pengalaman dan tahap pencapaian murid.
Penyerapan
Penyerapan ialah proses menyerapkan pelbagai bidang ilmu, nilai murni dan
kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
Penyerapan unsur-unsur ini dihuraikan seperti yang berikut:
i. Isi pelajaran Bahasa Melayu menyerapkan pelbagai bidang ilmu serta pelbagai
tema yang mencakup hal-hal persendirian dan kemasyarakatan.
ii. Semangat kewarganegaraan dan nilai murni masyarakat Malaysia yang
berlandaskan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan hendaklah diserapkan
dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Meskipun penyerapan
dilakukan secara sedar dan terancang namun, murid menyerap ilmu dan nilai
tersebut secara natural.
iii. Kemahiran berfikir hendaklah diserapkan secara terancang dengan kemahiran
mendengar dan bertutur, membaca dan menulis. Kemahiran berfikir yang perlu
diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa adalah seperti yang
berikut:

Mencirikan
Mengelaskan, mengumpulkan, mengkategorikan
Membuat kaitan dan perhubungan
Membanding dan membeza
Menyusun atur
Mengenal pasti kenyataan benar atau palsu
Membezakan fakta dengan pendapat
Menganalisis
Mengesan kecondongan pendapat
Mengenal pasti sebab akibat

Meramal
Mensintesis
Mengitlak
Membuat analogi
Membuat inferens
Membuat kesimpulan
Menginterpretasi, mentafsir
Mengenal pasti idea utama dan idea sokongan
Menilai
Menjana idea
Merumus, meringkas
Membuat keputusan
Menyelesaikan masalah

Kemahiran berfikir yang dinyatakan di atas bertujuan untuk membolehkan


kemahiran berfikir tersebut dikuasai oleh murid. Alat berfikir seperti penyusun
grafik (graphic organizer), soalan bertumpu dan bercapah, dan peta minda perlu
digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
iv. Kemahiran bernilai tambah yang lain, iaitu kemahiran teknologi maklumat dan
komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan
pelbagai, pembelajaran konstruktivisme dan pembelajaran kontekstual juga
perlu diserapkan dengan mengambil kira kesesuaiannya dengan hasil
pembelajaran yang ingin dicapai, kebolehan murid serta sumber yang ada.

Rajah di atas menunjukkan penyerapan antara mata pelajaran Bahasa Melayu


dengan mata pelajaran lain.
KB: Kemahiran bahasa
KS: Kemahiran Pendidikan Seni
KM: Kemahiran muzik

Penilaian
Penilaian merupakan aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi
menentukan pencapaian sesuatu hasil pembelajaran dan objektif. Penilaian
biasanya dibahagikan kepada dua jenis iaitu penilaian formatif (ujian kemajuan)
dan penilaian sumatif (ujian pencapaian).
Dalam program KBSR, terdapat tiga jenis aktiviti penilaian iaitu
1. Penilaian mengesan penguasaan
2. Penilaian mengesan kemajuan
3. Penilaian mengesan pencapaian
Aktiviti Penilaian
Pada amnya ketiga-tiga aktiviti penilaian di atas boleh digolongkan kepada dua
jenis iaitu:

i. Penilaian formatif
Penilaian formatif ialah penilaian yang dijalankan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran secara formal dan tidak formal dengan tujuan:
Mengesan kemajuan pelajar
Melihat keberkesanan pengajaran guru
Mengesan masalah pembelajaran murid (diagnostik) supaya guru dapat
membuat alternatif pengajaran
Menentukan kesediaan murid untuk menerima pelajaran baru

