You are on page 1of 5

koKEFAHAMAN GURU SEKOLAH RENDAH DI BANDAR DAN LUAR BANDAR

DALAM DAERAH UTARA PULAU PINANG MENGENAI PERUBAHAN IKLIM (THE


UNDERSTANDING OF PRIMARY TEACHERS IN RURAL AND URBAN AREA IN NORTH
DISTRICT PENANG ABOUT CLIMATE CHANGE)

1.1

Pengenalan

1.2

Pernyataan Masalah

1.3

Kepentingan Kajian

1.4

Objektif Kajian

1.5

Persoalan Kajian

1.6

Hipotesis Kajian

BAB 1
1.1 PENGENALAN
Keadaan bumi sekarang berubah terutamanya dari segi suhu. Peningkatan suhu menyebabkan
banyak tempat mengalami hujan yang berterusan, dan akhirnya melibatkan banjir serta laut
menjadi lebih berasid dan sungai glasier cair dengan begitu cepat. Contoh ini dan lain lain
kejadian alam menyebabkan alam sekitar dan komuniti menghadapi cabaran dalam menangani
masalah perubahan iklim ini.
Perubahan iklim boleh didefinisikan sebagai perubahan dalam ciri statistik yang melibatkan
suhu, tekanan udara, angin, curahan hujan dan kelembapan bagi sistem iklim dalam tempoh satu
dekat atau lebih panjang, tanpa mengira puncanya daripada manusia atau faktor lain. Apabila ini
berlaku, litupan salji dan glasier di kawasan-kawasan pergunungan akan cair lalu menyebabkan
berlakunua kenaikan air laut. Kenaikan air laut ini akan menyebabkan banjir-banjir besar di
kawasan rendah. Selain itu, suhu yang tinggi menyebabkan tanah kurang subur dan menjadi
tandus mengakibatkan aktiviti pertanian tidak sesuai dijalankan. Ini boleh mengancam bekalan
makanan bagi manusia apabila hasil pertanian terjejas teruk

Perubahan iklim adalah berhubung kait dengan kehidupan seharian. Manusia perlu
menyesuaikan diri dengan perubahan ini yang akan mungkin memburukkan keadaan, kesihatan
manusia dan juga sektor pertanian. Walaupun isu ini hangat diperkatakan, namun ia tidak diajar
secara menyeluruh di dalam pendidikan sekolah rendah.
Pendidikan adalah penting dan sebagai sumber maklumat yang utama dalam membina
pemahaman tentang perubahan iklim bagi murid-murid sekolah rendah. Murid perlu tahu bahawa
pentingnya memelihara alam sekitar bagi masa depan mereka dan guru-guru perlu tahu matlamat
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan juga menekankan dalam pentingya kesedaran memelihara
alam sekitar.
Ilmu mengenai alam sekitar adalah merupakan sesuatu perkara yang berkaitan dengan
kefahaman atau pengetahuan mengenai pengurusan alam sekitar yang amat berguna kepada
masyarakat. Ia juga bukan hanya merupakan kumpulan pengetahuan tetapi lebih kepada sebuah
penyelidikan dalam mengenalpasti pengurusan alam sekitar agar dapat mengurangkan
pemanasan global. Selain itu, ia merupakan proses yang mempunyai kesinambungan dalam
mencari punca-punca baru, penjelasan baru serta pemahaman-pemahaman baru dalam
menguruskan alam sekitar.
Peranan guru amatlah penting dalam mendidik murid-murid mengenai alam sekitar. Jika
pengetahuan guru mengenai alam sekitar dan perubahan iklim lemah maka kelemahan ini akan
diturunkan kepada murid-murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.
Perubahan iklim adalah sesuatu topik yang mencabar untuk diajar pada murid-murid sekolah
rendah. In kerana mereka belum didedahkan lagi dengan keadaan sebenar yang terhasil akibat
daripada aktiviti manusia. Selain itu, mereka juga belum dapat mengaitkan aktiviti manusia
dengan perubahan iklim kerana mereka tidak terlibat secara langsung. Oleh itu, guru perlulah
pandai dalam mengaitkan sesuatu aktiviti atau tindakan yang menyumbang kepada perubahan
iklim dengan kehidupan seharian murid. Ini penting dalam menyampaikan konsep yang betul
agar tidak berlakunya miskonsepsi kepada murid-murid.
Guru mempunyai peranan yang penting dalam mendidik murid-murid tentang alam sekitar tidak
kira subjek apa yang diajar. Kefahaman guru mengenai alam sekitar dan perubahan iklim akan
memberi kesan atau impak yang besar dalam kehidupan murid. Dalam menangani isu ini, guru

