You are on page 1of 9

1

Praeklampsia
Isi Kandungan
Pengenalan ----------------------------------------------------------------------------------------- m/s 2
Etiologi ---------------------------------------------------------------------------------------------- m/s 3
Cara Mencegah ----------------------------------------------------------------------------------- m/s 4
Petanda Awal Praeklampsia ------------------------------------------------------------------- m/s 5
Komplikasi Lain ---------------------------------------------------------------------------------- m/s 6
Cara Merawat ------------------------------------------------------------------------------------ m/s 7
Rumusan ------------------------------------------------------------------------------------------- m/s 8
Senarai Rujukan --------------------------------------------------------------------------------- m/s 9

Pengenalan
Praeklampsia ialah keadaan yang dicetuskan oleh kehamilan, dan ianya boleh berlaku pada
peringkat kedua kehamilan. Ia bercirikan tekanan darah yang tinggi, bengkak yang berlaku
secara tiba-tiba dan kenaikan berat badan yang cepat disebabkan pengumpulan air dalam tubuh,
dan protein dalam air kencing.

Praeklampsia meliputi yang ringan juga yang paling teruk dan boleh menjejaskan beberapa
sistem dalam badan. Walaupun tiada rawatan yang boleh menyembuhkannya sama sekali semasa
kehamilan, praeklampsia boleh dikawal.

Oleh kerana ia mengurangkan aliran darah ke plasenta, praeklampsia boleh membahayakan bayi
dalam kandungan anda. Ia boleh menyekat tumbesaran bayi sebab oksigen atau nutrien yang
sampai kepada bayi tidak mencukupi. Jika anda mempunyai sebarang sebab untuk mensyakki
yang anda menghidap praeklampsia, hubungilah doktor dengan segera.

Jika praeklampsia melarat menjadi eklampsia, tekanan darah anda akan menjadi sangat tinggi
dan anda beserta bayi anda menghadapi risiko yang serius. Eklampsia boleh menyebabkan sawan
atau konvulsi, yang boleh melarat menjadi koma dan meragut nyawa. Sekiranya eklampsia
berlaku, ianya lazim terjadi di peringkat akhir kehamilan atau selepas bayi dilahirkan.

Etiologi
Praeklampsia ringan berlaku bagi 7 daripada setiap 100 wanita yang hamil. Eklampsia pula
jarang berlaku; hanya 1 dalam setiap 100 wanita dengan praeklampsia akan mendapatnya.
Hampir separuh kes eklampsia (44 peratus) berlaku selepas bayi dilahirkan.

Penyebab praeklampsia sebenar tidak diketahui tetapi beberapa faktor risiko telah dikenal pasti.
Seseorang lebih cenderung untuk mendapat praeklampsia jika ini merupakan kehamilan pertama
anda atau jika terdapat jarak yang besar, selalunya 10 tahun, antara kehamilan ini dengan
kehamilan yang sebelumnya.

Anda mempunyai risiko yang lebih jika anda:

berumur 40 tahun atau lebih;


tersangat gemuk semasa anda menjadi hamil, iaitu dengan BMI 35 atau lebih.
mempunyai masalah perubatan yang kronik yang menjejaskan sistem darah anda,

termasuk tekanan darah yang tinggi, lupus, masalah ginjal, atau diabetes;
mengandung kembar or berganda;
mempunyai sejarah praeklampsia dalam keluarga, contohnya, terdapat emak atau kakak

yang mengalaminya;
telah mengalaminya sebelum ini satu dalam lima orang wanita akan mendapatnya
kembali.

Cara mencegah

Tiada cara yang pasti untuk mencegah praeklampsia. Tetapi, cara yang terbaik untuk memastikan
yang anda atau bayi anda tidak terancam ialah dengan berjumpa doktor anda secara kerap untuk
temujanji antenatal anda. Sebabnya ujian air kencing dan bacaan tekanan darah dijalankan oleh
doktor atau jururawat semasa anda hadir untuk temujanji antenatal anda, adalah untuk mengesan
tanda-tanda awal praeklampsia.

Terdapat bukti bahawa aspirin biasa dos rendah dan suplemen calcium sebelum dan semasa awal
kehamilan boleh mencegah praeklampsia dalam sesetengah wanita. Berbincanglah dengan
doktor jika anda berminat untuk mendapatkan rawatan ini.