ii. Penilaian Sumatif


Penilaian sumatif ialah ujian yang diberikan pada akhir sesuatu kursus atau akhir
penggal atau semester. Ujian ini mementingkan bidang keupayaan yang lebih
luas dan menyeluruh dan mengandungi semua aras kemahiran.
Penilaian ini bertujuan:
Mengesan tahap pencapaian murid pada akhir sesuatu pembelajaran
Memperoleh maklum balas tentang pencapaian murid
Membuat perbandingan pencapaian antara murid
Pemulihan
Pemulihan merupakan program khas berbentuk tambahan bagi memenuhi
keperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran agar
ketidakupayaan yang menghalangnya berfungsi secara normal seperti murid
yang sebaya dengannya dapat diatasi. Pemulihan merupakan langkah-langkah
khas untuk membantu murid-murid menghadapi masalah pembelajaran di
sekolah-sekolah. Kegiatan pemulihan biasanya dilakukan dalam tempoh jangka
masa yang pendek dan ditujukan khusus untuk mengatasi kelemahan mereka.
Individu yang memerlukan pemulihan ialah murid yang dikatakan kurang
bernasib baik dan menghadapi masalah pembelajaran iaitu murid yang
memperlihatkan pencapaian yang tidak memuaskan dalam pelajaran.
Pengayaan
Pengayaan ialah aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti-aktiviti asas
pembelajaran yang dijalankan sama ada dalam atau luar waktu sekolah.
Pengayaan mengandugi unsur-unsur untuk meluaskan pengetahuan dan
pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari. Melalui
aktiviti-aktiviti ini murid mengembangkan potensi mereka sesuai dengan bakat,
minat dan kreativiti. Di samping itu dapat memupuk sifat ingin tahu, sikap
berdikari, kepimpinan serta melibatkan diri dalam membuat sesuatu keputusan
untuk diri sendiri, kumpulan dan masyarakat.
Sebagai guru anda perlu mengambil kira beberapa perkara semasa merancang
aktiviti pengayaan. Antaranya adalah seperti berikut:
a. Menggunakan daya usaha sendiri
b. Membuat kerja sendiri dan hasilan sendiri
c. Memberikan penekanan kepada aktiviti yang bersifat kreatif dan
eksperimental.
d. Mengunakan kaedah dan organisasi yang mudah ubah
e. Melibatkan pembacaan luas dan
f. Memberikan peluang bagi mengembangkan sifat kepimpinan sosial

Program pengayaan boleh dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti termasuklah:

Pembelajaran akses kendiri


Kerja projek
Bacaan tambahan
Permainan dan rekreasi da
Pembelajaran berbentuk computer

Konsep 5P merupakan aspek penting dalam pengajaran dan pembelajaran kerana


melalui proses ini pelajar dapat menyesuaikan maklumat dalam rangsangan serta
menghasilkan satu pelajaran yang bersepadu dan menyeluruh serta mengelakkan
kebosanan dalam kalangan murid. Konsep 5P terdiri daripada proses
penggabungjalinan kemahiran, penyerapan pengetahuan, penerapan nilai murni,
pemulihan dan pengayaan
PERLAKSANAAN 5P DALAM PENGAJARAN PSV

Penggabungjalinan
Penggabungjalinan ialah satu proses yang menggabungkan pelbagai bidang kemahiran
dalam satu pengajaran dan pembelajaran bagi mewujudkan satu pelajaran yang
intergratif dan menyeluruh. Penggabungjalinan ini bertujuan untuk membantu murid
dalam penguasaan pelbagai kemahiran secara serentak dalam satu proses pengajaran
dan pembelajaran.
Meningkatkan keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Menarik
lebih minat pelajar kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Menjadikan proses
pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna kepada murid-murid.Memberi ruang
dan peluang bagi pertumbuhan dan perkembangan murid- murid secara seimbang dan
menyeluruh.
Terdapat tiga bentuk penggabungjalinan iaitu penggabungjalinan pelbagai kemahiran
dalam satu mata pelajaran, pengabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran lain
dan penggabungjalinan kemahiran merentas kurikulum.
Penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran melibatkan
kemahiran lisan atau pertuturan, membaca, menulis, mengira, melukis, mewarna dan
lain-lain. Contohnya cikgu menyuruh pelajar melukis lima buah-buahan tempatan
kemudian mewarna buah-buahan tersebut Oleh itu pelbagai kemahiran yang dapat
diterapkan dalam aktiviti tersebut antaranya ialah kemahiran berfikir, melukis dan
mewarna. Kemahiran utama yang cikgu tersebut hendak fokuskan ialah kemahiran
melukis iaitu objektif utama pengajaran dan pembelajaran. Manakala kemahiran
sampingan ialah kemahiran yang digabungjalinkan dengan kemahiran utama iaitu
kemahiran mewarna dan berfikir.
Bentuk penggabungjalinan yang seterusnya ialah penggabungjalinan kemahiran
daripada mata pelajaran yang lain. Penggabungjalinan antara satu mata pelajaran
dengan mata pelajaran lain amatlah penting untuk meningkatkan kemahiran murid.