hendaklah memahami erti perubahan iklim serta kesan-kesannya dan menggunakan strategi yang
berkesan dalam mendidik murid memahami erti dan kesan-kesan perubahan iklim dalam
menyampaikan maklumat yang berkesan agar murid dapat bertindak dengan aktiviti yang
berkesan.
1.2 Pernyataan masalah
Banyak kajian mengenai miskonsepsi guru-guru terutamanya guru pelatih terhadap alam sekitar
dan perubahan iklim telah dilakukan dan akhirnya mempersoalkan kebolehan dan kredibiliti
guru-guru dalam mendidik murid-murid mengenai perubahan iklim. Kajian oleh Vasiliki
Papadimitriou (2004) mengenai kefahaman guru pelatih tentang perubahan
iklim dan kesannya mendapati terdapat miskonsepsi di kalangan guru pelatih
dan kebanyakan guru pelatih tidak dapat memberi jawapan yang lengkap
dalam soalan yang diberikan kerana kurangnya pemahaman mengenai
perubahan iklim.
Kajian yang dicadangkan adalah untuk melihat samaada guru-guru di
sekolah rendah daerah Utara, Pulau Pinang tanpa mengira latarbelakang
guru tersebut sama ada mengajar subjek Sains ataupun tidak, maklum akan
perubahan iklim yang berlaku dan ingin mengetahui sama ada wujudnya
miskonsepsi di kalangan guru dan sama ada guru memahami peranan
mereka dalam mendidik muird-murid tanpa mengira subjek yang diajar
mengenai pendidikan alam sekitar serta akibatnya.
tentang guru sains di Australia mendapati Sains sebagai usaha manusia (science as human
endavour) dalam mendidik manusia memahami konsep pemanadan global dan seterusnya kepada
perubahan iklim

Pendidikan yang diberikan kepada murid termasuk kesedaran, pengetahuan, kemahiran, nilai dan
peluang untuk memastikan mereka
Mendidik mengenai perubahan

Mendidik untuk berubah akan menolong mengurangkan perubahan negatif, menyesuaikan diri
untuk berubah dan menggalakkan perubahan positif serta memerlukan penglibatan kesemua
komuniti.
Guru perlu sentiasa menambah dan memperkembangkan ilmu serta kemahiran-kemahiran
profesional yang dirasakan perlu. Ini kerana kemahiran yang ada pada seorang guru akan
digunakan untuk melahirkan para pelajar yang akan
Guru juga memainkan peranan dalam melahirkan murid yang celik dalam alam sekitar. Umpama
peribahasa sediakan payung sebelum hujan dan mencegah adalah lebih baik daripada
mengubati, langkah-langkah awal perlu diambil untuk mengurangkan pemanasan global dan
seterusnya mengelakkan berlakunya perubahan iklim. Oleh itu, guru memainkan peranan penting
dalam mendidikan generasi baru. Pendidikan alam sekitar tidak mengira apa subjek perlu
diselitkan agar langkah-langkah awal pencegahan atau meminimumkan kesan adalah perlu dalam
memelihara alam sekitar.

2.

Peranan

guru

terhadap

pelajar

Guru memainkan peranan yang amat besar bagi melahirkan pelajar yang cemerlang dan memiliki
kemahiran yang tinggi sebagai tenaga kerja.Untuk membentuk seorang pelajar sedemikian, guru
haruslah membimbing, memotivasi, memberikan pendidikan yang sewajarnya dan mengajar
kemahiran-kemahiran yang pelbagai kepada para pelajar.

1. Memberi peluang kepada pelajar untuk menguasai pelbagai ilmu pengetahuan dan
kemahiran yang difikirkan sesuai untuk perkembangan diri dan masyarakat.
2. Memastikan perubahan dan perkembangan tingkahlaku murid adalah mengikut nilai,
norma dan kehendak masyarakat.

3. Bukan sekadar penyampai ilmu, malah memupuk sikap, nilai dan sahsiah yang sempurna
selaras dengan keperluan kendiri dan tuntutan masyarakat.
RUJUKAN
Mohamad Termizi Borhan, Zurida Ismail, Literasi Iklim: Pandangan dan Kefahaman Guru
Pelatih tentang Perubahan Iklim, 48-61, Diges Pendidik (JILID 10, Bil 1/2010)
Vasiliki Papadimitriou, Prospective Primary Teachers Understanding of Climate
Change, Greenhouse Effect, and Ozone Layer Depletion

You might also like