Petanda Awal Praeklampsia

Ada kalanya praeklampsia akan maju dengan pantas. Sekiranya anda berada dalam peringkat
kedua kehamilan anda atau di minggu-minggu pertama selepas kelahiran, jangan teragak-agak
untuk memanggil doktor anda jika anda mempunyai salah satu daripada simptom yang berikut:

muka, tangan atau kaki anda bengkak dengan tiba-tiba;


sakit kepala yang akut diikuti dengan penglihatan yang kabur;
sakit yang tersangat teruk di bahagian atas abdomen anda;
muntah.

Pengesanan dan rawatan awal boleh menentukan secara signifikan bagaimana praeklampsia itu
berkembang kelak.

Komplikasi Lain

Kadangkala, tetapi jarang berlaku, ia boleh membawa komplikasi seperti sindrom HELLP, yang
merupakan gangguan fungsi hati dan pembekuan darah. HELPP bermaksud seperti berikut haemolysis (H - pemecahan sel darah merah), enzim hati meningkat (EL - elevated liver
enzymes) dan bilangan platelet yang rendah (LP - low platelet). Ia boleh berlaku sebelum
praeklampsia dapat dikesan dan didiagnos. Simptom HELLP termasuklah sakit kepala, terasa
loya dan sakit di bahagian atas abdomen.

Cara Merawat

Jika tekanan darah anda naik secara sederhana, anda akan dinasihatkan untuk mendapatkan
seberapa banyak rehat yang boleh, dan caranya ialah dengan berbaring di sisi kiri anda sebab ini
akan membantu aliran darah ke plasenta, atau dengan duduk dalam posisi tegak. Anda mungkin
diminta pergi ke pejabat doktor setiap hari untuk memeriksa tekanan darah anda.

Sekiranya tekanan darah anda naik melambung, anda akan dimasukkan ke hospital supaya
keadaan anda boleh dipantau. Imbasan akan digunakan untuk mengesan tumbesaran bayi anda
dan alat CTG (cardiotocograph) akan digunakan untuk memeriksa kadar denyutan jantung bayi
anda dan kesihatannya secara umum. Tujuannya ialah untuk meneruskan kehamilan anda
seberapa lama yang boleh, untuk memberi peluang yang sebaik-baiknya kepada bayi anda.

Anda juga akan diberikan suntikan magnesium sulfat. Satu kajian penyelidikan yang besar yang
diterbitkan pada tahun 2002 mendapati bahawa jika ibu yang mempunyai praeklampsia diberikan
magnesium sulfat, risikonya mendapat eklampsia dikurangkan hingga separuh.

Sekiranya tekanan darah anda tidak dapat dikawal, pakar obstetrik akan mencadangkan supaya
anda menjalani cetusan kelahiran atau melahirkan bayi anda melalui pembedahan caesarean.

Praeklampsia akan pulih dengan sendirinya setelah anda melahirkan bayi. Tetapi, anda masih
berisiko praeklampsia sehingga empat minggu selepas bayi anda dilahirkan, terutamanya jika
praeklampsia anda itu teruk atau didiagnos apabila kehamilan anda sudah mencapai minggu ke37 atau lebih.

Rumusan

Pra-eklampsia terkadang disebut juga sebagai toxemia iaitu gejala berkaitan keracunan darah.
Jika tidak dikawal dari awal ia berpotensi menjadi punca kematian ibu ketika proses melahirkan.
Ia mempunyai hubungan rapat dengan tekanan darah yang meninggi sehingga melebihi 180 /110
mm Hg dan apabila terdapat banyak kandungan albumin yang mencapai aras ++++ dalam air
kencing wanita hamil.

Kebiasaannya ia melanda ketika kandungan berusia 7 bulan dan ke atas. Pra-eklampsia yang
tidak dipantau boleh menyebabkan epilepsi ( sawan ) kepada si ibu kerana pendarahan mungkin
telah berlaku pada bahagian otak. Risiko kematian adalah sangat tinggi. Jika ini berlaku,
pembedahan caesarean mungkin terpaksa dilakukan untuk menyelamatkan nyawa bayi dalam
kandungan.

Senarai Rujukan

1. http://www.babycenter.com.my/a1037906/praeklampsia
2. http://www.healthyvitagarden.com/masalah-praeklampsia-ketika-hamil-ancam-nyawaibu-dan-anak/
3. http://mauceriasokmo.blogspot.com/2014/03/pra-eklampsia-ancaman-kepada-ibuhamil.html
4. http://apacerita.com/wanita-a-k-a-ibu/apakah-pra-eklampsia/

You might also like