Contohnya kemahiran daripada Pendidikan Seni Visual boleh digabungjalinkan


dengan mata pelajaran Kajian Tempatan. Bagi mata pelajaran Kajian Tempatan,
pelajar perlu megenali peta Malaysia. Oleh itu pelajar perlu melukis dan mewarna peta
Malaysia mengikut nama-nama negeri yang terdapat di Malaysia. Kemahiran dalam
Pendidikan Seni Visual seperti melukis dan mewarna digabungjalinkan dalam mata
pelajaran Kajian Tempatan.
Bentuk penggabungjalinan yang terakhir ialah penggabungjalinan merentas
kurikulum. Penggabungjalinan ini melibatkan kemahiran - kemahiran belajar untuk
belajar, kemahiran berfikir secara kreatif & kritis, kemahiran menyelesaikan masalah,
kemahiran pelbagai kecerdasan dan kemahiran generik. Penggabungjalinan merentas
kurikulum bermaksud kemahiran diluar pembelajaran. Contohnya dalam
menghasilkan kraf tangan, pelajar haruslah berfikir secara kreatif dan kritis
bagaimana hendak menghasilkan kraf yang menarik.

Penyerapan Pengetahuan
Penyerapan pengetahuan adalah proses menyebati dan menyatupadukan pengetahuan
atau unsur isi pengetahuan daripada suatu matapelajaran lain ke dalam isi pelajaran
bagi satu mata pelajaran yang diajar. Penyerapan pengetahuan melibatkan unsur
pengetahuan dan bukannya kemahiran.
Kelebihan Penyerapan pengetahuan dalam Pendidikan Seni Visual ialah aktiviti
pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik walaupun tajuk yg hendak
dipelajari pada asalnya bersifat sebaliknya.Kelebihan ke dua ialah aktiviti pengajaran
dan pembelajaran yng lebih produktif dan efektif. Kelebihan seterusnya ialah
pemilihan isi pengetahuan yang menarik daripada mata pelajaran lain,murid menjadi
lebih ceria, bersemangat dan progresif.
Terakhir, murid-murid menjadi lebih faham dengan sesuatu yang dipelajarinya dengan
penyerapan, hubung kait dengan pengetahuan dari mata pelajaran lain. Dalam mata
pelajaran Pendidikan Seni Visual, guru boleh menambahkan pengetahuan pelajar
dengan menceritakan serba sedikit mengenai sejarah Seni Visual serta tokoh-tokoh
terkenal dalam seni. Oleh itu, guru bukanlah semata-mata mengajar kemahirankemahiran mewarna dan melukis sahaja

Penerapan Nilai-Nilai Murni


Penerapan nilai-nilai murni ialah proses menerapkan nilai-nilai dalam pelaksanaan
kurikulum dan gerak kerja kokurikulum. Penerapan nilai ini berlangsung melalui dua
pendekatan iaitu pendekatan implisit dan pendekatan eksplisit.
Pendekatan implisit seperti guru-guru secara tidak langsung menerapkan sesuatu nilai.
Contohnya, guru berpakaian bersih dan kemas apabila mengajar dan secara tidak
langsung guru tersebut menerapkan nilai kebersihan dan kekemasan untuk dijadikan
contoh kepada pelajar.
Pendekatan eksplisit ialah mengadakan suatu peraturan, arahan dan sebagainya yang

bertulis tentang sesuatu perkara yang diharapkan. Penerapan secara eksplisit adalah
lebih terancang, dengan matlamat dan cara pelaksanaan serta penilaian yang jelas.
Dalam konteks pendididikan seni visual, guru tersebut boleh meminta sekumpulan
pelajar mengemas bilik seni sekolah. Secara tidak langsung ini dapat menerapkan nilainilai murni seperti kerjasama, ambil berat dan sikap toleransi.
Pengayaan
Pengayaan adalah satu aktiviti yang lebih mencabar kebolehan pelajar disamping
menambah minat dan pengalaman yang dapat membantu pelajar ke arah
perkembangan dan bakat diri. Pengayaan juga dapat membuatkan pelajar berminat
untuk belajar sendiri dan mempunyai sifat berdikari bagi membolehkan mereka
meneruskan pembelajaran seumur hidup serta melahirkan daya kreativiti menerusi
pemikiran dan kebolehan untuk menilai kerja mereka sendiri.
Aktiviti pengayaan juga dapat membuka peluang kepada pelajar untuk mengembang
minat, daya kreativiti, sifat ingin tahu, bakat kepimpinan serta dapat melibatkan diri
dalam membuat keputusan untuk diri, kumpulan dan juga masyarakat.
Dalam Pendidikan Seni Visual, guru boleh mempelbagaikan aktiviti pembelajaran
mengikut bidang-bidang tertentu untuk meningkatkan dan menambah minat pelajar
dalam mata pelajaran seni. Aktiviti tersebut haruslah mencabar serta menguji
kemahiran pelajar supaya pelajar dapat melahirkan daya kreattviti tersendiri.

Pemulihan
Pemulihan bertujuan untuk membaiki kelemahan pembelajaran. Melalui pendidikan
pemulihan pelajar yang lemah dapat diasuh dan diberikan tumpuan yang lebih
berbanding pelajar lain. Contohnya, dalam Pendidikan Seni Visual, pelajar yang
kurang kemahiran dalam melukis akan diajar mengikut teknik-teknik yang sesuai
secara berulang kali.
Pelajar juga turut diberikan peluang untuk mencuba menggembangkan potensi diri
mereka dalam pelajaran dan minat mereka untuk mecuba ke tahap yang lebih maju

KONSEP 5P
Apakah yang dimaksudkan dengan konsep 5P?. Konsep ini merupakan strategi pengajaran
dan pembelajaran Bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah. Konsep 5P juga merupakan
satu saranan supaya bidang kemahiran atau bahan pengajaran dan pembelajaran disampaikan
secara bersepadu dan tidak secara berasingan.Konsep 5P menekankan penggabungjalinan ,
penyerapan, penilaian, pengayaan, dan pemulihan.
1. Penggabungjalinan
Penggabungjalinan ialah satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang menyarankan supaya
bidang kemahiran yang berkait rapat atau bahan pengajaran yang mempunyai urutan yang
baik tidak disampaikan secara berasingan. Strategi ini berhasrat untuk menjadikan aspek
kemahiran saling memperkukuh dan bahan pengajaran saling melengkapi. Dalam hal ini, sesi

pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan.


Tujuan strategi penggabungjalinan seperti yang berikut:
a. Kemahiran dapat dikuasai secara serentak.
b. Bentuk pengajaran lebih menarik dan berkesan.
c. Berpeluang untuk menggunakan kemahiran secara semula jadi.
d. Aktiviti melibatkan pelbagai kemahiran dan ramai pelajar.
Prinsip-prinsip penggabungjalinan
Mudah ubah, bergantung kepada matlamat dan objektif yang hendak dicapai.
Guru mesti tahu apa dan berapa kemahiran yang ingin digabungjalinkan.
Kemahiran fokus dan sampingan hendaklah dirancang dengan baik.
Berdasarkan kebolehan dan pencapaian pelajar
Bentuk-bentuk penggabungjalinan
Ada 3 bentuk penggabungjalinan :
1.Penggabungjalinan kemahiran
2.Penggabungjalinan bahan
3.Penggabungjalinan aktiviti
2. Penyerapan
Penyerapan merupakan proses penyebatian dan menyatupadukan pengetahuan atau unsur
pengetahuan daripada satu mata pelajaran lain sebagai isi pelajaran bagi sesuatu mata
pelajaran yang diajar. Dalam pengajaran Bahasa Melayu unsur ilmu, nilai, dan kemahiran
bernilai tambah seperti kemahiran berfikir, kemahiran belajar, dan kajian masa depan boleh
diserapkan.
Dalam program KBSR, penyerapan boleh dilihat dalam dua aspek utama iaitu aspek
pembelajaran dan aspek komunikasi
2.5.1 Tujuan Penyerapan.
Aspek ini boleh membantu murid untuk :
a.Menambahkan kefahaman dan kemahiran untuk mematuhi arahan dan peraturan melalui
aktiviti yang dijalankan;
b.Membentuk sikap ingin menambahkan ilmu pengetahuan;
c.Meluaskan ruang untuk meneroka bidang ilmu yang mereka minati;
d.Memupuk corak pemikiran yang terbuka dan sentiasa ingin tahu;
e.Membentuk pemikiran yang rasional, logik, objektif, dan positif; dan
f.Meluaskan ruang untuk meneroka bidang ilmu yang diminati.
g.Membantu murid menguasai pengetahuan tentang penggunaan perbendaharaan kata,
pemilihan laras bahasa, tatabahasa, kegunaan intonasi, dan perlakuan bukan bahasa yang lain
mengikut konteks;
h.Memahami dan menerima serta mengamalkan aspek nilai yang sesuai untuk perkembangan
diri; dan
i.Menguasai dan mengamalkan tingkah laku yang bersesuaian dan diterima oleh
rakan sebaya dan masyarakat.
2.5.2. Unsur Penyerapan dalam pengajaran Bahasa Melayu.

Terdapat 5 unsur penyerapan iaitu :


i.Ilmu Pengetahuan.
Bahan atau kandungan isi pelajaran daripada mata pelajaran lain seperti Agama
Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan Seni, Matematik, Kajian Tempatan, Muzik, Sains,
dan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang digunakan sebagai isi kandungan dalam
satu mata pelajaran untuk mata pelajaran lain.
Pelbagai karya sastera seperti pantun, syair, dan sajak.
Pengetahuan am seperti hal ehwal semasa dan hal ehwal dalam negeri.
Hal ehwal budaya, warisan, dan kemasyarakatan.
ii.Nilai murni.
Nilai murni boleh diterapkan dengan berbagai-bagai cara sepanjang pengajaran dan secara
terancang dalam aktiviti pembelajaran. Strategi utama untuk pembinaan nilai murni ialah
melalui aktiviti secara individu, berkumpulan, atau kelas.
Kadangkala nilai murni tidak dinyatakan secara terus, tetapi boleh disampaikan secara
terancang dalam satu waktu pengajaran dan pembelajaran. Pemupukan nilai murni ini boleh
dilakukan melalui aktiviti yang melibatkan murid secara aktif seperti gerak kerja kumpulan
dan kerja projek.
Penyerapan nilai dalam pengajaran dapat melahirkan insan yang baik , berakhlak mulia ,
berhemah tinggi, berperibadi mulia dan prihatin serta memahami antara satu dengan lain.
iv.Kewarganegaraan
Penyerapan unsur patriotisme dalam pengajaran Bahasa Melayu mengutamakan pemupukan
semangat cinta dan taat setia akan negara Malaysia. Aktiviti ini bertujuan untuk melahirkan
warganegara yang baik dan meningkatkan komitmen individu terhadap bangsa dan negara.
v.Peraturan sosio-budaya.
Peraturan sosio-budaya dalam pendidikan Bahasa Melayu meliputi kesantunan bahasa, laras
bahasa dan peribahasa yang diamalkan dalam nasyarakat Malaysia.Peraturan sisio-budaya ini
mencerminkan falsafah dan keperibadian masyarakat Malaysia.
vi.Kemahiran Bernilaian Tambah.
Penyerapan kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran bahasa bagi membolehkan pelajar
dapat mengaplikasikan kemahiran itu dapat dunia sebenar pelajar. Antara kemahiran bernilai
tambah ialah kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran
belajar cara belajar, kajian masa depan dan kecerdasan pelbagai
3. Pengayaan
Pengayaan adalah sejenis aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar untuk memberi
peluang kepada murid mengembangkan sifat ingin tahu, semangat berdikari, daya kreativiti,
dan semangat kepemimpinan. Pengayaan disediakan untuk semua murid sama ada kumpulan
cerdas, sederhana, atau lemah. Aktiviti pengayaan berlainan daripada aktiviti pembelajaran
kemahiran asas. Aktiviti ini diberikan kepada murid selepas mereka berjaya menguasai
kemahiran asas tertentu. Murid menggunakan kemahiran yang telah dikuasai untuk
menjalankan aktiviti pengayaan. Aktiviti pengayaan akan meluaskan pengalaman dan
pengetahuan murid sejajar dengan kebolehan dan minat mereka dalam bidang tertentu.
Objektif Pengayaan
a.Menggunakan kemahiran yang telah dikuasai dalam pelajaran biasa untuk memperluas
pengalaman dan pengetahuan mereka dalam pelajaran tertentu;

b.Melakukan kegiatan pembelajaran yang menarik dan mencabar kebolehan mereka;


c.Melahirkan daya cipta melalui pemikiran dan kegiatan serta kebolehan untuk menilai
sesuatu hasil kerja sendiri;
d.Meminati dan menguasai bacaan luas dengan membuat rujukan terhadap pelbagai bahan
dan sumber pengetahuan;
e.Berminat untuk belajar sendiri dan berdikari untuk membolehkan mereka meneruskan
pembelajaran seumur hidup.
4. Pemulihan
Dalam konteks ini pemulihan dihubungkan dengan kanak-kanak yang menghadapi kesulitan
pembelajaran. Pengajaran pemulihan merupakan langkah khas yang guru lakukan untuk
membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam menguasai
kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira. (3M) Sebaik sahaja masalah pembelajaran
dikesan dan dikenal pasti, program ini akan dilaksanakan. Murid-murid dalam kategori
pemulihan perlu didedahkan dengan aktiviti ini mengikut kadar kemampuan murid
menguasai sesuatu kemahiran supaya jurang perbezaan antara mereka dengan murid lain
dapat dikurangkan atau dihapuskan sama sekali.
Objektif program pemulihan
Antara objektif strategi pemulihan ini adalah untuk membolehkan murid:
a)Menguasai kemahiran tertentu dengan mengikuti aktiviti yang sesuai dengan mereka;
b)Mendapat layanan dan kemudahan belajar yang sesuai dengan kemampuan dan
perkembangan mental individu;
c)Mengurangkan masalah yang dihadapi melalui bantuan guru;
d)Mengembangkan potensi dan minat mereka dalam pelajaran ke taraf yang lebih maju;
e)Mendapat peluang yang sama dengan melibatkan diri dalam aktiviti sosial sama ada
di dalam atau di luar bilik darjah;
f)Membina, memperoleh, dan mengembangkan sikap percayakan diri sendiri dan berdikari;
g)Dapat meneruskan pelajaran mereka dalam sistem persekolahan biasa yang bersesuaian
dengan keperluan masing-masing
5. Penilaian
Stufflebeam et. al. (1971: xxv) menyatakan penilaian sebagai the process of delineating,
obtaining, and providing useful information for judging decision alternatives. Terry D.
TenBrink (1974:8) pula menyatakan bahawa penilaian merupakan suatu proses mendapatkan
maklumat yang akan digunakan untuk membuat pertimbangan yang seterusnya digunakan
dalam membuat keputusan.
Sebagai rumusannya, penilaian merupakan satu proses atau aktiviti yang sistematik untuk
memperoleh maklumat yang berguna dalam menentukan sesuatu prestasi pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu. Dalam Bahasa Melayu KBSR, penilaian merupakan satu
proses untuk menguji, mengukur, dan membuat pertimbangan mengenai kebolehan atau
kemahiran dan kefahaman murid berdasarkan objektif P&P

KONSEP 5P
Strategi pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah
menekankan penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pengayaan, dan pemulihan. Ini
selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Negara.
Namun demikian, guru-guru adalah digalakkan untuk menggunakan pelbagai kaedah
mengajar yang sesuai dengan kebolehan murid. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran

adalah bergantung kepada pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu mengajar yang
dapat merangsang dan menggalakkan murid-murid berkomunikasi, berinteraksi, dan berfikir.
PENGGABUNGJALINAN
Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Cara ini juga dapat
mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran. Kemahiran-kemahiran boleh
digabungjalinkan, sama ada kemahiran yang terdapat dalam kemahiran berbahasa atau
kemahiran
daripada
mata
pelajaran
lain.
PENYERAPAN
Dalam pengajaran bahasa Melayu, unsur-unsur ilmu dan nilai-nilai murni juga boleh
diserapkan. Penyerapan ini mengandungi pelbagai bidang ilmu seperti sains, matematik,
sejarah,
dan
lain-lain.
PENGAYAAN
Program pengayaan perlu diberi penekanan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
kerana keadaan murid yang berbeza dari segi kebolehan, keupayaan, bakat, dan minat. Murid
ini hendaklah diberikan bahan yang berbeza-beza untuk digunakan secara bersendirian atau
dengan bimbingan guru. Bahan-bahan seperti bahan bacaan tambahan, kad-kad kerja,
permainan, dan bahan-bahan aktiviti boleh diberikan kepada murid yang telah menguasai
kemahiran-kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada jangka
masa
yang
ditentukan.
PEMULIHAN
Program pemulihan disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran-kemahiran asas
yang belum dapat dikuasai dalam tempoh masa yang ditetapkan. Bahan-bahan untuk program
ini terdiri daripada kad-kad, carta, bahan maujud, alat permainan, dan lain-lain yang boleh
digunakan berperingkat-peringkat daripada yang mudah kepada yang lebih sukar.
Pelaksanaan program ini adalah mengikut kadar kemampuan murid menguasai sesuatu
kemahiran.
PENILAIAN
Penilaian dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran.
Penilaian merupakan suatu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi
menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran atau pembelajaran. Oleh itu, penilaian
perlulah dijalankan berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hanya melalui
proses penilaian berterusan dapat dipastikan jenis tindakan susulan yang perlu diambil ke atas
seseorang murid, sama ada untuk menjalankan pemulihan atau pengayaan. Dan setelah itu
barulah dapat dipastikan jenis aktiviti pemulihan atau aktiviti pengayaan yang sesuai bagi
murid. Dengan cara yang sedemikian, selain mengetahui tahap pencapaian, kelemahan murid
dapat dipulihkan sebelum kelemahan-kelemahan pembelajaran terkumpul di tahap yang lebih
tinggi.
Penggabungjalinan
Penggabungjalinan merupakan proses yang penting dalam pengajaran dan
pembelajaran. Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak.
Penggabungjalinan berlaku antara kemahiran berbahasa daripada bidang yang
berlainan, iaitu interbidang dengan kemahiran berbahasa dalam bidang yang
sama, iaitu intrabidang. Selain itu, aspek tatabahasa, kosa kata dan peribahasa
juga digabungjalinkan. Penggabungjalinan unsur-unsur tertentu dihuraikan
seperti yang berikut:
i. Kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan
menulis boleh digabungkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran,

sekurang-kurangnya antara dua kemahiran. Misalnya kemahiran berbahasa


mendengar dan bertutur digabubungjalinkan dengan kemahiran berbahasa
membaca. Penggabungjalinan bertujuan untuk mencapai hasil pembelajaran.
ii. Tatabahasa boleh digabungkan secara terancang dalam konteks, dengan
kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan dan menulis.
iii. Kosa kata dan peribahasa yang hendak diajarkan harus digabungkan secara
terancang dengan semua aktiviti kemahiran bahasa, misalnya aktiviti lakonan
atau perbahasan; membaca teks yang mengandungi kosa kata (sama ada umum
atau istilah) dan peribahasa serta melalui latihan menggunakan kosa kata dan
peribahasa yang betul dalam pelbagai genre penulisan.
Prinsip-prinsip penggabungjalinan
Mudah ubah, bergantung kepada matlamat dan objektif yang hendak dicapai
Guru mesti tahu apa dan berapa kemahiran yang ingin digabungkan
Kemahiran fokus dan sampingan hendaklah dirancang dengan baik
Berdasarkan kebolehan dan pencapaian murid
Bentuk-bentuk penggabungjalinan
Ada 3 bentuk penggabungjalinan
1. Penggabungjalinan kemahiran
2. Penggabungjalinan bahan
3. Penggabungjalinan aktiviti
1. Penggabungjalinan kemahiran dalam satu mata pelajaran.
K1: Kemahiran mendengar
K2: Kemahiran bertutur
K3: Kemahiran membaca
K4: Kemahiran menulis
Sila rujuk rajah di bawah:

2. Penggabungjalinan Aktiviti
Anda boleh menggabungkan sekurang-kurang dua aktiviti atau lebih mengikut
keperluan dan kesesuaian. Aktiviti-aktiviti itu merangkumi aspek lisan. Bacaan
dan kefahaman dan tulisan.
3.Penggabungjalinan Bahan
Penggabungjalinan ini memberikan tumpuan kepada bahan atau tema
pengajaran dan pembelajaran. Bahan itu boleh terdiri daripada bahan utama
atau bahan sokongan. Peracangan harus dibuat bagi menentukan bahan yang
dipilih sesuai dngan keperluan, pengalaman dan tahap pencapaian murid.
Penyerapan

Penyerapan ialah proses menyerapkan pelbagai bidang ilmu, nilai murni dan
kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
Penyerapan unsur-unsur ini dihuraikan seperti yang berikut:
i. Isi pelajaran Bahasa Melayu menyerapkan pelbagai bidang ilmu serta pelbagai
tema yang mencakup hal-hal persendirian dan kemasyarakatan.
ii. Semangat kewarganegaraan dan nilai murni masyarakat Malaysia yang
berlandaskan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan hendaklah diserapkan
dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Meskipun penyerapan
dilakukan secara sedar dan terancang namun, murid menyerap ilmu dan nilai
tersebut secara natural.
iii. Kemahiran berfikir hendaklah diserapkan secara terancang dengan kemahiran
mendengar dan bertutur, membaca dan menulis. Kemahiran berfikir yang perlu
diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa adalah seperti yang
berikut:

Mencirikan
Mengelaskan, mengumpulkan, mengkategorikan
Membuat kaitan dan perhubungan
Membanding dan membeza
Menyusun atur
Mengenal pasti kenyataan benar atau palsu
Membezakan fakta dengan pendapat
Menganalisis
Mengesan kecondongan pendapat
Mengenal pasti sebab akibat
Meramal
Mensintesis
Mengitlak
Membuat analogi
Membuat inferens
Membuat kesimpulan
Menginterpretasi, mentafsir
Mengenal pasti idea utama dan idea sokongan
Menilai
Menjana idea
Merumus, meringkas
Membuat keputusan
Menyelesaikan masalah

Kemahiran berfikir yang dinyatakan di atas bertujuan untuk membolehkan


kemahiran berfikir tersebut dikuasai oleh murid. Alat berfikir seperti penyusun
grafik (graphic organizer), soalan bertumpu dan bercapah, dan peta minda perlu
digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

iv. Kemahiran bernilai tambah yang lain, iaitu kemahiran teknologi maklumat dan
komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan
pelbagai, pembelajaran konstruktivisme dan pembelajaran kontekstual juga
perlu diserapkan dengan mengambil kira kesesuaiannya dengan hasil
pembelajaran yang ingin dicapai, kebolehan murid serta sumber yang ada.

Rajah di atas menunjukkan penyerapan antara mata pelajaran Bahasa Melayu


dengan mata pelajaran lain.
KB: Kemahiran bahasa
KS: Kemahiran Pendidikan Seni
KM: Kemahiran muzik

Penilaian
Penilaian merupakan aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi
menentukan pencapaian sesuatu hasil pembelajaran dan objektif. Penilaian
biasanya dibahagikan kepada dua jenis iaitu penilaian formatif (ujian kemajuan)
dan penilaian sumatif (ujian pencapaian).
Dalam program KBSR, terdapat tiga jenis aktiviti penilaian iaitu
1. Penilaian mengesan penguasaan
2. Penilaian mengesan kemajuan
3. Penilaian mengesan pencapaian
Aktiviti Penilaian
Pada amnya ketiga-tiga aktiviti penilaian di atas boleh digolongkan kepada dua
jenis iaitu:
i. Penilaian formatif
Penilaian formatif ialah penilaian yang dijalankan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran secara formal dan tidak formal dengan tujuan:
Mengesan kemajuan pelajar
Melihat keberkesanan pengajaran guru
Mengesan masalah pembelajaran murid (diagnostik) supaya guru dapat
membuat alternatif pengajaran
Menentukan kesediaan murid untuk menerima pelajaran baru

ii. Penilaian Sumatif


Penilaian sumatif ialah ujian yang diberikan pada akhir sesuatu kursus atau akhir
penggal atau semester. Ujian ini mementingkan bidang keupayaan yang lebih
luas dan menyeluruh dan mengandungi semua aras kemahiran.
Penilaian ini bertujuan:
Mengesan tahap pencapaian murid pada akhir sesuatu pembelajaran
Memperoleh maklum balas tentang pencapaian murid
Membuat perbandingan pencapaian antara murid
Pemulihan
Pemulihan merupakan program khas berbentuk tambahan bagi memenuhi
keperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran agar
ketidakupayaan yang menghalangnya berfungsi secara normal seperti murid
yang sebaya dengannya dapat diatasi. Pemulihan merupakan langkah-langkah
khas untuk membantu murid-murid menghadapi masalah pembelajaran di
sekolah-sekolah. Kegiatan pemulihan biasanya dilakukan dalam tempoh jangka
masa yang pendek dan ditujukan khusus untuk mengatasi kelemahan mereka.
Individu yang memerlukan pemulihan ialah murid yang dikatakan kurang
bernasib baik dan menghadapi masalah pembelajaran iaitu murid yang
memperlihatkan pencapaian yang tidak memuaskan dalam pelajaran.
Pengayaan
Pengayaan ialah aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti-aktiviti asas
pembelajaran yang dijalankan sama ada dalam atau luar waktu sekolah.
Pengayaan mengandugi unsur-unsur untuk meluaskan pengetahuan dan
pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari. Melalui
aktiviti-aktiviti ini murid mengembangkan potensi mereka sesuai dengan bakat,
minat dan kreativiti. Di samping itu dapat memupuk sifat ingin tahu, sikap
berdikari, kepimpinan serta melibatkan diri dalam membuat sesuatu keputusan
untuk diri sendiri, kumpulan dan masyarakat.
Sebagai guru anda perlu mengambil kira beberapa perkara semasa merancang
aktiviti pengayaan. Antaranya adalah seperti berikut:
a. Menggunakan daya usaha sendiri
b. Membuat kerja sendiri dan hasilan sendiri
c. Memberikan penekanan kepada aktiviti yang bersifat kreatif dan
eksperimental.
d. Mengunakan kaedah dan organisasi yang mudah ubah
e. Melibatkan pembacaan luas dan
f. Memberikan peluang bagi mengembangkan sifat kepimpinan sosial
Program pengayaan boleh dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti termasuklah:
Pembelajaran akses kendiri
Kerja projek

Bacaan tambahan
Permainan dan rekreasi da
Pembelajaran berbentuk komputer

You might also like